Sarawak Trial 2024 Chemistry Kertas 2 · Kenyalang Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Sarawak Trial 2024 Chemistry Kertas 2 · Kenyalang Set 1
Sarawak Trial Kenyalang Set 1 · 2024
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Kerusi dan baldi mengandungi polimer X. Formula struktur bagi polimer X ditunjukkan dalam Rajah 1.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis pempolimeran yang terlibat.
1 marks
a(iii)
Nyatakan nama monomer bagi polimer dalam Rajah 1.
1 marks
a(iv)
Lukis formula struktur monomer dalam (a)(iii).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom itu)*
1 marks
b
Nyatakan **satu** ciri polimer X yang menjadikannya sesuai untuk menghasilkan produk dalam Rajah 1.
1 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Susunan elektron | 2.8.1 | 2.8.2 | 2.8.3 | 2.8.4 | 2.8.5 | 2.8.6 | 2.8.7 |
| Jejari atom | 186 | 160 | 143 | 118 | 110 | 104 | 100 |
*Jadual 1*
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kala?
1 marks
b(i)
Kala yang manakah unsur itu terletak?
1 marks
b(ii)
Beri **satu** sebab bagi jawapan di 2(b)(i).
1 marks
c
Nyatakan unsur yang wujud sebagai molekul dwiatom.
1 marks
d
Unsur yang manakah ialah separa logam?
1 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan tiga contoh bahan buatan dalam industri.
a(i)
P diperbuat daripada duralumin. Kuprum adalah salah satu unsur dalam duralumin. Namakan **satu** unsur lain dalam duralumin.
1 marks
a(ii)
Nyatakan perbezaan dari segi kekerasan antara duralumin dan logam tulennya.
1 marks
b(i)
Q dan R adalah dua jenis seramik. Apakah jenis seramik R?
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** persamaan antara seramik Q dan R.
1 marks
c
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang dua jenis kaca X dan Y.
| Jenis kaca | Komposisi | Kegunaan |
|---|---|---|
| X | Silika, natrium karbonat, kalsium karbonat | Tingkap kaca |
| Y | Silika, argentum klorida, kalsium karbonat | Tingkap kaca |
*Jadual 2*
Encik Ali ingin memasang tingkap kaca di rumahnya yang dapat menghalang sinar ultraungu. Antara kaca X dan Y, kaca jenis manakah yang akan Encik Ali pilih? Berikan alasan anda.
2 marks
47 marks
Jadual 3 menunjukkan takat lebur dan takat didih bahan P, Q, R dan S.
| Bahan | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) |
|---|---|---|
| P | −111.0 | −46.0 |
| Q | −83.0 | 44.0 |
| R | 90.8 | 873.0 |
| S | 841.0 | 1713.0 |
*Jadual 3*
Berdasarkan Jadual 3,
a(i)
Nyatakan **satu** bahan yang wujud dalam keadaan gas pada suhu bilik.
1 marks
a(ii)
Bahan manakah yang akan melalui proses pendidihan apabila diletakkan dalam kukus air yang mempunyai suhu 100.0 °C?
1 marks
a(iii)
Lukis susunan zarah bagi bahan Q pada suhu −10.0 °C.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jarak antara zarah-zarah dan cara zarah-zarah disusun)*
1 marks
Rajah 3 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan naftalena, C~10~H~8~.
b(i)
Berdasarkan Rajah 3, didapati tiada perubahan suhu berlaku dari P ke Q. Terangkan jawapan anda.
2 marks
b(ii)
Cecair naftalena kemudiannya disejukkan kepada suhu bilik. Lakarkan graf suhu melawan masa bagi penyejukan naftalena dan tandakan takat bekunya pada graf tersebut.
[Paksi disediakan: Suhu (°C) pada paksi menegak, Masa (s) pada paksi mengufuk]
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk lengkung dari awal hingga akhir dan kedudukan takat beku yang anda tandakan)*
2 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara unsur X dan unsur Y.
Berdasarkan Rajah 4,
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis daya tarikan antara zarah-zarah dalam sebatian tersebut.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan sebatian tersebut.
1 marks
a(iv)
Hitung jisim sebatian yang dihasilkan apabila 0.1 mol X bertindak balas dengan unsur Y yang berlebihan.
[Jisim atom relatif: Y = 16; X = 24]
2 marks
b
Puan Lee meletakkan pepejal putih ke dalam almari untuk menghalau lipas. Sifat fizik pepejal putih itu adalah seperti berikut:
- Tidak boleh mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan
- Takat lebur dan takat didih yang rendah
Berdasarkan maklumat di atas, kenal pasti jenis sebatian pepejal putih itu dan terangkan ciri-cirinya.
3 marks
69 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji kadar tindak balas antara magnesium dan asid nitrik. Dalam eksperimen ini, 1.0 g magnesium ditambahkan kepada 50 cm^3^ asid nitrik 0.1 mol dm^-3^.
Jadual 4 menunjukkan isi padu gas yang terkumpul pada setiap sela masa 1 minit apabila mangkin X ditambah dalam eksperimen ini.
| Masa (min) | 0.0 | 1.0 | 2.0 | 3.0 | 4.0 | 5.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Isi padu gas (cm^3^) | 0.0 | 18.2 | 34.8 | 51.1 | 60.0 | 60.0 |
*Jadual 4*
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan mangkin?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama bagi mangkin X yang boleh digunakan dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen ini.
2 marks
Hitung:
c(i)
Bilangan mol magnesium yang digunakan.
1 marks
c(ii)
Bilangan mol bagi asid nitrik.
1 marks
d
Berdasarkan jawapan di 6(c)(i) dan 6(c)(ii), namakan bahan tindak balas yang menentukan isi padu gas yang terbentuk pada akhir tindak balas itu.
1 marks
e
Dengan menggunakan teori perlanggaran, terangkan bagaimana faktor mangkin meningkatkan kadar tindak balas.
2 marks
710 marks
Rajah 6.1 menunjukkan ramuan bagi aiskrim buatan sendiri yang dibuat oleh Puan Patricia.
> **Ramuan:** Keju krim, susu penuh krim, gula tebu, ekstrak vanila, garam laut, gam xanthan.
*Rajah 6.1 (gambar semangkuk aiskrim dengan buah ceri dan beri, bersama senarai ramuan di atas)*
a(i)
Lemak ialah salah satu bahan yang terdapat dalam aiskrim. Nyatakan keadaan fizikal lemak pada suhu bilik.
1 marks
a(ii)
Gam xanthan diguna secara meluas dalam makanan seperti sos cili dan aiskrim. Nyatakan jenis bahan tambah makanan dan fungsi gam xanthan tersebut.
2 marks
a(iii)
Puan Patricia ialah seorang penghidap kencing manis. Cadang dan terangkan alternatif lain bagi Puan Patricia untuk menikmati aiskrim tanpa memudaratkan kesihatannya.
2 marks
a(iv)
Wajarkan penggunaan bahan tambah makanan dalam kehidupan seharian.
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan suatu iklan yang mempromosikan garam nano di laman web beli-belah dalam talian yang dilayari oleh Puan Patricia. Iklan tersebut menyatakan bahawa garam nano merupakan satu produk nanoteknologi.
Puan Patricia ingin membelinya untuk menggantikan garam laut dalam pembuatan aiskrim.
b(i)
Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
b(ii)
Penggunaan garam nano adalah lebih sihat berbanding garam laut. Terangkan.
2 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas bagi penulenan argentum tak tulen.
Berdasarkan Rajah 7,
a
Apakah fungsi pasu berliang?
1 marks
b
Nyatakan anod dan katod pada Sel Q.
Anod: …
Katod: …
2 marks
c
Nyatakan pemerhatian di katod pada Sel P.
1 marks
d
Hitung jisim maksimum argentum yang terenap pada sel P semasa penulenan.
[Jisim atom relatif: Ag = 108]
3 marks
Faridah mendapati kunci besinya telah berkarat. Dengan menggunakan pengetahuan tentang elektrolisis,
e(i)
Cadangkan nama proses untuk menjadikan kunci besi tersebut lebih menarik dan tahan karat.
1 marks
e(ii)
Lukiskan susunan radas berlabel yang sesuai bagi membantu Faridah menjalankan proses tersebut di dalam makmal.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan elektrolit yang digunakan, elektrod yang disambung kepada setiap terminal bateri, dan label-label)*
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi empat sebatian organik P, Q, R dan S.
| Sebatian organik | Maklumat |
|---|---|
| P | Mempunyai 3 atom karbon; larut dalam air; bakar dengan nyalaan biru dan tiada jelaga |
| Q | Mempunyai 3 atom karbon; mengandungi karbon dan hidrogen sahaja; menyahwarnakan warna perang air bromin |
| R | Mempunyai 2 atom karbon; larut dalam air; bertindak balas dengan kalsium karbonat menghasilkan gas karbon dioksida |
| S | Mempunyai 4 atom karbon; mengandungi karbon dan hidrogen sahaja; tidak menyahwarnakan warna perang air bromin |
*Jadual 5*
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 5,
a
Tentukan formula molekul bagi sebatian P, Q, R dan S. Nyatakan nama siri homolog bagi setiap sebatian itu.
8 marks
b
Dalam proses peretakan, sebatian X dipanaskan pada suhu dan tekanan yang tinggi menghasilkan sebatian Q dan S.
Kenal pasti sebatian X. Tuliskan persamaan kimia proses peretakan sebatian X. Hitungkan jisim sebatian Q jika 2400 dm^3^ sebatian X digunakan dalam tindak balas ini.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12. 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
c
Sebatian P boleh ditukar kepada sebatian organik Q melalui proses T. Namakan proses T. Lukis gambar rajah yang berlabel untuk menunjukkan cara menyediakan dan mengumpul sebatian Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bahan yang dipanaskan, cara gas Q dikumpul, dan label-label)*
3 marks
d
Sebuah kilang gula ingin mengeluarkan gula-gula berperisa baru. Satu sampel ester Z boleh disediakan melalui pengesteran antara sebatian P dan R. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas ini. Lukis formula struktur dan namakan ester Z.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom dan ikatan dalam ester Z)*
4 marks
1020 marks
Persamaan termokimia berikut mewakili tindak balas penyesaran antara zink dan larutan kuprum(II) sulfat.
> Zn + CuSO~4~ $\rightarrow$ ZnSO~4~ + Cu ΔH = −210 kJ mol^-1^
a(i)
Berdasarkan persamaan termokimia di atas, nyatakan maksud haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Nyatakan warna larutan kuprum(II) sulfat.
1 marks
a(iii)
Apakah yang akan berlaku kepada nilai ΔH apabila logam zink digantikan dengan logam magnesium? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
50 cm^3^ larutan argentum nitrat 2.0 mol dm^-3^ dicampurkan dengan 50 cm^3^ larutan natrium klorida 2.0 mol dm^-3^ untuk membentuk mendakan putih argentum klorida, AgCl. 65.5 kJ tenaga haba dibebaskan apabila 1 mol argentum klorida termendak.
b(i)
Tulis persamaan ion bagi pembentukan argentum klorida.
1 marks
b(ii)
Kira haba yang dibebaskan dalam tindak balas ini.
3 marks
b(iii)
Apakah perubahan suhu dalam campuran ini?
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan: 1 g cm^-3^]
2 marks
b(iv)
Nilai haba yang terbebas semasa tindak balas penyesaran logam selalunya lebih rendah daripada nilai teori. Terangkan mengapa dan nyatakan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan eksperimen ini.
2 marks
Jadual 6 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua jenis tindak balas, Tindak Balas I dan Tindak Balas II.
c
Berdasarkan Jadual 6, bandingkan Tindak balas I dan Tindak balas II dari segi:
- jenis tindak balas
- perubahan haba semasa tindak balas
- perubahan suhu semasa tindak balas
- jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas
- perubahan tenaga haba sewaktu pemutusan dan pembentukan ikatan
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 8 menunjukkan satu bikar mengandungi campuran garam zink yang diberikan kepada peserta semasa pertandingan *'COOL SCIENCE CHALLENGE'* dalam aktiviti Minggu Sains.
a(i)
Nyatakan keterlarutan bagi kedua-dua garam. Huraikan secara ringkas bagaimana kedua-dua garam dapat diasingkan.
6 marks
a(ii)
Banding dan bezakan kedua-dua garam apabila terurai oleh haba. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas penguraian bagi kedua-dua garam tersebut.
7 marks
b
Anda diberikan tiga bahan yang digunakan untuk menyediakan garam sulfat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.
> Asid sulfurik, H~2~SO~4~, zink nitrat, Zn(NO~3~)~2~, natrium karbonat, Na~2~CO~3~
*Jadual 7*
Dengan menggunakan bahan-bahan dalam Jadual 7, huraikan bagaimana garam zink sulfat dapat disediakan di dalam makmal.
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open