Rajah 1 menunjukkan konsep jisim atom relatif dengan membandingkan jisim atom sesuatu unsur dengan jisim atom unsur lain yang dipilih sebagai atom piawai. Jisim atom relatif Helium ialah 4. Hal ini bermakna jisim purata satu atom Helium adalah 4 kali 1/12 jisim atom piawai.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
Definisikan jisim atom relatif.
1 marks
a(ii)
Namakan unsur yang digunakan sebagai atom piawai.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu sebab kenapa unsur yang dinyatakan di a(i) dipilih.
1 marks
b
Persamaan kimia di bawah menunjukkan tindak balas antara suatu oksida logam dan asid.
ZnO(p) + 2HNO~3~(ak) $\rightarrow$ Zn(NO~3~)~2~(ak) + H~2~O(ce)
Nyatakan satu maklumat kualitatif dan satu maklumat kuantitatif yang boleh diperoleh daripada persamaan tersebut.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan perwakilan piawai bagi tiga isotop atom karbon.
| Perwakilan piawai | Isotop 1 | Isotop 2 | Isotop 3 |
|---|---|---|---|
| | $^{12}_{6}\text{C}$ | $^{13}_{6}\text{C}$ | $^{14}_{6}\text{C}$ |
Rajah 2
a
Takrifkan isotop.
1 marks
b
Deduksikan satu maklumat yang boleh diperolehi daripada perwakilan piawai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
1 marks
c
Lukiskan struktur atom Karbon-12.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, dan kandungan nukleus beserta labelnya)*
2 marks
d
Nyatakan satu kegunaan isotop Karbon-14 dalam kehidupan seharian.
1 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur P, Q dan R. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar unsur tersebut.
| Atom | Susunan elektron |
|---|---|
| P | 2.1 |
| Q | |
| R | 2.8.8.1 |
Jadual 3
P, Q dan R terletak dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur.
a(i)
Nyatakan kumpulan bagi unsur-unsur tersebut.
1 marks
a(ii)
Q terletak di antara P dan R dalam kumpulan yang sama. Tulis susunan elektron bagi ion Q.
1 marks
Diberi 0.1 mol unsur R bertindak balas dengan gas klorin secara berlebihan.
b(i)
Tulis persamaan kimia untuk tindak balas yang terlibat.
2 marks
b(ii)
Hitungkan jisim hasil yang terbentuk.
(Jisim atom relatif: R = 39, Klorin = 35.5)
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan endoskop yang menggunakan bahan komposit dalam salah satu komponennya.
Endoskopi ialah prosedur tanpa pembedahan di mana organ dalam badan atau tisu dalaman dilihat menggunakan endoskop. Bahan komposit tersebut digunakan untuk menghantar maklumat dan data dalam bentuk cahaya. Komponen yang menggunakan bahan komposit itu disambung kepada skrin televisyen untuk melihat bahagian endoskop ini dimasukkan.
a(i)
Apakah bahan komposit yang digunakan dalam endoskop?
1 marks
a(ii)
Nyatakan dua sifat bahan komposit di a(i) yang membolehkan ia digunakan dalam endoskop.
2 marks
Jadual 4 menunjukkan tiga jenis kaca X, Y dan Z dan komponennya.
| Kaca | Komponen |
|---|---|
| X | Silika, soda (natrium karbonat), batu kapur (kalsium karbonat) |
| Y | Silika, soda (natrium karbonat), batu kapur (kalsium karbonat), boron oksida, aluminium oksida |
| Z | Silika, soda (natrium karbonat), plumbum(II) oksida |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4,
b(i)
Kenal pasti kaca Z.
1 marks
b(ii)
Rajah 4.2 menunjukkan peralatan memasak yang digunakan di rumah.
Berdasarkan Jadual 4, pilih kaca yang sesuai untuk menghasilkan peralatan memasak pada Rajah 4.2. Wajarkan pemilihan jenis kaca yang dibuat.
3 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pemendakan bagi magnesium karbonat, MgCO~3~.
Keputusan yang diperoleh daripada eksperimen itu direkod dalam Jadual 5.
| Penerangan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal larutan natrium karbonat 1.0 mol dm^-3^ | 29.0 |
| Suhu awal larutan magnesium nitrat 1.0 mol dm^-3^ | 28.0 |
| Suhu terendah campuran | 25.0 |
Jadual 5
Berdasarkan eksperimen ini,
a(i)
Nyatakan maksud haba pemendakan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis tindak balas tersebut.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas pemendakan yang berlaku.
1 marks
b
Hitung perubahan haba pemendakan dalam tindak balas itu.
[Muatan haba tentu bagi larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
3 marks
c
Eksperimen diulang dengan menggantikan 25 cm^3^ larutan natrium karbonat 1.0 mol dm^-3^ dengan 25 cm^3^ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm^-3^. Ramalkan haba pemendakan yang akan diperoleh. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan nombor proton bagi empat unsur yang diwakilkan sebagai simbol P, Q, R dan S.
| Unsur | Nombor proton |
|---|---|
| P | 17 |
| Q | 12 |
| R | 8 |
| S | 3 |
Jadual 6
a(i)
Takrifkan ikatan logam.
1 marks
a(ii)
Antara P, Q, R dan S, unsur yang manakah boleh membentuk ikatan logam?
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana ikatan logam terbentuk bagi unsur yang dinyatakan di (a)(ii).
2 marks
b
> Kapur tohor yang digunakan untuk merawat tanah yang berasid ialah sebatian ion yang terbentuk daripada unsur X dan oksigen.
Lukiskan susunan elektron bagi kapur tohor.
[Nombor proton X = 20, Oksigen = 8]
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: ion-ion yang terbentuk, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala bagi setiap ion, nukleus, serta cas setiap ion)*
2 marks
c
Rajah 6 menunjukkan struktur molekul gergasi bagi silikon dioksida dan struktur molekul ringkas bagi karbon dioksida.
Bandingkan takat lebur dan takat didih bagi kedua-dua struktur tersebut. Terangkan.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas satu Sel Daniell.
Diberi nilai keupayaan elektrod piawai bagi:
Zn^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Zn(p) E° = −0.76 V
Cu^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Cu(p) E° = +0.34 V
Berdasarkan Rajah 7:
a
Nyatakan semua formula ion yang hadir dalam larutan kuprum(II) sulfat.
1 marks
b
Fungsi titian garam ialah membenarkan ion mengalir melaluinya bagi melengkapkan litar. Cadangkan satu bahan kimia yang boleh digunakan sebagai titian garam.
1 marks
c
Eksperimen dijalankan selama 20 minit. Terangkan perbezaan bagi pemerhatian pada kepingan zink dan kepingan kuprum.
3 marks
d
Tuliskan setengah persamaan di anod.
1 marks
e
Tuliskan notasi sel dan kira nilai voltan bagi sel Daniell.
2 marks
f
Jadual 7 menunjukkan keupayaan elektrod piawai, E° bagi X, Y dan Z.
| Persamaan sel setengah | E° (V) |
|---|---|
| X^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ X(p) | −2.38 |
| Y^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Y(p) | −0.44 |
| Z^2+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Z(p) | +0.34 |
Jadual 7
Lukiskan satu sel kimia ringkas yang dapat menghasilkan nilai voltan sebanyak +1.94 V.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: elektrod-elektrod yang digunakan, larutan elektrolit dan bekasnya, sambungan litar, serta label setiap bahagian)*
2 marks
810 marks
Jadual 8 di bawah menunjukkan formula struktur sebatian P dan sebatian Q dan kegunaannya.
a(i)
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian P.
1 marks
a(ii)
Lukis formula struktur isomer bagi sebatian P selain struktur di atas.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon, kedudukan kumpulan berfungsi dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon)*
1 marks
0.5 mol bahan P terbakar dalam oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida dan air.
Hitung isipadu gas karbon dioksida yang dibebaskan dalam eksperimen ini.
[1 mol gas menempati isipadu 24 dm^3^ mol^-1^ pada suhu bilik]
2 marks
c
Banding dan beza sifat fizik bahan P dan Q.
2 marks
d
Rajah 8 di bawah menunjukkan penggunaan bahan P dan Q dalam kehidupan harian.
Pada pendapat anda, antara bahan P dan Q, yang mana satu lebih sesuai digunakan sebagai bahan pelarut dalam pembuatan cat? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan kaedah X yang digunakan oleh Zuraida untuk menyediakan air mangga semasa jamuan.
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan kaedah X. Bandingkan kepekatan larutan sebelum dan selepas kaedah X. Terangkan jawapan anda.
4 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat mengenai 2 jenis asid HQ dan H~2~Y.
| Asid | Kepekatan | Nilai pH |
|---|---|---|
| HQ | 0.1 mol dm^-3^ | 1.0 |
| H~2~Y | 0.1 mol dm^-3^ | 0.7 |
Jadual 9
HQ dan H~2~Y merupakan dua jenis asid yang mempunyai kepekatan yang sama iaitu 0.1 mol dm^-3^.
Berdasarkan Jadual 9 di atas,
b(i)
Apakah maksud asid dan cadangkan nama bagi asid HQ dan H~2~Y. Terangkan mengapa nilai pH bagi asid tersebut adalah berbeza.
5 marks
b(ii)
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen peneutralan dengan menggunakan asid HQ dan larutan natrium hidroksida.
Berdasarkan Rajah 9.2, nyatakan pemerhatian pada takat akhir bagi tindak balas ini. Tuliskan persamaan kimia dan hitungkan isipadu asid HQ yang diperlukan untuk meneutralkan larutan natrium hidroksida.
6 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan carta alir bagi satu eksperimen yang telah dijalankan untuk menguji kesan pemanasan garam J.
Garam J —(dipanaskan, Δ)$\rightarrow$ Pepejal K + Gas L + O~2~
Rajah 9.3
Selepas pemanasan, garam J menghasilkan pepejal K yang berwarna perang apabila panas dan kuning apabila sejuk, gas perang L dan gas oksigen. Berdasarkan Rajah 9.3, kenal pasti garam J, pepejal K dan gas L. Cadangkan satu ujian kimia untuk mengesahkan kehadiran kation dalam garam J.
5 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan dua jenis gula-gula yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 10.1, gula-gula manakah yang akan dipilih supaya melarut dengan perlahan dalam mulut dan rasa enaknya dapat dinikmati lebih lama? Terangkan jawapan anda berdasarkan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
3 marks
Seorang murid menjalankan dua set eksperimen untuk mengkaji kadar keterlarutan antara zink dan dua jenis asid X dan Y. Data eksperimen direkodkan dalam Jadual 10.
| Set | Bahan tindak balas | Pemerhatian | Hasil tindak balas |
|---|---|---|---|
| I | 3.25 g serbuk zink dan asid X 1.0 mol dm^-3^ yang berlebihan | Serbuk zink larut sepenuhnya dalam asid X dalam masa 1 minit | Zink sulfat dan gas W |
| II | 3.25 g serbuk zink dan asid Y 1.0 mol dm^-3^ yang berlebihan | Serbuk zink larut sepenuhnya dalam asid Y dalam masa 2 minit | Zink klorida dan gas W |
Jadual 10
Berdasarkan Jadual 10,
b(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas. Cadangkan nama asid X dan Y.
3 marks
b(ii)
Berdasarkan nama asid yang dicadangkan di (b)(i), tulis persamaan kimia bagi tindak balas dalam Set II. Hitung bilangan atom bagi gas W yang terhasil dalam Set II.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; Pemalar Avogadro, N~A~ = 6.02 × 10^23^]
5 marks
b(iii)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi eksperimen Set I dan Set II.
2 marks
b(iv)
Merujuk pada teori perlanggaran, terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam kadar tindak balas bagi Set I dan Set II.
5 marks
b(v)
Keputusan eksperimen Set I dan Set II diplot dalam graf yang sama seperti Rajah 10.2.
Graf yang manakah mewakili eksperimen Set II? Mengapakah isipadu gas W bagi Set I dan Set II adalah sama?
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan contoh tindak balas dua pempolimeran berbeza.
Nyatakan maksud tindak balas pempolimeran. Kenal pasti jenis pempolimeran A dan B. Banding dan beza kedua-dua tindak balas pempolimeran ini.
6 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan formula struktur bagi dua jenis getah berbeza.
Pembuangan getah P dan getah Q yang tidak terkawal mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Dengan memberi satu contoh produk yang diperbuat daripada getah P dan getah Q, cadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
4 marks
Bahan tambah makanan ialah bahan semula jadi atau sintetik yang ditambahkan pada makanan untuk menghalang kerosakan atau untuk memperbaiki rupa bentuk, rasa atau tekstur. Kesan daripada kemunculan makanan yang diproses dalam industri makanan pada masa ini, lebih banyak bahan tambahan makanan telah diperkenalkan sama ada berasal daripada bahan semula jadi atau sintetik.
c(i)
Rajah 11.3 menunjukkan bahan tambah makanan yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Wajarkan penggunaan bahan tambah makanan ini.
2 marks
c(ii)
> Sebatian azo memberikan warna kuning, merah, perang atau hitam.
Sebatian azo merupakan sejenis pewarna dalam bahan tambah makanan dengan tujuan menambah atau mengembalikan warna makanan supaya kelihatan menarik dan lazat. Pewarna makanan boleh dikelaskan kepada pewarna asli dan sintetik. Berdasarkan Rajah 11.4, namakan kaedah yang digunakan untuk memisahkan campuran warna dan rancang satu penyiasatan menggunakan kaedah tersebut bagi memisahkan warna-warna dalam pewarna sintetik. Perancangan anda mestilah mengandungi aspek berikut:
- Prosedur
- Penjadualan data
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open