Rajah 1 menunjukkan tujuh jenis gelombang elektromagnet membentuk satu spektrum selanjar yang dikenali sebagai spektrum elektromagnet.
a
Gariskan pada jawapan yang betul.
Gelombang elektromagnet terdiri daripada medan elektrik dan medan magnet yang berayun secara (**berserenjang / selari**) dengan satu sama lain.
*(Tulis jawapan yang anda pilih.)*
1 marks
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan
b(i)
gelombang elektromagnet yang mempunyai frekuensi yang paling tinggi.
1 marks
b(ii)
gelombang elektromagnet yang diaplikasikan untuk mengeringkan cat pada kereta.
1 marks
c
Berikan satu ciri gelombang elektromagnet.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan imej yang terbentuk dari cermin sisi kenderaan.
a(i)
Nyatakan cermin melengkung yang digunakan dalam Rajah 2.1.
1 marks
a(ii)
Jelaskan jawapan anda di 2(a)(i).
1 marks
b
Tentukan kedudukan imej dalam Rajah 2.1 dengan melengkapkan rajah sinar dalam Rajah 2.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar baharu yang anda lukis (dari mana, ke mana, arah anak panah, garis penuh atau putus-putus), dan kedudukan serta rupa imej yang anda lukis.)*
2 marks
c
Apakah yang berlaku kepada saiz imej apabila kelengkungan cermin ditambah?
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah kereta mainan.
a(i)
Tandakan (√) pada jawapan yang betul.
Kipas pada Rajah 3.1 akan berpusing dalam arah
- lawan jam sahaja atau ikut jam sahaja
- lawan jam dan ikut jam
*(Tulis jawapan yang anda pilih.)*
1 marks
a(ii)
Namakan peraturan fizik yang digunakan untuk menentukan arah putaran kipas pada kereta mainan.
1 marks
b(i)
Apabila sel kering dipasangkan, kipas mula berputar. Dengan menggunakan bantuan Rajah 3.2, lengkapkan Rajah 3.3 tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah arus dalam setiap dawai, corak dan arah garisan medan magnet yang anda lukis, dan arah daya ke atas setiap dawai atau arah putaran gegelung.)*
2 marks
b(ii)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku semasa kipas berputar.
1 marks
b(iii)
Nyatakan **satu** kaedah lain yang boleh meningkatkan kelajuan putaran kipas.
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan tekanan pada tayar kereta Encik Khairul pada awal pagi sebelum bertolak ke Ipoh. Suhu awal tayar sebelum dia bertolak ialah 25 °C.
a
Nyatakan fungsi Tolok Bourdon.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan hukum gas yang terlibat.
1 marks
c
Nyatakan hubungan di antara tekanan udara dan suhu.
1 marks
d
Berdasarkan teori kinetik gas, terangkan hubungan di antara tekanan udara dalam tayar dengan suhu.
2 marks
e
Berdasarkan Rajah 4, hitung suhu tayar kereta setelah tiba di Ipoh jika tekanan tayar ialah 240 kPa.
2 marks
f
Seorang pemilik kenderaan mengisi angin tayar kenderaannya pada tekanan $2.7 \times 10^{5}$ Pa di Cameron Highland, Pahang semasa pukul 5.00 pagi ketika suhu 17 °C. Beliau kemudiannya memandu pulang sejauh 220 km ke Kuala Lumpur dengan suhu persekitaran 34 °C, berapakah tekanan tayarnya pada masa itu?
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan planet Bumi dan Marikh yang mengorbit Matahari.
a
Jisim adalah kuantiti ……
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1,
b(i)
bandingkan jisim planet Bumi dan planet Marikh.
1 marks
b(ii)
bandingkan jejari orbit bagi planet Bumi dan planet Marikh.
1 marks
b(iii)
nyatakan hubungan antara jejari orbit dan tempoh orbit.
1 marks
b(iv)
bentuk orbit planet Bumi dan planet Marikh.
1 marks
c
Nyatakan hukum yang terlibat dalam 5(b)(iv).
1 marks
d
Apakah yang terjadi kepada tempoh orbit jika jisim planet bertambah?
1 marks
e
Planet P mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu orbit lengkap dan jaraknya dari Matahari ialah $7.78 \times 10^{8}$ m. Jika planet Q mengambil masa 24 tahun untuk membuat satu orbit lengkap mengelilingi Matahari, berapakah jarak di antara planet Q dengan Matahari?
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan dua litar sel foto yang diselaputi oleh dua bahan berbeza. Apabila sel-sel foto disinari oleh cahaya, arus fotoelektrik akan terhasil dalam litar.
Sel-sel foto yang diselaputi oleh bahan cesium disinari oleh cahaya biru berfrekuensi $6.67 \times 10^{14}$ Hz.
b(i)
Kira tenaga foton menggunakan $E = hf$.
2 marks
b(ii)
Berapakah halaju maksimum fotoelektron yang terpancar keluar menggunakan rumus $E = W + \frac{1}{2}mv^2$.
(Jisim elektron, m = $9.11 \times 10^{-31}$ kg)
2 marks
Berdasarkan Rajah 6,
c(i)
sel foto manakah yang mempunyai fungsi kerja logam yang lebih besar?
1 marks
c(ii)
sel foto manakah yang mempunyai panjang gelombang maksimum untuk penghasilan arus fotoelektrik yang lebih besar?
1 marks
c(iii)
Sel foto manakah yang mempunyai frekuensi ambang yang lebih besar?
1 marks
d
Menggunakan jawapan anda di 6(c), hubungkaitkan fungsi kerja logam dan panjang gelombang maksimum yang diperlukan untuk penghasilan arus fotoelektrik.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan seorang pekerja sedang membersihkan lantai dengan sebatang mop. Daya yang dikenakan ke atas batang mop itu dilabelkan sebagai F.
a(i)
Pada Rajah 7.1, lakarkan dua komponen leraian daya yang bertindak ke atas batang mop tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: komponen-komponen yang anda lukis, arah setiap anak panah, dan dari titik mana ia bermula.)*
1 marks
a(ii)
Kira magnitud daya komponen menegak dan komponen mengufuk yang dikenakan jika sudut θ = 65°.
2 marks
b
Apakah maksud leraian daya?
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan kanak-kanak sedang bermain gelongsor di taman permainan. Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri bagi gelongsor P, Q dan R.
Berdasarkan jawapan anda di 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan gelongsor yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan satu label yang memaparkan voltan dan kuasa elektrik yang diperlukan oleh sebuah seterika untuk beroperasi.
a
Berdasarkan Rajah 8, apakah yang dimaksudkan dengan label '240 V, 1300 W' pada seterika itu?
1 marks
b
Tentukan tenaga elektrik yang digunakan oleh seterika itu selama 10 minit.
2 marks
Sebagai seorang warden asrama, anda ditugaskan untuk membeli seterika elektrik baru yang jimat tenaga, mudah dibawa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Nyatakan ciri-ciri seterika elektrik yang sesuai. Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
c(i)
**Kuasa seterika elektrik** — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
**Jisim seterika** — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
**Fius terma** — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah jek hidraulik.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
namakan prinsip fizik yang terlibat.
1 marks
a(ii)
Terangkan prinsip kerja bagaimana jek hidraulik berfungsi.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan jek hidraulik yang sama dikenakan daya, F~1~ = 50 N pada omboh input.
b(i)
Hitung tekanan pada omboh input.
2 marks
b(ii)
Tentukan tekanan yang bertindak pada omboh output.
1 marks
b(iii)
Hitung daya, F~2~.
2 marks
c
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri bagi empat jek hidraulik P, Q, R dan S.
| Jek hidraulik | Cecair hidraulik | Takat didih cecair hidraulik | Luas omboh input | Luas omboh output |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Minyak | Tinggi | Kecil | Besar |
| **Q** | Air | Tinggi | Besar | Kecil |
| **R** | Minyak | Rendah | Besar | Kecil |
| **S** | Air | Rendah | Kecil | Besar |
Jadual 9
Anda dikehendaki untuk menentukan jek hidraulik yang paling sesuai untuk mengangkat kereta yang berjisim besar. Kaji ciri-ciri keempat-empat jek hidraulik. Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan jek hidraulik yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan litar yang digunakan sebagai amplifier arus.
a(i)
Namakan jenis transistor yang digunakan dalam litar tersebut.
1 marks
a(ii)
Apabila suis ditutup, kecerahan mentol X dan mentol Y berbeza. Terangkan bagaimana keadaan ini berlaku.
4 marks
b
Puan Sheila perlu mengawasi bayinya yang tidur di bilik lain. Dia memerlukan sejenis pencetus di biliknya untuk menyedarkannya jika bayinya bangun dan mula menangis pada waktu malam. Rajah 10.2 menunjukkan satu litar bertransistor tidak lengkap. Jadual 10 menunjukkan empat komponen elektronik yang mungkin boleh disambungkan untuk melengkapkan litar itu.
Menggunakan pengetahuan anda tentang elektronik, pilih mana-mana empat komponen elektronik yang sesuai dalam Jadual 10 untuk melengkapkan litar bertransistor dalam Rajah 10.2. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan satu litar transistor.
c(i)
Perintang R merupakan perintang boleh laras manakala perintang N mempunyai rintangan tetap sebanyak 500 Ω. Transistor boleh dihidupkan apabila beza keupayaan merentasi YZ adalah sama atau lebih tinggi daripada 1 V. Apabila beza keupayaan merentasi Y dan Z ialah 1 V, tentukan
beza keupayaan merentasi XZ,
1 marks
c(ii)
beza keupayaan merentasi XY,
2 marks
c(iii)
rintangan maksimum, R supaya mentol T menyala.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan seorang atlet membuat lompatan pada suatu ketinggian sebelum mendarat di atas tilam P.
Rajah 11.2 menunjukkan atlet yang sama membuat lompatan pada ketinggian yang sama sebelum mendarat di atas tilam Q.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya?
1 marks
b
Dengan menggunakan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan ketebalan tilam, masa impak atlet dan daya impuls atlet. Hubung kaitkan antara masa impak atlet dan daya impuls atlet selepas dia jatuh ke atas tilam itu. Namakan hukum yang terlibat.
5 marks
Lompat jauh ialah sukan trek dan padang yang melibatkan lompatan mendatar untuk jarak jauh. Rajah 11.3 menunjukkan gerakan seorang atlet yang melakukan lompat jauh.
c(i)
Berdasarkan Rajah 11.3, nyatakan sebab atlet itu membengkokkan lutut ketika mendarat.
3 marks
c(ii)
Berdasarkan Rajah 11.3, nyatakan daya yang bertindak pada atlet semasa dia berada di udara.
1 marks
d
Lompat bergalah ialah acara olahraga di mana seseorang menggunakan galah panjang sebagai alat bantuan untuk lompat melepasi palang. Rajah 11.4 menunjukkan seorang atlet lompat bergalah sedang melakukan lompatan tinggi.
Dengan menggunakan konsep fizik yang dipelajari, cadangkan peralatan dan teknik yang sesuai akan membolehkan atlet itu mencapai prestasi yang lebih baik. Cadangan anda harus merangkumi aspek-aspek berikut:
- Galah yang digunakan
- Pergerakan atlet
- Pakaian atlet
- Keselamatan atlet
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open