Rajah 1 menunjukkan satu spektrum gelombang elektromagnet.
a
Jenis spektrum yang ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah … (pilih satu: spektrum garis / spektrum selanjar)
1 marks
b
Nyatakan bagaimana spektrum dalam 1(a) terhasil.
1 marks
Menurut Teori Fizik Kuantum, tenaga cahaya wujud dalam bentuk foton.
c(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan foton?
1 marks
c(ii)
Apakah yang berlaku kepada tenaga foton sekiranya frekuensi gelombang cahaya berkurang?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan pembiasan gelombang air apabila mendekati pantai.
a
Apakah maksud pembiasan gelombang?
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan laut dalam.
b(i)
Pada Rajah 2.2, lengkapkan arah perambatan gelombang air di laut cetek. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk dan arah garis-garis arah perambatan yang anda lukis di laut cetek, berhampiran tanjung dan teluk)*
1 marks
b(ii)
Pada Rajah 2.2, lukiskan muka gelombang bagi gelombang air di laut cetek. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk muka gelombang yang anda lukis di laut cetek, bilangannya, dan jarak di antara muka gelombang berbanding di laut dalam)*
1 marks
c
Laju gelombang air di laut cetek dan laut dalam masing-masing ialah 4.0 m s^-1^ dan 9.0 m s^-1^. Panjang gelombang di laut dalam ialah 5.0 m.
Hitungkan panjang gelombang di laut cetek.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan 0.6 kg ais sedang dipanaskan oleh sebuah pemanas rendam 1000 W. Haba pendam tentu pelakuran bagi ais ialah 334 000 J kg^-1^.
Rajah 3.2 menunjukkan graf jisim ais, m, berubah dengan masa, t ketika pemanasan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu pelakuran?
1 marks
Berdasarkan Rajah 3.2,
b(i)
hitungkan kuantiti haba yang diserap oleh ais ketika peleburan. Andaikan tiada haba terbebas ke persekitaran.
2 marks
b(ii)
tentukan nilai X.
3 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan.
a
Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
1 marks
b
Diberikan
- G = $6.67 \times 10^{-11}$ N m^2^ kg^-2^
- Jisim Matahari = $1.99 \times 10^{30}$ kg
- Jisim Bumi = $5.97 \times 10^{24}$ kg
- Jejari Bumi = $6.37 \times 10^{6}$ m
- Jarak di antara pusat Matahari dan pusat Bumi = $1.5 \times 10^{11}$ m
Hitungkan daya graviti antara Bumi dan Matahari.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan sebuah roket berada di tapak pelancaran.
c(i)
Roket yang berada di tapak pelancaran mengalami daya graviti $5.0 \times 10^{5}$ N. Hitungkan jisim roket.
3 marks
c(ii)
Jika roket berada 100 km dari permukaan Bumi, apakah perubahan terhadap daya graviti yang bertindak ke atas roket tersebut?
1 marks
d
Mengikut Hukum Kegravitian Semesta Newton, dua orang di permukaan Bumi akan mengalami daya graviti.
Terangkan mengapa kesan daya tersebut tidak dirasai?
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara arus dan daya yang bertindak pada suatu konduktor apabila suis ditutup.
a
Namakan petua yang digunakan untuk menentukan arah daya yang bertindak pada konduktor.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan 5.2. Bandingkan
b(i)
bacaan ammeter.
1 marks
b(ii)
jarak gerakan rod kuprum.
1 marks
b(iii)
kekuatan medan magnet bagi magnet kekal.
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda dalam 5(b), nyatakan hubungan antara magnitud arus dengan jarak gerakan rod kuprum.
1 marks
d
Seterusnya, deduksikan hubungan antara magnitud arus dengan daya magnet yang dihasilkan.
1 marks
e
Apakah yang akan berlaku kepada jarak gerakan rod kuprum jika magnet yang lebih kuat digunakan?
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan struktur ringkas sebuah motor arus terus.
f(i)
Pada Rajah 5.3, tandakan arah aliran arus pada gegelung dawai. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah arus yang anda tandakan pada sisi gegelung berhampiran kutub U/N dan pada sisi berhampiran kutub S (menuju atau menjauhi komutator))*
1 marks
f(ii)
Pada Rajah 5.3, tandakan arah gerakan gegelung dawai. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah gerakan yang anda tandakan bagi sisi gegelung berhampiran kutub U/N dan bagi sisi berhampiran kutub S)*
1 marks
69 marks
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan sebuah troli yang bergerak menuruni satah condong dengan ketinggian, h yang berbeza.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b), bandingkan
b(i)
ketinggian satah condong.
1 marks
b(ii)
halaju troli di P.
1 marks
b(iii)
momentum troli di P.
1 marks
c
Hubungkaitkan ketinggian satah condong dengan halaju troli di P.
1 marks
d
Nyatakan hubungan antara halaju troli dengan momentum.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan keratan pita detik bagi gerakan sebuah troli dengan jisim 4 kg. Frekuensi jangka masa detik yang digunakan ialah 50 Hz.
e(i)
Berdasarkan pita detik tersebut, hitungkan halaju troli.
2 marks
e(ii)
Berdasarkan pita detik tersebut, hitungkan momentum troli.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan alur elektron yang dipecutkan dari katod ke anod dalam ruang vakum. Beza keupayaan merentasi elektrod ialah 500 V.
a
Nyatakan jenis gerakan alur elektron yang bergerak merentasi elektrod di dalam ruang vakum.
1 marks
b
Hitung halaju maksimum elektron merentasi katod dan anod.
[Jisim elektron, m = $9.11 \times 10^{-31}$ kg, cas satu elektron, e = $1.6 \times 10^{-19}$ C]
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan penghasilan sinar katod dalam sebuah tiub vakum.
c(i)
Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri bagi filamen pemanas P, Q dan R.
| Filamen pemanas | Jenis bahan | Bentuk |
|---|---|---|
| **P** | Tungsten | lakaran dawai berlingkar-lingkar (seperti spring) |
| **Q** | Kuprum | lakaran dawai berlingkar-lingkar (seperti spring) |
| **R** | Aluminium | lakaran dawai bengkok tunggal (tidak berlingkar) |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi suatu filamen pemanas. Berikan sebab.
Jenis bahan — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Bentuk — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan filamen pemanas yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah lampu LED yang berlabel 240 V, 12 W.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan label 240 V, 12 W?
1 marks
b
Hitung tenaga elektrik yang digunakan oleh lampu LED dalam masa 5 jam.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan susun atur lampu yang akan dibina untuk menerangi halaman sebuah kediaman pada waktu malam.
c(i)
Nyatakan ciri-ciri dawai yang digunakan dalam sistem pendawaian lampu supaya dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan berfungsi dengan berkesan.
Jenis dawai penyambung — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Luas keratan rentas — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis sambungan lampu — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur ringkas sebuah sistem hidraulik.
a
Nyatakan prinsip yang diaplikasikan pada sistem hidraulik itu.
1 marks
b
Terangkan prinsip kerja sistem hidraulik.
4 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah jambatan hidraulik.
Anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri bagi jambatan hidraulik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Jambatan hidraulik | Nisbah luas keratan rentas omboh besar dan omboh kecil | Jisim jambatan | Bendalir yang digunakan di dalam sistem hidraulik | Injap pelepas |
|---|---|---|---|---|
| **P** | 1:1 | Besar | Cecair | Tiada |
| **Q** | 5:1 | Kecil | Cecair | Ada |
| **R** | 1:5 | Besar | Gas | Ada |
| **S** | 3:2 | Kecil | Cecair | Tiada |
Jadual 2
Terangkan kesesuaian setiap ciri jambatan hidraulik. Tentukan jambatan hidraulik yang dapat dikendalikan dengan lebih cekap.
10 marks
Dalam model jambatan hidraulik itu, luas keratan rentas bagi omboh besar dan omboh kecil masing-masing adalah 0.01 m^2^ dan 0.002 m^2^. Daya 5 N dikenakan pada omboh kecil.
Hitung
d(i)
tekanan, P yang terhasil pada omboh kecil.
2 marks
d(ii)
daya, F yang dikenakan pada omboh besar.
3 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan corak muka gelombang bagi gelombang air.
a
Namakan fenomena yang terlibat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 10.1,
b(i)
apakah yang berlaku kepada amplitud dan laju gelombang tersebut selepas melalui penghalang?
2 marks
b(ii)
Jelaskan jawapan anda di 10(b)(i).
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan menara pemancar yang digunakan dalam pemancaran gelombang elektromagnet untuk tujuan telekomunikasi.
c(i)
Jadual 3 menunjukkan spesifikasi bagi empat sistem pemancaran S, T, U dan V yang boleh digunakan untuk memancarkan gelombang elektromagnet dalam telekomunikasi.
| Sistem pemancaran | Jenis gelombang yang dipancarkan | Lokasi menara pemancar | Bilangan menara geganti | Frekuensi gelombang |
|---|---|---|---|---|
| **S** | Gelombang radio | Atas bukit | Banyak | Rendah |
| **T** | Gelombang mikro | Paras laut | Kurang | Tinggi |
| **U** | Gelombang radio | Paras laut | Kurang | Tinggi |
| **V** | Gelombang mikro | Atas bukit | Banyak | Tinggi |
Jadual 3
Kaji dan tentukan sistem pemancaran yang paling sesuai untuk meningkatkan kualiti penghantaran isyarat.
Terangkan kesesuaian bagi setiap spesifikasi.
8 marks
c(ii)
Pilih sistem yang paling sesuai. Berikan sebab untuk pilihan anda.
2 marks
Bot nelayan yang besar menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengesan sekumpulan ikan di bawah bot. Laju gelombang ultrasonik 1 500 m s^-1^ ditujukan ke arah ikan, hitungkan
d(i)
frekuensi gelombang itu, jika panjang gelombang ialah 3.2 cm,
2 marks
d(ii)
kedalaman ikan, jika gema diterima selepas 73 ms.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan seorang budak bermain kuda berspring.
a
Nyatakan hukum Hooke.
1 marks
b
Rajah 11.2(a) menunjukkan panjang asal spring itu sebelum satu beban diletakkan di atasnya. Rajah 11.2(b) menunjukkan spring yang sama selepas beban itu dialihkan.
Menggunakan konsep fizik yang betul, jelaskan perubahan keadaan spring itu.
4 marks
c
Rajah 11.3(a) menunjukkan panjang awal, L~0~ spring A dan spring B. Rajah 11.3(b) menunjukkan panjang spring, L~1~ selepas diletakkan beban 100 N di atasnya.
Dengan menggunakan Rajah 11.3(a) dan Rajah 11.3(b), bandingkan panjang awal spring, ketebalan spring dan pemampatan spring.
Hubungkaitkan ketebalan spring dengan pemampatan spring untuk membuat kesimpulan berkaitan hubungan antara ketebalan spring dengan pemalar spring.
5 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah sofa yang menggunakan spring sebagai penyokong beban.
Menggunakan konsep fizik yang sesuai, cadangkan penggunaan bahan dan reka bentuk sofa yang sesuai untuk menampung seseorang yang berjisim besar dan lebih selesa.
Cadangan anda mestilah merangkumi ciri-ciri spring dan ciri tambahan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open