Rajah 1 menunjukkan sebutir peluru ditembak keluar dari sebuah meriam dengan mengaplikasi Prinsip Keabadian Momentum.
a
Nyatakan Prinsip Keabadian Momentum.
1 marks
b
Nyatakan jenis perlanggaran yang terlibat dalam Rajah 1.
1 marks
c
Nyatakan keadaan meriam apabila peluru dikeluarkan.
1 marks
d
Apakah yang berlaku kepada jumlah momentum selepas tembakan?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu tiub pemesongan yang sedang memancarkan elektron setelah suis dihidupkan.
a
Namakan proses yang membolehkan pemancaran elektron pada katod itu.
1 marks
b
Apabila elektron dipancarkan dalam tiub pesongan, arus yang mengalir dalam 10 saat ialah 0.05 A. Hitung jumlah cas pada elektron itu.
2 marks
c(i)
Lakarkan pesongan alur elektron dalam Rajah 2, jika nilai voltan lampau tinggi (V.L.T) ditingkatkan kepada 5000 V. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk dan kedudukan alur elektron baharu berbanding alur asal dalam Rajah 2.)*
1 marks
c(ii)
Beri **satu** sebab bagi jawapan anda di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 dan 3.2 menunjukkan suatu gas berjisim tetap dipanaskan dalam satu silinder. Bacaan tolok Bourdon adalah tetap.
a
Namakan Hukum gas yang terlibat.
1 marks
b
Berdasarkan teori kinetik jirim, terangkan hubungan antara suhu dan isipadu.
2 marks
c
Udara dalam silinder itu berisipadu 0.30 m^3^ dengan suhu 27 °C, kemudian ia dipanaskan sehingga 80 °C. Berapakah isi padu baharu udara itu?
3 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kelakuan zarah bercas di dalam suatu medan elektrik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan medan elektrik?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4.1, terangkan apakah yang akan berlaku kepada nyalaan lilin apabila bekalan kuasa voltan lampau tinggi, V.L.T. dihidupkan?
3 marks
Berdasarkan Rajah 4.1,
c(i)
lakar bentuk nyalaan lilin pada Rajah 4.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk nyalaan lilin, ke arah plat mana setiap bahagian nyalaan tertarik, saiz setiap bahagian, dan label ion yang anda tunjukkan.)*
2 marks
c(ii)
Satu cas 2 C diletakkan dalam satu medan elektrik dan mengalami daya elektrik 0.0032 kN. Hitung kekuatan medan elektrik yang bertindak ke atas cas itu.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebuah planet mengelilingi matahari. Masa yang diambil untuk planet bergerak dari A ke B adalah sama dari C ke D.
a
Nyatakan Hukum Kepler Kedua.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1, bandingkan
b(i)
panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
1 marks
b(ii)
luas yang dicakupi oleh planet di kawasan AFB dan CFD.
1 marks
b(iii)
laju linear A ke B dan C ke D.
1 marks
c(i)
Nyatakan hubungan antara panjang lengkok dengan laju linear yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
1 marks
c(ii)
Namakan daya yang bertindak ke atas planet yang sedang mengorbit matahari seperti dalam Rajah 5.1.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan sebuah satelit yang mengorbit Bumi.
d(i)
Tandakan arah laju linear yang bertindak ke atas satelit dalam Rajah 5.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari mana anak panah anda bermula dan ke arah mana ia menghala berbanding orbit dan jejari orbit.)*
1 marks
d(ii)
Satelit tersebut telah sampai ke angkasa lepas dan sedang mengorbit bumi pada ketinggian, h = 2.0 Mm. Hitung laju linear satelit ketika mengorbit bumi.
[Diberi jisim bumi, M = $5.97 \times 10^{24}$ kg dan jejari bumi, R = $6.37 \times 10^{6}$ m]
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua tindak balas nukleus X dan Y masing-masing. Kedua-dua tindak balas ini membebaskan sejumlah tenaga nuklear yang besar.
Jadual 1 menunjukkan jumlah jisim nuklid-nuklid yang terlibat sebelum dan selepas tindak balas nukleus, X dan Y.
| Tindak balas nukleus | Jumlah jisim sebelum tindak balas (u) | Jumlah jisim selepas tindak balas (u) | Tenaga dibebaskan / J |
|---|---|---|---|
| Tindak balas X | 236.05259 | 235.86653 | $2.78 \times 10^{-11}$ |
| Tindak balas Y | 5.030 | 5.012 | $2.69 \times 10^{-12}$ |
Jadual 1
a
Nyatakan nama lain bagi tenaga nuklear.
1 marks
Lengkapkan persamaan tindak balas X dan Y di bawah.
b(i)
Tindak balas X
${}^{235}_{92}U + {}^{1}_{0}n \rightarrow {}^{92}_{36}Kr + {}^{141}_{[\;]}Ba + 3\,{}^{1}_{0}n$ + tenaga/energy
*(Tulis nombor yang hilang dalam kurungan.)*
1 marks
b(ii)
Tindak balas Y
${}^{2}_{1}H + {}^{3}_{1}H \rightarrow {}^{[\;]}_{2}He + {}^{1}_{0}n$ + tenaga/energy
*(Tulis nombor yang hilang dalam kurungan.)*
1 marks
Berdasarkan Jadual 1, bandingkan
c(i)
Tenaga yang dibebaskan
1 marks
c(ii)
Cacat jisim selepas tindak balas.
1 marks
c(iii)
Bilangan neutron selepas tindak balas.
1 marks
d
Menggunakan jawapan anda di 6(c), hubungkaitkan tenaga nuklear yang dibebaskan dengan cacat jisim.
1 marks
e
Namakan
Tindak balas X : …
Tindak balas Y : …
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan kerusi yang digunakan di kedai gunting rambut yang menggunakan sistem hidraulik yang terdiri dari pedal, omboh kecil, omboh besar dan cecair di dalamnya. Prinsip Pascal diaplikasikan untuk melaras ketinggian kerusi.
a
Nyatakan prinsip Pascal.
1 marks
Luas keratan rentas omboh kecil yang bersambung pada pedal dan luas keratan omboh besar yang bersambung kepada kerusi adalah seperti berikut:
Luas keratan rentas omboh kecil = 96 cm^2^
Luas keratan rentas omboh besar = 1 224 cm^2^
b(i)
Apakah nilai faktor penggandaan bagi sistem hidraulik dalam Rajah 7?
1 marks
b(ii)
Kerusi dan pelanggan menggenakan daya sebesar 2124 N ke atas omboh besar. Hitung daya yang perlu dikenakan ke atas omboh kecil untuk mengangkat kerusi dan pelanggan tersebut.
2 marks
Anda diminta mengkaji ciri-ciri tiga kerusi gunting rambut P, Q dan R seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Kerusi gunting rambut | Jenis cecair | Nilai faktor penggandaan |
|---|---|---|
| P | Air | 45 / 2 |
| Q | Minyak | 25 / 1 |
| R | Air | 2 / 45 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri bagi sebuah kerusi gunting rambut yang dapat menampung pelanggan yang mempunyai jisim yang lebih besar dan tahan lebih lama. Beri sebab untuk kesesuaian ciri-ciri berikut:
c(i)
Jenis cecair — beserta sebab.
2 marks
c(ii)
Nilai faktor penggandaan — beserta sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan kerusi gunting rambut yang boleh menampung pelanggan yang mempunyai jisim lebih besar dan tahan lebih lama.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah motor arus terus berputar dalam suatu medan magnet dengan menghasilkan satu medan lastik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan medan lastik?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8.2, lukiskan satu corak medan lastik yang terhasil. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis-garis medan magnet di antara kutub dan di sekeliling kedua-dua dawai, arah anak panah garis medan, dan arah daya pada setiap dawai.)*
2 marks
Rajah 8.3 menunjukkan sebuah alat mudah alih yang boleh berfungsi sebagai pemutar skru atau gerudi berupaya berputar dengan kelajuan yang rendah apabila memutar skru.
c(i)
Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan untuk menambahkan kelajuan putaran apabila digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding dengan lebih berkesan berdasarkan aspek-aspek berikut.
Bilangan lilitan dawai gegelung — beserta sebab.
2 marks
c(ii)
Bentuk magnet — beserta sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis bahan dawai gegelung — beserta sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu spektrum gelombang elektromagnet.
a
Namakan jenis gelombang bagi gelombang elektromagnet.
1 marks
b
Terangkan kelebihan gelombang radio yang digunakan pada alat kawalan jauh sebuah dron.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah kapal yang digunakan untuk melakukan proses pemetaan dasar laut. Satu alat pemancar gelombang memancarkan isyarat gelombang ke dasar laut. Isyarat gelombang itu dikesan semula 120 ms selepas dipancarkan. Isyarat gelombang yang dipancarkan mempunyai frekuensi 25 000 Hz dan halaju gelombang $1.5 \times 10^{3}\ \text{m s}^{-1}$.
c(i)
Hitung:
kedalaman laut dari bahagian bawah kapal.
3 marks
c(ii)
panjang gelombang isyarat yang dipancarkan.
2 marks
d
Jadual 9 menunjukkan empat kapal **R**, **S**, **T** dan **U** yang boleh melakukan proses pemetaan dasar laut dengan spesifikasi yang berbeza.
| Kapal | Bilangan transduser | Frekuensi gelombang | Panjang gelombang (m) | Jenis gelombang |
|---|---|---|---|---|
| **R** | 50 | Tinggi | $2 \times 10^{2}$ | Gelombang mikro |
| **S** | 50 | Rendah | $9 \times 10^{-2}$ | Gelombang mikro |
| **T** | 100 | Tinggi | $6 \times 10^{-2}$ | Gelombang ultrasonik |
| **U** | 100 | Rendah | $5 \times 10^{1}$ | Gelombang ultrasonik |
Jadual 9
Kaji setiap ciri kapal **R**, **S**, **T** dan **U** dan terangkan kesesuaian setiap ciri. Tentukan kapal yang paling sesuai dan boleh berfungsi dengan baik untuk membuat pemetaan dasar laut. Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 (a) menunjukkan satu spring yang tebal dan mempunyai sifat kekenyalan termampat apabila sebiji bola logam ditekan ke atas spring tersebut dengan suatu daya. Rajah 10.1 (b) menunjukkan tinggi maksimum yang dicapai oleh bola logam apabila tangan dilepaskan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kekenyalan?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan bagaimana bola logam boleh mencapai ketinggian maksimum.
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan satu spring digunakan dalam sebatang pen.
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri spring yang digunakan dalam sebatang pen.
| Spring | Panjang spring (cm) | Kadar pengaratan | Bahan | Ketebalan dawai |
|---|---|---|---|---|
| **R** | 2 | Rendah | Besi | Rendah |
| **S** | 4 | Tinggi | Besi | Tinggi |
| **T** | 2 | Tinggi | Keluli | Tinggi |
| **U** | 4 | Rendah | Keluli | Rendah |
Jadual 10
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri spring dalam Jadual 10. Jelaskan kesesuaian setiap ciri spring tersebut. Tentukan spring yang manakah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan mata pen dengan lebih mudah. Berikan alasan untuk pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.4 menunjukkan satu spring dengan panjang asal 15 cm dikenakan suatu beban, P dan termampat sehingga 12 cm. Apabila satu beban 10 kg dikenakan kepada spring yang sama, spring termampat menjadi 5 cm.
d(i)
Hitung,
pemalar spring
3 marks
d(ii)
jisim beban, P
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan sinar biasan bagi intan dan kaca apabila merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium kurang tumpat pada sudut genting yang berbeza.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut genting?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan sudut genting, c, ketumpatan optik dan indeks biasan, n. Seterusnya nyatakan hubungan antara indeks biasan dengan ketumpatan optik dan hubungkaitkan antara indeks biasan dengan sudut genting.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan satu pembentukan pelangi yang biasanya berlaku pada siang hari selepas hujan.
Terangkan bagaimana pelangi terhasil.
4 marks
d
Rajah 11.4 (a) menunjukkan struktur satu gentian optik dan Rajah 11.4 (b) menunjukkan satu isyarat cahaya yang bergerak melalui satu gentian optik.
Dengan menggunakan konsep fizik yang bersesuaian, terangkan pengubahsuaian yang boleh dibuat kepada struktur gentian optik dalam Rajah 11.4 untuk meningkatkan keberkesanan gentian optik itu dalam sistem telekomunikasi. Nyata dan terangkan pengubahsuaian itu berdasarkan kepada bilangan gentian optik, ciri-ciri bahan gentian optik dan ciri-ciri teras dalam.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open