Rajah 1 menunjukkan perhubungan di antara skala nano dengan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi?
1 marks
b
Senaraikan dua kegunaan nanoteknologi dalam kehidupan harian.
2 marks
c
Grafen merupakan salah satu bahan yang diberi perhatian meluas dalam bidang nanoteknologi. Terangkan bagaimana ciri yang terdapat pada grafen yang membolehkan ia digunakan dalam penghasilan sensor.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan bahan pepejal Z untuk menentukan takat lebur.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?
1 marks
b
Apakah takat lebur bagi bahan Z?
1 marks
c
Lukiskan susunan zarah bahan Z dari titik A hingga B.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana zarah-zarah disusun dan jarak antara zarah-zarah itu)*
1 marks
d
Suhu pada titik B hingga C adalah tetap. Jelaskan mengapa?
2 marks
36 marks
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas bagi menghasilkan suatu garam.
2C~2~H~5~COOH(ak) + Na~2~CO~3~(p) $\rightarrow$ 2C~2~H~5~COONa(ak) + CO~2~(g) + H~2~O(ce)
a(i)
Namakan garam yang terbentuk.
1 marks
a(ii)
Berikan maklumat kualitatif dan kuantitatif yang dapat ditafsir daripada persamaan kimia itu.
2 marks
b
Hitungkan jumlah bilangan atom dalam gas karbon dioksida yang terhasil apabila 26.5 g natrium karbonat digunakan dalam tindak balas itu.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; O = 16; Pemalar Avogadro = 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
3 marks
47 marks
Jadual 1 menunjukkan nombor proton bagi tiga atom X, Y dan Z. Huruf X, Y dan Z bukan simbol sebenar bagi atom-atom tersebut.
| Atom | X | Y | Z |
|---|---|---|---|
| Nombor proton | 12 | 8 | 1 |
Jadual 1
Atom X boleh membentuk kation untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
a(i)
Apakah maksud kation?
1 marks
a(ii)
Tuliskan formula bagi ion tersebut.
1 marks
b
Unsur X bertindak balas dengan unsur Y membentuk suatu sebatian. Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: ion-ion yang terbentuk, bilangan petala dan elektron dalam setiap petala bagi setiap ion, nukleus, serta label dan cas setiap ion)*
2 marks
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas di antara unsur Z dan unsur Y.
c(i)
Seimbangkan persamaan kimia tersebut.
……Z~2~ + Y~2~ $\rightarrow$ ……Z~2~Y
1 marks
c(ii)
Hitung jisim hasil tindak balas yang terbentuk apabila 0.05 mol unsur Z digunakan.
[Jisim atom relatif: Z = 1, Y = 16]
2 marks
58 marks
Rajah 3 menunjukkan dua sebatian karbon di dalam botol reagen A dan B.
| Botol reagen A | Botol reagen B |
|---|---|
| C~5~H~10~ | C~5~H~11~OH |
Rajah 3
a(i)
Nyatakan maksud hidrokarbon.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian dalam botol reagen A.
1 marks
Sebatian dalam botol reagen B boleh dihasilkan daripada sebatian dalam botol reagen A melalui suatu tindak balas.
b(i)
Apakah nama tindak balas ini?
1 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
1 marks
c
Puan Rahmah memerlukan bahan api yang tidak menyebabkan permukaan periuk barunya menjadi hitam. Berdasarkan Rajah 3, cadangkan sebatian yang sesuai digunakan sebagai bahan api untuk mengelakkan permukaan periuk menjadi hitam. Terangkan jawapan anda.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
4 marks
69 marks
Rajah 4.1 menunjukkan graf jisim zink melawan masa bagi mengkaji kadar tindak balas antara zink dan asid hidroklorik. Dalam eksperimen ini, 4.0 g zink ditambahkan kepada 100 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ pada suhu bilik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas bagi eksperimen ini?
1 marks
b
Tulis persamaan ion bagi tindak balas ini.
2 marks
Berdasarkan Rajah 4.1,
c(i)
Mengapakah lengkung bagi graf kekal malar selepas t~1~ saat?
1 marks
c(ii)
Tentukan jisim zink yang bertindak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Eksperimen ini diulangi dengan menggunakan kuantiti yang sama bagi semua bahan tindak balas untuk menghasilkan lengkung Y seperti dalam Rajah 4.2.
Berdasarkan Rajah 4.2, cadangkan satu faktor yang menghasilkan lengkung Y. Terangkan jawapan anda dengan menggunakan teori perlanggaran.
4 marks
710 marks
Persamaan termokimia di bawah mewakili dua tindak balas peneutralan.
Set I: KOH + HCl $\rightarrow$ KCl + H~2~O ΔH = −Y kJ mol^-1^
Set II: KOH + CH~3~COOH $\rightarrow$ CH~3~COOK + H~2~O ΔH = −50.0 kJ mol^-1^
a
Berdasarkan set I dan set II, nyatakan jenis tindak balas.
1 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba peneutralan bagi Set I.
b(i)
Hitung haba peneutralan bagi tindak balas ini.
[Diberi muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan ialah 1.0 g cm^-3^]
4 marks
b(ii)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas beserta labelnya, dan nilai ΔH)*
2 marks
b(iii)
Bandingkan nilai haba peneutralan bagi Set I dan Set II. Jelaskan mengapa.
3 marks
810 marks
Jadual 2 menunjukkan data daripada eksperimen untuk mengkaji kekerasan logam kuprum tulen dan aloinya.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk 1 (cm) | Diameter lekuk 2 (cm) | Diameter lekuk 3 (cm) | Purata (cm) |
|---|---|---|---|---|
| Kuprum | 0.6 | 0.5 | 0.6 | x |
| Loyang | 0.2 | 0.3 | 0.3 | y |
Jadual 2
a(i)
Apakah maksud aloi?
1 marks
a(ii)
Lukis gambar rajah berlabel susunan zarah bagi loyang.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: saiz dan susunan zarah-zarah, serta label setiap jenis atom)*
2 marks
a(iii)
Hitungkan nilai x dan y.
1 marks
b
Tingkap kaca pada sebahagian bangunan diperbuat daripada kaca fotokromik yang berubah menjadi gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari disebabkan oleh pembentukan atom argentum yang terkumpul dan menghalang pancaran cahaya. Nyatakan komponen utama kaca fotokromik dan wajarkan penggunaannya.
3 marks
c
Rajah 6 menunjukkan pintu gerbang Istana Negara yang bahan utamanya diperbuat daripada konkrit.
Anda ditugaskan untuk membina model sebuah pintu gerbang di sekolah. Cadangkan bagaimana struktur binaan yang kukuh dan berkualiti dapat dihasilkan.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas bagi gabungan Sel I dan Sel II. Sel I membekalkan tenaga elektrik kepada Sel II.
a
Nyatakan fungsi titian garam dan cadangkan satu larutan yang sesuai untuk menghasilkannya.
2 marks
Jadual 3.1 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Persamaan sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Zn^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| Cl~2~ + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ | +1.36 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Jadual 3.1
b
Berdasarkan Sel I dalam Rajah 7, kenal pasti elektrod yang bertindak sebagai katod, tuliskan notasi sel dan hitung nilai E°~sel~.
Jika logam zink dan larutan zink sulfat digantikan dengan logam magnesium dan larutan magnesium sulfat, nilai E°~sel~ meningkat. Terangkan jawapan anda.
5 marks
c
Terangkan tindak balas yang berlaku pada elektrod W dan X. Penerangan anda perlu mengandungi:
- Ion yang dipilih untuk dinyahcas
- Sebab ion-ion dipilih untuk dinyahcas
- Setengah persamaan
- Pemerhatian
- Hasil tindak balas yang terbentuk
10 marks
d
Jadual 3.2 menunjukkan senarai radas dan bahan yang digunakan dalam suatu eksperimen.
| Radas | Bahan |
|---|---|
| Tiub-U | Asid sulfurik cair |
| Galvanometer | Larutan kalium iodida |
| Elektrod karbon | Larutan kalium manganat(VII) berasid |
| Wayar penyambung | |
Jadual 3.2
Dengan menggunakan radas dan bahan yang diberikan, lukis satu gambar rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak. Lukis anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran elektron.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan radas, kedudukan setiap larutan dan elektrod, sambungan litar, label setiap bahagian, dan arah pengaliran elektron)*
3 marks
1020 marks
Rajah 8.1 menunjukkan Jadual Berkala Unsur. Huruf-huruf yang digunakan tidak menunjukkan simbol sebenar bagi unsur-unsur tersebut.
a
Nyatakan maksud kumpulan dan tuliskan susunan elektron bagi atom U. Terangkan perbezaan saiz atom U dan atom Q.
5 marks
b
30.6 g pepejal putih terhasil daripada tindak balas antara unsur R dengan oksigen. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dan hitung isipadu gas oksigen yang bertindak balas.
[Jisim atom relatif: O = 16, R = 27; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan struktur bagi bahan A, B dan C.
Kenal pasti jenis ikatan kimia dalam bahan A, B dan C. Bandingkan kekonduksian elektrik di antara bahan A dan bahan C. Terangkan jawapan anda.
6 marks
d
Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri unsur Y yang boleh dihasilkan melalui proses elektrolisis.
- Bertindak balas dengan air menghasilkan larutan yang menukarkan warna kertas litmus biru ke merah dan dilunturkan.
- Boleh menukarkan warna hijau larutan ferum(II) sulfat ke perang.
- Larut dalam 1,1,1-trikloroetana membentuk lapisan perang.
Jadual 4
Dengan menggunakan bahan dan radas yang sesuai, huraikan secara ringkas bagaimana unsur Y boleh dihasilkan di dalam makmal sekolah anda.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan carta alir untuk mengkaji sifat gas M.
- Gas M dialirkan ke dalam **propanon** $\rightarrow$ **larutan P**; larutan P + penunjuk semesta $\rightarrow$ **hijau**
- Gas M dialirkan ke dalam **air** $\rightarrow$ **larutan Q**; larutan Q + penunjuk semesta $\rightarrow$ **biru**
Rajah 9.1
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan perbezaan pemerhatian bagi larutan P dan larutan Q setelah dimasukkan penunjuk semesta.
5 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan nilai pH bagi alkali Q dan R.
| Larutan | Kepekatan | pH |
|---|---|---|
| Q | 0.1 mol dm^-3^ | 10 |
| R | 0.1 mol dm^-3^ | 13 |
Rajah 9.2
Cadangkan nama bagi alkali Q dan R. Terangkan perbezaan antara nilai pH bagi kedua-dua alkali.
5 marks
Garam natrium sulfit, Na~2~SO~3~ ditambahkan ke dalam buah-buahan kering dan minuman sebagai bahan pengawet dalam industri makanan. Pengambilan bahan berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan kesan kerengsaan kulit dan asma.
c(i)
Nyatakan maksud garam. Pada pendapat anda, adakah garam ini boleh digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
c(ii)
Pemanasan garam natrium sulfit, Na~2~SO~3~ dalam medium berasid akan membebaskan sejenis gas yang menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah. Dengan bantuan gambar rajah berlabel, huraikan kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan identiti gas yang terbebas.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan radas, bahan dalam setiap tabung uji, label setiap bahagian dan arah gas mengalir)*
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open