Lemak ialah salah satu bahan yang terdapat dalam kek. Nyatakan keadaan fizikal lemak pada suhu bilik.
1 marks
b
Lemak tak tepu boleh ditukarkan kepada lemak tepu melalui suatu tindak balas. Namakan tindak balas tersebut.
1 marks
c
Asid sitrik digunakan secara meluas dalam makanan berminyak seperti kek dan biskut. Nyatakan jenis bahan tambah makanan dan fungsi asid sitrik tersebut.
2 marks
d
Nyatakan satu contoh lain bahan tambah makanan yang terdapat dalam kek.
1 marks
25 marks
Aspirin digunakan untuk meredakan demam serta melegakan kesakitan ringan dan sederhana. Formula struktur aspirin ditunjukkan dalam Rajah 2.
a(i)
Nyatakan maksud formula molekul.
1 marks
a(ii)
Tuliskan formula molekul bagi aspirin.
1 marks
a(iii)
Nyatakan jenis zarah bagi aspirin.
1 marks
b
Persamaan kimia berikut mewakili pembakaran aluminium dengan oksigen.
4Al + 3O~2~ $\rightarrow$ 2Al~2~O~3~
Berikan dua maklumat yang boleh ditafsirkan daripada persamaan kimia di atas.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan perwakilan piawai untuk atom-atom silikon, Si.
$^{28}_{14}\text{Si}$ $\quad$ $^{29}_{14}\text{Si}$ $\quad$ $^{30}_{14}\text{Si}$
Rajah 3
a
Apakah maksud isotop?
1 marks
b
Lukiskan struktur atom bagi Si-28.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kandungan nukleus, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
c
Peratus kelimpahan semula jadi bagi $^{28}_{14}\text{Si}$, $^{29}_{14}\text{Si}$ dan $^{30}_{14}\text{Si}$ ialah 92%, 5% dan 3%. Kirakan jisim atom relatif bagi silikon, Si.
2 marks
d
Isotop digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Nyatakan satu contoh isotop yang digunakan dalam bidang perubatan.
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
Rajah 4
P, Q, R, S, T dan U tidak mewakili simbol sebenar unsur.
a
Tuliskan susunan elektron bagi ion T.
1 marks
b
Nyatakan kedudukan unsur S dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
c
Susun saiz atom bagi unsur-unsur di atas mengikut tertib menurun.
1 marks
d(i)
Unsur manakah wujud sebagai gas monoatom?
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di (d)(i).
1 marks
e
Unsur P dan Q berada dalam kumpulan yang sama tetapi mempunyai kereaktifan yang berbeza apabila bertindak balas dengan oksigen. Terangkan mengapa terdapat perbezaan kereaktifan antara kedua-dua unsur tersebut.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan formula struktur bagi satu polimer.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1,
b(i)
Lukiskan formula struktur monomernya.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jenis ikatan antara atom-atom karbon dan atom atau kumpulan yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
b(ii)
Namakan jenis tindak balas pempolimeran dalam penghasilan polimer tersebut.
1 marks
b(iii)
Nyatakan satu kegunaan polimer tersebut.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan kasut sukan yang digunakan oleh seorang pemain badminton.
c(i)
Getah asli dan getah sintetik boleh digunakan sebagai bahan pembuatan tapak kasut sukan. Pilih jenis getah yang boleh digunakan sebagai bahan pembuatan tapak kasut sukan dan wajarkan pilihan anda.
3 marks
c(ii)
Pembuangan getah sintetik yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar. Cadangkan satu cara untuk mengatasi isu ini.
1 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan susunan elektron sebatian yang terbentuk daripada tindak balas bahan X dan Y.
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis daya tarikan antara zarah-zarah dalam sebatian tersebut.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan sebatian tersebut.
2 marks
a(iv)
Kira jisim sebatian yang dihasilkan apabila 0.1 mol X bertindak balas dengan Y yang berlebihan.
[Jisim atom relatif: Y = 16; X = 24]
2 marks
Puan Juriah meletakkan pepejal putih ke dalam almari untuk menghalau lipas. Sifat fizik pepejal putih itu adalah seperti berikut:
- Tidak boleh mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan.
- Takat lebur dan takat didih yang rendah.
b
Berdasarkan maklumat tersebut, kenalpasti jenis sebatian pepejal putih itu dan terangkan ciri-ciri setiap satunya.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi pemendakan barium sulfat, BaSO~4~.
a(i)
Apakah maksud haba pemendakan?
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu maklumat yang boleh diperolehi daripada gambar rajah aras tenaga yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
1 marks
a(iii)
Namakan larutan X.
1 marks
a(iv)
Berdasarkan jawapan anda di 7(a)(iii), tulis persamaan ion bagi tindak balas ini.
1 marks
Persamaan termokimia di bawah mewakili tindak balas antara larutan plumbum(II) nitrat dengan larutan natrium sulfat.
Pb(NO~3~)~2~ + Na~2~SO~4~ $\rightarrow$ PbSO~4~ + 2NaNO~3~ $\quad$ ΔH = -50.4 kJ mol^-1^
b(i)
Hitungkan kenaikan suhu apabila 25 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat 1 mol dm^-3^ ditambah kepada 25 cm^3^ larutan natrium sulfat 1 mol dm^-3^.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
3 marks
b(ii)
Eksperimen diulang dengan menggunakan isipadu larutan yang sama seperti dalam 7(b)(i) dan perubahan suhu, θ yang didapati berkurang kepada separuh. Cadangkan bagaimana anda boleh mendapatkan perubahan suhu baharu, θ tersebut.
1 marks
Jadual 7 menunjukkan nilai bahan api metana dan oktana.
| Jenis bahan api | Metana | Oktana |
|---|---|---|
| Nilai bahan api (kJ g^-1^) | 27.0 | 89.0 |
| Takat didih (°C) | -161.6 | 125.6 |
| Keadaan fizik pada suhu bilik | Gas | Cecair |
| Harga per liter (RM) | 2.05 | 4.84 |
Jadual 7
c
Bahan api manakah yang anda pilih untuk memasak dan wajarkan pilihan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan elektrolisis larutan natrium klorida, NaCl dan natrium nitrat, NaNO~3~ dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon.
Rajah 8
Diberi nilai keupayaan elektrod piawai berikut.
| Setengah tindak balas | E^0^ |
|---|---|
| Na^+^ + e^-^ $\rightleftharpoons$ Na | -2.71 V |
| 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 V |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 V |
| Cl~2~ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ | +1.36 V |
Berdasarkan Sel I,
a(i)
Nyatakan semua anion yang hadir dalam larutan natrium klorida, NaCl.
1 marks
a(ii)
Namakan hasil yang terbentuk pada elektrod P.
1 marks
a(iii)
Terangkan jawapan anda berdasarkan pemilihan ion yang dinyahcas di 8(a)(ii).
1 marks
a(iv)
Huraikan satu ujian kimia bagi menentusahkan hasil yang terbentuk pada elektrod P.
2 marks
b
Tuliskan setengah persamaan pada elektrod R dalam Sel II.
1 marks
Jadual 8 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji tindak balas penyesaran logam.
c(i)
Berdasarkan Jadual 8, bandingkan dan terangkan perbezaan dalam pemerhatian.
3 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan anda di 8(c)(i), cadangkan satu langkah yang perlu diambil bagi memastikan tindak balas berlaku dalam tabung uji II.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan perbualan antara pesakit yang mengalami sakit perut dengan seorang doktor.
> **Dr. Gee:** Awak boleh makan pil antacid ini untuk mengurangkan sakit perut. Pil ini boleh ditelan terus atau dikunyah.
>
> **Pesakit:** Baik, Dr. Gee
Rajah 9.1
a(i)
Berdasarkan Rajah 9.1, kaedah manakah yang melegakan sakit perut dengan lebih cepat? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Pil antasid mengandungi kalsium karbonat. Jadual 9 menunjukkan isipadu gas yang terkumpul melawan masa untuk tindak balas di antara pil antasid dengan asid hidroklorik. Set I dan Set II menggunakan pil antasid dengan saiz yang berbeza.
| Set | Masa (min) | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| I | Isipadu gas terhasil (cm^3^) | 0.00 | 31.00 | 48.00 | 48.00 | 48.00 | 48.00 |
| II | Isipadu gas terhasil (cm^3^) | 0.00 | 38.00 | 54.00 | 67.00 | 72.00 | 72.00 |
Jadual 9
a(ii)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Set I dan Set II.
2 marks
a(iii)
Tuliskan satu persamaan kimia seimbang yang mewakili tindak balas antara pil antasid dan asid hidroklorik dan hitungkan jisim kalsium karbonat dalam pil antasid dalam Set II.
[Jisim atom relatif: H=1, C=12, O=16, Cl=35.5, Ca=40]
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
Rajah 9.2 menunjukkan graf isipadu gas yang terhasil melawan masa bagi tiga set eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara zink dan asid nitrik.
b
Serbuk zink berlebihan ditambah ke dalam 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ pada 30 °C dalam Set I. Cadangkan perubahan yang boleh dilakukan selain dari kepekatan asid nitrik dan suhu pada Set I untuk mendapatkan lengkung seperti dalam Set II dan Set III. Terangkan kedua-dua cadangan anda berdasarkan teori perlanggaran.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan proses yang digunakan untuk mengasingkan petroleum dalam penghasilan pelbagai produk dalam industri.
a(i)
Nyatakan kaedah dan sifat fizik yang terlibat dalam proses pengasingan petroleum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
2 marks
a(ii)
2,2,4-trimetilpentana dan butana adalah hasil sulingan petroleum. Lukiskan formula struktur untuk kedua-dua hasil sulingan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon utama, kedudukan dan jenis kumpulan cabang, serta atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon, bagi setiap sebatian.)*
2 marks
Nafta adalah campuran hidrokarbon yang terdiri daripada 5 hingga 10 atom karbon. Salah satu hasil sulingan adalah heksana, C~6~H~14~.
b
Tulis persamaan kimia bagi pembakaran heksana. Hitung isipadu gas karbon dioksida, CO~2~ yang dibebaskan pada keadaan bilik apabila 258 g heksana digunakan dalam pembakaran lengkap di atas.
[Jisim atom relatif: H=1, C=12; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
Rajah 10.2 menunjukkan pertukaran sebatian organik daripada satu siri homolog kepada yang lain. Alkohol P mempunyai kurang daripada empat karbon atom dalam molekulnya. Sebatian Q boleh ditukarkan kepada R melalui tindak balas penghidrogenan.
c(i)
Cadangkan nama alkohol P, tuliskan formula molekul sebatian Q, nyatakan siri homolog bagi sebatian R dan namakan tindak balas III.
4 marks
c(ii)
Bandingkan kejelagaan nyalaan bagi pembakaran sebatian Q dan sebatian R.
[Jisim atom relatif: H=1, C=12]
4 marks
Rajah 10.3 menunjukkan buah-buahan tempatan yang baru dipetik.
d
Buah-buahan yang masak secara semulajadi akan mengeluarkan gas etena, C~2~H~4~. Sesetengah buah-buahan disuntik dengan etena, C~2~H~4~ tiruan semasa proses pemeraman. Wajarkan penggunaan etena tiruan semasa proses pemeraman buah.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan formula struktur bagi asid etanoik.
a(i)
Nyatakan kebesan asid etanoik dan terangkan.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.2, terangkan perbezaan pemerhatian antara eksperimen I dan II.
3 marks
Rajah 11.3 menunjukkan satu carta alir tindak balas yang berlaku ke atas garam X.
b(i)
Berdasarkan Rajah 11.3, garam X boleh disediakan daripada tindak balas antara pepejal hitam Y dan bahan P. Kenalpasti garam X, pepejal hitam Y, gas perang Z dan namakan bahan P.
4 marks
b(ii)
9.4 g garam X dipanaskan dan menghasilkan bahan Y, gas Z dan gas oksigen. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut dan kira isipadu gas Z yang terhasil pada keadaan bilik.
[Jisim molar X = 188 g mol^-1^; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
Rajah 11.4 menunjukkan artikel mengenai penggunaan asid sulfurik dalam proses perlombongan logam.
> Dalam perlombongan logam, asid sulfurik digunakan untuk melarutkan mineral kuprum(II) oksida. Kuprum akan diekstrak daripada kuprum(II) sulfat. Asid sulfurik yang berlebihan perlu dirawat sebelum dilepaskan sebagai sisa buangan kilang.
Rajah 11.4
c
Dengan menggunakan pengetahuan anda tentang sifat kimia asid, cadangkan bahan kimia yang digunakan untuk merawat sisa bahan buangan tersebut dan namakan tindak balas yang terlibat. Tuliskan persamaan ion untuk mewakili tindak balas yang berlaku dan huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan ketidakhadiran asid di dalam sisa buangan.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open