Negeri Sembilan Trial 2022 Physics Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Physics
Negeri Sembilan Trial 2022 Physics Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
14 marks
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada spektrum elektromagnet.
a
Tandakan (✓) untuk jawapan yang betul dalam petak yang disediakan.
Jenis spektrum yang ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah
- ☐ spektrum selanjar
- ☐ spektrum garis
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 1, namakan kuantiti fizik yang diwakili oleh anak panah.
1 marks
c(i)
Gariskan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah:
Selain Max Planck dan Albert Einstein, (**Isaac Newton** / **Louis de Broglie**) juga merupakan ahli fizik yang memperkenalkan idea tentang teori kuantum.
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
c(ii)
Apakah yang berlaku kepada tenaga foton sekiranya frekuensi cahaya bertambah?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan sebuah tiub pemesongan yang digunakan untuk memerhatikan sifat elektron (sinar katod) dengan bekalan kuasa voltan lampau tinggi (VLT) 6 000 V.
a
Nyatakan maksud sinar katod.
1 marks
b
Hitungkan tenaga elektrik yang dimiliki oleh setiap elektron.
2 marks
c
Pertambahan nilai voltan bekalan kuasa rendah tidak meningkatkan sudut pesongan elektron. Jelaskan mengapa.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan pelakuran nukleus deuterium dan tritium.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pelakuran nukleus?
1 marks
b
Tuliskan persamaan tindak balas nuklear yang berlaku berdasarkan dalam Rajah 3.
1 marks
Tindak balas nuklear tersebut membebaskan jumlah tenaga yang besar disebabkan oleh cacat jisim.
Jadual 1 menunjukkan jisim setiap nuklid dalam unit jisim atom, u.j.a.
| Nuklid | Simbol | Unit Jisim Atom (u.j.a) |
|---|---|---|
| Deuterium | $^{2}_{1}\text{H}$ | 2.01410 |
| Tritium | $^{3}_{1}\text{H}$ | 3.01605 |
| Helium | $^{4}_{2}\text{He}$ | 4.00260 |
| Neutron | $^{1}_{0}\text{n}$ | 1.00867 |
1 u.j.a = 1.66 × 10^-27^ kg
Jadual 1
c(i)
Tentukan cacat jisim dalam unit S.I.
2 marks
c(ii)
Hitung tenaga yang dibebaskan.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan corak gelombang yang merambat dari kawasan laut dalam ke arah pantai.
a
Nyatakan fenomena yang berlaku dalam situasi di atas.
1 marks
b
Terangkan mengapa muka gelombang air laut akan mengikut bentuk pantai apabila menghampiri pantai.
3 marks
c
Dalam Rajah 4.2, lengkapkan lukisan bagi perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis di sempadan, arah perambatan gelombang di kawasan cetek, serta arah dan jarak antara muka gelombang yang anda lukis di kawasan cetek berbanding di kawasan dalam.)*
3 marks
d
Satu gelombang satah mempunyai panjang gelombang 2 cm dan halaju 8 cm s^-1^ semasa ia bergerak di kawasan cetek. Apabila ia bergerak di kawasan air dalam, halajunya menjadi 12 cm s^-1^. Berapakah panjang gelombang air di kawasan air dalam?
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebuah kapal selam dengan tangki balast yang kosong terapung di dalam laut. Rajah 5.2 menunjukkan kapal selam itu tenggelam apabila air dimasukkan ke dalam tangki balast.
a
Tandakan (✓) untuk jawapan yang betul dalam petak yang disediakan.
Daya apungan ialah
- ☐ Daya yang bertindak ke arah atas pada objek yang tenggelam dalam cecair
- ☐ Berat air yang disesarkan apabila suatu objek tenggelam dalam cecair
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
Berat kapal selam
1 marks
b(ii)
Berat air disesarkan
1 marks
b(iii)
Daya apungan
1 marks
c
Hubungkaitkan berat air disesarkan dengan daya apungan.
1 marks
d
Namakan prinsip fizik yang terlibat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.2, jika isipadu air laut yang disesarkan oleh kapal selam ialah 1.2 × 10^9^ cm^3^,
[Diberi ketumpatan air laut = 1 020 kg m^-3^]
e(i)
kira berat air laut yang disesarkan oleh kapal selam.
2 marks
e(ii)
Berapakah daya apungan yang bertindak ke atas kapal selam?
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan rajah sinar bagi satu objek tegak yang berada pada dua jarak yang berbeza di hadapan satu kanta cembung yang sama.
a
Namakan fenomena cahaya yang terlibat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2,
b(i)
Bandingkan jarak objek
1 marks
b(ii)
Bandingkan jarak imej
1 marks
b(iii)
Bandingkan saiz imej
1 marks
b(iv)
Hubungkaitkan jarak objek dengan jarak imej
1 marks
b(v)
Hubungkaitkan jarak objek dengan saiz imej
1 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan satu rajah sinar yang tidak lengkap.
Lengkapkan rajah sinar dalam Rajah 6.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: laluan setiap sinar yang anda lukis dari hujung objek melalui kanta, garisan yang anda lanjutkan (jika ada), serta kedudukan dan ciri imej yang terbentuk.)*
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan seorang ahli arkeologi yang berjisim 65 kg sedang bergerak melintasi dua tebing batu menggunakan seutas tali yang diregangkan. Dia berhenti berehat di tengah-tengah tali tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan daya?
1 marks
b
Lukiskan segi tiga daya bagi berat beban, W dan tegangan tali, T yang dihasilkan oleh ahli arkeologi tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketiga-tiga daya (W dan dua tegangan T), arah anak panah setiap daya, cara daya-daya itu bersambung membentuk segi tiga, dan sudut yang anda tandakan.)*
1 marks
c
Hitungkan tegangan tali, T yang dihasilkan oleh ahli arkeologi itu sekiranya kedua-dua sudut, θ ialah 20°.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan sebuah kereta sorong.
d(i)
| Kereta sorong | Kaedah menggerakkan kereta sorong | Saiz tayar |
|---|---|---|
| K | Tolak (gambar: pekerja menolak kereta sorong dari belakang) | Besar |
| L | Tarik (gambar: pekerja menarik kereta sorong di belakangnya) | Besar |
| M | Tolak (gambar: pekerja menolak kereta sorong dari belakang) | Kecil |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri kereta sorong supaya kereta sorong ini lebih sesuai digunakan di tapak pembinaan.
Kaedah menggerakkan kereta sorong
Sebab
2 marks
d(ii)
Saiz tayar
Sebab
2 marks
e
Berdasarkan jawapan dalam 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih jenis kereta sorong yang paling sesuai untuk digunakan untuk kerja berat dalam pembinaan.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah alat pemanas air berlabel 240 V, 3 kW.
a
Takrifkan 240 V, 3 kW.
1 marks
b
Pemanas air mandian digunakan selama 4 jam sehari. Hitung tenaga yang digunakan dalam unit kWj selama 30 hari.
2 marks
Elemen pemanas pada Rajah 8.2 direka bentuk untuk menghasilkan kuantiti haba yang banyak. Penghasilan haba bergantung kepada ciri-ciri dawai dan elemen pemanas tersebut.
c(i)
Rajah 8.3 (label pemanas air):
> **Oster** — MODEL: 5716 — 120V~, 60Hz, 900W
> DO NOT IMMERSE IN WATER / NE PAS IMMERGER DANS L'EAU
> FOR HOUSEHOLD USE ONLY / USAGE DOMESTIQUE SEULEMENT
> MADE IN CHINA / FABRIQUE EN CHINE — P.N. 124694 — (logo UL: LISTED E138980 6K89)
Julia yang sedang belajar di Kanada ingin membeli pemanas air dan membawa pulang ke Malaysia. Namun begitu, berdasarkan spesifikasi di Rajah 8.3, alat yang dibawa tidak boleh digunakan di Malaysia. Sekiranya Julia berhasrat untuk menggunakan, cadangkan pengubahsuaian yang boleh dibuat supaya pemanas air tersebut boleh digunakan.
Berdasarkan Rajah 8.2 dan Rajah 8.3, nyatakan ciri-ciri pemanas air yang sesuai untuk memanaskan air dengan lebih cepat dan dapat digunakan di negara ini. Berikan satu sebab bagi kesesuaian setiap ciri.
Bahan unsur pemanas
Sebab
2 marks
c(ii)
Luas keratan rentas unsur pemanas
Sebab
2 marks
c(iii)
Jenis transformer
Sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah roket yang sedang bergerak melepasi lapisan atmosfera bumi.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan halaju lepas?
1 marks
a(ii)
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi halaju lepas?
2 marks
a(iii)
Terangkan mengapakah Bumi boleh mengekalkan lapisan atmosferanya.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah satelit komunikasi.
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri bagi empat satelit komunikasi.
| Satelit | Saiz antena | Jenis satelit | Bilangan sel solar | Jisim (kg) |
|---|---|---|---|---|
| J | Besar | Geopegun | Banyak | 3 000 |
| K | Kecil | Bukan geopegun | Sederhana | 2 000 |
| L | Besar | Bukan geopegun | Banyak | 10 000 |
| M | Kecil | Geopegun | Sedikit | 6 000 |
Jadual 9
Anda ditugaskan untuk mengkaji ciri-ciri satelit yang sesuai untuk telekomunikasi. Pilih satelit yang paling sesuai dan berikan sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Satu satelit berjisim 600 kg sedang mengorbit bumi pada ketinggian 300 km dari permukaan bumi.
[G = 6.67 × 10^-11^ N m^2^ kg^-2^, jisim Bumi = 6 × 10^24^ kg, jejari Bumi = 6.37 × 10^6^ m]
Hitung
c(i)
Kelajuan satelit mengelilingi bumi.
3 marks
c(ii)
Tempoh satelit mengelilingi bumi.
2 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seekor ikan yang dimasak menggunakan sebuah dapur induksi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan aruhan elektromagnet?
1 marks
b
Berpandukan kepada konsep fizik, terangkan bagaimana dapur induksi berfungsi.
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan bahagian dalam dapur induksi.
Jadual 10 menunjukkan spesifikasi J, K, L dan M bagi empat dapur induksi dan periuk yang sesuai yang perlu digunakan untuk memasak makanan.
| Dapur | J | K | L | M |
|---|---|---|---|---|
| Bahagian lapik atas | Seramik | Kuprum | Seramik | Kuprum |
| Jenis bahan kuali | Tidak magnetik | Feromagnet | Feromagnetik | Tidak magnetik |
| Dawai gegelung | Wayar berpintal | Dawai tunggal | Wayar berpintal | Wayar berpintal |
| Jenis bekalan kuasa | Arus terus (a.t) | Arus ulang alik (a.u) | Arus ulang alik (a.u) | Arus terus (a.t) |
Jadual 10
Anda dikehendaki untuk mengkaji spesifikasi bagi empat dapur dan tentukan dapur manakah yang paling sesuai digunakan untuk memasak makanan dengan cekap. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan simbol bagi sebuah transformer injak turun.
d(i)
Hitungkan voltan output.
2 marks
d(ii)
Hitungkan kuasa input transformer jika arus yang mengalir di dalam gegelung primer ialah 0.2 A.
1 marks
d(iii)
Hitungkan arus output yang mengalir dalam mentol berlabel 10 V, 36 W yang dipasang pada gegelung sekunder. (Anggap transformer ialah unggul)
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan dua cawan kopi panas yang sama jisim dan suhu awal yang sama. Sebatang sudu logam dan sebatang sudu plastik yang sama jisim diletakkan dalam cawan kopi masing-masing. Suhu kopi berkurang selepas beberapa minit.
a(i)
Apakah maksud muatan haba?
1 marks
a(ii)
Rajah 11.2 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi kedua-dua sudu itu.
Berdasarkan Rajah 11.2, bandingkan suhu akhir, masa yang diambil untuk menjadi panas dan kadar perubahan suhu bagi setiap sudu.
Hubungkaitkan muatan haba tentu dan masa untuk sudu-sudu itu menjadi panas.
Seterusnya, hubungkaitkan muatan haba tentu dan kadar perubahan suhu sudu.
5 marks
b
Selepas satu jam, suhu kopi dalam kedua-dua cawan adalah sama dengan suhu persekitaran. Terangkan bagaimana ia berlaku.
4 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah rumah kontena.
Dengan menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan kegunaan bahan-bahan yang sesuai dan rekabentuk tertentu bagi meningkatkan lagi sistem peredaran udara dalam rumah dan memastikan suhu dalam rumah tidak tinggi. Jawapan anda hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut:
- Bilangan tingkap
- Saiz tingkap
- Bahan untuk dinding dan bumbung
- Ciri tambahan yang boleh menyejukkan rumah itu
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open