Rajah 1 menunjukkan pembentukan ikatan kimia bagi ion ammonium, NH~4~^+^.
a
Namakan
Ikatan X: …
Ikatan Y: …
2 marks
b
Berapakah bilangan elektron valens bagi atom nitrogen?
1 marks
c
Terangkan bagaimana ikatan X dan ikatan Y berbeza dari sudut pengkongsian elektron.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan pembentukan titisan embun yang terbentuk pada daun di waktu pagi.
Berdasarkan Rajah 2
a
Namakan proses perubahan semasa pembentukan titisan air pada daun tersebut.
1 marks
b(i)
Apakah jenis zarah yang terdapat dalam air?
1 marks
b(ii)
Lukiskan susunan zarah air sebelum berubah menjadi titisan air.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan zarah-zarah air dan jarak antara zarah-zarah tersebut.)*
1 marks
c
Sekiranya air dipanaskan sehingga suhu 100 °C, apakah perubahan yang akan berlaku kepada zarah-zarah air dari segi tenaga kinetik dan pergerakan zarah dalam air tersebut.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan perubahan yang berlaku semasa aktiviti menentukan formula empirik bagi oksida logam magnesium.
a
Tuliskan formula kimia bagi serbuk putih.
1 marks
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
2 marks
b(ii)
Nyatakan dua maklumat secara kualitatif dan kuantitatif yang dapat diperolehi dari persamaan kimia di (b)(i).
2 marks
c
Tentukan bilangan mol serbuk putih yang akan terhasil jika 0.5 mol oksigen telah digunakan untuk memastikan pembakaran telah lengkap berlaku.
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan pemerhatian apabila satu larutan P berkepekatan 1.0 mol dm^-3^ dititiskan dengan beberapa titis penunjuk fenolftalein.
a(i)
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan fungsi fenolftalein?
1 marks
a(ii)
Namakan ion yang menyebabkan warna fenolftalein menjadi merah jambu.
1 marks
Keasidan atau kealkalian sesuatu larutan boleh ditentukan berdasarkan nilai pH.
b(i)
Nyatakan julat bagi skala pH.
1 marks
b(ii)
Tentukan nilai pH bagi larutan P.
2 marks
c
Cadangkan satu kaedah untuk menukarkan kembali larutan yang berwarna merah jambu dalam Rajah 4 menjadi larutan tak berwarna. Terangkan jawapan anda.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan pemerhatian bagi tindak balas oksida unsur yang terdapat dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur.
a
Mengapa unsur-unsur ini diletakkan dalam Kala 3?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, oksida bagi unsur yang manakah menunjukkan
Sifat berasid: …
Sifat beralkali: …
Sifat amfoterik: …
3 marks
c(i)
Formula kimia bagi Z oksida adalah ZO, menggunakan formula yang diberikan, tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara Z oksida dan asid hidroklorik seperti Rajah 5.
2 marks
c(ii)
Hitungkan isipadu minimum bagi asid hidroklorik yang diperlukan untuk memastikan semua 0.005 mol Z oksida larut sepenuhnya.
2 marks
69 marks
Getah merupakan polimer semula jadi. Susunan radas yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1 telah digunakan untuk ujian kekenyalan getah tersebut. Keputusan ujian direkodkan dalam Jadual 6.2.
| | Getah A | Getah B |
|---|---|---|
| Formula struktur | (lihat rajah) | (lihat rajah) |
| Panjang jalur getah | 12.0 cm | 12.0 cm |
| Panjang jalur getah + pemberat 1 kg | 15.5 cm | 16.5 cm |
| Panjang jalur getah selepas pemberat dilepaskan | 12.0 cm | 15.0 cm |
Jadual 6.2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Namakan monomer bagi getah asli.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Jadual 6.2 bandingkan kekenyalan getah A dan getah B. Terangkan jawapan anda.
3 marks
d
Penggunaan getah telah dikomersial dengan meluas termasuk penghasilan getah sintetik terutama dalam penghasilan tayar kenderaan. Tetapi pelupusan tayar dari getah asli dan sintetik yang tidak lestari akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Nyatakan dua kaedah dan terangkan bagaimana kaedah itu dapat mengurangkan masalah tersebut.
4 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan maklumat bagi dua tindak balas yang berbeza bagi mengkaji tindak balas redoks.
a(i)
Apakah maksud tindak balas redoks?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 7.1, cadangkan nama bagi
Logam M: …
Logam N: …
2 marks
a(iii)
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas penurunan bagi
Set I: …
Set II: …
2 marks
a(iv)
Jika 10 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat 1.0 mol dm^-3^ telah digunakan dalam Set I, hitungkan jisim enapan berwarna perang yang terhasil pada akhir tindak balas.
[Jisim atom relatif: Cu = 64]
3 marks
b
En. Ali mendapati pintu pagar rumahnya mudah berkarat kerana rumahnya berhampiran dengan pantai. Rajah 7.2 menunjukkan karat yang terbentuk pada pintu pagar rumahnya.
En. Ali mempunyai pilihan sama ada mengecat balik pagarnya yang berkarat atau menggantikannya dengan aloi. Sebagai pelajar kimia bantu En. Ali membuat pilihan dan wajarkan pilihan tersebut.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan formula struktur bagi tiga sebatian karbon, P, Q dan R.
a
Apakah maksud bagi sebatian karbon?
1 marks
b
Namakan sebatian Q dan R mengikut sistem penamaan IUPAC.
Sebatian Q: …
Sebatian R: …
2 marks
Sebatian karbon R boleh terbakar lengkap dalam oksigen berlebihan dan tidak menghasilkan jelaga.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran sebatian R.
2 marks
c(ii)
Tentukan isipadu oksigen yang diperlukan untuk memastikan 0.1 mol sebatian R terbakar dengan lengkap.
[Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
d
Sebatian karbon P dan Q boleh dijadikan sebagai bahan api yang digunakan untuk memasak di rumah. Pada pandangan anda sebatian karbon yang manakah lebih sesuai dijadikan sebagai bahan api untuk memasak di rumah. Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9.1 menunjukkan bahan tindak balas yang digunakan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set Eksperimen | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan |
| II | 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan + larutan kuprum(II) sulfat |
Jadual 9.1
Rajah 9.2 menunjukkan sebahagian keputusan yang diperolehi dalam eksperimen tersebut.
Berdasarkan Jadual 9.1 dan Rajah 9.2
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas?
1 marks
a(ii)
Dalam sesuatu tindak balas, perlanggaran berkesan antara zarah yang bertindak balas perlu berlaku agar tindak balas berlaku. Nyatakan dua keadaan yang diperlukan untuk memastikan perlanggaran berkesan berlaku.
2 marks
a(iii)
Lukiskan profil tenaga bagi tindak balas tersebut. Tunjukkan tenaga pengaktifan bagi eksperimen Set I dengan label Ea dan tenaga pengaktifan bagi eksperimen Set II dengan label Eb pada profil tenaga yang sama.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi tenaga, aras tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas (serta bahan yang ditulis pada setiap aras), lengkung bagi Set I dan Set II, dan kedudukan label Ea dan Eb.)*
3 marks
b(i)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi eksperimen Set I dan Set II.
2 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas dalam eksperimen Set I dengan Set II. Terangkan jawapan anda berdasarkan teori perlanggaran.
5 marks
Eksperimen Set I diulang dengan menggantikan asid hidroklorik dengan asid sulfurik pada isipadu dan kepekatan yang sama.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas di (c) dan hitungkan isipadu gas hidrogen yang mungkin terbebas dalam tindak balas tersebut.
[Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
c(ii)
Bandingkan kadar tindak balas antara eksperimen dalam (c) dengan eksperimen Set I. Terangkan jawapan anda.
2 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan pemerhatian bagi tindak balas peneutralan yang dilakukan menggunakan dua asid yang berbeza. Asid P dan asid Q adalah asid monoprotik.
a(i)
Jadual 10.2 menunjukkan haba peneutralan yang diperolehi dari kedua-dua tindak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
| Set | Haba peneutralan, kJ mol^-1^ |
|---|---|
| I | 57.0 |
| II | −55.0 |
Jadual 10.2
Apakah yang dimaksudkan dengan haba peneutralan?
1 marks
Berdasarkan Rajah 10.1 dan Jadual 10.2
a(ii)
Cadangkan nama asid yang sesuai bagi asid P dan asid Q. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam Set I dan Set II.
6 marks
a(iii)
Tentukan nilai X yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1. Nilai X adalah suhu maksimum yang dicapai dalam tindak balas tersebut.
[Muatan haba tentu bagi air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
4 marks
a(iv)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan nilai haba tindak balas dalam kedua-dua set eksperimen yang dijalankan.
3 marks
Rajah 10.3 menunjukkan pek sejuk dan pek panas yang mengaplikasikan konsep termokimia dalam kehidupan seharian.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.3
Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku pada pek sejuk dan pek panas.
2 marks
b(ii)
Bandingkan tindak balas yang berlaku dalam pek sejuk dan pek panas dari segi
- Perubahan haba
- Perubahan suhu
- Jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas
- Perubahan haba semasa pemecahan dan pembentukan ikatan
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan pingat emas dan komposisinya. Pingat emas ini dibuat sebagai hadiah kepada pemenang sukan Olimpik di Paris.
a(i)
Apakah istilah yang sesuai untuk menggambarkan bahan yang terdiri dari gabungan dua atau lebih unsur seperti pingat emas dalam Rajah 11.1?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1, terangkan mengapa pingat emas diperbuat daripada campuran unsur-unsur lain bersama emas.
4 marks
b
Rajah 11.3 menunjukkan senarai ubat dan arahan penggunaan oleh doktor yang diberikan kepada dua orang pesakit, A dan B.
| Ubat Pesakit A | Ubat Pesakit B |
|---|---|
| Parasetamol | Aspirin |
| **Ubat B** – untuk meredakan bengkak sendi dan keradangan | **Ubat C** – untuk meredakan alahan dan selesema yang teruk |
Rajah 11.3
Berdasarkan senarai ubat dalam Rajah 11.3, namakan jenis ubat B dan C serta banding bezakan parasetamol dan aspirin.
4 marks
c
Rajah 11.4 menunjukkan satu poster iklan produk kosmetik.
Apakah jenis kosmetik yang diiklankan dalam poster tersebut dan terangkan bagaimana pelembap yang dicipta dengan nanoteknologi dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kulit.
2 marks
Rajah 11.5 menunjukkan dua serbuk pencuci dan formula strukturnya yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.
d(i)
Kenal pasti jenis serbuk pencuci tersebut.
2 marks
d(ii)
Dengan menggunakan reagen larutan magnesium nitrat, huraikan satu ujian kimia bagi membezakan serbuk pencuci A dan serbuk pencuci B. Nyatakan langkah-langkah ujian dijalankan dan jadualkan hasil dari ujian tersebut.
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open