Johor Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · Daerah Tangkak
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Johor Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · Daerah Tangkak
Johor Trial Daerah Tangkak · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Jadual 1 menunjukkan empat bahan dan formula kimianya.
| Bahan | Formula kimia |
|---|---|
| Helium | He |
| Klorin | Cl~2~ |
| Naftalena | C~10~H~8~ |
| Zink klorida | ZnCl~2~ |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a
Senaraikan semua zarah subatom.
1 marks
b
Zink klorida adalah suatu bahan kimia. Nyatakan zarah yang hadir dalam bahan tersebut.
1 marks
c
Apakah keadaan fizik klorin pada keadaan bilik?
1 marks
d
Kelaskan bahan tersebut kepada unsur dan sebatian.
Unsur: …
Sebatian: …
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan formula struktur bagi polipropena, iaitu polimer yang digunakan dalam beberapa jenis barangan plastik.
a
Lukis dan namakan monomer bagi polipropena.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
2 marks
b
Namakan jenis tindak balas pempolimeran yang menghasilkan polipropena.
1 marks
c
Salah satu kegunaan polipropena adalah dalam bidang tekstil. Nyatakan **dua** pencapaian bidang tekstil yang dapat dicapai dalam bidang teknologi nano.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan piala yang dimenangi oleh sekolah Ali pada tahun 2021 dalam Pertandingan Saintis Muda. Piala yang mereka terima disimpan dalam galeri sekolah dan masih kelihatan berkilat.
Piala tersebut diperbuat daripada gangsa.
a(i)
Nyatakan unsur utama dalam gangsa.
1 marks
a(ii)
Lukiskan susunan atom dalam gangsa.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: saiz dan susunan atom-atom serta label setiap jenis atom.)*
2 marks
Rajah 3.2 menunjukkan susunan radas pemanasan garam natrium karbonat.
c
Izan memanaskan garam natrium karbonat di dalam tabung uji. Selepas 5 minit didapati tabung uji berubah bentuk. Sebagai seorang pelajar kimia, cadangkan alat radas yang lebih sesuai digunakan bagi menggantikan tabung uji tersebut dan terangkan kenapa. Beri **satu** sebab.
3 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan monomer yang membentuk polimer semula jadinya serta formula molekul untuk monomer tersebut.
| Monomer | Formula molekul | Polimer |
|---|---|---|
| Glukosa | C~6~H~12~O~6~ | Kanji dan selulosa |
| Isoprena | C~5~H~8~ | Getah asli |
| Asid amino | C~2~H~4~NH~2~COOH | Protein |
Jadual 4
a
Nyatakan maksud formula molekul.
1 marks
b
Nyatakan formula empirik bagi glukosa.
1 marks
c
Glukosa diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui proses aerobik. Persamaan kimia keseluruhan untuk respirasi aerobik ialah
C~6~H~12~O~6~ + 6O~2~ $\rightarrow$ 12H~2~O + 6CO~2~
Nyatakan maklumat kualitatif yang boleh diperolehi berdasarkan persamaan kimia tersebut.
1 marks
d
Farid ingin mempelbagaikan produk kilang berasaskan getah milik keluarganya daripada sarung tangan pembedahan kepada tayar kereta. Sebagai pelajar kimia, terangkan bagaimana anda boleh membantu Farid menghasilkan getah yang lebih kuat dan kenyal? Terangkan mengapa getah yang dihasilkan mempunyai sifat yang begitu berbeza berbanding dengan sifat asal getah?
4 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat unsur dalam Jadual Berkala Unsur. Huruf yang digunakan bukan merupakan simbol sebenar unsur.
| Unsur | P | Q | R | S | T | U | V |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| Sifat oksida | Bes | Bes | …… | Asid | Asid | Asid | Asid |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
a
Nyatakan sifat oksida bagi oksida R.
1 marks
b
Nyatakan kala bagi unsur-unsur ini.
1 marks
c(i)
Nyatakan perubahan bagi saiz atom bagi unsur-unsur tersebut merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
c(ii)
Berikan sebab bagi jawapan anda di (c)(i).
2 marks
P bertindak balas dengan V membentuk suatu sebatian.
d(i)
Namakan jenis ikatan yang terbentuk.
1 marks
d(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian yang terbentuk.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan formula struktur bagi sebatian P, Q, R dan T.
Rajah 6
Sebatian P dan Q merupakan isomer bagi sebatian hidrokarbon tepu manakala sebatian R dan T pula adalah isomer bagi suatu sebatian hidrokarbon tidak tepu.
Berdasarkan Rajah 6,
a
Apakah dimaksudkan dengan isomer?
1 marks
b
Namakan sebatian T mengikut penamaan IUPAC.
1 marks
c
Lukis formula struktur bagi satu isomer lain bagi sebatian karbon P dan Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon utama, cabang-cabang dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
d
Sebatian R boleh ditukar kepada sebatian P. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas penambahan yang berlaku.
2 marks
e
Persamaan kimia di bawah menunjukkan tindak balas pembakaran lengkap bagi 300 cm^3^ sebatian P.
___C~5~H~12~ + ___O~2~ $\rightarrow$ ___H~2~O + ___CO~2~
Seimbangkan persamaan kimia tersebut dan hitung jisim gas karbon dioksida yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16; Isi padu molar = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
4 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan elektron bagi atom karbon, oksigen dan magnesium.
Rajah 7.1
Berdasarkan Rajah 7.1,
Atom oksigen bertindak balas dengan atom magnesium untuk membentuk suatu sebatian.
a(i)
Apakah jenis sebatian yang terbentuk?
1 marks
a(ii)
Lukiskan rajah susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala dan elektron bagi setiap zarah, simbol di nukleus dan cas setiap zarah.)*
2 marks
b
Nyatakan sifat fizik sebatian kovalen.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan struktur berlian dan struktur metana. Berlian dan metana merupakan sebatian kovalen. Berdasarkan Rajah 7.2,
c(i)
Bandingkan takat lebur dan takat didih bagi berlian dan metana.
1 marks
c(ii)
Ramalkan kekonduksian elektrik berlian. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
d
Kuprum, Cu merupakan logam yang lazim digunakan dalam pembuatan wayar elektrik. Terangkan secara ringkas bagaimana logam ini berupaya mengkonduksikan elektrik.
3 marks
810 marks
Jadual 8 menunjukkan maklumat yang diperoleh dalam menentukan haba pemendakan plumbum(II) sulfat. Eksperimen dijalankan dengan mencampurkan 25 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ dengan 25 cm^3^ larutan kalium sulfat 0.5 mol dm^-3^.
| | |
|---|---|
| Suhu awal larutan plumbum(II) nitrat | 28.0 °C |
| Suhu awal larutan kalium sulfat | 29.0 °C |
| Suhu tertinggi campuran | 33.0 °C |
Jadual 8
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pemendakan bagi eksperimen tersebut?
1 marks
b
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas ini.
1 marks
c
Hitungkan bilangan mol ion plumbum(II) dan ion sulfat yang wujud dalam setiap larutan tersebut.
(i) ion plumbum(II)
(ii) ion sulfat
2 marks
d
Hitungkan perubahan haba yang berlaku di dalam tindak balas ini.
[Muatan haba tentu = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
1 marks
e
Hitungkan haba pemendakan tindak balas ini.
1 marks
f
Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas pemendakan ini.
*(Huraikan gambar rajah anda dalam perkataan: label paksi, aras-aras tenaga, bahan dan hasil pada setiap aras, dan nilai ΔH.)*
2 marks
g
Semasa perlawanan bola sepak, seorang pemain mendapati lututnya bengkak selepas berlanggar dengan pemain lawan. Ahli fisioterapi telah meletakkan ketulan ais pada lutut pemain itu untuk mengurangkan kesakitan.
Sebagai seorang pelajar kimia, cadangkan kaedah lain untuk membantu pemain itu meredakan kesakitan. Terangkan bagaimana?
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan persamaan tindak balas antara magnesium dan asid P. Asid P ialah asid monoprotik.
> Mg + Asid P $\rightarrow$ Garam Q + H~2~
Rajah 9.1
a
Berdasarkan Rajah 9.1,
- Nyatakan maksud asid monoprotik dan berikan satu sifat fizik bagi asid ini.
- Cadangkan asid P dan kenal pasti garam Q.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan carta alir bagi garam magnesium. Garam magnesium sulfat, MgSO~4~, magnesium klorida, MgCl~2~ dan magnesium nitrat, Mg(NO~3~)~2~ boleh ditukarkan kepada magnesium karbonat, MgCO~3~ melalui tindak balas I. Garam magnesium karbonat, MgCO~3~ terurai melalui tindak balas II menghasilkan magnesium oksida, MgO dan gas P.
b(i)
Rajah 9.2
Berdasarkan Rajah 9.2,
Pilih salah satu di antara 3 garam magnesium yang akan bertindak balas dengan larutan R melalui tindak balas I untuk menghasilkan magnesium karbonat, MgCO~3~ dan garam T dan
- cadangkan larutan R yang sesuai serta
- tuliskan persamaan kimia yang terlibat.
3 marks
b(ii)
Namakan tindak balas II dan terangkan bagaimana untuk menguji kehadiran gas P.
3 marks
c
Suatu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji sifat keasidan dan kekonduksian elektrik bagi larutan A dan larutan B. Larutan A dan larutan B adalah campuran asid etanoik glasial dengan dua pelarut yang berbeza, pelarut K dan pelarut L.
> Larutan A: Asid etanoik glasial + Pelarut K
>
> Larutan B: Asid etanoik glasial + Pelarut L
Rajah 9.3 menunjukkan pemerhatian bagi dua set eksperimen itu.
Rajah 9.3
Berdasarkan Rajah 9.3, kenal pasti pelarut K dan pelarut L. Terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam pemerhatian dalam Set I dan Set II. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku di Set I.
10 marks
1020 marks
Jadual 10 menunjukkan dua set eksperimen tindak balas antara marmar, CaCO~3~ dengan asid hidroklorik. Masa yang diambil untuk mengumpulkan **50 cm^3^ gas karbon dioksida** dalam setiap set ditunjukkan di dalam jadual.
| Set | Bahan tindak balas | Masa diambil (s) |
|---|---|---|
| I | 5.0 g ketulan marmar, CaCO~3~ + 50 cm^3^ asid hidroklorik, HCl 0.5 mol dm^-3^ pada suhu bilik | 50 |
| II | 5.0 g serbuk marmar, CaCO~3~ + 50 cm^3^ asid hidroklorik, HCl 0.5 mol dm^-3^ pada suhu bilik | 20 |
Jadual 10
Berdasarkan Jadual 10,
a(i)
Nyatakan
- maksud kadar tindak balas dalam eksperimen ini
- faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
2 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi Set I. Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Set I dan Set II. Berdasarkan jawapan anda, bandingkan kadar tindak balas kedua-dua set dan terangkan perbandingan tersebut menggunakan teori perlanggaran.
8 marks
b
Rajah 10 menunjukkan graf isi padu karbon dioksida melawan masa bagi dua set eksperimen, I dan II.
Rajah 10
Cadangkan dua kaedah lain untuk menjalankan eksperimen tersebut supaya memperoleh graf seperti Set II.
2 marks
c
Dengan menggunakan Set I dalam Jadual 10, huraikan prosedur untuk menjalankan eksperimen itu.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia dalam satu tindak balas redoks.
Rajah 11.1
Nilai E° bagi dua sel setengah tersebut adalah:
| Tindak balas sel setengah | E° |
|---|---|
| Mg^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Mg (p) | −2.38 V |
| Ag^+^ (ak) + e^-^ $\rightleftharpoons$ Ag (p) | +0.80 V |
Berdasarkan Rajah 11.1,
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks dan nyatakan terminal negatif dan terminal positif bagi sel ini. Seterusnya, tuliskan persamaan ion dan notasi sel bagi sel tersebut.
7 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas proses penulenan logam kuprum.
Rajah 11.2
Nilai E° bagi beberapa sel setengah adalah:
| Tindak balas sel setengah | E° |
|---|---|
| Zn^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn (p) | −0.76 V |
| 2H^+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ (g) | 0.00 V |
| Cu^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 V |
| O~2~ (g) + 2H~2~O (ce) + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ (ak) | +0.40 V |
| S~2~O~8~^2-^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ (ak) | +2.01 V |
Berdasarkan Rajah 11.2, bandingkan pemerhatian pada warna elektrolit dalam sel P dan sel Q selepas 30 minit. Terangkan jawapan anda.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan senarai bahan dan radas yang dibekalkan untuk membina satu sel kimia.
| | | |
|---|---|---|
| Tomato | Wayar penyambung | Mentol LED |
| Paku besi | Kepingan zink | Kepingan kuprum |
| Sudu plastik | Kepingan magnesium | Rod karbon |
| | Kertas pasir | |
Rajah 11.3
Jadual 11 menunjukkan sebahagian daripada nilai siri keupayaan elektrod piawai.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Mg^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Mg (p) | −2.38 |
| Zn^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn (p) | −0.76 |
| Fe^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Fe (p) | −0.44 |
| 2H^+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ (g) | 0.00 |
| Cu^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 |
Jadual 11
Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda, lukis susunan radas sel kimia yang dapat menyalakan mentol LED. Susunan radas yang dibina perlulah menggunakan bahan dan radas yang sesuai seperti yang disenaraikan dalam Rajah 11.3. Huraikan secara ringkas langkah pembinaan sel kimia tersebut dan terangkan tindak balas redoks yang berlaku. Kemudian, tentukan nilai bacaan voltan yang diperoleh.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan dan radas yang digunakan, bagaimana ia disambungkan, dan label setiap bahagian.)*
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open