Rajah 1 menunjukkan satu monumen yang terkenal di Malaysia. Monumen ini diperbuat daripada aloi X dengan komposisi tertentu di mana logam tulennya adalah kuprum.
Rajah 1
a
Namakan aloi X.
1 marks
b
Lukis susunan atom dalam aloi yang dinyatakan di dalam (a) dan labelkan atom-atom yang hadir.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jenis atom yang hadir, saiz relatif setiap jenis atom, bagaimana atom-atom itu disusun, dan label setiap atom.)*
2 marks
c
Bandingkan kekerasan aloi X dengan logam tulennya.
1 marks
d
Nyatakan satu aloi lain bagi kuprum.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kadar tindak balas antara 50 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ dan serbuk zink.
Rajah 2
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
b
Tindak balas antara bahan-bahan tindak balas menghasilkan satu garam terlarutkan dan gas X. Nyatakan nama garam terlarutkan itu dan formula kimia bagi gas X.
Garam terlarutkan: …
Gas X: …
2 marks
c
Seorang murid mengulang eksperimen dengan menambahkan serbuk kuprum(II) sulfat ke dalam kelalang kon. Nyatakan fungsi kuprum(II) sulfat. Apakah yang berlaku kepada kadar tindak balas eksperimen tersebut?
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan proses pemanasan satu garam karbonat di dalam makmal.
Rajah 3
a
Apakah fungsi air kapur dalam eksperimen dalam Rajah 3?
1 marks
b
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
c
Nyatakan maklumat kuantitatif yang boleh diperolehi daripada persamaan di (b).
1 marks
d
Hitungkan isi padu gas yang dibebaskan apabila 0.025 mol zink karbonat dipanaskan dengan kuat.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan dua jenis kosmetik P dan Q yang digunakan secara meluas oleh pengguna.
| Jenis kosmetik | Maklumat |
|---|---|
| P | Digunakan untuk mencantikkan wajah: bedak, gincu, pembayang mata |
| Q | Rawatan pada tubuh: krim, pelembap kulit dan masker muka |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, kenal pasti P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b
Dalam lambakan produk kosmetik di pasaran, terdapat bahan kimia terlarang yang biasanya dimasukkan ke dalam krim pemutih yang boleh menyebabkan kulit merengsa, kerosakan buah pinggang dan sistem saraf jika diserap ke dalam salur darah. Apakah bahan kimia terlarang tersebut?
1 marks
Rajah 4 menunjukkan diagnosis dan cadangan seorang doktor terhadap seorang pesakit selepas sesi konsultasi dijalankan di sebuah klinik.
- Wanita 35 tahun
- Mengadu sakit kepala yang teruk
- Mempunyai sejarah sakit gastrik
- Jangan berikan aspirin kepada pesakit ini
Rajah 4
c(i)
Apakah jenis ubat bagi aspirin? Mengapakah aspirin tidak boleh diberikan kepada pesakit itu?
2 marks
c(ii)
Cadangkan ubat lain yang boleh menggantikan aspirin bagi membantu meredakan sakit kepala wanita itu. Nyatakan kesan sampingan ubat yang anda cadangkan sekiranya diambil secara berlebihan.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan struktur Lewis bagi pembentukan ion ammonium, NH~4~^+^.
Rajah 5.1
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
tuliskan susunan elektron bagi atom nitrogen.
1 marks
a(ii)
nyatakan jenis pembentukan ikatan yang terlibat.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan susunan elektron bagi dua jenis unsur berlainan yang bertindak balas membentuk sebatian P.
b(i)
Rajah 5.2
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Kirakan jisim sebatian P yang terbentuk sekiranya 0.0125 mol gas Y digunakan dalam tindak balas itu.
[Jisim atom relatif: X = 23, Y = 16]
2 marks
c
Dalam satu tindak balas yang lain, unsur karbon bertindak balas dengan unsur Y membentuk sebatian Q yang wujud sebagai gas berbanding sebatian P yang wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik. Terangkan perbezaan keadaan jirim sebatian P dan Q pada keadaan bilik ini.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sebahagian daripada unsur bagi Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur.
Rajah 6.1
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
nyatakan unsur yang wujud sebagai monoatom.
1 marks
a(ii)
susunkan semua unsur mengikut pertambahan saiz merentas Kala 3.
1 marks
Wul ferum panas boleh bertindak balas dengan klorin untuk membentuk logam halida berwarna perang.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Kirakan jisim logam halida yang terbentuk apabila 0.3 mol klorin bertindak balas dengan wul besi panas.
[Jisim atom relatif: Fe = 56, Cl = 35.5]
2 marks
c
Dalam satu eksperimen yang lain, seorang murid menjalankan tindak balas antara pepejal oksida X dengan larutan natrium hidroksida dan larutan asid nitrik dalam dua tabung uji berlainan seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2.
Rajah 6.2
Jadual 6 menunjukkan keterlarutan oksida X di dalam kedua-dua larutan.
| Keterlarutan dengan natrium hidroksida | Keterlarutan dengan asid nitrik |
|---|---|
| Larut | Larut |
Jadual 6
Berdasarkan unsur dalam Rajah 6.1, apakah unsur yang mungkin untuk X? Nyatakan sifat oksida X dan berikan satu sebab.
Unsur X: …
Sifat: …
Sebab: …
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan tiga jenis polimer dan kegunaannya dalam kehidupan harian.
Rajah 7.1
Berdasarkan Rajah 7.1,
a(i)
apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
kenal pasti polimer X.
1 marks
a(iii)
tunjukkan bagaimana polimer polietena dihasilkan daripada monomernya dalam tindak balas pempolimeran.
*(Huraikan jawapan anda dalam perkataan atau persamaan: formula struktur monomer dan formula struktur polimer yang terbentuk, termasuk ikatan antara atom karbon dan bilangan unit berulang.)*
2 marks
a(iv)
nyatakan satu ciri-ciri bagi polistirena yang membolehkannya sesuai dijadikan pembungkus makanan.
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan dua laporan eksperimen kimia yang dijalankan oleh murid Tingkatan 5 Harmoni.
| Laporan A | Laporan B |
|---|---|
| Prosedur: 1. Sukat dan tuang 50 cm^3^ lateks ke dalam sebuah bikar. 2. Sukat dan tuang 5 cm^3^ larutan **P** ke dalam bikar dan kacau. 3. Rekodkan pemerhatian selepas 30 minit. | Prosedur: 1. Sukat dan tuang 50 cm^3^ lateks ke dalam sebuah bikar. 2. Sukat dan tuang 5 cm^3^ larutan **Q** ke dalam bikar dan kacau. 3. Rekodkan pemerhatian selepas 30 minit. |
| Pemerhatian: Lateks menggumpal | Pemerhatian: Lateks tidak menggumpal |
Rajah 7.2
Cadangkan larutan P dan larutan Q. Terangkan pemerhatian bagi setiap set eksperimen.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan timbunan tayar terbuang kesan daripada penggunaan barangan getah secara tidak lestari yang mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar.
Rajah 7.3
Cadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan satu risalah yang dihasilkan oleh seorang murid sebagai salah satu bukti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam kelas.
> *(Risalah dengan gambar sebiji nanas.)*
>
> - Kumpulan ester
> - Nama IUPAC: Etil butanoat
> - Terhasil daripada etanol dan sebatian organik M
> - Berbau manis
Rajah 8
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
apakah kumpulan berfungsi bagi etanol?
1 marks
a(ii)
nyatakan nama bagi sebatian organik M.
1 marks
a(iii)
lukiskan formula struktur bagi ester tersebut.
*(Huraikan lukisan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon di setiap sisi, kumpulan berfungsi ester, dan atom-atom hidrogen pada setiap karbon.)*
2 marks
a(iv)
nyatakan satu pemerhatian bagi ester yang terbentuk selain daripada menghasilkan bau manis.
1 marks
a(v)
huraikan secara ringkas bagaimana untuk menyediakan ester tersebut di dalam makmal.
3 marks
b
Tuliskan persamaan kimia seimbang apabila etanol terbakar lengkap dalam oksigen berlebihan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas eksperimen untuk mengkaji satu tindak balas redoks. Satu gegelung wayar kuprum direndam ke dalam sebuah bikar yang mengandungi larutan argentum nitrat. Pemerhatian bagi sela masa berbeza ditunjukkan dalam rajah.
Rajah 9.1
Jadual 9.1 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| Ag^+^ + e^-^ ⇌ Ag | +0.80 |
Jadual 9.1
Berikan definisi tindak balas redoks. Merujuk kepada nilai keupayaan elektrod piawai dalam Jadual 9.1, tentukan agen pengoksidaan bagi tindak balas itu. Terangkan jawapan anda.
5 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia.
Rajah 9.2
Jadual 9.2 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ ⇌ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| Mg^2+^ + 2e^-^ ⇌ Mg | −2.38 |
Jadual 9.2
Kenal pasti terminal negatif bagi sel kimia tersebut. Jelaskan jawapan anda. Kirakan bacaan voltan, E°~sel~ bagi sel kimia itu. Kemudian, tuliskan notasi sel bagi sel kimia tersebut.
5 marks
c
Dua set eksperimen lain dijalankan untuk mengkaji kesan logam lain terhadap pengaratan besi. Paku besi dililit dengan logam berbeza. Kedua-dua paku besi yang dililit dengan logam itu dimasukkan ke dalam larutan agar-agar panas yang mengandungi larutan kalium heksasianoferat(III) dan fenolftalein. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 9.3.
Jadual 9.3
Berdasarkan Jadual 9.3, cadangkan logam P dan logam Q. Terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam pemerhatian. Dalam jawapan anda sertakan setengah persamaan bagi tindak balas pengoksidaan dan nyatakan logam yang dioksidakan.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan di dalam makmal.
Rajah 10.1
Tindak balas itu menghasilkan larutan S, gas U dan air.
Berdasarkan Rajah 10,
a(i)
kenal pasti gas U kemudian huraikan satu ujian kimia untuk menentukan kehadiran anion dalam larutan S.
5 marks
a(ii)
tuliskan persamaan kimia seimbang untuk tindak balas tersebut dan hitungkan isipadu gas U yang terhasil pada keadaan bilik.
[1 mol sebarang gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
b
Dalam satu eksperimen yang lain, Raju mencampurkan dua larutan akueus berbeza untuk menyediakan garam barium sulfat seperti dalam Rajah 10.2.
Rajah 10.2
Cadangkan larutan X dan larutan Y. Selepas mendakan terbentuk, terangkan bagaimana Raju boleh mendapatkan garam barium sulfat kering.
4 marks
Jadual 10 di bawah menunjukkan hubungan antara kepekatan dan nilai pH bagi asid hidroklorik.
| Kepekatan (mol dm^-3^) | Nilai pH asid hidroklorik |
|---|---|
| 0.0001 | 4 |
| 0.0010 | 3 |
| 0.0100 | 2 |
| 0.1000 | 1 |
Jadual 10
c(i)
Berdasarkan Jadual 10, nyatakan hubungan antara kepekatan asid hidroklorik dengan nilai pHnya. Nyatakan jenis asid bagi asid hidroklorik.
2 marks
c(ii)
Kirakan nilai pH bagi asid sulfurik dengan kepekatan 0.1 mol dm^-3^. Bandingkan nilai pH asid sulfurik 0.1 mol dm^-3^ itu dengan asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^. Terangkan jawapan anda.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Jadual 11.1 menunjukkan maklumat bagi eksperimen yang dijalankan untuk menyiasat jenis tindak balas berdasarkan perubahan bacaan termometer apabila bahan dilarutkan dalam air.
Jadual 11.1
Berdasarkan Jadual 11.1, bandingkan Tindak balas A dengan Tindak balas B dari segi:
- Jenis tindak balas
- Tanda bagi ΔH
- Perubahan jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas
- Pembentukan dan pemecahan ikatan
- Contoh lain bagi Tindak balas A dan B
6 marks
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas eksperimen untuk menentukan haba pembakaran bagi etanol di dalam makmal.
b(i)
Rajah 11.1
Cadangkan satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas susunan radas untuk mendapatkan perubahan suhu yang lebih tepat. Terangkan jawapan anda.
2 marks
b(ii)
Hitung haba pembakaran bagi 1.38 g etanol jika suhu meningkat sebanyak 50 °C.
[Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan air = 1 g cm^-3^; jisim molar etanol = 46 g mol^-1^]
4 marks
c
Jadual 11.2 menunjukkan nilai bahan api bagi beberapa jenis bahan api.
| Bahan api | Nilai bahan api (kJ g^-1^) |
|---|---|
| Metana, CH~4~ | 27 |
| Etanol, C~2~H~5~OH | 30 |
| Butana, C~4~H~10~ | 49 |
Jadual 11.2
Manakah bahan api yang terbaik untuk digunakan berdasarkan kesannya terhadap alam sekitar? Terangkan jawapan anda dan buktikannya menggunakan pengiraan.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
5 marks
Rajah 11.2 menunjukkan satu pek sejuk yang digunakan dalam kalangan ahli sukan dan dua jenis bahan kimia dengan maklumat haba tindak balasnya.
d
Rajah 11.2
Semasa hari sukan sekolah, seorang murid mengalami kesakitan otot selepas acara larian. Apakah jenis tindak balas bagi pek sejuk? Sebagai pelajar Kimia, bantu murid tersebut untuk memilih bahan kimia terbaik untuk digunakan di dalam pek sejuk tersebut. Berikan satu alasan.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open