Rajah 1 menunjukkan susunan atom bagi aloi X yang digunakan untuk membuat landasan keretapi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan aloi?
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
b(i)
Namakan aloi X.
1 marks
b(ii)
Aloi X terbina dari gabungan logam tulen dan logam asing. Nyatakan nama bagi
Logam tulen: …
Logam asing: …
2 marks
c
Nyatakan satu sebab mengapa aloi X sesuai digunakan untuk membuat landasan keretapi.
1 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara bilangan proton, bilangan neutron dan bilangan elektron bagi atom X dan ion X.
| Jenis zarah | Atom X | Ion bagi X |
|---|---|---|
| Bilangan proton | 12 | 12 |
| Bilangan neutron | 12 | 12 |
| Bilangan elektron | 12 | 10 |
Jadual 1
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor proton?
1 marks
a(ii)
Nyatakan dua zarah sub atom yang terdapat dalam nukleus.
2 marks
b(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom X.
1 marks
b(ii)
Tuliskan formula bagi ion X.
1 marks
36 marks
a
Rajah 2.1 menunjukkan proses menyediakan marjerin daripada minyak kelapa sawit melalui proses X.
**Minyak kelapa sawit** —(Proses X, + Mangkin Y)$\rightarrow$ **Marjerin**
Rajah 2.1
Namakan Proses X dan Bahan Y.
Proses X: …
Mangkin Y: …
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan sebuah poster "Sayangi Jantung Anda".
Minyak sayuran dan lemak haiwan mengandungi lemak tepu dan lemak tak tepu. Berdasarkan Rajah 2.2, kenal pasti jenis lemak yang boleh menyebabkan perubahan keadaan arteri tersebut. Terangkan mengapa.
4 marks
47 marks
Formula empirik bagi logam oksida X dapat ditentukan menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Penerangan | Jisim / g |
|---|---|
| Jisim mangkuk pijar + penutup | 24.0 |
| Jisim mangkuk pijar + penutup + logam X | 26.4 |
| Jisim mangkuk pijar + penutup + oksida logam X | 28.0 |
Jadual 2
a
Nyatakan maksud formula empirik.
1 marks
b
Cadangkan satu logam yang formula empiriknya sesuai ditentukan menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
1 marks
Berdasarkan Jadual 2,
c(i)
Tentukan jisim oksigen dan jisim logam X yang terlibat.
2 marks
c(ii)
Tentukan formula empirik bagi oksida logam X.
[Jisim atom relatif: X = 24, O = 16]
3 marks
58 marks
Jadual 3 menunjukkan ion-ion dalam air sungai yang tidak tercemar di Sungai A.
| Jenis ion | Kepekatan (mol dm^-3^) |
|---|---|
| SO~4~^2-^ | 0.69 × 10^-4^ |
| Cl^-^ | 1.60 × 10^-4^ |
| Ca^2+^ | 3.30 × 10^-4^ |
| Mg^2+^ | 1.50 × 10^-4^ |
| Na^+^ | 0.23 × 10^-4^ |
| K^+^ | 0.30 × 10^-4^ |
Jadual 3
Sebuah kilang secara tidak sengaja membebaskan air buangan industri ke dalam Sungai A.
a
Senaraikan anion yang terdapat dalam air sungai yang tidak tercemar di Sungai A.
1 marks
b
Selain daripada ion-ion yang dinyatakan dalam Jadual 3, cadangkan satu kation dan satu anion yang terdapat dalam air buangan kilang yang menyebabkan air sungai itu keruh.
Kation: …
Anion: …
2 marks
Ali menggunakan sabun dan air sungai A untuk membersih kesan minyak pada pakaiannya tetapi kotoran tersebut tidak dapat ditanggalkan.
c(i)
Berdasarkan Jadual 3, kenal pasti satu ion dalam air sungai yang boleh menyebabkan pencucian pakaian menggunakan sabun menghasilkan kekat.
1 marks
c(ii)
Dengan menggunakan bahan kimia yang dinamakan, huraikan bagaimana ion yang dinyatakan di (c)(i) itu boleh disingkirkan dari air sungai.
4 marks
69 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu produk polimer.
a(i)
Apakah maksud polimer?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama monomer bagi produk polimer dalam Rajah 4.1.
1 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan produk getah sintetik yang dihasilkan daripada produk sampingan petroleum.
Nyatakan dua kaedah pelupusan barangan dalam Rajah 4.2 dan terangkan bagaimana barangan tersebut mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
3 marks
c
Suatu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kekenyalan getah X dan getah Y. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
| Jenis getah | Set | Panjang asal kepingan getah (cm) | Panjang kepingan getah dengan pemberat 100 g (cm) | Panjang kepingan getah apabila pemberat 100 g dialihkan (cm) |
|---|---|---|---|---|
| Getah X | I | 12.00 | 12.35 | 12.10 |
| Getah X | II | 12.00 | 12.25 | 12.10 |
| Getah X | III | 12.00 | 12.30 | 12.15 |
| Getah Y | I | 12.00 | 12.05 | 12.00 |
| Getah Y | II | 12.00 | 12.10 | 12.05 |
| Getah Y | III | 12.00 | 12.00 | 12.00 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, banding kekenyalan getah X dan getah Y. Terangkan jawapan anda.
4 marks
710 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji beza keupayaan antara dua elektrod dalam tindak balas redoks.
a
Nyatakan warna bagi larutan kuprum(II) sulfat.
1 marks
b
Kenal pasti semua kation yang hadir dalam pasu berliang.
1 marks
Jadual 5.1 menunjukkan sebahagian daripada Siri Keupayaan Elektrod Piawai.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (297 K) |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e ⇌ Mg | −2.38 |
| Zn^2+^ + 2e ⇌ Zn | −0.76 |
| Fe^2+^ + 2e ⇌ Fe | −0.44 |
| Cu^2+^ + 2e ⇌ Cu | +0.34 |
Jadual 5.1
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Jadual 5.1,
c(i)
Tuliskan notasi sel untuk tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Hitung nilai E°~sel~ bagi tindak balas itu.
1 marks
c(iii)
Berdasarkan jawapan anda di 7(c)(ii), apakah yang perlu anda lakukan kepada anod untuk meningkatkan nilai E°~sel~? Terangkan jawapan anda.
3 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan dua sel elektrolisis larutan natrium klorida, NaCl dengan kepekatan berbeza menggunakan elektrod karbon.
Jadual 5.2 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi beberapa bahan.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Na^+^ + e ⇌ Na | −2.71 |
| 2H^+^ + 2e ⇌ H~2~ | +0.00 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| Cl~2~ + 2e ⇌ 2Cl^-^ | +1.36 |
Jadual 5.2
Berdasarkan Rajah 5.2 dan Jadual 5.2, terangkan perbezaan pemerhatian pada anod bagi kedua-dua set eksperimen itu.
2 marks
810 marks
Rajah 6.1 menunjukkan susunan radas bagi Eksperimen I dan Eksperimen II pada suhu yang berbeza untuk menentukan kadar tindak balas antara natrium tiosulfat dengan asid sulfurik.
Jadual 6 menunjukkan keputusan dua eksperimen itu.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Masa untuk tanda "X" hilang dari penglihatan / s |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ + asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 30 °C | 40 |
| II | 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ + asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 40 °C | 20 |
Jadual 6
Bandingkan kadar tindak balas Eksperimen I dan Eksperimen II.
1 marks
a(iv)
Terangkan jawapan anda di (a)(iii) menggunakan teori perlanggaran.
3 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan Hani dan Lela menjemur pakaian mereka dalam dua situasi yang berbeza. Pada pukul 7.00 pagi, Hani menjemur pakaiannya di balkoni yang berbumbung manakala Lela menjemur pakaiannya di bawah cahaya matahari.
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 6.2, situasi manakah boleh menyebabkan pakaian mengering dengan lebih cepat? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur X dan unsur Y yang terletak dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur.
Berdasarkan Rajah 7.1,
a(i)
Nyatakan maksud bagi elektron valens dan nyatakan kumpulan di mana terletaknya unsur X dan unsur Y dalam Jadual Berkala Unsur.
2 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara unsur X dan gas oksigen. Hitung jisim hasil tindak balas yang diperoleh jika 1200 cm^3^ gas oksigen digunakan dalam tindak balas tersebut.
[Jisim atom relatif: O = 16, X = 23; Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
a(iii)
Unsur X dan unsur Y menunjukkan sifat kimia yang sama tetapi dengan kereaktifan yang berbeza. Bandingkan kereaktifan unsur X dan unsur Y. Terangkan jawapan anda.
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan susunan elektron bagi sebatian A dan sebatian B.
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.2,
Apakah maksud bagi kation?
1 marks
b(ii)
Unsur R bertindak balas dengan unsur P membentuk sebatian A manakala membentuk sebatian B apabila ia bertindak balas dengan unsur Q. Tentukan jenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian A dan sebatian B. Terangkan pembentukan bagi salah satu sebatian sama ada sebatian A **atau** sebatian B.
7 marks
b(iii)
Takat lebur sebatian B adalah lebih tinggi daripada sebatian A. Terangkan mengapa.
2 marks
1020 marks
a
Rajah 8.1 menunjukkan bahan tindak balas dan nilai haba peneutralan, ΔH bagi tindak balas larutan kalium hidroksida dengan asid HA dan asid HB. Kedua-dua asid HA dan asid HB adalah asid monoprotik.
Nilai −x kJ mol^-1^ adalah lebih kecil dari −y kJ mol^-1^. Cadangkan nama bagi asid HA dan asid HB dan tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas salah satu asid yang dinamakan dengan larutan kalium hidroksida. Terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam nilai haba peneutralan itu.
7 marks
Rajah 8.2 menunjukkan graf haba pembakaran alkohol melawan bilangan atom karbon per molekul alkohol.
b(i)
Nyatakan definisi bagi haba pembakaran. Berdasarkan Rajah 8.2, bandingkan nilai haba pembakaran bagi etanol dan propanol. Terangkan jawapan anda dari segi pembentukan ikatan dalam molekul karbon dioksida dan air yang terhasil. Apakah nilai haba pembakaran etanol, C~2~H~5~OH?
6 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembakaran lengkap propanol. Jika 1.08 g propanol digunakan untuk memanaskan 200 cm^3^ air, hitung bilangan mol propanol dan perubahan suhu semasa tindak balas.
[Diberi jisim molar propanol = 60 g mol^-1^]
[Muatan haba tentu bagi air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^]
5 marks
c
Nilai bahan api ialah jumlah tenaga haba terbebas apabila 1 g bahan api terbakar lengkap dalam oksigen. Jadual 7 menunjukkan nilai-nilai haba pembakaran dan jisim molar bagi dua jenis bahan api.
| Jenis bahan api | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) | Jisim molar (g mol^-1^) |
|---|---|---|
| Butana | 2880 | 58 |
| Butanol | 2679 | 74 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, tentukan bahan api terbaik yang boleh digunakan dan berikan satu sebab kepada jawapan anda.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 8 menunjukkan sifat sebatian karbon X, sebatian karbon Y dan sebatian karbon Z yang mempunyai dua atom karbon per molekul.
| Sebatian karbon | Sifat |
|---|---|
| X | Larut dalam air; bertindak balas dengan bes menghasilkan garam karboksilat dan air |
| Y | Tidak larut dalam air; menyahwarna warna perang air bromin |
| Z | Larut dalam air; mudah terbakar dengan nyalaan biru dan tidak menghasilkan jelaga |
Jadual 8
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sebatian karbon dan nyatakan jenis sebatian karbon yang berasal daripada benda hidup. Lukis formula struktur bagi sebatian karbon X dan Y.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi setiap sebatian, atom-atom yang ada dan bagaimana setiap atom diikat, termasuk jenis ikatan antara atom karbon.)*
4 marks
b
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 8, nyatakan siri homolog bagi X, Y dan Z. Sebatian karbon Z boleh ditukar kepada sebatian karbon X melalui satu proses. Huraikan secara ringkas langkah proses tersebut di dalam makmal. Huraian disertakan dengan nama hasil tindak balas.
10 marks
c
Sebatian karbon boleh terbakar lengkap dalam udara menghasilkan air dan karbon dioksida. Tulis persamaan kimia bagi pembakaran lengkap untuk sebatian karbon Y dan sebatian karbon Z. Hitung isi padu gas karbon dioksida yang terhasil apabila 0.02 mol sebatian karbon Z terbakar lengkap.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik: 24 dm^3^ mol^-1^]
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open