Rajah 1 menunjukkan lukisan model molekul bagi dua ahli siri homolog asid karboksilik.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan formula molekul?
1 marks
a(ii)
Namakan semua unsur yang hadir dalam kedua-dua asid.
1 marks
a(iii)
Nyatakan formula molekul bagi asid metanoik.
1 marks
b
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara magnesium dengan asid etanoik.
Mg + 2CH~3~COOH $\rightarrow$ (CH~3~COO)~2~Mg + H~2~
Nyatakan satu maklumat kualitatif dan satu maklumat kuantitatif yang boleh diperolehi daripada persamaan kimia tersebut.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan formula struktur polimer A.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
Lukiskan formula struktur monomer bagi polimer A.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dan kumpulan dalam monomer serta ikatan antara atom-atom karbon.)*
1 marks
a(iii)
Namakan jenis tindak balas pempolimeran untuk menghasilkan polimer A.
1 marks
Pernyataan berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis polimer.
- Terurai atau hangus apabila dipanaskan
- Tidak dapat dikitar semula
b(i)
Nyatakan jenis polimer yang mempunyai ciri-ciri di atas.
1 marks
b(ii)
Berikan satu kegunaan polimer tersebut.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan elektron bagi sebatian P.
a
Tuliskan susunan elektron bagi atom magnesium.
1 marks
b
Nyatakan jenis ikatan dalam sebatian P.
1 marks
c
Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan sebatian P.
2 marks
d
Hitung isi padu gas oksigen yang diperlukan pada keadaan bilik untuk bertindak balas dengan 0.5 mol magnesium.
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
2 marks
47 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat komposisi bagi kaca R dan S yang digunakan dengan meluas dalam kehidupan seharian.
| Jenis kaca | Komposisi |
|---|---|
| R | Bahan Z, natrium karbonat, kalsium karbonat |
| S | Bahan Z, natrium karbonat, kalsium karbonat, boron oksida, aluminium oksida |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan bahan Z.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis kaca R dan S.
R: …
S: …
2 marks
b
Rajah 4 menunjukkan bekas yang boleh digunakan oleh Puan Saloma untuk menyimpan jeruk mangga.
Pilih satu bekas yang sesuai untuk menyimpan jeruk mangga supaya tahan lebih lama. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
c
Dalam penghasilan gentian kaca, kaca dipanaskan sehingga cair dan dilalukan kepada lubang-lubang yang halus. Cadangkan bagaimana sifat gentian kaca dapat diperkukuhkan untuk membentuk gentian optik. Nyatakan satu sifat gentian optik.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan seorang pelajar sedang menyidai pakaian basah.
a(i)
Namakan proses yang terlibat bagi perubahan keadaan jirim air dalam Rajah 5.1.
1 marks
a(ii)
Lukiskan susunan zarah-zarah air sebelum dan selepas proses yang dinamakan di 5(a)(i).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan zarah-zarah air dan jarak antara zarah, sebelum dan selepas proses.)*
2 marks
a(iii)
Nyatakan perubahan daya tarikan antara zarah semasa proses dalam 5(a)(i) berlaku.
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan model atom James Chadwick bagi atom W, X, Y dan Z.
Berdasarkan Rajah 5.2, pilih dua atom yang merupakan isotop. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan maklumat tentang kelimpahan semula jadi isotop Q.
Hitung jisim atom relatif Q.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan carta alir bagi beberapa siri tindak balas untuk menghasilkan sebatian Z.
a(i)
Namakan Tindak balas I.
1 marks
a(ii)
Tuliskan formula kimia bagi sebatian X.
1 marks
b(i)
Cadangkan satu reagen yang sesuai bagi menjalankan Tindak balas II.
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan cadangan anda di 6(b)(i).
1 marks
Propan-1-ol ditambahkan dalam Tindak balas III untuk menghasilkan sebatian Z yang mempunyai bau manis buah-buahan.
c(i)
Propan-1-ol adalah salah satu isomer bagi propanol. Kenal pasti bilangan isomer bagi propanol.
1 marks
c(ii)
Lukiskan formula struktur dan namakan sebatian Z.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam sebatian Z dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
2 marks
c(iii)
Rajah 6.2 menunjukkan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan Tindak balas III.
Kaedah I adalah lebih sesuai digunakan berbanding Kaedah II. Wajarkan penggunaan Kaedah I dan terangkan jawapan anda.
2 marks
710 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang susunan elektron atom D, E dan G. Huruf D, E dan G tidak mewakili simbol sebenar atom.
| Atom | Susunan elektron |
|---|---|
| D | 2.8.1 |
| E | 2.8.7 |
| G | 2.8.8.1 |
Jadual 2
a(i)
Nyatakan maksud elektron valens.
1 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan saiz atom D dan atom E.
2 marks
b
Gas unsur E dialirkan ke dalam air untuk menghasilkan suatu larutan. Ramalkan pemerhatian apabila sehelai kertas litmus biru dicelupkan ke dalam larutan tersebut.
1 marks
Rajah 7 menunjukkan pemerhatian apabila unsur D dan unsur G bertindak balas dengan gas oksigen.
c(i)
Saiz nyalaan unsur G lebih besar berbanding unsur D. Terangkan perbezaan bagi pemerhatian ini.
2 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas unsur G dan oksigen.
2 marks
c(iii)
Hitung jisim sebatian yang terbentuk apabila 0.1 mol unsur G bertindak balas lengkap dengan oksigen.
[Jisim atom relatif: O = 16, G = 39]
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan logam X dan logam Y terhadap pengaratan paku besi.
Keputusan eksperimen selepas tiga hari ditunjukkan dalam Jadual 3.
| Set | Pasangan logam | Pemerhatian |
|---|---|---|
| I | Fe dan X | Tompok biru terbentuk |
| II | Fe dan Y | Tiada perubahan |
Jadual 3
a(i)
Pengaratan besi merupakan suatu tindak balas redoks. Apakah maksud tindak balas redoks?
Apakah yang diwakili oleh simbol ΔH dan kenal pasti jenis tindak balas bagi Tindak balas I dan Tindak balas II. Bandingkan perubahan tenaga semasa pemutusan ikatan dan pembentukan ikatan semasa tindak balas berlaku bagi Tindak balas I dan Tindak balas II.
4 marks
a(ii)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi Tindak balas I. Ramalkan haba tindak balas bagi Tindak balas I jika larutan natrium karbonat digantikan dengan larutan kalium karbonat. Terangkan jawapan anda.
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: paksi tenaga, kedudukan aras bahan tindak balas dan aras hasil tindak balas, bahan yang ditulis pada setiap aras dan nilai ΔH.)*
4 marks
a(iii)
Hitungkan nilai bahan api bagi metana.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]
2 marks
Rajah 9 menunjukkan tiga eksperimen yang dijalankan oleh seorang pelajar untuk mengkaji haba penyesaran bagi tindak balas antara larutan kuprum(II) klorida dengan logam zink, X dan Y berlebihan.
b(i)
Berdasarkan Set I, hitung haba penyesaran bagi tindak balas ini. Berikan satu sebab mengapa cawan polisterina digunakan dalam eksperimen ini berbanding bikar.
[Diberi muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan ialah 1.0 g cm^-3^]
Rajah 10 menunjukkan aiskrim dalam Situasi A dan Situasi B.
Berdasarkan Rajah 10, bandingkan masa yang diambil untuk aiskrim mencair dalam kedua-dua situasi. Nyatakan faktor yang terlibat dan terangkan bagaimana faktor tersebut mempengaruhi masa yang diambil.
3 marks
Jadual 4 menunjukkan tiga set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan | 30 |
| II | 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan | 60 |
| III | 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + ketulan zink berlebihan | 120 |
Jadual 4
b(i)
Berdasarkan Jadual 4, hitung kadar tindak balas bagi Set I, II dan III. Susun kadar tindak balas bagi semua set dalam tertib menaik.
4 marks
b(ii)
Pada paksi yang sama lakarkan graf isi padu gas hidrogen melawan masa bagi Set I, II dan III apabila semua asid lengkap bertindak balas.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: label dan unit paksi, bentuk setiap lengkung (kecerunan awal dan di mana ia mendatar), label setiap lengkung dan isi padu akhir bagi setiap set.)*
3 marks
b(iii)
Berdasarkan Jadual 4, bandingkan kadar tindak balas antara:
- Set I dan Set II
- Set II dan Set III
Bagi setiap perbandingan, terangkan perbezaan dalam kadar tindak balas dengan merujuk kepada teori perlanggaran.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan perbualan antara Hazriq dan Iqbal melalui satu aplikasi telefon pintar.
> **Iqbal:** Hai Hazriq. Awak ada di mana?
>
> **Hazriq:** Hai Iqbal. Saya sedang berada di kedai serbaneka. Kenapa?
>
> **Iqbal:** Boleh belikan saya sesuatu?
>
> **Hazriq:** Oh semestinya. Mahu saya belikan apa?
>
> **Iqbal:** Saya akan hantar gambar pada awak. *(gambar botol: "JENAMA X — Cecair Peluntur — pH 13")*
>
> **Hazriq:** Baiklah. Saya akan belikan.
Rajah 11.1
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai pH?
1 marks
a(ii)
Hitung kepekatan ion hidroksida yang terdapat dalam cecair peluntur dalam Rajah 11.1.
2 marks
b
Jadual 5 menunjukkan nilai pH bagi asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid etanoik dengan kemolaran yang sama.
| Asid | Kemolaran (mol dm^-3^) | Nilai pH |
|---|---|---|
| Asid hidroklorik | 0.01 | 2.0 |
| Asid sulfurik | 0.01 | 1.7 |
| Asid etanoik | 0.01 | 5.0 |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5, terangkan perbezaan nilai pH bagi ketiga-tiga asid.
5 marks
c
Hazimah dikehendaki menyediakan 250 cm^3^ larutan natrium karbonat 0.2 mol dm^-3^ daripada larutan piawai 2.0 mol dm^-3^ dengan menggunakan kaedah pencairan. Hitung isi padu larutan piawai yang diperlukan untuk menghasilkan larutan tersebut.
2 marks
d(i)
Rajah 11.2 menunjukkan ladang nanas Encik Ahmad yang terletak berhampiran kilang yang membebaskan gas sulfur dioksida.
Beliau mendapati tanamannya tidak membesar dengan baik. Nyatakan sebab bagi situasi ini dan cara mengatasinya.
2 marks
d(ii)
Rajah 11.3 menunjukkan garam Epsom yang boleh digunakan dalam penghasilan produk kosmetik.
Maklumat berikut menunjukkan tiga bahan yang dapat digunakan untuk menghasilkan garam Epsom.
- Asid sulfurik
- Magnesium nitrat
- Natrium karbonat
Huraikan satu eksperimen untuk menghasilkan garam Epsom di dalam makmal. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang terlibat.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open