Negeri Sembilan Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Negeri Sembilan Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan sejenis seramik yang digunakan untuk membina dinding bangunan.
Berdasarkan Rajah 1,
a
nyatakan bahan utama dalam seramik.
1 marks
b
nyatakan dua sifat seramik.
2 marks
c
nyatakan jenis seramik yang lain.
1 marks
d
nyatakan **satu** kegunaan seramik yang dinyatakan di 1(c).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur grafen yang digunakan dalam satu industri.
a
Namakan **satu** bidang yang menggunakan grafen.
1 marks
b
Nyatakan **satu** sifat fizik bagi grafen.
1 marks
c
Apakah ciri istimewa bagi grafen menjadikannya sesuai dalam penghasilan sensor?
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 2, namakan atom X dan jenis ikatan terbentuk.
Nama atom X: …
Jenis ikatan: …
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan satu larutan piawai natrium karbonat.
a
Apakah maksud larutan piawai?
1 marks
b
Berikan satu sebab mengapakah kaedah ini tidak sesuai digunakan bagi menyediakan larutan piawai natrium hidroksida.
1 marks
c
Hitungkan nilai X dalam gram bagi serbuk natrium karbonat yang digunakan bagi menyediakan larutan piawai tersebut.
[Jisim atom relatif: C = 12; O = 16; Na = 23]
2 marks
d
Tuliskan persamaan kimia seimbang jika pentitratan dilakukan dengan menggunakan larutan natrium karbonat dan asid hidroklorik.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan satu kumpulan unsur.
| Unsur | Simbol | Nombor nukleon | Nombor proton |
|---|---|---|---|
| Fluorin | F | 19 | 9 |
| Klorin | Cl | 35 | 17 |
| Bromin | Br | 80 | 35 |
| Iodin | I | 127 | 53 |
Rajah 4
a
Nyatakan kumpulan bagi unsur-unsur ini dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
b
Tulis susunan elektron bagi atom fluorin.
1 marks
c
Atom bromin adalah lebih kecil daripada atom iodin. Terangkan mengapa bromin lebih mudah membentuk ion negatif berbanding iodin.
2 marks
Klorin bertindak balas dengan natrium untuk membentuk satu sebatian.
d(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
d(ii)
Terangkan pembentukan ikatan bagi sebatian ini.
1 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji suatu tindak balas redoks.
Jadual 1 menunjukkan senarai nilai keupayaan elektrod piawai:
| Tindak balas sel setengah | E° / V |
|---|---|
| S~2~O~8~^2−^ + 2e $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2−^ | +2.01 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^−^ | +0.40 |
| Cu^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Zn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
Jadual 1
Merujuk kepada Sel A,
a(i)
apakah kegunaan pasu berliang?
1 marks
a(ii)
nyatakan logam yang bertindak sebagai terminal positif. Terangkan jawapan anda.
2 marks
a(iii)
tulis persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam sel itu.
1 marks
a(iv)
hitung voltan bagi sel, E°~sel~.
1 marks
Merujuk kepada Sel B,
b(i)
terangkan satu ujian kimia untuk mengesahkan Gas X.
2 marks
b(ii)
nyatakan faktor yang mempengaruhi pembentukan Gas X.
1 marks
69 marks
Jadual 2 menunjukkan dua eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Masa yang diperlukan untuk mengumpul 60 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Ketulan zink berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | 80 |
| II | Serbuk zink berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | 30 |
Jadual 2
a
Nyatakan formula kimia bagi asid yang digunakan.
1 marks
b
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku.
2 marks
d
Hitungkan kadar tindak balas purata untuk eksperimen I dan II.
Eksperimen I: …
Eksperimen II: …
2 marks
e
Bandingkan kadar tindak balas eksperimen I dan II. Dengan menggunakan teori perlanggaran, jelaskan perbezaan kadar tindak balas bagi kedua-dua eksperimen.
3 marks
710 marks
Rajah 6.1 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan naftalena, C~10~H~8~.
a(i)
Apakah jenis zarah bagi naftalena?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 6.1, tentukan takat lebur bagi naftalena.
1 marks
a(iii)
Terangkan mengapa tiada peningkatan suhu berlaku dari P ke Q.
2 marks
Rajah 6.2(a) dan Rajah 6.2(b) menunjukkan graf lengkung penyejukan bagi naftalena yang diplotkan oleh dua murid yang berbeza.
b(i)
Nyatakan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua graf tersebut dan terangkan mengapa.
2 marks
Berdasarkan Rajah 6.2(b),
c(i)
Nyatakan fenomena yang berlaku di R.
1 marks
c(ii)
Terangkan bagaimana untuk mengatasi keadaan yang dinyatakan di c(i) dan mendapatkan lengkung seperti Rajah 6.2(a).
1 marks
d
Rajah 6.3 menunjukkan susunan radas bagi menentukan takat lebur naftalena.
Jadual 3 menunjukkan dua jenis bahan dengan takat didih masing-masing.
| Bahan | Takat didih (°C) |
|---|---|
| X | 78.5 |
| Y | 100.0 |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, bahan manakah yang sesuai diletakkan di dalam bikar? Berikan **satu** alasan.
2 marks
810 marks
Jadual 4 menunjukkan haba pembakaran beberapa bahan api.
| Bahan api | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Metana | −890 |
| Propana | −2230 |
| Etanol | −1376 |
| Propanol | −2016 |
Jadual 4
a
Pembakaran bahan api adalah tindak balas eksotermik. Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas eksotermik?
1 marks
b
Rajah 7 menunjukkan profil tenaga bagi pembakaran propanol.
Tandakan ΔH bagi tindak balas tersebut dalam Rajah 7.
*(Huraikan dalam perkataan: di mana anda menanda ΔH — dari aras tenaga mana ke aras tenaga mana — dan arah anak panah anda.)*
1 marks
c(i)
Bandingkan haba pembakaran metana dan propana.
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda di 8(c)(i).
2 marks
d
Hitungkan nilai bahan api bagi etanol.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
e
Semasa perlawanan bola sepak, seorang pemain mendapati lututnya bengkak selepas berlanggar dengan pemain lawan. Untuk melegakan kesakitan, lututnya perlu diletakkan sesuatu yang sejuk. Dengan menggunakan pengetahuan kimia, pilih bahan-bahan yang betul untuk melegakan kesakitan pemain itu:
- Beg plastik
- Air
- Serbuk natrium hidroksida
- Serbuk ammonium nitrat
Huraikan bagaimana kesakitan pemain itu dapat dilegakan.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas bagi dua eksperimen untuk menentukan formula empirik bagi oksida logam.
a(i)
Nyatakan maksud formula empirik dan formula molekul.
2 marks
a(ii)
Formula empirik oksida X boleh ditentukan dengan Eksperimen I manakala oksida Y boleh ditentukan dengan Eksperimen II. Cadangkan nama logam X dan logam Y. Terangkan perbezaan pemilihan kaedah untuk menentukan formula empirik bagi kedua-dua oksida itu.
6 marks
a(iii)
Glukosa mengandungi 40% karbon, 6.67% hidrogen dan 53.33% oksigen mengikut jisim. Jisim molar glukosa ialah 180 g mol^-1^. Tentukan formula molekul glukosa.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; O = 16]
5 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas bagi penguraian kuprum(II) nitrat apabila dipanaskan.
Nyatakan **tiga** pemerhatian daripada eksperimen tersebut. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang dan nyatakan maklumat kuantitatif dan maklumat kualitatif yang dapat disimpulkan daripada persamaan tersebut.
7 marks
1020 marks
Rajah 9 menunjukkan formula struktur bagi hidrokarbon P dan Q.
a(i)
Tuliskan formula molekul hidrokarbon P dan Q. Nyatakan siri homolog dan formula am bagi kedua-dua hidrokarbon.
4 marks
a(ii)
Hidrokarbon Q mempunyai satu isomer yang lain. Lukis formula struktur dan namakan isomer tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
2 marks
a(iii)
Gas P dialirkan ke dalam air klorin dan diletakkan dalam satu almari bertutup. Selepas 2 jam, warna air klorin didapati tidak berubah. Jelaskan pemerhatian tersebut.
2 marks
a(iv)
2.9 g gas Q terbakar lengkap dalam gas oksigen menghasilkan karbon dioksida dan air. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang dan hitungkan isi padu maksimum gas karbon dioksida yang terbebas pada keadaan bilik.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
6 marks
b
Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang sebatian karbon W dan X.
| Sebatian karbon W | Sebatian karbon X |
|---|---|
| Mempunyai 2 atom karbon | Mempunyai 3 atom karbon |
| Mengandungi kumpulan hidroksil, –OH | Mengandungi kumpulan karboksil, –COOH |
Jadual 5
Namakan sebatian karbon W dan X. Huraikan satu ujian kimia untuk membezakan sebatian karbon W dan X.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 10.1 menunjukkan monomer-monomer yang digunakan untuk menghasilkan terilena dalam satu tindak balas pempolimeran R.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan maksud polimer, namakan hasil yang terbentuk selain terilena dan namakan tindak balas pempolimeran R.
3 marks
a(ii)
Rajah 10.2 menunjukkan monomer S bagi penghasilan produk plastik melalui tindak balas pempolimeran T.
Berdasarkan Rajah 10.2, namakan monomer S dan tunjukkan bagaimana polimer tersebut dihasilkan daripada monomernya dalam tindak balas pempolimeran T.
*(Tulis persamaan anda dengan formula struktur dalam bentuk teks, atau huraikan lukisan anda dalam perkataan: monomer, ikatan yang berubah dan polimer yang terbentuk.)*
3 marks
a(iii)
Bandingkan tindak balas pempolimeran R dan tindak balas pempolimeran T. Perbandingan anda harus mengandungi kriteria berikut:
- Nama tindak balas pempolimeran
- Jenis monomer
- Hasil tindak balas
- Contoh polimer lain
4 marks
b
Jadual 6 menunjukkan dua situasi melibatkan lateks.
| Situasi | Bahan |
|---|---|
| P | Lateks + Bahan penggumpal X |
| Q | Lateks + Bahan anti-gumpal Y |
Jadual 6
Lateks perlu dihantar ke kilang untuk penghasilan sarung tangan pembedahan. Sebagai seorang pengurus ladang getah, situasi manakah paling sesuai digunakan untuk penghantaran lateks tersebut? Wajarkan pilihan anda.
4 marks
c
Cadangkan **satu** bahan yang sesuai untuk menghasilkan tiub getah di dalam makmal. Huraikan secara ringkas penyediaan tiub getah tersebut menggunakan bahan dan radas berikut:
| Bahan | Alat radas |
|---|---|
| Lateks | Silinder penyukat |
| Bahan yang dinamakan | Bikar |
| | Rod kaca |
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open