Selangor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Selangor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Modul Pintas
Selangor Trial Modul Pintas · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan takat lebur naftalena, C~10~H~8~.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?
1 marks
b
Apakah jenis zarah yang terdapat dalam naftalena, C~10~H~8~?
1 marks
c
Apakah keadaan fizikal bagi naftalena pada suhu bilik?
1 marks
d
Apakah tujuan menggunakan kukus air dalam eksperimen ini?
1 marks
Keputusan eksperimen telah direkodkan dan Rajah 1.2 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi eksperimen ini.
e
Terangkan mengapa tidak terdapat perubahan suhu dari B ke C.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan *Rainbow Skywalk* yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Ia merupakan jambatan yang dibina daripada kaca.
a
Nyatakan komponen utama kaca.
1 marks
b
Nyatakan **dua** sifat asas kaca.
2 marks
Rajah 2.2 menunjukkan radas kaca makmal.
c(i)
Cadangkan jenis kaca yang sesuai untuk membuat radas kaca makmal.
1 marks
c(ii)
Berikan **satu** sebab bagi jawapan anda di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan perwakilan piawai bagi isotop karbon.
| $^{12}_{6}\mathrm{C}$ | $^{13}_{6}\mathrm{C}$ | $^{14}_{6}\mathrm{C}$ |
|---|---|---|
Rajah 3
a
Ahli kimia menggunakan konsep 'jisim atom relatif' dengan membandingkan jisim atom sesuatu unsur dengan jisim atom unsur lain yang dipilih sebagai piawai. Isotop karbon yang manakah dipilih sebagai atom piawai?
1 marks
b
Berikan sebab mengapa isotop karbon bagi jawapan anda di 3(a) dipilih sebagai atom piawai.
1 marks
Dalam proses penapaian, penguraian molekul glukosa, C~6~H~12~O~6~ menghasilkan etanol dan karbon dioksida.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas ini.
1 marks
c(ii)
Hitungkan isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan sekiranya 2.5 dm^3^ larutan glukosa 1.5 mol dm^-3^ digunakan dalam proses penapaian.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik ialah 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan susunan elektron unsur Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Susunan elektron | 2.8.1 | 2.8.2 | | 2.8.4 | 2.8.5 | 2.8.6 | 2.8.7 |
Jadual 4
a
Tuliskan susunan elektron dan nyatakan kumpulan bagi aluminium.
Susunan elektron: …
Kumpulan: …
2 marks
b
Nyatakan unsur yang boleh membentuk oksida amfoterik.
1 marks
Natrium bertindak balas dengan klorin untuk membentuk sebatian ion.
c(i)
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Lukis susunan elektron bagi sebatian ion yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: setiap ion yang terbentuk, bilangan petala dan elektron dalam setiap petala, serta label nukleus dan cas.)*
2 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai, E^0^ bagi argentum, kuprum, ferum dan plumbum.
| Set | Tindak balas sel setengah | E^0^ / V |
|---|---|---|
| I | Ag^+^ (ak) + e^-^ $\rightleftharpoons$ Ag (p) | +0.87 |
| II | Cu^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 |
| III | Fe^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Fe (p) | −0.44 |
| IV | Pb^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Pb (p) | −0.13 |
Jadual 5
a
Apakah maksud tindak balas redoks?
1 marks
b
Pasangan keupayaan elektrod piawai yang manakah digunakan sebagai sel setengah untuk menghasilkan voltan yang paling tinggi?
1 marks
c
Lukis susunan radas berlabel sel kimia yang menggabungkan dua sel setengah bagi jawapan anda di 5(b).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: elektrod dan larutan dalam setiap sel setengah, bagaimana kedua-dua sel setengah disambungkan, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
Berdasarkan susunan radas berlabel 5(c) dan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
d(i)
Tulis persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas redoks yang berlaku.
2 marks
d(ii)
Hitungkan voltan sel, E^0^~sel~.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pembakaran etanol, C~2~H~5~OH.
a
Mengapakah bekas kuprum digunakan dalam eksperimen ini?
1 marks
Pernyataan berikut adalah mengenai haba pembakaran etanol, C~2~H~5~OH.
> 1 376 kJ haba dibebaskan apabila satu mol etanol, C~2~H~5~OH dibakar dengan lengkap dalam oksigen, O~2~ berlebihan.
b(i)
Tulis persamaan termokimia bagi pernyataan di atas.
2 marks
b(ii)
Hitungkan jisim etanol, C~2~H~5~OH yang diperlukan untuk membakar dengan lengkap dalam oksigen, O~2~ berlebihan supaya dapat menaikkan suhu 1 170 cm^3^ air, H~2~O sebanyak 56 °C. Andaikan tiada haba yang hilang ke persekitaran.
[Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan air = 1 g cm^-3^; Jisim molar etanol = 46 g mol^-1^]
3 marks
Bahan api ialah sebatian yang terbakar dalam udara untuk menghasilkan tenaga haba. Setiap bahan api mempunyai haba pembakaran yang berlainan.
c(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai bahan api?
1 marks
c(ii)
Nilai bahan api metana ialah 27 kJ g^-1^ manakala nilai bahan api oktana ialah 48.2 kJ g^-1^. Bahan api manakah yang akan anda pilih untuk memasak? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
710 marks
Dua eksperimen, I dan II dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengkaji kesan saiz kalsium karbonat ke atas kadar tindak balas. Rajah 7.1 menunjukkan lengkung yang diperoleh apabila 5 g kalsium karbonat yang berlainan saiz bertindak balas dengan asid hidroklorik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas?
1 marks
b
Apakah saiz kalsium karbonat yang menghasilkan lengkung graf II?
1 marks
c
Sekiranya murid ingin meningkatkan lagi kadar tindak balas bagi eksperimen II, cadangkan **dua** cara untuk meningkatkan kadar tindak balas tanpa mengubah isi padu gas karbon dioksida.
2 marks
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen tersebut.
CaCO~3~ + 2HCl $\rightarrow$ CaCl~2~ + CO~2~ + H~2~O
d
Hitung isi padu asid hidroklorik 2 mol dm^-3^ yang perlu digunakan untuk bertindak balas dengan 5 g kalsium karbonat.
[Jisim atom relatif: C = 12; O = 16; Ca = 40]
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan kentang yang dipotong berlainan saiz.
e
Pada pendapat anda, saiz kentang yang manakah lebih cepat dimasak? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan eksperimen yang dijalankan di makmal untuk menghasilkan sabun.
a
Nyatakan nama proses untuk menyediakan sabun.
1 marks
b
Apakah fungsi natrium klorida dalam penyediaan sabun?
1 marks
Jadual 8 menunjukkan keputusan dua agen pencuci yang berbeza, A dan B, yang digunakan untuk mencuci pintu kaca di dalam bilik mandi.
c(i)
Pada pendapat anda, air di dalam bilik mandi itu adakah air liat atau air lembut? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
c(ii)
Seorang pembantu rumah mencuci pakaian di dalam bilik mandi tersebut. Dia telah menggunakan kuantiti sabun yang banyak untuk menanggalkan kotoran daripada pakaian, tetapi tidak berkesan. Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda, bagaimanakah anda dapat membantu pembantu rumah itu untuk mengatasi masalah tersebut? Terangkan jawapan anda.
3 marks
d
Dengan menggunakan bahan-bahan berikut, huraikan secara ringkas bagaimana membezakan antara agen pencuci A dan B di dalam makmal.
- Air liat
- Agen pencuci A
- Agen pencuci B
- Dua tabung uji
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas suatu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid di makmal untuk menentukan takat akhir pentitratan antara asid sulfurik dan larutan kalium hidroksida.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a
nyatakan maksud takat akhir dan nama tindak balas.
2 marks
b
terangkan mengapa fenolftalein ditambahkan ke dalam larutan kalium hidroksida dalam eksperimen ini dan nyatakan perubahan warna campuran itu pada takat akhir.
2 marks
c
Hitungkan nilai pH bagi larutan asid sulfurik.
2 marks
d
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu dan hitungkan isi padu asid sulfurik yang perlu ditambahkan ke dalam kelalang kon untuk mencapai takat akhir.
5 marks
Kumpulan murid tersebut ingin meneruskan eksperimen mereka untuk menyediakan kalsium sulfat. Rajah 9.2 menunjukkan kalsium sulfat, CaSO~4~ digunakan sebagai plaster Paris untuk menyokong tulang yang patah.
e
Berdasarkan hasil peneutralan yang diperoleh dalam 9(d), cadangkan **satu** larutan yang boleh digunakan bersama hasil peneutralan untuk menyediakan garam kalsium sulfat.
Huraikan secara ringkas langkah penyediaan kalsium sulfat di makmal. Dalam huraian anda, sertakan:
- Prosedur
- Pemerhatian
- Persamaan ion
9 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan pelbagai barangan di sekeliling kita yang terdiri daripada polimer.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer dan nyatakan nama bagi unit asas yang membentuk polimer.
2 marks
b
Polimer terdiri daripada polimer semula jadi atau polimer sintetik. Nyatakan **satu** contoh polimer semula jadi dan **satu** contoh polimer sintetik.
2 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan satu poster yang dikeluarkan oleh sebuah pasar raya. Wajarkan tindakan pasar raya tersebut dan berikan **satu** sebab.
2 marks
Lateks dikumpulkan dalam bentuk cecair untuk diproses atau boleh dibiarkan menggumpal dan dipungut sehari selepas penorehan. Sekumpulan murid ingin menjalankan eksperimen untuk mengkaji proses penggumpalan lateks dan cara mengelakkan penggumpalan.
d
Cadangkan **dua** jenis larutan berbeza yang boleh digunakan dalam eksperimen ini untuk mencapai objektif eksperimen. Dengan menggunakan dua jenis larutan yang dicadangkan, huraikan secara ringkas bagaimana eksperimen ini dilakukan di makmal.
Dalam huraian anda, sertakan:
- Prosedur
- Pemerhatian
8 marks
Pemvulkanan ialah proses penghasilan getah berkualiti melalui penghasilan rangkai silang antara rantai polimer. Sewaktu proses pemvulkanan, ikatan ganda dua antara karbon yang terdapat dalam molekul getah akan bertindak balas dengan suatu bahan untuk menghasilkan rangkai silang.
e(i)
Cadangkan bahan yang boleh ditambahkan ke dalam getah untuk proses pemvulkanan.
1 marks
e(ii)
Rajah 10.3 menunjukkan ilustrasi polimer getah tak tervulkan. Lukiskan ilustrasi polimer getah tervulkan. Banding dan bezakan ciri-ciri getah tervulkan dan getah tak tervulkan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai-rantai polimer dan apa-apa yang terdapat di antara rantai tersebut.)*
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan penyediaan sebatian organik bukan hidrokarbon, Q dan dua jenis tindak balas bagi penukaran sebatian Q kepada dua sebatian organik yang berlainan.
- Glukosa, C~6~H~12~O~6~ $\rightarrow$ (Enzim zimase) $\rightarrow$ Sebatian organik bukan hidrokarbon, Q
- Sebatian Q $\rightarrow$ (Serpihan porselin, dipanaskan Δ) $\rightarrow$ Sebatian P
- Sebatian Q $\rightarrow$ (Pengoksidaan) $\rightarrow$ Sebatian R
Rajah 11.1
Berdasarkan Rajah 11.1,
a(i)
nyatakan maksud sebatian bukan hidrokarbon. Namakan sebatian P, Q dan R. Lukiskan formula struktur bagi sebatian Q. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi pembentukan sebatian R daripada sebatian Q.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom dalam sebatian Q dan bagaimana setiap atom diikat.)*
7 marks
a(ii)
sebatian Q mempunyai sifat fizik yang membolehkannya sesuai digunakan dalam penghasilan bahan untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. Nyatakan **dua** barangan yang dihasilkan daripada sebatian Q.
2 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan satu poster amaran yang ditampal di sebuah restoran. Pada pendapat anda, adakah amaran itu wajar? Berikan sebab untuk menyokong pendapat anda.
5 marks
c
Saintis meramalkan kebanyakan rizab petroleum dalam bumi akan habis dalam masa 100 tahun jika digunakan pada kadar sekarang. Oleh itu, langkah proaktif dan berkesan amat diperlukan untuk menghasilkan sumber alternatif bagi menggantikan petroleum. Sumber tenaga alternatif boleh dihasilkan melalui proses kimia yang bersumberkan biojisim. Cadangkan **satu** bahan buangan yang boleh diperoleh di persekitaran kita yang dapat diproses sehingga menghasilkan bioetanol. Huraikan secara ringkas langkah penyediaan bioetanol di makmal.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open