Rajah 1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan takat lebur bagi naftalena.
a
Nyatakan maksud takat lebur.
1 marks
b
Nyatakan jenis zarah bagi naftalena dan keadaan fiziknya selepas dipanaskan.
Jenis zarah: …
Keadaan fizik: …
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 1, namakan kaedah pemanasan dan terangkan mengapa kaedah ini digunakan.
Kaedah: …
Alasan: …
2 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan susunan radas untuk tindak balas antara sejenis halogen dengan wul besi.
a
Apakah warna gas bromin?
1 marks
b
Tindak balas dalam Rajah 2.1 menghasilkan sejenis sebatian yang berwarna perang. Namakan sebatian yang terbentuk dan tuliskan formula sebatian tersebut.
Nama: …
Formula: …
2 marks
c(i)
Saiz atom klorin lebih kecil daripada atom bromin. Bandingkan kereaktifan klorin dan bromin apabila bertindak balas dengan wul besi.
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan elektron bagi natrium fluorida.
a(i)
Nyatakan jenis ikatan kimia dalam natrium fluorida.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana ikatan kimia dalam 3(a)(i) terbentuk.
1 marks
b(i)
Natrium bertindak balas dengan gas fluorin untuk membentuk natrium fluorida. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Dalam tindak balas 3(b)(i), 0.03 mol natrium telah bertindak balas dengan gas fluorin. Hitungkan jisim natrium fluorida yang terhasil.
[Jisim atom relatif: F = 19, Na = 23]
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua bahan yang diperbuat daripada sejenis polimer.
Polimer Q adalah getah asli dan monomernya mengikut penamaan IUPAC ialah 2-metilbut-1,3-diena.
a(i)
Apakah nama lain bagi monomer ini?
1 marks
a(ii)
Lukiskan formula struktur bagi monomer ini.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon, kedudukan setiap ikatan ganda dua dan cabang, serta atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
Lateks merupakan sejenis koloid yang mengandungi polimer Q dan air. Rajah 4.2 menunjukkan satu situasi bagi lateks.
b
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan situasi dalam Rajah 4.2 berlaku? Jelaskan jawapan anda.
3 marks
Rajah 4.3 menunjukkan satu proses yang berlaku pada polimer Q bagi meningkatkan ciri-cirinya.
c(i)
Namakan proses dalam Rajah 4.3.
1 marks
c(ii)
Apakah kesan proses dalam 4(c)(i) ke atas ciri-ciri polimer Q?
1 marks
58 marks
Jadual 1.1 menunjukkan komposisi dan kegunaan tiga jenis aloi.
| Jenis aloi | Komposisi |
|---|---|
| Keluli nirkarat | 73% ferum, 18% kromium, 8% nikel dan 1% karbon |
| Loyang | 70% kuprum dan 30% logam R |
| Duralumin | 93% aluminium, 3% kuprum, 3% magnesium dan 1% mangan |
Jadual 1.1
Berdasarkan Jadual 1.1,
a(i)
Namakan logam R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kegunaan keluli nirkarat.
1 marks
a(iii)
Cadangkan aloi yang manakah sesuai untuk pembuatan basikal lumba. Berikan alasan anda.
2 marks
Jadual 1.2 menunjukkan keputusan bagi satu eksperimen mengkaji kekerasan aloi dan logam tulen.
| Jenis blok | Diameter lekuk (cm) |
|---|---|
| Bahan X | 0.8 |
| Bahan Y | 0.5 |
Jadual 1.2
b
Berdasarkan diameter lekuk yang terhasil, bahan yang manakah sesuai untuk membina sebuah jambatan. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Bahan komposit merupakan bahan yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen iaitu bahan matriks dan bahan pengukuh. Ali memakai cermin mata kerana rabun jauh. Dia berasa sakit mata apabila terdedah kepada cahaya matahari. Nyatakan satu bahan komposit yang boleh membantu Ali untuk mengatasi masalah ini. Terangkan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan susunan radas bagi menentukan haba pembakaran butana.
Rajah 6
Dalam eksperimen tersebut, air telah dipanaskan sehingga suhu meningkat sebanyak 40 °C. Keputusan eksperimen telah direkodkan seperti yang berikut:
| Penerangan | Jisim (g) |
|---|---|
| Jisim penunu Bunsen dengan butana sebelum pemanasan | 595.00 |
| Jisim penunu Bunsen dengan butana selepas pemanasan | 594.13 |
a
Nyatakan maksud haba pembakaran.
1 marks
b
Nyatakan jenis tindak balas bagi pembakaran butana.
1 marks
c
Hitungkan haba pembakaran butana.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; Muatan haba tentu air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan air = 1 g cm^-3^]
4 marks
Jadual 2 menunjukkan haba pembakaran bagi metanol dan propanol.
| Alkohol | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Metanol | −726 |
| Propanol | −2021 |
Jadual 2
d
Bandingkan haba pembakaran metanol dan propanol. Terangkan perbezaannya.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan tindak balas dalam penghasilan satu agen pencuci menggunakan asid palmitik.
a(i)
Rajah 7.1
Berdasarkan Rajah 7.1,
Nyatakan jenis asid lemak bagi asid palmitik.
1 marks
a(ii)
Namakan tindak balas tersebut.
1 marks
a(iii)
Lukis formula struktur bagi agen pencuci X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai hidrokarbon dan kumpulan atom pada hujung molekul.)*
1 marks
a(iv)
Namakan struktur dalam 7(a)(iii).
1 marks
a(v)
Terangkan keberkesanan tindakan pencucian agen pencuci X dalam air liat.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis kosmetik.
b
Wajarkan penggunaan kedua-dua kosmetik tersebut dalam membantu penampilan seseorang.
2 marks
Rajah 7.3 menunjukkan satu tindak balas kimia yang berlaku dalam penghasilan makanan apabila ditambah bahan tambah Z.
c(i)
Rajah 7.3
Berdasarkan Rajah 7.3,
Nyatakan perubahan yang berlaku selepas digoncang.
1 marks
c(ii)
Jika diberikan pilihan antara pektin dan lesitin, bahan tambah manakah yang anda pilih untuk menghasilkan perubahan seperti dalam 7(c)(i)?
1 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan elektrolisis bagi dua jenis elektrolit.
Rajah 8
Diberi nilai keupayaan elektrod piawai seperti berikut.
- Cl~2~ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ E^0^ = +1.36 V
- O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ E^0^ = +0.40 V
- Zn^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn E^0^ = −0.76 V
- 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ E^0^ = 0.00 V
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Namakan semua anion yang hadir dalam larutan zink klorida.
1 marks
a(ii)
Tulis formula hasil yang terbentuk pada elektrod S.
1 marks
a(iii)
Terangkan jawapan anda berdasarkan pemilihan ion yang dinyahcas di 8(a)(ii).
1 marks
a(iv)
Huraikan satu ujian bagi mengesahkan hasil yang terbentuk pada elektrod U.
2 marks
Jadual 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan logam lain ke atas pengaratan paku besi.
b(i)
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3,
Terangkan perbezaan dalam pemerhatian bagi Set I dan Set II.
2 marks
Rajah 8 menunjukkan logam korban yang terdapat pada badan kapal.
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di 8(b)(i), pilih logam yang sesuai untuk dijadikan logam korban pada badan kapal. Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9 menunjukkan tiga set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik.
| Eksperimen | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ |
| II | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ |
| III | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + 10 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat 1.0 mol dm^-3^ |
Jadual 9
a(i)
Berdasarkan eksperimen tersebut, nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku antara zink dan asid hidroklorik dalam Eksperimen I. Hitung isi padu gas yang dibebaskan bagi eksperimen tersebut. Eksperimen ini mengambil masa 2 minit untuk melengkapkan tindak balas. Hitung kadar tindak balas purata dengan unit cm^3^ s^-1^ bagi tindak balas ini.
[1 mol gas menempati isi padu 24.0 dm^3^ pada keadaan bilik]
6 marks
a(iii)
Pada paksi yang sama, lakarkan graf isi padu gas melawan masa bagi Eksperimen I, Eksperimen II dan Eksperimen III.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label kedua-dua paksi, bentuk setiap lengkung dan bagaimana lengkung I, II dan III dibandingkan dari segi kecerunan dan isi padu akhir gas.)*
4 marks
a(iv)
Bandingkan kadar tindak balas antara Eksperimen II dan Eksperimen III. Jelaskan jawapan anda berdasarkan Teori Perlanggaran.
6 marks
b
Tablet antasid digunakan untuk merawat gastrik. Doktor menasihatkan pesakit mengunyah tetapi bukan menelan. Berikan alasan.
3 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan carta alir tindak balas yang dialami oleh sebatian P. Sebatian P ialah suatu hidrokarbon tak tepu yang mempunyai empat atom karbon.
Rajah 10
Berdasarkan Rajah 10,
a
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Berikan satu contoh siri homolog bagi hidrokarbon tak tepu.
2 marks
b
Kenal pasti sebatian Q, sebatian R dan sebatian S. Namakan proses X dan proses Y. Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian U.
6 marks
c
Lukis dan namakan dua isomer bagi sebatian R. Sebatian P dan sebatian Q wujud sebagai gas pada keadaan bilik. Huraikan bagaimana untuk membezakan sebatian P dan sebatian Q di dalam makmal.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon setiap isomer dan kedudukan kumpulan berfungsi.)*
7 marks
d
Sekumpulan murid ditugaskan untuk menyediakan sebatian U yang mempunyai perisa pisang iaitu butil etanoat. Cadangkan asid karboksilik V yang digunakan untuk menyediakan sebatian U. Tulis persamaan kimia bagi penyediaan sebatian U. Hitung jisim sebatian R yang akan digunakan bagi mendapatkan 2 g sebatian U.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; O = 16]
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Berikut merupakan contoh tiga garam sulfat yang boleh disediakan dalam makmal.
- Kalium sulfat
- Barium sulfat
- Kalsium sulfat
a(i)
Kelaskan contoh-contoh garam ini kepada garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan.
2 marks
a(ii)
Nyatakan bahan-bahan tindak balas bagi penyediaan garam terlarutkan dalam 11(a)(i).
2 marks
Rajah 11.1 menunjukkan keadaan dua botol larutan di dalam sebuah makmal.
b
Seorang pembantu makmal ingin menampal semula label pada botol-botol ini. Beliau mengambil 2 cm^3^ daripada setiap larutan dan menguji kedua-dua larutan dengan larutan ammonia. Wajarkan tindakan beliau.
3 marks
Rajah 11.2 menunjukkan penukaran pepejal W kepada larutan Y dan pepejal Z.
c(i)
Rajah 11.2
Berdasarkan Rajah 11.2,
Kenal pasti bahan V, bahan W dan bahan Z.
3 marks
c(ii)
Cadangkan asid X untuk menyediakan larutan Y. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas tersebut. Huraikan eksperimen makmal untuk menyediakan garam Y.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open