Nyatakan keadaan fizik bagi ais semasa proses peleburan.
1 marks
d
Mengapakah suhu kekal malar di antara B dan C walaupun pemanasan diteruskan?
2 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan beberapa sifat fizik bagi unsur-unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) | Jejari atom (nm) |
|---|---|---|---|
| Klorin, Cl~2~ | -101 | -34 | 0.099 |
| Bromin, Br~2~ | -7 | 59 | 0.114 |
| Iodin, I~2~ | 114 | 184 | 0.133 |
Jadual 1
a
Nyatakan nama lain bagi unsur Kumpulan 17.
1 marks
b
Nyatakan perubahan jejari atom apabila menuruni Kumpulan 17 daripada klorin, bromin ke iodin. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Lukiskan susunan zarah bagi bromin pada suhu bilik.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana zarah-zarah bromin disusun dan sejauh mana zarah-zarah itu rapat antara satu sama lain.)*
1 marks
d
Nyatakan satu langkah keselamatan yang harus diamalkan apabila mengendalikan klorin dan bromin di makmal.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan tumbuhan hijau mengalami fotosintesis untuk menghasilkan sebatian X dengan formula molekul C~6~H~12~O~6~ dan gas oksigen.
a
Apakah maksud formula molekul?
1 marks
b
Namakan sebatian X.
1 marks
c(i)
Huraikan maklumat kualitatif dan kuantitatif yang boleh didapati daripada persamaan kimia dalam Rajah 3.
2 marks
c(ii)
Hitungkan isi padu gas karbon dioksida yang diperlukan untuk menghasilkan 1 mol sebatian X.
[Isi padu molar: 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan ramuan yang mengandungi bahan tambah makanan dalam pembuatan cili jeruk.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
Namakan jenis bahan tambah makanan dalam cili jeruk.
1 marks
a(ii)
Mengapakah jenis bahan tambah makanan di 4(a)(i) ditambahkan pada cili jeruk? Berikan satu sebab.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan formula struktur bagi anion sabun. Sabun boleh disediakan daripada sumber semula jadi melalui proses hidrolisis minyak atau lemak oleh alkali.
b(i)
Namakan proses untuk menghasilkan sabun.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 4.2, kenal pasti bahagian yang larut dalam air.
1 marks
Maziah menggunakan krim pemutih jenama Y yang dibeli secara atas talian. Selepas seminggu, kulit Maziah semakin cerah namun merengsa dan menggelupas. Maziah mengambil tindakan untuk menyemak kandungan bahan krim pemutih tersebut dalam laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara. Dia mendapati krim pemutih tersebut telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan kimia terlarang Z.
c(i)
Cadangkan nama bahan kimia terlarang Z.
1 marks
c(ii)
Terangkan kesan yang akan dialami oleh Maziah sekiranya dia terus menggunakan krim pemutih yang mengandungi bahan kimia terlarang Z dalam jangka masa yang panjang.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan Piramid Agung Giza yang diperbuat daripada seramik. Menurut analisis ahli sejarah, piramid ini dibina antara tahun 2560 dan 2580 sebelum masihi.
a(i)
Nyatakan maksud seramik.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu sifat seramik yang membolehkan Piramid Agung Giza kukuh sehingga kini.
1 marks
Jadual 5 menunjukkan tiga jenis bahan komposit V, W dan X dan komponennya.
| Bahan komposit | Komponen |
|---|---|
| V | Kaca, kuprum(I) klorida dan argentum klorida |
| W | Itrium(III) karbonat, barium karbonat, kuprum(II) karbonat, dan oksigen |
| X | Konkrit dan keluli |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
b(i)
Kenal pasti bahan komposit V, W dan X.
V: …
W: …
X: …
3 marks
b(ii)
Bahan komposit W digunakan untuk membuat supermagnet. Nyatakan dua ciri yang menyebabkan bahan komposit W sesuai digunakan untuk membuat elektromagnet. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, berikan satu contoh peralatan dalam bidang perubatan yang menggunakan bahan komposit W.
3 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan siri tindak balas bagi propena.
Berdasarkan Rajah 6,
a(i)
Nyatakan siri homolog bagi propena.
1 marks
a(ii)
Tuliskan formula molekul bagi propena.
1 marks
a(iii)
Pembakaran propena menghasilkan lebih banyak jelaga berbanding sebatian P. Kira peratus karbon mengikut jisim bagi propena.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
1 marks
a(iv)
Polipropena adalah polimer bagi propena. Pembakaran secara terbuka polipropena boleh mencemarkan alam sekitar. Jelaskan.
2 marks
b
Tuliskan formula am bagi sebatian P.
1 marks
c
Lukiskan dua isomer bagi sebatian R.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: formula struktur setiap isomer — rantai karbon, dan atom karbon yang mana membawa setiap atom H dan kumpulan berfungsi.)*
2 marks
d
Namakan sebatian S untuk menghasilkan propil etanoat.
1 marks
710 marks
Jadual 7 menunjukkan haba pembakaran bagi bahan api A dan bahan api B.
| Bahan api | Formula molekul | Haba pembakaran, kJ mol^-1^ |
|---|---|---|
| A | C~8~H~18~ | -5013 |
| B | C~12~H~23~ | -10124 |
Jadual 7
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pembakaran?
1 marks
Berdasarkan Jadual 7,
b(i)
Hitung nilai bahan api bagi bahan api A dan bahan api B.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
2 marks
b(ii)
Ahmad merupakan seorang pemandu lori. Pilih bahan api A atau bahan api B yang lebih sesuai digunakan sebagai bahan api untuk lorinya. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
b(iii)
Hitung haba yang terbebas jika 0.5 mol bahan api A terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
1 marks
Rajah 7 menunjukkan bacaan suhu bagi dua set eksperimen untuk mengkaji haba peneutralan asid sulfurik dan asid hidroklorik.
| | Set I | Set II |
|---|---|---|
| Suhu awal | 28.0 °C | 28.0 °C |
| Suhu tertinggi | 54.0 °C | 41.0 °C |
Rajah 7
c(i)
Berdasarkan pemerhatian bagi Set I dan Set II dalam Rajah 7, bandingkan perubahan suhu dan terangkan jawapan anda.
3 marks
c(ii)
Ramalkan perubahan suhu jika asid hidroklorik dalam Set II digantikan dengan asid etanoik dengan isi padu dan kepekatan yang sama.
1 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak dalam tindak balas redoks.
Berdasarkan Rajah 8.1,
a(i)
Apakah fungsi asid sulfurik, H~2~SO~4~?
1 marks
a(ii)
Tuliskan setengah persamaan pada elektrod X dan elektrod Y.
Elektrod X: …
Elektrod Y: …
2 marks
a(iii)
Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan bagi air bromin.
1 marks
b
Lukis satu susunan radas berlabel yang dapat digunakan untuk eksperimen untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak dengan menggunakan semua bahan dan radas dalam Rajah 8.1, kecuali tiub-U dan kaki retort. Anda juga dibekalkan dengan larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat(VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum(II) sulfat dan air bromin. Beberapa radas lain yang sesuai boleh digunakan bagi mengubah suai eksperimen ini.
Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam rajah yang dilukis.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan serta kedudukannya, bagaimana litar disambungkan, label setiap bahan, dan arah pengaliran elektron.)*
3 marks
c
Sehelai kertas litmus biru dicelupkan ke dalam larutan natrium klorida pekat, NaCl dan diletakkan di atas sekeping slaid kaca. Dua elektrod karbon, R dan S diletakkan di atas kertas litmus itu. Elektrod-elektrod itu disambungkan kepada bateri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
Jadual 8 menunjukkan pemerhatian pada kertas litmus biru selepas 15 minit.
| Elektrod | Pemerhatian pada kertas litmus biru selepas 15 minit |
|---|---|
| R | Kertas litmus biru bertukar merah dan kemudian dilunturkan. |
| S | Warna kertas litmus biru tidak berubah. |
Jadual 8
Nilai E°:
- Na^+^ + e^-^ ⇌ Na, E° = −2.71 V
- 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~, E° = 0.00 V
- O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^, E° = +0.40 V
- Cl~2~ + 2e^-^ ⇌ 2Cl^-^, E° = +1.36 V
Berdasarkan Jadual 8, terangkan perbezaan pemerhatian bagi kertas litmus biru pada elektrod R dan elektrod S selepas 15 minit.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9 menunjukkan dua jenis periuk yang berbeza.
Hidayu ingin memasak sup tulang untuk makan malam. Berdasarkan Rajah 9, sup tulang dalam periuk manakah yang akan masak dengan lebih cepat? Terangkan.
3 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat tentang eksperimen yang dilakukan oleh seorang pelajar untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Suhu (°C) |
|---|---|---|
| I | Pita magnesium berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 30 |
| II | Serbuk magnesium berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 30 |
| III | Serbuk magnesium berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 40 |
Jadual 9
b(i)
Nyatakan takrif bagi kadar tindak balas dalam Eksperimen I. Jika larutan kuprum(II) sulfat ditambahkan ke dalam Eksperimen I, ramalkan kadar tindak balas bagi eksperimen tersebut.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku antara magnesium dan asid hidroklorik dalam Eksperimen III. Hitungkan isi padu gas yang dibebaskan bagi eksperimen tersebut.
[Satu mol gas menempati isi padu 24.0 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
b(iii)
Bandingkan kadar tindak balas antara
- Eksperimen I dan Eksperimen II
- Eksperimen II dan Eksperimen III
Jelaskan jawapan anda berdasarkan Teori Perlanggaran.
10 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan batu karang yang terdapat di dalam laut sekitar Pulau Tioman. Batu karang ini terbentuk daripada garam R.
Nyatakan maksud garam dan nyatakan keterlarutan garam R.
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan tumpahan 200 cm^3^ larutan HX, 2.0 mol dm^-3^ daripada sebuah bikar di atas meja besi. Larutan HX bersifat mengakis dan berbau masam seperti cuka.
b(i)
Cadangkan larutan HX yang sesuai. Pilih bahan kimia yang sesuai yang terdapat di atas meja besi itu untuk membersihkan tumpahan larutan HX dan berikan alasan anda.
Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili tindak balas antara bahan kimia yang anda cadangkan itu dengan larutan HX.
5 marks
b(ii)
Berdasarkan cadangan anda di b(i), hitungkan jisim bahan kimia yang dipilih untuk membersihkan semua tumpahan larutan HX.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16, Na = 23, Ca = 40]
3 marks
Rajah 10.3 menunjukkan tindak balas bagi pepejal putih V.
- Pepejal putih V + asid nitrik $\rightarrow$ larutan tidak berwarna W + gas X + air
- Pepejal putih V —(panaskan)$\rightarrow$ pepejal Y (kuning apabila panas dan putih apabila sejuk) + gas X
Rajah 10.3
Berdasarkan Rajah 10.3,
c(i)
Kenal pasti bahan V, W, X dan Y.
4 marks
c(ii)
Huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan kehadiran kation dan anion dalam larutan W.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 11 menunjukkan nombor proton bagi tiga unsur dalam Jadual Berkala Unsur iaitu X, Y dan Z.
| Atom | X | Y | Z |
|---|---|---|---|
| Nombor proton | 12 | 8 | 6 |
Jadual 11
Berdasarkan Jadual 11,
a
Unsur X boleh membentuk kation untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil. Berikan takrif kation dan tuliskan formula bagi ion tersebut.
2 marks
Unsur Y boleh membentuk dua jenis sebatian berbeza dengan unsur X dan dengan unsur Z.
b(i)
Lukiskan susunan elektron bagi setiap jenis sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah dalam setiap sebatian, bilangan elektron dalam setiap petala, cas pada setiap ion atau elektron yang dikongsi, dan label.)*
4 marks
b(ii)
0.05 mol unsur Z bertindak balas dengan unsur Y yang berlebihan membentuk salah satu sebatian yang disebutkan di atas. Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan sebatian tersebut dan kirakan jisim sebatian yang terbentuk.
[Jisim molar sebatian = 44 g mol^-1^]
4 marks
c
Rajah 11.1 menunjukkan pembentukan dua jenis ikatan, ikatan E dan ikatan F.
*(Namakan ikatan E dan ikatan F.)*
2 marks
d
Tiara menjumpai dua botol serbuk putih yang tidak berlabel ditinggalkan di atas meja di dalam makmal sekolahnya. Tiara membawa kedua-dua botol tersebut untuk ditunjukkan kepada guru Kimianya kerana dia ingin mengetahui jenis sebatian bagi kedua-dua pepejal putih tersebut. Gurunya meminta Tiara melabelkan botol tersebut dengan Serbuk A dan Serbuk B. Gurunya juga memberikan beberapa radas kepada Tiara dan memintanya menjalankan satu eksperimen untuk membandingkan sifat fizik bagi kedua-dua bahan tersebut.
Rajah 11.2 menunjukkan senarai radas yang diberikan oleh gurunya.
- Mangkuk pijar
- Alas segi tiga tanah liat
- Spatula
- Penunu Bunsen
- Wayar penyambung dengan klip buaya
- Tungku kaki tiga
- Bateri
- Dua batang elektrod karbon
- Mentol
Rajah 11.2
Dengan menggunakan senarai radas yang diberi, huraikan satu eksperimen untuk mengkaji perbezaan sifat fizik bagi Serbuk A dan Serbuk B. Sertakan pemerhatian dan kesimpulan bagi eksperimen tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open