Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron dalam atom P, Q dan R.
| Atom | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| P | 11 | 12 |
| Q | 11 | 13 |
| R | 17 | 18 |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan satu zarah subatom yang berada dalam nukleus suatu atom.
1 marks
a(ii)
Atom-atom yang manakah merupakan isotop? Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
2 marks
b(i)
Nyatakan bilangan elektron valens bagi atom R.
1 marks
b(ii)
Lukiskan susunan elektron bagi atom R.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
1 marks
25 marks
Rajah 1 menunjukkan satu iklan penjualan sejenis silinder tong gas memasak.
a(i)
Apakah maksud bahan komposit?
1 marks
a(ii)
Nyatakan kelebihan lain bahan komposit yang digunakan dalam Rajah 1.
1 marks
a(iii)
Berikan satu contoh bahan komposit.
1 marks
b
Kereta api berhalaju tinggi yang menggunakan konsep apungan magnetik mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 600 km/j.
Nyatakan contoh aloi yang digunakan membolehkan konsep itu digunakan pada kereta api berhalaju tinggi. Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
2 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida.
a
Semasa menjalankan eksperimen ini, mengapakah penutup mangkuk pijar perlu dibuka sekali sekala?
1 marks
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Penerangan | Jisim (g) |
|---|---|
| Mangkuk pijar + penutup | 26.35 |
| Mangkuk pijar + penutup + pita magnesium | 28.75 |
| Mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida | 30.35 |
Jadual 2
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 2,
b(i)
hitung jisim bagi:
Magnesium: …
Oksigen: …
2 marks
b(ii)
Hitung bilangan mol magnesium dan oksigen.
[Jisim atom relatif: Mg = 24, O = 16]
2 marks
b(iii)
Tentukan formula empirik bagi magnesium oksida dalam eksperimen itu.
1 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
a
Apakah unsur yang diwakili oleh simbol Fe?
1 marks
b
Tuliskan susunan elektron bagi atom Mg.
1 marks
Pernyataan di bawah menunjukkan sifat-sifat dua jenis gas.
| Gas Helium | Gas Hidrogen |
|---|---|
| Ringan | Ringan |
| Tidak reaktif | Mudah terbakar |
| Tidak berwarna | Tidak berwarna |
c
Berdasarkan maklumat di atas, gas yang manakah lebih sesuai digunakan dalam belon kaji cuaca? Berikan **satu** sebab.
2 marks
d
Puan Chin ialah seorang jurudandan di sebuah salon. Puan Chin mendapati selepas rambut pelanggannya dicuci, rambut melekat sehingga sukar untuk disikat.
Nyatakan nama ikatan yang terbentuk. Terangkan kesan ikatan tersebut terhadap rambut pelanggan Puan Chin.
3 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan satu siri tindak balas yang berlaku ke atas Sebatian X.
Sebatian X dan Sebatian Y adalah hidrokarbon.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon?
1 marks
Kedua-dua Sebatian X dan Sebatian Y sesuai digunakan sebagai bahan bakar dan dapat menghasilkan nyalaan yang berjelaga.
b(i)
Sebatian yang manakah akan menghasilkan lebih banyak jelaga? Terangkan mengapa.
2 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembakaran lengkap sebatian di (b)(i).
2 marks
Berdasarkan Rajah 4,
c(i)
Kenal pasti Sebatian Y dan Sebatian Z.
Y: …
Z: …
2 marks
c(ii)
Lukiskan formula struktur bagi monomer botol plastik itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, jenis ikatan antara atom karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
69 marks
Rajah 5 menunjukkan maklumat mengenai dua produk yang menggunakan dua jenis asid, Asid X dan Asid Y.
a
Nyatakan maksud asid.
1 marks
b
Kenal pasti Asid Y.
1 marks
c
Kedua-dua Asid X dan Asid Y mempunyai kepekatan yang sama. Jelaskan mengapa nilai pH bagi kedua-dua asid dalam Rajah 5 adalah berbeza.
3 marks
Apabila 0.5 mol zink karbonat ditambah ke dalam Asid Y yang berlebihan, pembuakan berlaku;
d(i)
Dengan menggunakan Asid Y yang dinyatakan di 6(b), tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
d(ii)
Hitung isipadu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
[Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan carta alir bagi tindak balas yang dilalui oleh zink klorida.
a
Nyatakan keterlarutan zink klorida.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6,
b(i)
kenal pasti Larutan P, Q, dan R.
Larutan P: …
Larutan Q: …
Larutan R: …
3 marks
b(ii)
Nyatakan jenis tindak balas bagi Langkah 1.
1 marks
b(iii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku di Langkah 1.
2 marks
b(iv)
Hitung jisim ZnCO~3~ yang dihasilkan apabila 0.1 mol ZnCl~2~ bertindak balas dengan Larutan P.
[Jisim molar ZnCO~3~ = 125 g mol^-1^]
1 marks
b(v)
Lukis gambar rajah berlabel susunan radas untuk menjalankan eksperimen di Langkah 2 dan tunjukkan bagaimana gas tak berwarna S diuji.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana radas disambungkan, bahan dalam setiap radas dan label-labelnya.)*
2 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan tumbuhan yang digunakan secara meluas dalam ubatan tradisional.
Berdasarkan Rajah 7,
a(i)
nyatakan kegunaan tumbuhan tersebut dalam ubatan tradisional.
1 marks
a(ii)
bagaimanakah tumbuhan itu dapat digunakan untuk (a)(i)?
1 marks
Pelbagai jenis bahan kosmetik mampu milik boleh diperolehi di pasaran. Namun begitu, terdapat kosmetik yang dikomersialkan mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna.
b(i)
Nyatakan satu kesan penggunaan bahan kimia berbahaya kepada pengguna.
1 marks
b(ii)
> Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara bertanggungjawab menyelia dan meluluskan bahan yang digunakan dalam kosmetik komersial.
Sebagai seorang pengguna, wajarkan penggunaan kosmetik komersil yang telah diluluskan dalam kehidupan harian.
2 marks
Jadual 3 menunjukkan jenis kosmetik P, Q dan R serta kegunaannya.
| Jenis kosmetik | Kegunaan |
|---|---|
| P | Untuk mencantikkan wajah |
| Q | Untuk merawat badan |
| R | Untuk menghasilkan pewangi |
Jadual 3
c
Berdasarkan Jadual 3, berikan contoh P, Q dan R.
P: …
Q: …
R: …
3 marks
d
Mei Ling mendapati mukanya mula tumbuh jerawat. Dia tertarik dengan iklan produk anti jerawat yang menyatakan bahawa jerawat akan hilang dalam tempoh 5 hari.
Apakah langkah-langkah yang perlu Mei Ling lakukan sebelum membeli produk anti jerawat itu?
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas bagi dua sel, Sel I dan Sel II yang disambungkan bersama.
Nyatakan fungsi titian garam. Kenal pasti terminal negatif dalam Sel I dan terangkan mengapa.
3 marks
a(ii)
Terangkan tindak balas yang berlaku pada elektrod karbon **W** dan elektrod karbon **X** dalam Sel II dari segi:
- Pergerakan ion-ion ke setiap elektrod
- Pemilihan ion untuk dioksidakan dan diturunkan dan sebab mengapa ion itu dipilih
- Setengah persamaan di setiap elektrod
- Pemerhatian di setiap elektrod
10 marks
Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan di dalam makmal untuk mengkaji kereaktifan logam terhadap oksigen untuk membentuk logam oksida.
b
Apabila ferum dipanaskan menggunakan radas dalam Rajah 8.2, ferum(III) oksida terhasil. Nyatakan warna bagi ferum(III) oksida yang terhasil dan tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu. Hitung jisim logam oksida yang terhasil apabila 14 g serbuk ferum dipanaskan.
[Jisim atom relatif: O = 16; Fe = 56]
7 marks
1020 marks
Tiga set eksperimen dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 5 menunjukkan bahan tindak balas dan masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas bagi Set I, Set II dan Set III.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.4 mol dm^-3^ | 30 |
| II | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 50 |
| III | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 90 |
Jadual 5
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas dan nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
3 marks
Berdasarkan Jadual 5,
b
lukis gambar rajah susunan radas bagi Set I.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana radas disambungkan, bahan dalam setiap radas, cara gas dikumpul dan label-labelnya.)*
2 marks
c
tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu dan hitungkan isi padu sebenar gas yang terbebas dalam Set I.
[Diberi isi padu molar sebarang gas memenuhi 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
d
bandingkan kadar tindak balas antara set eksperimen dan terangkan jawapan anda berdasarkan teori perlanggaran:
(i) Set I dan Set II
(ii) Set II dan Set III
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 6.1 menunjukkan persamaan kimia dan haba peneutralan bagi dua set eksperimen; Set I dan Set II.
| Set | Persamaan kimia | Haba peneutralan (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | NaOH + HCl $\rightarrow$ NaCl + H~2~O | −57.3 |
| II | NaOH + CH~3~COOH $\rightarrow$ CH~3~COONa + H~2~O | −54.5 |
Jadual 6.1
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan haba peneutralan dan nyatakan jenis asid yang digunakan dalam Set I dan Set II.
3 marks
a(ii)
Dalam Set I, 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ bertindak balas dengan 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^. Hitung suhu tertinggi dicapai sekiranya purata suhu awal ialah 28.5 °C.
[Muatan haba tentu larutan: 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan: 1.0 g cm^-3^]
4 marks
Jadual 6.2 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua jenis tindak balas, Tindak Balas I dan Tindak Balas II.
b
Berdasarkan Jadual 6.2, bandingkan Tindak balas I dan II dari segi jenis tindak balas, perubahan haba sewaktu tindak balas, perubahan suhu, jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas dan perubahan tenaga haba sewaktu pemutusan dan pembentukan ikatan.
5 marks
Rajah 9 menunjukkan satu bekas pemanasan kendiri untuk memanaskan makanan. Bekas ini biasanya diisi dengan serbuk kalsium klorida, CaCl~2~ dan dibekalkan bersama dengan air.
c
Anda dibekalkan dengan beberapa bahan kimia lain seperti magnesium nitrat, kalsium oksida dan ammonium nitrat yang boleh mungkin menggantikan serbuk kalsium klorida itu. Rancangkan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam makmal untuk memilih bahan yang manakah yang boleh digunakan untuk menggantikan serbuk kalsium klorida itu. Nyatakan bagaimana anda memilih bahan yang sesuai untuk menggantikan serbuk kalsium klorida itu.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open