Pulau Pinang Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Pulau Pinang Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Pulau Pinang Trial Latih Tubi Set 1 · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Jadual 1 menunjukkan tiga bahan dan formula kimia masing-masing.
| Nama bahan | Formula kimia |
|---|---|
| Bromin | Br~2~ |
| Plumbum | Pb |
| Plumbum(II) bromida | PbBr~2~ |
Jadual 1
Gunakan maklumat daripada Jadual 1 untuk menjawab soalan-soalan berikut:
a(i)
Nyatakan **satu** bahan yang wujud sebagai atom.
1 marks
a(ii)
Tulis formula ion bagi bahan di (a)(i).
1 marks
a(iii)
Bahan yang manakah mempunyai takat lebur paling rendah?
1 marks
a(iv)
Apakah keadaan jirim bromin pada suhu bilik?
1 marks
a(v)
Plumbum(II) bromida boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan. Berikan satu sebab.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan formula struktur bagi monomer getah asli.
a(i)
Berdasarkan Rajah 2.1, namakan struktur formula getah asli tersebut mengikut sistem penamaan IUPAC.
1 marks
a(ii)
Lukiskan struktur molekul bagi getah asli.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: unit yang berulang, atom-atom dan ikatan dalam unit itu, dan di mana unit itu bersambung dengan unit lain.)*
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan struktur molekul getah asli selepas mengalami suatu proses untuk menambahbaik sifat-sifatnya.
b(i)
Namakan proses yang berlaku.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana proses yang terlibat di (b)(i) meningkatkan sifat kekenyalan getah asli.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan gabungan gentian selulosa dan lignin akan menghasilkan komposit.
a(i)
Nyatakan fungsi lignin.
1 marks
a(ii)
Gentian optik merupakan bahan komposit. Apakah bahan di dalam gentian optik dan nyatakan kelebihannya.
2 marks
Piramid Giza yang terletak di Mesir dipercayai dibina daripada seramik. Seramik merupakan pepejal yang terdiri daripada bahan bukan organik dan bahan bukan logam. Ianya terhasil melalui proses pembentukan dan pengerasan menggunakan kaedah pemanasan pada suhu yang tinggi.
b(i)
Nyatakan dua jenis seramik.
2 marks
b(ii)
- Tembikar
- Batu-bata
- Mangkuk
Berdasarkan jawapan anda di (3)(b)(i), jenis seramik yang manakah sesuai digunakan untuk membuat barangan di atas?
1 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan formula empirik dan formula molekul bagi dua sebatian.
| Sebatian | Formula empirik | Formula molekul |
|---|---|---|
| P | | C~5~H~10~ |
| Q | Zn(NO~3~)~2~ | Zn(NO~3~)~2~ |
Jadual 4
a
Nyatakan maksud formula empirik.
1 marks
b
Tulis formula empirik bagi sebatian P.
1 marks
Apabila sebatian Q dipanaskan dengan kuat, ia akan terurai membentuk zink oksida, gas oksigen dan gas nitrogen dioksida.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi penguraian sebatian Q.
2 marks
c(ii)
Jika 0.5 mol sebatian Q dipanaskan, hitungkan isi padu gas nitrogen dioksida yang terhasil pada keadaan bilik.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik ialah 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan kekonduksian elektrik dan takat lebur bagi bahan R, S dan T.
| Bahan | Kekonduksian elektrik dalam keadaan pepejal | Kekonduksian elektrik dalam keadaan leburan | Takat lebur (°C) |
|---|---|---|---|
| R | Ya | Ya | 660 |
| S | Tidak | Ya | 192 |
| T | Tidak | Tidak | 80 |
Jadual 5
a(i)
Nyatakan jenis ikatan bagi bahan R, S dan T.
R: …
S: …
T: …
3 marks
a(ii)
Nyatakan bagaimana ikatan terbentuk dalam bahan S.
1 marks
a(iii)
Adakah bahan T larut dalam air? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b
Mengapakah jari yang basah dapat membantu menyelak helaian kertas yang terdapat dalam buku? Terangkan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menentukan haba penyesaran bagi tindak balas antara larutan kuprum(II) nitrat dan serbuk besi. 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 1.0 mol dm^-3^ dituang ke dalam cawan plastik dan suhu awal direkodkan. Serbuk besi yang berlebihan ditambah ke dalam cawan plastik yang sama. Campuran dikacau perlahan-lahan, dan suhu tertinggi direkodkan.
Suhu awal = 29.0 °C
Suhu tertinggi campuran = 33.0 °C
a
Apakah maksud haba penyesaran eksperimen itu?
1 marks
b
Mengapakah besi dalam bentuk serbuk digunakan dalam eksperimen ini?
1 marks
c
Mengapakah cawan plastik digunakan dalam eksperimen ini?
1 marks
d
Nyatakan satu pemerhatian dalam eksperimen ini.
1 marks
e
Lengkapkan persamaan ion berikut untuk tindak balas dalam eksperimen ini.
Fe + Cu^2+^ $\rightarrow$ …
1 marks
Berdasarkan eksperimen, hitung
f(i)
jumlah haba yang dibebaskan.
[Muatan haba tentu larutan: 4.2 J g^-1^ °C^-1^, Ketumpatan air: 1 g cm^-3^]
2 marks
f(ii)
Bilangan mol kuprum(II) nitrat yang telah bertindak balas.
1 marks
f(iii)
haba penyesaran dalam tindak balas ini.
1 marks
710 marks
Jadual 7.1 menunjukkan maklumat mengenai tiga bahan tambah makanan yang berlainan P, Q dan R.
| Bahan tambah makanan | Maklumat |
|---|---|
| P | Ditambah kepada minuman ringan berkalori rendah supaya ia menjadi manis dan untuk kegunaan pesakit diabetes. |
| Q | Ditambah kepada daging segar supaya ia tahan lama dan kelihatan segar. |
| R | Ditambah kepada cili jeruk atau jeruk mangga |
Jadual 7.1
a(i)
Cadangkan nama bagi bahan tambah makanan P, Q dan R.
P: …
Q: …
R: …
3 marks
a(ii)
Nyatakan kebaikan dan keburukan terhadap kegunaan bahan tambah makanan dalam kehidupan seharian.
2 marks
a(iii)
Mengapakah bahan R ditambah kepada cili jeruk atau jeruk mangga?
1 marks
a(iv)
Bahan tambah makanan R adalah sejenis asid lemah. Huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkannya.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan struktur bagi helaian grafen.
b(i)
Grafen merupakan salah satu alotrop bagi karbon dan merupakan alotrop karbon yang paling reaktif. Namakan satu alotrop yang lain bagi karbon.
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu sifat fizik grafen.
1 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan formula struktur sebatian J dan sebatian K.
a
Nyatakan siri homolog bagi sebatian J dan K.
Sebatian J: …
Sebatian K: …
2 marks
b(i)
Namakan sebatian K.
1 marks
b(ii)
Namakan tindak balas tersebut.
1 marks
b(iii)
Lukiskan satu lagi isomer bagi sebatian K dan namakannya mengikut penamaan IUPAC.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon, kedudukan kumpulan –OH dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon, serta nama IUPAC isomer itu.)*
2 marks
Sebatian L dihasilkan apabila larutan kalium dikromat(VI) berasid ditambah ke dalam tabung uji yang mengandungi sebatian K.
c(i)
Nyatakan satu pemerhatian bagi tindak balas tersebut.
1 marks
c(ii)
Tuliskan formula molekul bagi sebatian L.
1 marks
d
Sebatian J terbakar dengan oksigen yang berlebihan. Tulis persamaan kimia bagi pembakaran lengkap J.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan garam ditambahkan ke dalam dua gelas yang berbeza.
a
Berdasarkan Rajah 9, garam di dalam gelas yang manakah akan melarut dengan lebih cepat? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Tiga eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 9 menunjukkan bahan tindak balas dan suhu asid yang digunakan dalam eksperimen tersebut.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Suhu asid (°C) |
|---|---|---|
| I | Serbuk zink berlebihan + 100 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ | 20 |
| II | Serbuk zink berlebihan + 100 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ | 20 |
| III | Serbuk zink berlebihan + 100 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ | 40 |
Jadual 9
Berdasarkan Jadual 9,
b(i)
Nyatakan semua faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam Eksperimen I, II dan III.
2 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas dalam Eksperimen I. Hitungkan isi padu gas yang dibebaskan.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik ialah 24.0 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
b(iii)
Bandingkan kadar tindak balas antara:
- Eksperimen I dan II
- Eksperimen I dan III
Terangkan jawapan anda dengan menggunakan Teori Perlanggaran.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis larutan Y klorida 0.0001 mol dm^-3^ menggunakan elektrod karbon. Hasil di anod dan katod ialah gas.
a
Cadangkan Y klorida. Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di anod. Jika larutan digantikan dengan larutan Y klorida 1.0 mol dm^-3^ nyatakan hasil di anod dan berikan satu sebab bagi jawapan anda.
| Persamaan setengah sel | E° / V |
|---|---|
| Cl~2~ + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ | +1.36 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan dua sel, A dan B, yang disambungkan.
| Persamaan setengah sel | E° / V |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Mg | −2.38 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.2, nyatakan elektrod yang bertindak sebagai katod dalam sel A.
1 marks
b(ii)
Terangkan tindak balas pada katod. Jawapan anda perlulah mengandungi aspek-aspek berikut:
- Senarai ion-ion yang tertarik
- Nama ion yang dipilih untuk dinyahcas
- Sebab ion ini dipilih untuk dinyahcas
- Jenis tindak balas yang berlaku
- Pemerhatian
5 marks
Rajah 10.3 menunjukkan susunan radas yang dijalankan oleh Ally untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak. Selepas beberapa ketika, Ally mendapati jarum galvanometer tidak terpesong dan tiada sebarang perubahan pada larutan yang digunakan.
c(i)
Kaji Rajah 10.3 dan kenal pasti kesalahan yang dilakukan.
1 marks
c(ii)
Dengan bantuan gambar rajah berlabel, cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh Ally dan tandakan arah pengaliran elektron.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan dalam setiap lengan tiub-U selepas pengubahsuaian, label pada rajah, dan arah pengaliran elektron melalui litar luar.)*
2 marks
c(iii)
Selepas pengubahsuaian dijalankan, didapati jarum galvanometer terpesong. Berdasarkan jawapan di (c)(ii):
- Kenal pasti agen pengoksidaan dan agen penurunan
- Nyatakan pemerhatian di X dan Y
- Tuliskan setengah persamaan yang berlaku di X dan Y
- Tuliskan persamaan ion yang terlibat
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan skema tindak balas garam Q. Apabila garam Q dipanaskan dengan kuat, pepejal R yang terbentuk adalah warna perang apabila panas dan bertukar kuning apabila sejuk. Tindak balas pepejal R dan asid nitrik cair menghasilkan larutan X.
- Garam Q $\rightarrow$ Pepejal R + Gas W tak berwarna
- Pepejal R + Asid nitrik cair $\rightarrow$ Larutan X
- Larutan X + Larutan natrium karbonat $\rightarrow$ Mendakan Y + Larutan Z
Rajah 11.1
Berdasarkan Rajah 11.1 di atas,
a(i)
Nyatakan nama gas W yang mengeruhkan air kapur. Kenal pasti garam Q, pepejal R dan larutan X.
4 marks
a(ii)
Huraikan secara ringkas ujian kimia untuk mengesahkan anion dalam larutan Y.
4 marks
b(i)
Cadangkan nama tindak balas yang berlaku antara larutan Y dan larutan natrium karbonat. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
3 marks
b(ii)
Salah satu garam yang terhasil daripada tindak balas dalam (b)(i) juga dijumpai dalam sandwich yang dimakan oleh Awang di sekolah. Sandwich mengandungi daging yang diproses seperti sosej dan salami. Garam ini ditambah ke dalam sosej dan salami sebagai agen pengawet yang menghalang pertumbuhan bakteria yang merosakkan daging dan mengekalkan warna merahnya.
Namakan garam yang dijumpai dalam daging proses tersebut. Bolehkah garam itu dilarutkan dalam air?
2 marks
Rajah 11.2 menunjukkan bikar yang mengandungi campuran dua pepejal putih.
c
Huraikan secara ringkas bagaimana naftalena boleh diasingkan daripada magnesium klorida. Terangkan perbezaan dalam pemerhatian selepas campuran diasingkan.
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open