Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi satu sebatian.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
Nyatakan nama unsur yang diwakili oleh simbol Na.
1 marks
a(ii)
Unsur di 1(a)(i) terletak dalam Kumpulan 1. Apakah nama lain bagi Kumpulan 1?
1 marks
b
Namakan daya tarikan yang kuat dalam sebatian ini yang menyebabkan takat lebur dan takat didih sebatian ini tinggi.
1 marks
c
Apakah jenis ikatan dalam sebatian ini?
1 marks
d
Nyatakan nama sebatian ini.
1 marks
25 marks
Maklumat berikut merupakan kesimpulan bagi keberkesanan agen pencuci dalam air liat.
> Tindakan pencucian detergen lebih berkesan daripada sabun
Berdasarkan maklumat di atas,
a(i)
Apakah maksud sabun?
1 marks
a(ii)
Apakah formula am bagi sabun?
1 marks
a(iii)
Selain daripada air liat, nyatakan sejenis air yang lain yang boleh mengurangkan keberkesanan sabun.
1 marks
Rajah 2 menunjukkan helaian grafen.
b(i)
Grafen adalah salah satu bahan yang digunakan dalam bidang nanoteknologi. Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
b(ii)
Nyatakan sebab grafen digunakan dalam penapis air.
1 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron dalam atom K, L dan M.
| Atom | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| K | 11 | 12 |
| L | 11 | 13 |
| M | 12 | 12 |
Jadual 3
a
Nyatakan tiga zarah subatom dalam suatu atom.
1 marks
b
Nyatakan kumpulan unsur L di dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
c
Lukiskan susunan elektron bagi ion K.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nukleus, cas ion, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
d
Unsur M secara semula jadi wujud dalam bentuk tiga isotop, 79.0% ^24^M, 10.0% ^25^M dan 11.0% ^26^M.
Hitungkan jisim atom relatif M.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
a
Apakah unsur peralihan?
1 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan suatu proses dalam industri.
Minyak sawit $\xrightarrow{\text{Ni, 180 °C}}$ Marjerin
Rajah 4.2
Apakah fungsi nikel dalam proses itu?
1 marks
Ferum boleh bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan suatu garam.
c(i)
Apakah warna garam tersebut?
1 marks
c(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
c(iii)
0.1 mol ferum bertindak balas dengan gas klorin. Hitung jisim garam yang dihasilkan.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5; Fe = 56]
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan dua kaedah untuk menentukan formula empirik suatu sebatian.
Berdasarkan Rajah 5,
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
b
Q berada di bawah hidrogen dalam siri kereaktifan. Kaedah manakah yang sesuai digunakan untuk menentukan formula empirik oksida logam Q?
1 marks
c
Berdasarkan Kaedah II, hitungkan formula empirik bagi oksida kuprum dengan menggunakan maklumat berikut.
| Perkara | Jisim (g) |
|---|---|
| Tiub kaca | 34.22 |
| Tiub kaca + oksida kuprum sebelum pemanasan | 42.25 |
| Tiub kaca + oksida kuprum selepas pemanasan | 40.64 |
[Jisim atom relatif: O = 16; Cu = 64]
3 marks
d
Nyatakan bilangan unit formula bagi 0.01 mol oksida kuprum.
[Pemalar Avogadro, N~A~ = 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
1 marks
e
Bandingkan Kaedah I dan Kaedah II dalam penentuan formula empirik suatu sebatian.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan susunan atom dalam aloi X dan formula struktur bagi polimer Y.
a
Nyatakan maksud aloi.
1 marks
b
Nyatakan nama bagi aloi X.
1 marks
c
Lukiskan monomer bagi polimer Y.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom karbon dan hidrogen, kumpulan yang terikat pada setiap karbon dan kedudukan ikatan ganda dua.)*
1 marks
d
Bahan yang mengandungi polimer Y wujud dalam bentuk cecair. Tetapi apabila dibiarkan beberapa jam, bahan itu boleh menjadi pepejal. Apakah cara yang perlu dilakukan supaya bahan itu boleh kekal dalam bentuk cecair? Berikan alasan anda.
3 marks
e
Rajah 6.2 menunjukkan dua bahan yang boleh dijumpai dalam kehidupan harian.
Banding bezakan kedua-dua bahan itu.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji haba penyesaran.
Berdasarkan Rajah 7.1,
a
Apakah maksud haba penyesaran?
1 marks
b
Namakan pepejal perang yang terbentuk.
1 marks
Jadual 7 menunjukkan maklumat bagi keputusan eksperimen yang telah direkodkan.
| | |
|---|---|
| Suhu awal larutan kuprum(II) sulfat | 28 °C |
| Suhu tertinggi larutan campuran | 50 °C |
Jadual 7
c(i)
Hitungkan bilangan mol pepejal perang yang terhasil.
1 marks
c(ii)
Tentukan haba penyesaran bagi tindak balas ini.
[Muatan haba tentu bagi larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1.0 g cm^-3^]
2 marks
d
Seorang pelajar telah menggantikan logam magnesium dengan logam X dan didapati haba penyesaran tindak balas tersebut berkurang. Cadangkan logam X dan terangkan jawapan anda.
3 marks
e
Rajah 7.2 menunjukkan suatu alat bantu mula X yang dibalut pada kaki yang terseliuh.
Pada pendapat anda, adakah bahan tindak balas dalam Rajah 7.1 boleh digunakan dalam alat bantu mula X bagi merawat kecederaan tersebut? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan carta alir bagi tindak balas melibatkan sebatian P.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Nyatakan nama bagi sebatian P.
1 marks
a(ii)
Namakan satu reagen yang boleh digunakan dalam Tindak balas I.
1 marks
b
Dalam Tindak balas II, 14 g sebatian P terbakar lengkap dalam udara menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Persamaan kimia tindak balas adalah seperti berikut:
C~4~H~8~ + 6O~2~ $\rightarrow$ 4CO~2~ + 4H~2~O
Hitung isi padu gas karbon dioksida yang terbebas dalam tindak balas ini pada suhu bilik.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
[Isi padu molar bagi gas pada suhu bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
c
Sebatian P mengalami Tindak balas III untuk menghasilkan sebatian R. Banding dan bezakan sebatian P dan sebatian R.
Persamaan: …
Perbezaan: …
2 marks
d
Huraikan secara ringkas bagaimana sebatian P dan sebatian R dapat dikenal pasti dalam makmal.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Kadar tindak balas dipengaruhi oleh beberapa faktor. Rajah 9 menunjukkan perbualan antara Siti dengan ibunya tentang kadar tindak balas.
> **Siti:** Mak, mengapa daging perlu dipotong kecil untuk dimasak?
>
> **Ibu:** Siti, daging yang dipotong kecil mengambil masa yang singkat untuk dimasak berbanding saiz besar.
Rajah 9 (Siti bercakap dengan ibunya yang sedang memasak daging di dapur.)
Berdasarkan perbualan di atas,
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas. Berikan faktor yang mempengaruhi masa yang diambil untuk daging masak dan terangkan jawapan anda.
4 marks
Seorang pelajar menjalankan tiga eksperimen untuk mengkaji kesan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 9 menunjukkan keputusan bagi eksperimen-eksperimen itu.
| Eksperimen | Susunan radas | Suhu (°C) | Masa yang diambil untuk tindak balas lengkap (s) |
|---|---|---|---|
| I | Zink dalam 5 cm^3^ asid hidroklorik 2.0 mol dm^-3^ | 30 | 50 |
| II | Zink dalam 5 cm^3^ asid hidroklorik 2.0 mol dm^-3^ | 40 | 30 |
| III | Zink dalam 5 cm^3^ asid hidroklorik 2.0 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 40 | 10 |
Jadual 9
b(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dalam Eksperimen I. Hitung jisim garam yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Zn = 65]
6 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas bagi:
- Eksperimen I dan Eksperimen II
- Eksperimen II dan Eksperimen III
Terangkan, dengan merujuk kepada teori perlanggaran, mengapa terdapat perbezaan dalam kadar tindak balas dalam eksperimen-eksperimen tersebut.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan susunan radas Sel I dan Sel II.
Jadual 10 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai bagi beberapa tindak balas sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Zn^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Zn(p) | −0.76 |
| 2H^+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~(g) | 0.00 |
| Cu^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Cu(p) | +0.34 |
| O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^(ak) | +0.40 |
| Cl~2~(g) + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^(ak) | +1.36 |
Jadual 10
Berdasarkan maklumat di dalam Rajah 10 dan Jadual 10, dalam Sel I,
a(i)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku. Kenal pasti elektrod yang bertindak sebagai anod dan berikan sebab bagi jawapan anda.
3 marks
a(ii)
Tuliskan setengah persamaan di anod dan katod. Terangkan perbezaan pemerhatian di anod dan katod.
10 marks
Dalam Sel II,
b(i)
Nyatakan fungsi pasu berliang.
1 marks
b(ii)
Tuliskan notasi sel dan hitungkan voltan sel, E°~sel~ bagi sel kimia ini.
4 marks
b(iii)
Ramalkan nilai voltan sel jika kepingan zink digantikan dengan pita magnesium. Terangkan jawapan anda. Tuliskan persamaan ion keseluruhan bagi sel ini.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Jadual 11 di bawah menunjukkan nilai pH bagi larutan alkali P dan alkali Q yang mempunyai kepekatan yang sama.
| Alkali | Nilai pH |
|---|---|
| P | 8 |
| Q | 13 |
Jadual 11
Terangkan mengapa nilai pH bagi alkali P dan alkali Q berbeza.
5 marks
Rajah 11 menunjukkan satu kaedah yang digunakan untuk mengkaji tindak balas peneutralan.
b(i)
Apakah maksud bagi tindak balas peneutralan?
1 marks
b(ii)
Dalam tindak balas ini, 25.0 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ telah dineutralkan oleh 20.0 cm^3^ asid sulfurik. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini dan hitung kepekatan (dalam mol dm^-3^) bagi asid sulfurik tersebut.
4 marks
c
Dalam suatu tindak balas, garam X yang berwarna hijau dipanaskan dengan kuat. Suatu pepejal berwarna hitam terhasil. Gas tidak berwarna yang terbebas mengeruhkan air kapur. Namakan garam X dan pepejal berwarna hitam itu.
2 marks
d
Garam kalsium sulfat digunakan secara meluas dalam bidang pembinaan. Ia juga dikenali sebagai *plaster of Paris*. Cadangkan bahan kimia yang anda boleh gunakan untuk menyediakan garam kalsium sulfat dalam makmal. Seterusnya, terangkan cara untuk menyediakan garam tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open