Rajah 1 menunjukkan satu foton cahaya ditujukan ke arah permukaan logam. Fotoelektron dipancarkan dari logam itu.
a
Apakah maksud foton?
1 marks
b
Namakan fenomena yang terlibat dalam penghasilan fotoelektron itu.
1 marks
c
Lengkapkan ayat berikut dengan menandakan (√) pada jawapan yang betul dalam kotak yang disediakan.
Fotoelektron akan dipancarkan daripada logam apabila frekuensi foton cahaya adalah
- lebih daripada frekuensi ambang
- kurang daripada frekuensi ambang
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
d
Apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik maksimum fotoelektron apabila frekuensi foton cahaya ditingkatkan?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan graf pereputan radioaktif P dengan separuh hayat, T~½~.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan separuh hayat?
1 marks
b
Tentukan separuh hayat, T~½~ bagi radioaktif P. Tunjukkan pada graf, bagaimana anda menentukan separuh hayat bagi radioaktif P. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf — dari nilai bilangan nukleus berapa, ke titik mana pada lengkung, dan turun ke masa berapa — serta nilai T½)*
2 marks
Rajah 2.2 menunjukkan graf lengkung bagi reputan radioaktif P dan Q.
c(i)
Berdasarkan Rajah 2.2,
radioaktif manakah yang mempunyai separuh hayat yang lebih singkat?
1 marks
c(ii)
apakah hubungan antara separuh hayat dengan kadar reputan?
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan gelombang cahaya berwarna biru melalui satu celah tunggal yang sempit.
a
Namakan fenomena gelombang yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
1 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan corak gelombang cahaya sebelum melalui celah sempit itu.
Pada Rajah 3.2, lukis corak gelombang cahaya selepas melalui celah itu untuk menunjukkan bagaimana corak gelombang terbentuk atas skrin. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk muka gelombang selepas celah, jarak antara muka gelombang berbanding sebelum celah, dan arah perambatan yang anda tunjukkan)*
2 marks
c
Panjang gelombang cahaya biru adalah 500 nm dan laju cahaya ialah 3 × 10^8^ m s^-1^. Hitung frekuensi cahaya biru tersebut.
2 marks
d
Apakah yang berlaku kepada corak gelombang yang terbentuk di atas skrin apabila saiz celah pada celah tunggal yang lebih besar digunakan?
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua plat logam, X dan Y yang di sambungkan kepada sebuah bekalan Voltan Lampau Tinggi (V.L.T) 2 kV.
Apabila suis dihidupkan, suatu medan elektrik yang kuat terhasil antara plat X dan plat Y dan nyalaan lilin tersebar.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan medan elektrik?
1 marks
b
Nyalaan lilin itu dibiarkan bernyala antara dua plat selama 240 s dan arus yang mengalir dalam litar adalah 0.5 A. Hitung jumlah cas yang dipindahkan antara dua plat itu.
2 marks
c
Jarak di antara dua plat X dan Y adalah 20 cm. Hitung kekuatan medan elektrik yang dihasilkan antara dua plat logam itu.
3 marks
d
Terangkan bagaimana corak nyalaan lilin terhasil dalam Rajah 4.1 apabila suis bekalan V.L.T dihidupkan.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan dua satelit K dan L berjisim sama mengorbit Bumi pada ketinggian 543 000 km dan 359 000 km dari pusat Bumi masing-masing. Satelit ini bergerak dengan suatu laju linear dan pada arah yang sama dengan arah putaran Bumi tetapi tempoh orbit yang berbeza berbanding dengan Bumi.
a
Namakan jenis satelit K dan L.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1, bandingkan satelit K dan satelit L dari segi
b(i)
jarak dari pusat Bumi.
1 marks
b(ii)
magnitud daya graviti
1 marks
b(iii)
laju linear
1 marks
Berdasarkan jawapan dalam 5(b), nyatakan hubungan antara magnitud daya graviti yang bertindak dengan
c(i)
jarak dari pusat Bumi.
1 marks
c(ii)
laju linear satelit.
1 marks
d
Apakah yang berlaku kepada gerakan kedua-dua satelit tersebut jika tiada daya graviti yang bertindak pada satelit itu?
1 marks
e
Tempoh orbit bagi satelit K ialah 41.33 jam. Kira tempoh orbit bagi satelit L.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1(a), Rajah 6.1(b) dan Rajah 6.1(c) menunjukkan bikar berisi air. Paras air dalam bikar berubah apabila bilangan jari yang ditenggelamkan ke dalam air bertambah.
a
Namakan **satu** daya yang bertindak ke atas jari itu.
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1(b) dan Rajah 6.1(c).
b(i)
Bandingkan bilangan jari yang ditenggelamkan ke dalam air.
1 marks
b(ii)
Bandingkan beza paras air x dan y.
1 marks
b(iii)
Bandingkan isipadu air yang tersesar.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(b), nyatakan hubungan antara daya yang bertindak ke atas jari dengan
c(i)
bilangan jari yang ditenggelamkan ke dalam air
1 marks
c(ii)
isipadu air yang tersesar
1 marks
Air dalam bikar digantikan dengan cecair P yang lebih tumpat.
d(i)
Pada Rajah 6.2(b), tandakan paras cecair P dalam bikar berbanding dengan paras air dalam Rajah 6.2(a). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda menandakan paras cecair P berbanding garis putus-putus paras air Rajah 6.2(a))*
1 marks
d(ii)
Ketumpatan cecair P adalah 1 300 kg m^-3^ dan isipadu cecair P yang tersesar adalah 0.15 m^3^. Kira daya yang bertindak ke atas jari.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu eksperimen bagi menentukan muatan haba tentu bagi satu blok aluminium.
Suhu awal blok aluminium ialah 27 °C. Selepas dipanaskan dengan menggunakan pemanas rendam berkuasa 48 W selama 5 minit, suhu blok aluminium meningkat kepada 42 °C.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan muatan haba tentu?
1 marks
b
Hitungkan muatan haba tentu bagi blok aluminium itu.
2 marks
c
Apakah tujuan blok aluminium itu dibalut dengan kertas tisu dan dilapik dengan kepingan polisterina?
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan sebuah cawan berisi aiskrim.
d(i)
Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri berbeza bagi beberapa cawan untuk menyimpan aiskrim itu supaya tidak mudah cair.
| Cawan | Bahan cawan | Bahan antara dinding berlapis |
|---|---|---|
| P | Plastik | Udara |
| Q | Plastik | Vakum |
| R | Styrofoam | Vakum |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri yang sesuai untuk menyimpan ais krim.
Bahan cawan — ciri dan sebab
2 marks
d(ii)
Bahan antara dinding berlapis — ciri dan sebab
2 marks
d(iii)
Berdasarkan jawapan di 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih cawan yang paling sesuai untuk menyimpan ais krim itu.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur sebuah basikal yang terdiri daripada dinamo dan lampu depan. Apabila tayar basikal berputar, lampu depan menyala disebabkan oleh aruhan elektromagnet.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan aruhan elektromagnet?
1 marks
b
Lampu depan itu mempunyai kuasa 40 W. Berapakah tenaga yang terhasil sekiranya tayar basikal itu **dibiarkan berputar** selama 10 minit?
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan keratan rentas dinamo basikal itu.
c(i)
Sekiranya lampu depan basikal itu menyala malap, nyatakan ciri bagi aspek-aspek berikut bagi menukar dinamo pada Rajah 8.1 supaya lampu menyala lebih terang.
Bahan dawai gegelung — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Ketebalan dawai gegelung — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Permukaan tombol — ciri dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan imej sebatang pen yang diletakkan di bawah kanta cembung X yang mempunyai panjang fokus 5 cm.
a
Apakah fenomena gelombang yang terlibat dalam penghasilan imej pen tersebut?
1 marks
b
Terangkan bagaimana panjang fokus kanta cembung X dalam Rajah 9.1 dapat ditentukan.
4 marks
Satu objek dengan ketinggian 2 cm diletakkan pada jarak 10 cm di hadapan kanta cembung X. Hitung:
c(i)
Jarak imej yang terbentuk
2 marks
c(ii)
Pembesaran linear bagi imej itu.
2 marks
c(iii)
Tinggi imej
1 marks
d
Kanta cembung X dalam Rajah 9.1 digabungkan dengan sebuah kanta cembung Y yang mempunyai panjang fokus 50 cm untuk dijadikan sebuah teleskop ringkas.
Rajah 9.2 menunjukkan empat kaedah P, Q, R dan S digunakan untuk membina sebuah teleskop ringkas.
Anda dikehendaki menentukan kaedah yang paling sesuai untuk membina sebuah teleskop ringkas berdasarkan aspek-aspek berikut:
- pemilihan kanta sebagai kanta objek dan kanta mata
- perbandingan antara panjang fokus kanta objek dan kanta mata
- jarak antara kanta objek dan kanta mata
- diameter kanta objek
Terangkan kesesuaian aspek-aspek itu dan tentukan kaedah yang paling sesuai untuk membina sebuah teleskop ringkas yang dapat menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu litar rektifikasi gelombang penuh yang tidak lengkap. Litar ini terdiri daripada empat diod J, K, L dan M yang disambungkan kepada bekalan kuasa arus ulang-alik dan osiloskop sinar katod (O.S.K.).
Satu bentuk gelombang terpapar pada skrin O.S.K. apabila suis dihidupkan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan rektifikasi?
1 marks
b
Salin litar dalam kotak A. Lengkapkan susunan diod K dan M. Terangkan bagaimana bentuk gelombang surihan output pada skrin O.S.K. terhasil. Seterusnya, nyatakan kaedah untuk meratakan gelombang tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagi diod K dan diod M, antara bucu mana setiap diod disambung dan ke bucu mana simbol diod (anak panah) menghala)*
5 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan satu litar transistor yang digunakan untuk menghidupkan penggera kebakaran.
Penggera itu akan berbunyi apabila beza keupayaan merentasi perintang 10 kΩ adalah 4 V.
Hitung
(i) beza keupayaan merentasi termistor
(ii) rintangan pada termistor.
4 marks
d
Jadual 10 menunjukkan empat litar transistor W, X, Y dan Z yang digunakan untuk menghidupkan sebuah lampu sorot 240 V, 1000 W.
Kaji setiap ciri dalam litar transistor tersebut dan terangkan kesesuaian setiap ciri berdasarkan aspek-aspek berikut:
- kedudukan perintang peka cahaya (PPC)
- penggunaan perintang, R
- kaedah sambungan bateri
- penggunaan suis geganti
Tentukan litar transistor yang dapat menghidupkan lampu sorot pada waktu redup atau malam. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b) menunjukkan spring yang sama digantungkan dengan pemberat 1 N dan 3 N untuk mengkaji kekenyalan satu spring.
X~1~ dan X~2~ merupakan pemanjangan spring yang terhasil.
a
Apakah yang dimaksudkan kekenyalan?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b)
(i) Bandingkan pemalar spring, berat beban dan pemanjangan spring, x.
(ii) Hubungkait berat beban dan pemanjangan spring. Namakan hukum fizik yang terlibat.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan graf daya, F melawan pemanjangan spring, x bagi suatu spring J.
Berdasarkan graf dalam Rajah 11.2, terangkan bagaimana kekerasan spring dan tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan di dalam spring dapat ditentukan.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan buaian yang diduduki oleh seorang kanak-kanak. Spring buaian itu telah memanjang apabila diduduki oleh kanak-kanak itu.
Anda dikehendaki merekacipta sebuah buaian yang boleh digunakan oleh orang dewasa yang berjisim lebih besar.
Nyata dan terangkan cadangan anda berdasarkan ciri-ciri buaian dan spring.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open