Jadual 1 menunjukkan empat bahan dan formula kimianya.
| Bahan | Formula kimia |
|---|---|
| Iodin | I~2~ |
| Helium | He |
| Asetamida | C~2~H~5~NO |
| Natrium klorida | NaCl |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan satu bahan yang wujud sebagai atom.
1 marks
a(ii)
Apakah keadaan fizik iodin pada suhu bilik?
1 marks
Rajah 1 menunjukkan graf suhu melawan masa apabila pepejal asetamida dipanaskan.
b(i)
Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1:
Apakah yang diwakili oleh T~2~?
1 marks
b(ii)
Mengapa tidak terdapat perubahan suhu dari Q ke R?
1 marks
b(iii)
Apakah keadaan jirim dari Q ke R?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan tindak balas antara oksida X dan gas hidrogen.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula kimia?
1 marks
b
Nyatakan formula kimia bagi gas hidrogen.
1 marks
c
Deduksikan dua maklumat berdasarkan Rajah 2.
2 marks
d
Jisim formula relatif oksida X ialah 80. Hitungkan jisim atom relatif X.
1 marks
36 marks
Rajah 3 merupakan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
Rajah 3
Berdasarkan Rajah 3,
a
Berikan nama baris menegak unsur yang tidak reaktif.
1 marks
b(i)
Pilih dua unsur dalam Jadual Berkala Unsur di atas yang boleh bertindak balas untuk menghasilkan sebatian ion.
1 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi sebatian yang terbentuk.
2 marks
b(iii)
Rujuk persamaan yang anda hasilkan dalam (b)(ii), kirakan jisim bagi 0.5 mol sebatian yang terbentuk.
(Jisim atom relatif boleh dirujuk dalam Jadual Berkala Unsur di akhir kertas soalan: Li = 7, Na = 23, Mg = 24, Cl = 35)
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebuah peti ais yang dilapisi teknologi antibakteria nano titanium dalam bahagian sistem pembersihannya.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi?
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kelebihan penggunaan nanoteknologi ke atas makanan yang disimpan di dalam peti ais dalam Rajah 4.1.
1 marks
Rajah 4.2 di bawah menunjukkan pelbagai barangan yang terdiri daripada polimer.
b(i)
Kelaskan bahan P, Q, R dan S mengikut tindak balas pempolimeran.
Pempolimeran penambahan: …
Pempolimeran kondensasi: …
2 marks
b(ii)
Namakan polimer bagi R.
1 marks
b(iii)
Lukis formula struktur monomer bagi polimer Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan bahan A.
a
Apakah unsur utama bahan A dan sifat utama bahan A?
2 marks
b
Nyatakan jenis seramik dan berikan contoh bagi setiap jenis tersebut.
4 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis kaca yang digunakan dalam makmal.
Rajah 5.2
Cikgu Kamisah ingin memanaskan satu jenis larutan. Pilih kaca yang lebih sesuai dan jelaskan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Persamaan termokimia bagi tindak balas penyesaran antara ferum dan kuprum(II) sulfat diberikan di bawah.
Fe + CuSO~4~ $\rightarrow$ FeSO~4~ + Cu ΔH = −150 kJ mol^-1^
a(i)
Nyatakan maksud haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan persamaan termokimia yang diberi, nyatakan satu pemerhatian apabila serbuk ferum berlebihan ditambah kepada larutan kuprum(II) sulfat.
1 marks
a(iii)
Dalam eksperimen ini, ferum berlebihan ditambahkan kepada 100 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm^-3^. Diberi muatan haba tentu larutan 4.2 J g^-1^ °C^-1^ dan ketumpatan larutan ialah 1.0 g cm^-3^. Hitungkan perubahan suhu dalam eksperimen ini.
3 marks
b
Jadual 6 menunjukkan haba pembakaran tiga jenis alkohol.
| Nama alkohol | Formula molekul | Haba pembakaran / kJ mol^-1^ |
|---|---|---|
| Metanol | CH~3~OH | 725 |
| Etanol | C~2~H~5~OH | 1 376 |
| Propanol | C~3~H~7~OH | 2 015 |
Jadual 6
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6, terangkan mengapa nilai haba pembakaran berbeza.
4 marks
710 marks
Garam dan gula digunakan sebagai bahan tambah dalam penyediaan makanan sejak dahulu lagi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kation?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7 (Bahan A), kenal pasti kation yang hadir.
1 marks
c
Lukis pembentukan ikatan ion bagi Bahan A dan tuliskan salah satu persamaan setengah yang terlibat.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: ion-ion yang terbentuk, bilangan petala dan elektron bagi setiap ion, dan cas setiap ion.)*
3 marks
d
Bandingkan 3 sifat fizik bagi Bahan A dan Bahan B.
3 marks
e
Nyatakan satu bahan yang boleh menggantikan fungsi Bahan B. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan pemerhatian bagi aktiviti penyediaan garam X dan garam Y dengan menggunakan dua tindak balas yang berbeza.
a(i)
Rajah 8.1
Nyatakan maksud garam.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 8.1, terangkan perbezaan pemerhatian antara Tindak balas I dan Tindak balas II.
2 marks
a(iii)
Namakan garam X dalam Tindak balas I.
1 marks
a(iv)
Hitung jisim serbuk magnesium yang bertindak balas dengan asid nitrik bagi menghasilkan garam Y dalam Tindak balas II.
[Jisim atom relatif: Mg = 24]
3 marks
b
Amir baru sahaja terlibat dalam sektor pertanian. Dia ingin menggunakan baja supaya tanamannya dapat tumbuh dengan lebih pantas, lebih besar dan sihat yang seterusnya akan meningkatkan hasil tanamannya.
Rajah 8.2
Rajah 8.2 menunjukkan dua bungkus baja yang berbeza yang seringkali digunakan oleh petani. Bantu Amir untuk membuat pilihan baja yang paling sesuai dan wajarkan pilihan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu siri tindak balas penukaran yang melibatkan sebatian karbon.
Rajah 9.1
Berdasarkan Rajah 9.1,
a
Berikan maksud sebatian hidrokarbon dan tuliskan formula am bagi Hidrokarbon R.
2 marks
b
Hidrokarbon M mempunyai 85.7% karbon dan 14.3% hidrogen mengikut jisim. Jisim molekul relatif bagi hidrokarbon M ialah 56. Tentukan formula molekul bagi hidrokarbon M.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
3 marks
c
Hidrokarbon R dan Hidrokarbon M wujud dalam berbagai isomer. Lukiskan dua isomer bagi sebatian hidrokarbon tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, cabang dan ikatan ganda dua (jika ada) bagi setiap isomer.)*
2 marks
d
Hidrokarbon R dan M terbakar dalam udara menghasilkan air, karbon dioksida dan jelaga. Terangkan perbezaan pada kuantiti jelaga yang terhasil bagi setiap hidrokarbon tersebut.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
3 marks
e
Tindak balas antara asid karboksilik S dan alkohol A akan menghasilkan sebatian Z. Namakan tindak balas P dan reagen yang terlibat dalam penghasilan asid karboksilik S dan sebatian Z. Lukiskan formula struktur sebatian Z dan namakannya.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kumpulan berfungsi, rantai karbon pada setiap sisi dan atom-atom yang terikat.)*
6 marks
f
Rajah 9.2 menunjukkan keputusan bagi ujian kimia untuk membezakan antara hidrokarbon R dan M.
Rajah 9.2
Terangkan perbezaan pemerhatian.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan suatu sel kimia dan Jadual 10.1 menunjukkan nilai E° bagi logam yang terlibat.
Rajah 10.1
| Tindak balas sel setengah | E° |
|---|---|
| Sn^2+^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Sn (p) | −0.14 V |
| Cu^2+^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 V |
Jadual 10.1
Berdasarkan Rajah 10.1 dan Jadual 10.1,
a(i)
Apakah fungsi asid sulfurik cair dan warna larutan kuprum(II) klorida?
2 marks
a(ii)
Kenal pasti terminal negatif dan terminal positif dalam sel itu.
2 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan setengah bagi tindak balas pengoksidaan dan penurunan, persamaan ion keseluruhan, notasi sel dan hitungkan nilai voltan yang terhasil dalam sel tersebut.
6 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan dua set susunan radas untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak.
Rajah 10.2
Dengan menamakan bahan X dan bahan Y, bandingkan tindak balas redoks dalam Set I dan Set II daripada aspek:
- bahan yang dioksidakan
- setengah persamaan bagi tindak balas penurunan
- arah pengaliran elektron
- agen pengoksidaan dan agen penurunan
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan dua situasi bagi mengkaji kadar tindak balas dalam kehidupan seharian.
Rajah 11
a
Apakah maksud kadar tindak balas?
1 marks
Berdasarkan Rajah 11,
b(i)
Nyatakan dua faktor yang terlibat dalam situasi I dan II.
2 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas membantu anda dalam situasi I dan situasi II pada Rajah 11.
4 marks
c
Jadual 11 menunjukkan tiga set eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas di antara kalsium karbonat, CaCO~3~ dan asid nitrik, HNO~3~.
| Eksperimen | Reaktan | Suhu / °C |
|---|---|---|
| I | 25 cm^3^ asid nitrik 0.1 mol dm^-3^ dan ketulan kalsium karbonat berlebihan | 30 |
| II | 25 cm^3^ asid nitrik 0.1 mol dm^-3^ dan ketulan kalsium karbonat berlebihan | 40 |
| III | 25 cm^3^ asid nitrik 0.1 mol dm^-3^ dan serbuk kalsium karbonat berlebihan | 40 |
Jadual 11
Terangkan perbezaan kadar tindak balas antara eksperimen I dan II **ATAU** eksperimen II dan III dengan menggunakan teori perlanggaran.
5 marks
d(i)
Petikan di bawah menerangkan tentang platlet dan kaitannya dengan kadar pembekuan darah.
> Penggumpalan darah bergantung kepada kepekatan platlet dalam darah.
Harun mengalami kemalangan kecil dan dia mendapati aliran darah pada lukanya sukar untuk berhenti. Terangkan situasi ini.
4 marks
d(ii)
Rajah menunjukkan dua botol pewangi yang mengandungi peratusan ester berbeza.
Firdaus bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Melur Holding. Adakala Firdaus bekerja di pejabat dan adakala Firdaus perlu melawat tapak pembinaan. Berdasarkan situasi tempat kerja Firdaus, wajarkan penggunaan kedua-dua jenis minyak wangi di atas.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open