Rajah 1.1 menunjukkan formula struktur bagi anion sabun. Sabun boleh dihasilkan daripada tindak balas peneutralan antara asid lemak dan alkali.
Berdasarkan Rajah 1.1,
a(i)
Namakan proses untuk menghasilkan sabun.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti bahagian yang larut dalam air.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu sumber asid lemak.
1 marks
Rajah 1.2 di bawah menunjukkan keadaan tangan Hisham yang melecur sewaktu ingin menyalakan unggun api ketika perkhemahan.
b(i)
Nyatakan satu ubat tradisional yang boleh digunakan untuk merawat kecederaan tersebut.
1 marks
b(ii)
Nyatakan kesan selepas rawatan tersebut.
1 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat sebahagian daripada unsur yang terdapat dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | A | B | C | D | E | F |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Susunan elektron | 2.8.1 | 2.8.2 | 2.8.3 | 2.8.6 | 2.8.7 | 2.8.8 |
Berdasarkan Jadual 1,
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kala?
1 marks
b
Jelaskan mengapa unsur-unsur tersebut terletak pada Kala 3.
1 marks
c
Nyatakan satu unsur logam.
1 marks
d
Namakan unsur F.
1 marks
e
Atom unsur E boleh membentuk anion. Tuliskan formula anion tersebut.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan tiga keadaan jirim, P, Q dan R bagi air.
a
Namakan proses perubahan daripada keadaan P kepada Q.
1 marks
b
Nyatakan susunan zarah pada keadaan R.
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan takat lebur bahan X.
c(i)
Berdasarkan Rajah 3.2, bahan X didapati tidak melebur walaupun air telah mendidih. Jelaskan mengapa. Cadangkan satu bahan yang boleh menggantikan air.
2 marks
c(ii)
Lakarkan lengkung pemanasan bagi bahan X. Pada graf tersebut, cadangkan suhu takat leburnya.
(Paksi disediakan: Suhu, °C pada paksi menegak; Masa, s pada paksi mengufuk.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label paksi, bentuk lengkung dan nilai suhu takat lebur yang anda tandakan.)*
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 di bawah menunjukkan beberapa batang paip yang diperbuat daripada bahan polimer P.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
Nyatakan maksud polimer.
1 marks
a(ii)
Lukiskan formula struktur monomer bagi polimer P.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer, atom yang terikat pada setiap atom karbon dan jenis ikatan antara atom karbon.)*
1 marks
a(iii)
Pembakaran polimer P akan menghasilkan gas toksik. Nyatakan satu cara supaya penggunaan polimer lebih lestari.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan susunan radas untuk membezakan getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.
b(i)
Berdasarkan Rajah 4.2, kenal pasti getah X dan getah Y.
X: …
Y: …
1 marks
b(ii)
Rajah 4.3 menunjukkan polimer bagi getah.
··· –CH~2~–C(CH~3~)=CH–CH~2~–CH~2~–C(CH~3~)=CH–CH~2~– ···
Lukiskan struktur polimer bagi getah X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai polimer yang dilukis, atom lain yang ditambah (jika ada) dan di mana atom itu diikat.)*
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan objek yang diperbuat daripada sejenis aloi. Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
Nyatakan nama bagi aloi Z.
1 marks
a(ii)
Lukis susunan atom bagi aloi Z.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jenis-jenis atom yang dilukis, saiz relatif dan susunannya, serta label bagi setiap jenis atom.)*
2 marks
a(iii)
Dalam pembuatan aloi Z, 90% logam tulen X dan 10% logam Y perlu dicampurkan. Jika Amir ingin menyediakan piala berjisim 500 g, berapakah jisim logam Y yang diperlukan?
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk membandingkan kekerasan antara aloi Z dan logam tulennya, logam X.
Jadual 2 menunjukkan diameter lekuk antara dua jenis bongkah.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (cm) |
|---|---|
| Logam X | 1.2 |
| Aloi Z | 0.6 |
Berdasarkan Jadual 2, tentukan bongkah yang manakah lebih keras. Terangkan jawapan anda.
3 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan satu sel elektrolisis yang diisi dengan larutan natrium sulfat sebagai elektrolit.
Jadual 3 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi beberapa bahan.
| Tindak balas sel setengah | E° (V) (298 K) |
|---|---|
| Na^+^ + e^-^ $\rightleftharpoons$ Na | −2.71 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Berdasarkan Rajah 6.1,
a
Apakah maksud elektrolit?
1 marks
b
Tuliskan semua ion yang hadir dalam larutan elektrolit.
1 marks
c
Nyatakan anod dan katod bagi sel tersebut.
Anod: …
Katod: …
1 marks
d
Nyatakan ion-ion yang bergerak ke:
Anod: …
Katod: …
2 marks
e
Kenal pasti ion yang dioksidakan dalam sel tersebut. Terangkan jawapan anda.
2 marks
f
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas pengoksidaan yang berlaku di (e).
1 marks
g
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas penurunan yang berlaku dalam sel tersebut.
1 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebatian P yang melalui dua jenis tindak balas untuk menghasilkan sebatian Q dan sebatian R.
Berdasarkan Rajah 7.1,
a
Nyatakan siri homolog bagi sebatian Q.
1 marks
b
Namakan tindak balas I.
1 marks
c
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas I.
2 marks
d
Lukiskan formula struktur bagi sebatian R.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan dan susunan atom karbon, atom dan kumpulan yang terikat pada setiap atom karbon, dan jenis ikatan.)*
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan formula struktur bagi suatu ester yang berbau buah-buahan. Ia terhasil apabila sebatian R bertindak balas dengan asid karboksilik.
e(i)
Berdasarkan Rajah 7.2, namakan sebatian R tersebut.
1 marks
e(ii)
Kenal pasti asid karboksilik dalam pembentukan ester tersebut.
1 marks
e(iii)
Namakan ester tersebut.
1 marks
f
Rajah 7.3 menunjukkan dua jenis pensanitasi tangan yang mengandungi peratusan alkohol yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 7.3, pilih pensanitasi tangan yang akan anda gunakan. Wajarkan pilihan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pemendakan bagi magnesium karbonat.
Jadual 4 menunjukkan keputusan yang diperoleh.
| Penerangan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal larutan magnesium nitrat | 27.0 |
| Suhu awal larutan natrium karbonat | 28.0 |
| Suhu terendah campuran | 25.0 |
Berdasarkan Rajah 8.1 dan Jadual 4,
a
Nyatakan maksud haba pemendakan.
1 marks
b
Namakan mendakan yang terbentuk.
1 marks
c
Nyatakan perubahan suhu dan jenis tindak balas yang berlaku.
2 marks
Hitung,
d(i)
perubahan haba yang berlaku dalam tindak balas itu.
[Muatan haba tentu bagi larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
1 marks
d(ii)
haba pemendakan bagi magnesium karbonat.
2 marks
e
Eksperimen itu diulangi dengan menggunakan 50 cm^3^ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm^-3^ bagi menggantikan larutan natrium karbonat. Didapati haba pemendakan masih sama. Terangkan dapatan tersebut.
1 marks
f
Rajah 8.2 menunjukkan seorang atlet sedang mengalami bengkak lutut.
Cadangkan satu kaedah untuk membantu atlet itu meredakan kesakitan. Terangkan tindakan anda.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan molekul-molekul air dan molekul etana. Kedua-duanya merupakan sebatian kovalen.
a(i)
Berdasarkan Rajah 9.1, namakan X dan Y.
2 marks
a(ii)
Jadual 5 menunjukkan takat didih air dan etana.
| Sebatian | Takat didih (°C) |
|---|---|
| Air, H~2~O | 100 |
| Etana, C~2~H~6~ | −89 |
Berdasarkan Jadual 5, terangkan mengapa takat didih air dan etana berbeza.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom unsur-unsur P, Q dan R.
$^{12}_{6}P \qquad ^{23}_{11}Q \qquad ^{16}_{8}R$
b(i)
Unsur P bertindak balas dengan unsur R untuk membentuk sebatian A. Unsur Q bertindak balas dengan unsur R membentuk sebatian B. Terangkan bagaimana sebatian A dan sebatian B terbentuk.
8 marks
b(ii)
Lukiskan gambar rajah susunan elektron bagi sebatian A dan sebatian B.
*(Huraikan gambar rajah anda dalam perkataan: bagi setiap sebatian, zarah-zarah yang terlibat, bilangan elektron dalam setiap petala, elektron yang dikongsi atau dipindahkan, serta semua label pada lukisan.)*
4 marks
b(iii)
Bandingkan kekonduksian elektrik sebatian A dan sebatian B. Terangkan perbezaan tersebut.
2 marks
1020 marks
Rajah 10 di bawah menunjukkan dua jenis antasid yang boleh melegakan senak dan pedih ulu hati akibat asid berlebihan di dalam perut.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10, namakan jenis tindak balas yang berlaku antara asid dalam perut dan natrium bikarbonat.
1 marks
a(ii)
Hafiz mengidap sakit gastrik. Ubat yang manakah lebih cepat berkesan untuk merawat gastriknya?
1 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat tentang bahan tindak balas dan masa yang diambil untuk mengumpulkan 50 cm^3^ gas X dalam tiga eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi suatu kadar tindak balas. Gas X yang terhasil mengeruhkan air kapur.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Suhu (°C) | Masa untuk mengumpul 50 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|---|
| I | Ketulan kalsium karbonat berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 35 | 50 |
| II | Ketulan kalsium karbonat berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 45 | 30 |
| III | Ketulan kalsium karbonat berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | 35 | 20 |
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6,
b(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
b(ii)
Namakan gas X.
1 marks
b(iii)
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b(iv)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.
2 marks
b(v)
Bandingkan kadar tindak balas antara:
- Eksperimen I dan II
- Eksperimen II dan III
Terangkan jawapan anda dengan merujuk kepada Teori Perlanggaran.
10 marks
b(vi)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Eksperimen I, II dan III.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan siri tindak balas bagi garam Q. Apabila garam Q dipanaskan dengan kuat, pepejal R yang terbentuk adalah suatu oksida logam yang berwarna perang apabila panas dan bertukar kuning apabila sejuk.
Berdasarkan Rajah 11,
a(i)
Kenal pasti garam Q, larutan Y dan mendakan Z (mendakan kuning).
3 marks
a(ii)
Huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkan anion dalam larutan Y.
5 marks
b
Gas karbon dioksida adalah suatu gas tanpa warna dan tanpa bau. Namakan satu bahan uji untuk menentusahkan gas tersebut. Apakah jangkaan pemerhatian di akhir ujian gas? Lukiskan gambar rajah susunan radas yang sesuai untuk ujian tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bahan yang dipanaskan, bagaimana gas dialirkan dan ke mana, serta label.)*
4 marks
c(i)
Tindak balas antara larutan kalium iodida dan larutan Y menghasilkan mendakan kuning. Namakan tindak balas tersebut.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas tersebut.
2 marks
c(iii)
Huraikan kaedah untuk anda mendapatkan hablur garam kalium nitrat. Nyatakan warna hablur yang terbentuk.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open