Johor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Johor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
Johor Trial Pasir Gudang · Set 1 · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang tiga jenis bahan buatan dalam industri.
| Jenis bahan | Komposisi | Kegunaan |
|---|---|---|
| X | Konkrit; tetulang keluli atau jejaring dawai | Pembinaan jambatan, empangan dan bangunan |
| Seramik termaju | Silikon karbida | Cakera pemotong; cakera brek; cincin tungsten karbida |
| Y | Seramik itrium barium kuprum oksida, YBCO | Membuat elektromagnet atau supermagnet di dalam pemecut zarah, peralatan mesin resonans magnet nukleus dan mesin pengimejan resonans magnet |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a
Kenal pasti bahan X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
b
Nyatakan bahan matriks dan bahan pengukuhan yang membentuk bahan X.
Bahan matriks: …
Bahan pengukuhan: …
2 marks
c
Nyatakan **satu** ciri bagi seramik termaju seperti silikon karbida yang menjadikannya sesuai digunakan untuk membuat cakera brek.
1 marks
25 marks
P adalah suatu bahan yang mempunyai takat lebur 43 °C dan takat didih 81 °C.
a
Apakah maksud takat lebur?
1 marks
b
Lakarkan graf suhu melawan masa apabila bahan P dipanaskan daripada 35 °C hingga 90 °C.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit kedua-dua paksi, bentuk lengkung dari awal hingga akhir, dan suhu-suhu yang ditandakan pada graf.)*
2 marks
c
Lukiskan susunan zarah dalam bahan P pada 30 °C dan 90 °C.
| Suhu (°C) | 30 | 90 |
|---|---|---|
| Susunan zarah | … | … |
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi setiap suhu, bagaimana zarah-zarah disusun dan jarak antara zarah.)*
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan formula struktur satu anion sabun.
a(i)
Bulatkan pada bahagian anion sabun yang larut dalam air pada Rajah 3.1.
*(Huraikan jawapan anda dalam perkataan: nyatakan atom-atom atau kumpulan yang anda bulatkan.)*
1 marks
a(ii)
Sabun tidak berkesan sebagai agen pembersih dalam air liat. Terangkan.
2 marks
a(iii)
Sabun boleh membentuk buih dengan air. Apakah fungsi buih?
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan label satu bungkusan makanan.
b(i)
Berdasarkan maklumat tersebut,
Namakan sebatian yang digunakan sebagai penstabil.
1 marks
b(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada aiskrim apabila sebatian dalam 3(b)(i) tidak ditambahkan?
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida.
Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen ini.
| Penerangan | Jisim (g) |
|---|---|
| Salur kaca | 32.25 |
| Salur kaca + kuprum(II) oksida | 42.25 |
| Salur kaca + kuprum | 40.25 |
Jadual 4
a
Apakah maksud formula empirik?
1 marks
b(i)
Berdasarkan jadual di atas, hitung jisim bagi:
Kuprum: …
Oksigen: …
2 marks
b(ii)
Hitung nisbah mol bagi atom kuprum kepada atom oksigen.
[Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]
2 marks
b(iii)
Tentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida.
1 marks
c
Nyatakan bagaimana untuk menentukan bahawa tindak balas yang berlaku antara kuprum(II) oksida dengan hidrogen telah lengkap.
1 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan maklumat mengenai dua produk yang menggunakan dua jenis asid, Asid X dan Asid Y.
a
Nyatakan maksud asid.
1 marks
b
Kenal pasti Asid Y.
1 marks
c
Kedua-dua Asid X dan Asid Y mempunyai kepekatan yang sama. Jelaskan mengapa nilai pH bagi kedua-dua asid dalam Rajah 5 adalah berbeza.
3 marks
Apabila 0.5 mol zink karbonat ditambah ke dalam Asid Y yang berlebihan, pembuakan berlaku;
d(i)
Dengan menggunakan Asid Y yang dinyatakan di 5(b), tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
1 marks
d(ii)
Hitung isi padu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan satu siri tindak balas melibatkan sebatian P, C~2~H~5~OH.
Berdasarkan Rajah 6,
a
Nyatakan nama tindak balas I.
1 marks
b
Nyatakan nama sebatian P, C~2~H~5~OH.
1 marks
c
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran lengkap sebatian P.
2 marks
d(i)
Berdasarkan Rajah 6, pilih dua bahan yang boleh bertindak balas untuk menghasilkan satu sebatian yang berbau manis buah-buahan.
1 marks
d(ii)
Lukis formula struktur bagi sebatian berbau manis buah-buahan yang terbentuk di 6(d)(i).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam sebatian dan bagaimana setiap atom diikat.)*
1 marks
e
Jadual 6 menunjukkan pemerhatian apabila gas R dan gas etana dialirkan ke dalam dua tabung uji berisi air bromin secara berasingan.
| Gas | Pemerhatian |
|---|---|
| R | Warna perang air bromin menjadi tidak berwarna |
| Etana | Warna perang air bromin kekal tidak berubah |
Jadual 6
Terangkan perbezaan pemerhatian dalam Jadual 6.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas untuk elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat menggunakan elektrod karbon.
Jadual 7 menunjukkan sebahagian siri keupayaan elektrod piawai.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| 2H^+^ + 2e ⇌ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e ⇌ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e ⇌ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Jadual 7
a
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam proses elektrolisis.
1 marks
b
Tentukan elektrod yang bertindak sebagai katod.
1 marks
c
Apakah yang dapat diperhatikan pada elektrod X? Terangkan jawapan anda.
3 marks
d
Tuliskan persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku pada elektrod X dan elektrod Y.
Elektrod X: …
Elektrod Y: …
2 marks
Hilmi mendapati kunci besinya telah berkarat. Dengan menggunakan pengetahuan tentang elektrolisis:
e(i)
Cadangkan nama proses untuk menjadikan kunci besi tersebut lebih menarik dan tahan karat.
1 marks
e(ii)
Lukiskan susunan radas yang sesuai bagi membantu Hilmi menjalankan proses tersebut di dalam makmal.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: elektrolit yang digunakan, objek yang disambung kepada setiap terminal bateri, bagaimana litar disambung, dan label-label pada rajah.)*
2 marks
810 marks
Tiga set eksperimen dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 8 menunjukkan bahan tindak balas bagi set I, set II dan set III.
| Set | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.4 mol dm^-3^ |
| II | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ |
| III | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ |
Jadual 8
a(i)
Nyatakan nama gas yang dikumpul.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan set I dan set II, kenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
a(iii)
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen tersebut.
CaCO~3~ + 2HCl $\rightarrow$ CaCl~2~ + CO~2~ + H~2~O
Hitung isi padu maksimum gas karbon dioksida yang terhasil dalam set I pada keadaan bilik.
[1 mol sebarang gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
3 marks
a(iv)
Pada paksi yang sama, lakarkan graf bagi isi padu gas melawan masa bagi set I, set II dan set III.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label paksi, bentuk setiap lengkung, lengkung mana yang paling curam pada awal, dan aras isi padu akhir setiap set.)*
2 marks
b
Pada pendapat anda, adakah kentang bersaiz kecil atau kentang bersaiz besar lebih cepat dimasak? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9.1 menunjukkan maklumat mengenai dua jenis tindak balas yang berlaku dalam tumbuhan.
| Tindak balas I | Tindak balas II |
|---|---|
| Berlaku sepanjang hari | Berlaku pada waktu siang |
| Haba dibebaskan ke persekitaran | Haba diserap dari persekitaran |
| C~6~H~12~O~6~ + 6O~2~ $\rightarrow$ 6CO~2~ + 6H~2~O | 6CO~2~ + 6H~2~O $\rightarrow$ C~6~H~12~O~6~ + 6O~2~ |
| −x kJ mol^-1^ | +y kJ mol^-1^ |
Jadual 9.1
Berdasarkan Jadual 9.1
a(i)
Nyatakan jenis Tindak balas I dan Tindak balas II.
2 marks
a(ii)
Bandingkan tindak balas I dan tindak balas II dari segi:
- Perubahan jumlah kandungan tenaga pada bahan tindak balas dan jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas
- Tenaga haba yang diserap semasa pemecahan ikatan dan tenaga haba yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan
4 marks
Persamaan kimia berikut mewakili tindak balas penyesaran antara logam Q dengan larutan plumbum(II) nitrat.
Q + Pb(NO~3~)~2~ $\rightarrow$ Q(NO~3~)~2~ + Pb
Diberi nilai keupayaan elektrod berikut.
- Zn^2+^(ak) + 2e $\rightarrow$ Zn(p) E° = −0.76 V
- Pb^2+^(ak) + 2e $\rightarrow$ Pb(p) E° = −0.13 V
- Cu^2+^(ak) + 2e $\rightarrow$ Cu(p) E° = +0.34 V
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan haba penyesaran?
1 marks
b(ii)
Cadangkan logam Q berdasarkan nilai E° di atas.
1 marks
b(iii)
Haba penyesaran bagi tindak balas tersebut ialah −112 kJ mol^-1^. Hitungkan perubahan suhu apabila serbuk Q berlebihan ditambahkan kepada 100 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1.0 g cm^-3^]
3 marks
b(iv)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.
*(Huraikan gambar rajah anda dalam perkataan: label paksi, aras tenaga bahan dan hasil serta kedudukan masing-masing, arah anak panah, dan apa yang ditulis pada setiap aras dan pada anak panah.)*
2 marks
c
Jadual 9.2 menunjukkan haba peneutralan bagi dua set eksperimen yang menggunakan asid monoprotik yang berbeza yang bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.
Cadangkan asid X.
Banding dan terangkan perbezaan bagi nilai haba peneutralan bagi kedua-dua set eksperimen itu.
7 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan elektron bagi sebatian XY.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan kedudukan unsur X dalam Jadual Berkala.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan simbol-simbol kimia yang mewakili unsur P, Q dan R. Huruf-huruf ini bukan simbol sebenar unsur-unsur ini dalam Jadual Berkala.
$^{12}_{6}\text{P}$ $\quad$ $^{23}_{11}\text{Q}$ $\quad$ $^{16}_{8}\text{R}$
Rajah 10.2
Menggunakan maklumat dalam Rajah 10.2,
b(i)
Kenal pasti dua unsur yang boleh membentuk sebatian yang mempunyai takat lebur yang rendah.
1 marks
b(ii)
Terangkan pembentukan sebatian antara dua unsur di (b)(i).
5 marks
c
Rajah 10.3 dan Jadual 10.1 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi suatu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik dan takat lebur antara sebatian ion dan sebatian kovalen.
| Sebatian | Plumbum(II) bromida, PbBr~2~ (pepejal) | Plumbum(II) bromida, PbBr~2~ (leburan) | Naftalena, C~10~H~8~ (pepejal) | Naftalena, C~10~H~8~ (leburan) |
|---|---|---|---|---|
| Pemerhatian | Mentol tidak menyala | Mentol menyala | Mentol tidak menyala | Mentol tidak menyala |
Jadual 10.1
Berdasarkan kepada pemerhatian dalam Rajah 10.3 dan Jadual 10.1, terangkan perbezaan pemerhatian antara kedua-dua ini berdasarkan dari segi aspek berikut:
- Kekonduksian elektrik
- Takat lebur
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Larutan X ditambahkan kepada larutan Y untuk membentuk barium sulfat. Nyatakan nama bagi tindak balas itu dan nama bagi larutan X dan larutan Y. Tulis persamaan ion untuk tindak balas itu.
4 marks
Jadual 11 menunjukkan maklumat bagi tindakan haba ke atas garam plumbum Q.
b(i)
Berdasarkan Jadual 11, kenal pasti baki R, gas A dan gas B. Tulis formula kimia bagi garam Q.
4 marks
b(ii)
Namakan anion yang hadir dalam garam Q dan huraikan ujian pengesahan anion tersebut.
4 marks
c
Anda dibekalkan dengan tiga bahan kimia, iaitu:
- larutan natrium karbonat
- asid sulfurik cair
- larutan zink klorida
Dengan menggunakan ketiga-tiga bahan kimia itu, huraikan bagaimana anda menyediakan garam zink sulfat dalam makmal.
Dalam huraian anda, sertakan:
- prosedur
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open