Rajah 1 menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X, Y dan Z.
$^{23}_{11}\mathrm{X} \qquad ^{35.5}_{17}\mathrm{Y} \qquad ^{39}_{19}\mathrm{Z}$
Rajah 1
a
Apakah maksud kumpulan?
1 marks
b
Apakah nama lain bagi Kumpulan 17?
1 marks
Semua unsur X, Y dan Z yang ditunjukkan dalam Rajah 1 boleh bertindak balas dengan air dan membentuk larutan yang berlainan nilai pH.
c(i)
Apabila Z bertindak balas dengan air, larutan hidroksida yang bersifat alkali dan gas tidak berwarna akan terbentuk. Namakan gas berkenaan.
1 marks
c(ii)
Unsur yang manakah akan menghasilkan larutan berasid? Terangkan.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan dua isomer bagi sebatian P.
a(i)
Berdasarkan Rajah 2, apakah yang dimaksudkan dengan isomer?
1 marks
a(ii)
Sebatian P mempunyai empat isomer. Lukis satu formula struktur yang lain bagi isomer sebatian P. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, kedudukan kumpulan OH dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
a(iii)
Berdasarkan jawapan anda di 2(a)(ii), nyatakan nama isomer itu dengan menggunakan sistem penamaan IUPAC.
1 marks
b
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi alkohol dan formula amnya.
Kumpulan berfungsi: …
Formula am: …
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan struktur atom bagi unsur Q, R, S dan T.
a
Nyatakan zarah subatom yang bercas neutral.
1 marks
b
Berapakah bilangan elektron dalam atom Q?
1 marks
c
Nyatakan nombor nukleon bagi S dan T.
S: …
T: …
2 marks
d
Atom R dan S dapat bertindak balas untuk membentuk satu sebatian. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
47 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat berkaitan unsur A dan unsur B.
| Unsur | Kala | Kumpulan |
|---|---|---|
| A | 2 | 14 |
| B | 2 | 16 |
Jadual 1
a
Nyatakan maksud ikatan kovalen.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lengkapkan susunan elektron yang terbentuk daripada pembentukan ikatan antara unsur A dan B dalam Rajah 4. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: simbol dalam setiap nukleus dan bilangan elektron dalam setiap petala bagi setiap atom, termasuk elektron yang dikongsi.)*
2 marks
14.4 g unsur A bertindak balas dengan unsur B secara lengkap menghasilkan sebatian yang terbentuk di 4(b).
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
1 marks
c(ii)
Berdasarkan persamaan kimia di 4(c)(i), kira isipadu maksimum sebatian yang terbentuk dalam keadaan bilik.
[Jisim atom relatif: A = 12; B = 16; isipadu molar gas: 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan formula struktur bagi kafein yang boleh dijadikan sebagai baja semulajadi untuk tumbuhan.
a(i)
Nyatakan formula molekul kafein tersebut.
1 marks
a(ii)
Kira peratus nitrogen mengikut jisim dalam kafein.
[Jisim atom relatif: C = 12; H = 1; O = 16; N = 14]
2 marks
a(iii)
Baja biasanya mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Nitrogen diperlukan untuk meningkatkan tumbesaran tumbuhan seperti sayuran. Antara contoh baja yang digunakan oleh petani ialah urea, CO(NH~2~)~2~.
Berdasarkan peratus nitrogen mengikut jisim dalam kafein di 5(a)(ii) dan urea, tentukan baja yang terbaik yang patut digunakan oleh petani untuk tanamannya. Jelaskan.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas untuk penguraian serbuk kuprum(II) karbonat.
b(i)
Apakah fungsi air kapur?
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi penguraian serbuk kuprum(II) karbonat itu.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan tindak balas menggunakan dua jenis garam terlarutkan untuk menghasilkan sejenis garam tak terlarutkan.
a(i)
Nyatakan nama tindak balas bagi menyediakan garam tak terlarutkan itu.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 6, kenal pasti Pepejal X.
1 marks
b(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara argentum nitrat dan natrium karbonat.
2 marks
b(ii)
Hitungkan bilangan mol ion argentum, dalam 20 cm^3^ larutan argentum nitrat, 0.5 mol dm^-3^ dan seterusnya tentukan jisim Pepejal X yang terbentuk.
[Jisim molar Pepejal X = 276 g mol^-1^]
2 marks
c
Huraikan secara ringkas bagaimana untuk menyediakan hablur garam daripada Pepejal X.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah sampan kayu dan kayak. Kedua-duanya diperbuat menggunakan bahan komposit.
a(i)
Bahan komposit terdiri daripada gabungan bahan matriks dan bahan pengukuhan. Apakah fungsi bahan matriks?
1 marks
a(ii)
Namakan bahan komposit yang sesuai untuk pembuatan kayak.
1 marks
b
Radas kaca makmal seperti bikar dan kelalang diperbuat daripada kaca borosilikat kerana sifat rintangannya terhadap haba.
Satu sampel kaca borosilikat mempunyai komposisi silika 80%, boron oksida 15% dan aluminium oksida 5%. Hitungkan jisim setiap komponen di dalam sampel kaca borosilikat dengan jisim 1.0 kg.
3 marks
c
Berikut adalah perbualan dua orang pelajar tingkatan 5 Sains Tulen.
> Pelajar 1: "Adam, makanan yang panas tidak sesuai dihidang dalam bekas kaca plumbum."
>
> Pelajar 2: "Ya, betul. Cikgu Siti pernah beritahu kita dalam tajuk komposisi kaca tetapi saya terlupa mengapa ianya tidak sesuai."
Sebagai seorang pelajar yang mempelajari ilmu kimia, bagaimana anda boleh membantu Adam bagi menerangkan mengapa makanan yang panas tidak sesuai dihidangkan dalam bekas kaca plumbum.
3 marks
d
Kanta cermin mata Elly diperbuat daripada jenis kaca plumbum. Elly dapati ianya bersilau terutama ketika berada di bawah sinaran matahari. Elly ingin menukar kepada kanta cermin jenis lain. Pada penilaian anda, apakah jenis cermin kaca yang perlu Elly pilih bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Cadangkan kelebihan daripada cermin kaca yang dipilih.
2 marks
810 marks
Jadual 2 menunjukkan nilai haba pembakaran bagi metanol, propanol dan butanol.
| Alkohol | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Metanol, CH~3~OH | −728 |
| Propanol, C~3~H~7~OH | −2030 |
| Butanol, C~4~H~9~OH | −2680 |
Jadual 2
a
Nyatakan maksud haba pembakaran.
1 marks
b
Nyatakan jenis tindak balas pembakaran alkohol.
1 marks
c
Pembakaran metanol di dalam oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida dan air. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
1 marks
d
Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas di 8(c). *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas (dengan formula), kedudukan aras-aras itu dan nilai ΔH.)*
2 marks
e
Nyatakan satu maklumat yang boleh diperoleh daripada jawapan anda di 8(d).
1 marks
f
Jika 1.2 g propanol digunakan untuk memanaskan 200 cm^3^ air, hitungkan perubahan suhu dalam tindak balas tersebut.
[Jisim molar propanol = 60 g mol^-1^; Muatan haba tentu bagi air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^]
2 marks
g
Bandingkan dan terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam nilai haba pembakaran antara propanol dan butanol.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Elisa menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kadar penguraian hidrogen peroksida, H~2~O~2~ di dalam makmal. Elisa menggunakan satu spatula serbuk hitam sebagai mangkin bagi eksperimen tersebut. Elisa mendapati gas yang terkumpul dapat menyalakan kayu uji berbara. Elisa merekodkan gas terkumpul seperti Jadual 3.
| Masa (s) | 0 | 30 | 60 | 90 | 120 | 150 | 180 | 210 | 240 | 270 | 300 | 330 | 360 | 360 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bacaan buret (cm^3^) | 50 | 36 | 28 | 22 | 17 | 13 | 9 | 7 | 5 | 3 | 2 | 1 | 0 | 0 |
| Isipadu gas (cm^3^) | 0 | | | | | | | | | | | | | |
Jadual 3
a(i)
Namakan gas yang terbentuk dan kemungkinan mangkin yang digunakan.
2 marks
a(ii)
Lengkapkan Jadual 3 dengan mengisi ruang isipadu gas. Plot graf isipadu gas melawan masa yang diambil dan hitung kadar tindak balas purata:
- keseluruhan tindak balas.
- dalam minit ke lima. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nilai isi padu gas bagi setiap masa dalam Jadual 3; dan bagi graf: label dan unit kedua-dua paksi, skala, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
8 marks
b(i)
Ekhwan menjalankan dua aktiviti kadar tindak balas untuk mengkaji faktor suhu. Berikut merupakan dapatan setelah dua aktiviti tersebut:
Situasi A — Keputusan eksperimen:
| Suhu (°C) | 15.0 | 25.0 | 35.0 | 45.0 | 55.0 | 65.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Masa untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 270.0 | 100.0 | 50.0 | 27.0 | 10.0 | 7.0 |
Situasi B — Keputusan eksperimen:
| Suhu (°C) | 15.0 | 25.0 | 35.0 | 45.0 | 55.0 | 65.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Masa untuk tanda 'X' kelihatan (s) | 360.0 | 240.0 | 120.0 | 180.0 | 300.0 | 500.0 |
Terangkan perbezaan yang berlaku pada situasi A dan situasi B berdasarkan teori perlanggaran dan pengetahuan kimia anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 8.1 menunjukkan polimer sintetik X digunakan dalam pembuatan jala ikan. Rajah 8.2 menunjukkan monomer-monomer bagi polimer X.
a(i)
Apakah maksud pempolimeran? Apakah jenis pempolimeran bagi pembentukan polimer X?
2 marks
a(ii)
Lukiskan formula struktur bagi polimer X yang terbentuk dari monomer-monomer dalam Rajah 8.2. Apakah molekul yang disingkirkan dari pempolimeran itu? Terangkan mengapa polimer yang dilukis juga dinamakan poliester. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dan ikatan dalam unit berulang polimer, serta bagaimana kedua-dua monomer bersambung.)*
4 marks
b(i)
Penggunaan polimer sintetik adalah lebih meluas berbanding polimer semula jadi. Nyatakan ciri-ciri bagi polimer sintetik yang baik.
4 marks
b(ii)
> KANGAR: Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan, berkuat kuasa 1 Ogos ini. – BERNAMA 24 JUN 2024.
Rajah 8.3
Keratan media menunjukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Penggunaan plastik mengambil masa sehingga 450 tahun untuk terurai. Bagaimanakah anda boleh membantu untuk memendekkan tempoh penguraian penyedut minuman plastik ini? Terangkan kaedah tersebut dan dua kelebihannya kepada alam sekitar.
6 marks
c
> Malaysia merupakan pengeluar getah asli ketujuh terbesar di dunia pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, sektor getah memberi sumbangan sebanyak 0.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Meskipun Malaysia antara pengeluar getah utama di dunia, penggunaan getah sintetik lebih meluas dalam industri berbanding getah semula jadi. Apakah faktor yang menyumbang kepada situasi ini?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas bagi proses kakisan logam yang berlaku ke atas dua logam yang berbeza.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kakisan logam?
1 marks
a(ii)
**Logam Y lebih elektropositif berbanding logam X.**
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan nama dawai X dan dawai Y.
2 marks
a(iii)
Eksperimen tersebut dijalankan selama tiga hari. Berdasarkan Rajah 9.1, bandingkan pemerhatian dan inferens dalam tabung uji I dan tabung uji II.
5 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan pengekstrakan logam besi melalui proses penurunan oleh karbon. Proses ini dijalankan di dalam relau bagas.
Penghasilan besi dalam industri melalui tindak balas antara bijih besi, Fe~2~O~3~ dan arang kok, C ditunjukkan dalam persamaan kimia di bawah:
2Fe~2~O~3~ + 3C $\rightarrow$ 4Fe + 3CO~2~
[Jisim atom relatif: O = 16, Fe = 56]
Jika kilang tersebut mampu memproses 640 kg bijih besi sehari dengan menggunakan karbon yang berlebihan, hitung jisim besi yang dihasilkan.
4 marks
c
Tindak balas redoks melibatkan pembebasan dan penerimaan elektron.
Dengan menggunakan larutan ferum(II) sulfat, asid sulfurik cair dan air bromin, huraikan satu eksperimen makmal untuk menunjukkan pemindahan elektron pada suatu jarak. Huraian anda perlu mengandungi:
- gambar rajah berlabel
- prosedur eksperimen *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi gambar rajah berlabel: radas yang digunakan, kedudukan setiap larutan dan elektrod, sambungan litar dan label-labelnya.)*
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open