Rajah 1.1 menunjukkan satu pelepah burung yang dijatuhkan dari satu ketinggian di luar sebuah kebuk vakum.
Rajah 1.2 menunjukkan pelepah burung yang sama dijatuhkan dari ketinggian yang sama dalam ruang kebuk vakum.
Didapati bulu pelepah dalam ruang yang di vakum mengambil masa lebih lama untuk sampai ke bawah berbanding bulu pelepah di luar kebuk vakum.
a
Berdasarkan Rajah 1, tandakan (✓) pada jawapan yang betul dalam petak yang disediakan bagi daya graviti yang bertindak pada pelepah burung.
- Daya graviti pada Rajah 1.1 = Daya graviti pada Rajah 1.2
- Daya graviti pada pelepah Rajah 1.1 < Daya graviti pada Rajah 1.2
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
b
Pada Rajah 1.3, tanda dan labelkan arah daya-daya yang bertindak ke atas bulu pelepah semasa sedang jatuh di luar ruang vakum.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap daya yang anda lukis — arah anak panahnya dan labelnya.)*
2 marks
c
Bulu pelepah dalam ruang vakum sampai lebih awal berbanding bulu pelepah tanpa ruang vakum. Terangkan.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah litar transistor.
a
Namakan jenis transistor.
1 marks
Berdasarkan Rajah 2, apakah fungsi bagi
b(i)
perintang X dan Y?
1 marks
b(ii)
perintang Z?
1 marks
c
Terangkan mengapa mentol menyala apabila perintang Y berada dalam keadaan gelap.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu reputan radioaktif.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 3.1, terangkan jenis pereputan yang berlaku.
2 marks
Rajah 3.2 menunjukkan graf pereputan bagi strontium-90.
c(i)
Tentukan separuh hayat bagi strontium-90.
1 marks
c(ii)
Jika 80 g strontium-90 telah mereput selepas 6 hari. Berapakah jisim awal sampel tersebut?
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebuah kerusi hidraulik yang digunakan oleh doktor gigi untuk meninggikan kedudukan pesakit.
a(i)
Nyatakan prinsip fizik yang terlibat dalam membina kerusi tersebut.
1 marks
a(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada tekanan cecair apabila pemijak ditekan?
1 marks
a(iii)
Huraikan bagaimana kerusi hidraulik tersebut mencapai penggandaan daya dengan mengaplikasikan prinsip yang dinyatakan di 4(a)(i).
2 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan satu sistem jek hidraulik ringkas.
Sebuah kereta berjisim 800 kg, dengan luas tapak 1.102 × 10^6^ mm^2^ diletakkan di bahagian omboh B. Jika faktor penggandaan bagi sistem hidraulik itu adalah 250. Berapakah luas permukaan bagi omboh A dalam unit SI? Seterusnya, hitung daya, F yang diperlukan untuk mengangkat kereta itu.
5 marks
59 marks
Rajah 5(a) dan Rajah 5(b) menunjukkan satu eksperimen untuk menentukan hubungan antara isipadu udara terperangkap dalam picagari dengan tekanan yang dikenakan ke atasnya oleh omboh pada suhu bilik.
a
Takrifkan tekanan gas.
1 marks
Perhatikan Rajah 5(a) dan Rajah 5(b), bandingkan
b(i)
isipadu udara terperangkap
1 marks
b(ii)
tekanan udara terperangkap
1 marks
c(i)
Nyatakan hubungan antara isipadu gas dengan tekanan udara terperangkap.
1 marks
c(ii)
Nyatakan hukum fizik yang terlibat dalam 5(c)(i).
1 marks
d(i)
Berdasarkan jawapan di 5(c), apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik zarah-zarah udara apabila udara dimampatkan.
1 marks
d(ii)
Beri satu sebab untuk jawapan anda di 5(d)(i).
1 marks
e
Rajah 5(c) menunjukkan satu tiub kaca yang tegak dan mengandungi sedikit udara terperangkap di dalamnya oleh turus merkuri. Panjang turus udara terperangkap dan panjang turus merkuri masing-masing ialah 10 cm dan 4 cm. Kemudiannya sejumlah merkuri ditambah ke dalam tiub kaca itu. Berapakah panjang turus merkuri apabila panjang turus udara terperangkap menjadi 9.5 cm?
[Tekanan atmosfera = 76 cm Hg]
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan satu pemberat yang sama diikat dan ditarik pada dua buah neraca spring P dan Q.
Rajah 6.2 menunjukkan keadaan apabila neraca spring Q ditarik dengan daya yang berbeza.
a
Tandakan (✓) untuk jawapan yang betul dalam petak yang disediakan.
Nyatakan maksud daya paduan
- daya-daya yang bertindak ke atas objek yang menghasilkan daya paduan sifar
- daya tunggal yang mewakili jumlah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas suatu objek
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
Daya tarikan Q
1 marks
b(ii)
Sudut θ₁ dan sudut θ₂
1 marks
b(iii)
Daya tegangan, P
1 marks
c
Hubungkaitkan daya tarikan Q dan sudut θ.
1 marks
d
Hubungkaitkan daya tarikan Q dengan tegangan, P.
1 marks
e
Dengan menggunakan Rajah 6.2, lukiskan segitiga daya berskala bagi menunjukkan hubungan antara P, Q, W apabila sudut θ₂ = 50°. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk segitiga yang anda lukis, sisi mana mewakili P, Q dan W, arah setiap anak panah, dan sudut yang anda tandakan.)*
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan elemen struktur yang terdapat di dalam sebuah penggoreng elektrik dengan spesifikasi 240 V, 1.5 kW.
a
Apakah maksud label 240 V, 1.5 kW?
1 marks
b
Hitung jumlah tenaga elektrik jika penggoreng elektrik itu digunakan 90 minit sehari dalam masa 3 minggu.
3 marks
Jadual 1 menunjukkan empat jenis penggoreng elektrik Q, R, S dan T dengan spesifikasi yang berbeza.
| Penggoreng elektrik | Bahan elemen pemanas | Bilangan bilah kipas |
|---|---|---|
| Q | Kuprum | 12 |
| R | Kuprum | 6 |
| S | Nikrom | 12 |
| T | Nikrom | 6 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri penggoreng elektrik yang sesuai digunakan supaya makanan cepat dimasak.
c(i)
Bahan elemen pemanas — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Bilangan bilah kipas — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan penggoreng elektrik yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan lampu mentol 36 W, 18 V disambungkan ke terminal output sebuah transformer unggul. Mentol tersebut menyala dengan kecerahan normal.
a
Nyatakan kegunaan transformer dalam Rajah 8.1.
1 marks
b
Hitungkan arus yang mengalir dalam gegelung sekunder.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dari stesen jana kuasa.
c(i)
Berdasarkan pengetahuan anda mengenai tenaga elektrik, cadangkan kaedah yang sesuai untuk penghantaran kuasa supaya bekalan elektrik mencukupi dan selamat.
Jenis transformer A — nyatakan cadangan dan sebab.
2 marks
c(ii)
Bahan kabel — nyatakan cadangan dan sebab.
2 marks
c(iii)
Kadar regangan kabel — nyatakan cadangan dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seekor ikan lumba-lumba menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengesan sekumpulan ikan kecil di laut dalam.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang mekanik?
1 marks
b
Dengan mengaplikasikan konsep gelombang yang sesuai, terangkan bagaimana ikan lumba-lumba itu menggunakan gelombang ultrasonik untuk menganggar jarak kumpulan ikan itu.
4 marks
Seekor ikan lumba-lumba mendengar gema daripada ikan 0.02 s selepas ia mengeluarkan bunyi. Diberi, kelajuan bunyi dalam air ialah 1450 m s^-1^. Kirakan
c(i)
jarak dilalui oleh gelombang ultrasonik itu
2 marks
c(ii)
jarak ikan
2 marks
c(iii)
panjang gelombang bagi gelombang ultrasonik jika frekuensinya ialah 45 kHz.
1 marks
d
Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan lokasi kawasan banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki, dilihat sangat efektif. Dengan menggunakan teknologi dron taktikal, visual dari pandangan udara akan diperoleh bagi membantu agensi pengurusan banjir untuk menilai keadaan semasa kawasan yang terjejas akibat banjir.
Dron berteknologi tinggi juga digunakan untuk penghantaran bekalan asas terutama ubat-ubatan, makanan dan bank kuasa khususnya di kawasan yang sukar dicapai.
Jadual 2 menunjukkan maklumat bagi jenis dron yang boleh digunakan untuk operasi menyelamat dan tinjauan lokasi bencana banjir.
| Dron | Jenis gelombang | Jenis bateri | Rotor | Frekuensi gelombang |
|---|---|---|---|---|
| J | Gelombang mikro | Ion litium | Berbilang | Tinggi |
| K | Gelombang ultrasonik | Nikel Kadmium | Tunggal | Rendah |
| L | Gelombang inframerah | Polimer litium | Berbilang | Tinggi |
| M | Gelombang mikro | Sel kering | Tunggal | Rendah |
Jadual 2
Terangkan kesesuaian setiap ciri dron. Tentukan dron yang paling sesuai digunakan untuk pengimejan visual dan penghantaran bekalan asas.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sinar cahaya yang ditujukan kepada sebuah fotosel.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi kerja?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 10.1, huraikan bagaimana satu sinar cahaya yang ditujukan kepada satu fotosel dapat menghasilkan arus.
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan bahagian-bahagian bagi sebuah satelit.
Jadual 3 menunjukkan spesifikasi J, K, L dan M bagi empat satelit bagi kegunaan telekomunikasi.
| Satelit | Saiz panel (L × P) | Bahan binaan badan satelit | Jenis satelit | Diameter piring |
|---|---|---|---|---|
| J | 1.5 m × 2.0 m | Titanium | Geopegun | Besar |
| K | 1.7 m × 2.0 m | Gentian kaca | Bukan geopegun | Besar |
| L | 2.0 m × 5.0 m | Gentian kaca | Bukan geopegun | Kecil |
| M | 2.0 m × 5.0 m | Titanium | Geopegun | Besar |
Jadual 3
Anda dikehendaki untuk mengkaji spesifikasi bagi empat satelit dan tentukan satelit manakah yang paling sesuai digunakan untuk membuat panggilan video antarabangsa dengan lebih jelas. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan satu fotosel yang dibina dari bahan lithium yang mempunyai fungsi ambang, f~o~ dengan nilai 5.6 × 10^14^ Hz.
d(i)
Logam itu kemudian disinari dengan cahaya ungu dengan panjang gelombang, λ = 4 × 10^-7^ m.
Hitung,
tenaga foton bagi cahaya ungu.
2 marks
d(ii)
fungsi kerja bagi litium
2 marks
d(iii)
tenaga kinetik maksimum fotoelektron yang terpancar
1 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan sinar cahaya dari dua objek yang serupa melalui kanta cembung, P dan Q. Kedua-dua kanta tersebut menghasilkan imej maya. F ialah titik fokus untuk setiap kanta.
a(i)
Apakah maksud imej maya?
1 marks
a(ii)
Merujuk kepada Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan ketebalan kanta, panjang fokus dan saiz imej yang dihasilkan oleh kanta P dan kanta Q. Hubungkaitkan antara saiz imej dengan panjang fokus untuk membuat satu kesimpulan tentang hubungan antara kuasa kanta dengan panjang fokus.
5 marks
b
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah kanta yang tidak diketahui panjang fokusnya. Dengan menggunakan peralatan yang sesuai terangkan bagaimana panjang fokus kanta itu dapat dianggarkan.
4 marks
c
Anda dibekalkan dua kanta cembung, R dan S. Panjang fokus masing-masing ialah 80 cm dan 5 cm. Kedua-dua kanta ini akan digunakan untuk membina sebuah teleskop astronomi ringkas pada pelarasan normal.
Terangkan bagaimana anda membina teleskop astronomi tersebut. Penerangan anda mestilah merangkumi susunan kanta dan jarak antara kanta.
Berikan cadangan pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap teleskop itu untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dan lebih besar.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open