Rajah 1.1 di bawah menunjukkan sebuah litar elektrik.
a(i)
Namakan alat Q.
1 marks
a(ii)
Apakah fungsi R dalam litar?
1 marks
Rajah 1.2 di bawah menunjukkan dua jenis ammeter, X dan Y, yang boleh digunakan dalam litar pada Rajah 1.1 di atas.
b(i)
Manakah ammeter yang lebih peka?
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** sebab bagi jawapan di (b)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan suatu objek digantung pada suatu spring yang sedang berayun.
Rajah 2.2 menunjukkan graf sesaran-masa bagi ayunan tersebut.
Berdasarkan Rajah 2.2,
a(i)
nyatakan fenomena yang berlaku kepada sistem ayunan tersebut.
1 marks
a(ii)
apakah kesan kepada amplitud ayunan tersebut.
1 marks
a(iii)
beri **satu** sebab bagi jawapan anda dalam 2(a)(ii).
1 marks
b
Pada Rajah 2.2, labelkan tempoh ayunan, T. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di antara masa berapa dan masa berapa pada paksi masa anda melabel T)*
1 marks
c
Jika jisim objek yang lebih besar digunakan, apakah kesan kepada tempoh ayunan spring?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen menentukan sudut genting bagi suatu blok kaca semi bulatan. Indeks biasan blok kaca itu adalah 1.5.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut genting?
1 marks
b(i)
Hitung sudut genting semi bulatan blok kaca itu.
2 marks
b(ii)
Pada Rajah 3, lengkapkan lintasan sinar cahaya dari titik O. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah sinar cahaya selepas titik O dan sudutnya terhadap garis normal atau permukaan rata blok)*
1 marks
c
Sekiranya sudut tuju ditambah menjadi 45°, apakah yang akan berlaku kepada sinar biasan dan berikan sebab jawapan anda.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan batu lesung dan alu yang digunakan menumbuk ramuan masakan.
a
Nyatakan hukum fizik yang dapat menerangkan situasi dalam Rajah 4.1.
1 marks
b
Namakan daya yang terlibat semasa hentaman.
1 marks
c
Terangkan bagaimana lesung dan alu boleh melumatkan ramuan masakan dengan segera.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu ujian perlanggaran kereta, sebuah kereta berjisim 1200 kg melanggar tembok dengan kelajuan 15 m s^-1^. Kereta itu melantun semula dengan kelajuan 2.6 m s^-1^. Masa perlanggaran ialah 150 ms.
d(i)
Hitungkan impuls dalam perlanggaran.
2 marks
d(ii)
Hitungkan daya impuls yang dikenakan pada kereta.
3 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah satelit buatan dan bulan sedang mengorbit bumi. Satu daya bertindak ke atas satelit dan bulan yang membolehkan kedua-duanya bergerak dalam keadaan membulat. Tempoh mengorbit bumi bagi satelit dan bulan masing-masing mengambil masa 1.5 jam dan 27.3 hari.
a
Namakan daya yang menyebabkan satelit buatan dan bulan bergerak dalam orbit membulat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5, bandingkan
b(i)
Jejari orbit satelit buatan dengan bulan.
1 marks
b(ii)
Tempoh satelit buatan dengan bulan.
1 marks
b(iii)
Laju linear satelit buatan dengan bulan.
1 marks
Berdasarkan kepada jawapan anda dalam (b)(i), (b)(ii) dan (b)(iii), nyatakan hubungan
c(i)
laju linear dan jejari orbit.
1 marks
c(ii)
tempoh dan jejari orbit.
1 marks
d
Apakah akan berlaku kepada satelit buatan jika laju linearnya lebih rendah daripada laju linear orbit?
1 marks
e
Jika jisim satelit buatan dalam Rajah 5 adalah 400 kg, hitung daya yang bertindak ke atas satelit buatan itu yang menyebabkan ianya kekal bergerak dalam orbit.
[jejari bumi: $6.37 \times 10^{6}$ m]
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sebuah bas dan sebuah kereta berada di persimpangan apabila lampu isyarat merah.
Rajah 6.2 menunjukkan kedudukan bas dan kereta dalam keadaan memecut apabila lampu isyarat bertukar hijau.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pecutan?
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2.
b(i)
Bandingkan jisim bas dan kereta.
1 marks
b(ii)
Bandingkan jarak yang dilalui oleh bas dan kereta setelah lampu isyarat bertukar hijau.
1 marks
b(iii)
Bandingkan halaju bas dan kereta setelah lampu isyarat bertukar hijau.
1 marks
Hubungkaitkan,
c(i)
jisim dengan jarak yang dilalui oleh bas dan kereta setelah lampu isyarat bertukar hijau.
1 marks
c(ii)
jisim dengan inersia.
1 marks
d
Nyatakan hukum Fizik yang berkaitan dengan inersia.
1 marks
e
Rajah 6.3 menunjukkan sebuah graf halaju, v melawan masa, t diplot berdasarkan pergerakan sebuah teksi yang bergerak pada halaju tertentu.
Kira sesaran perjalanan dari 10 s hingga 20 s.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan perubahan fasa bagi 0.8 kg air pada suhu 25 °C menjadi ais pada suhu −5 °C.
[Muatan haba tentu air, c~air~ = 4200 J kg^-1^ °C^-1^,
Muatan haba tentu ais, c~ais~ = 2000 J kg^-1^ °C^-1^, dan
Haba pendam tentu pelakuran ais, l~f~ = $3.34 \times 10^{5}$ J kg^-1^]
**Rajah 7.1:** 0.8 kg air pada 25 °C → 0.8 kg air pada 0 °C → **H** → 0.8 kg ais pada 0 °C → 0.8 kg ais pada −5 °C
a
Namakan tenaga haba yang dibebaskan pada H.
1 marks
b
Hitung jumlah kuantiti haba yang perlu dibebaskan oleh air pada suhu 25 °C dan dibekukan sehingga menjadi ais pada suhu −5 °C.
3 marks
Jadual 1 menunjukkan tiga jenis periuk pengukus telur elektrik.
| Jenis periuk | Muatan haba tentu dasar periuk | Bahan badan periuk |
|---|---|---|
| **P** | Tinggi | Tembaga |
| **Q** | Rendah | Kaca |
| **R** | Rendah | Aluminium |
Jadual 1
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1, nyatakan ciri-ciri periuk pengukus yang sesuai digunakan untuk memasak telur dengan lebih berkesan. Berikan sebab bagi kesesuaian ciri-ciri tersebut.
c(i)
Muatan haba tentu bahan dasar periuk — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Bahan badan periuk — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 7(c), tentukan periuk pengukus telur yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan rajah sinar penghasilan imej apabila satu objek berada di hadapan sebuah cermin. C ialah pusat kelengkungan cermin itu.
a
Namakan fenomena cahaya yang berlaku.
1 marks
b
Hitungkan panjang fokus cermin itu.
2 marks
Seorang peniaga bercadang untuk meletakkan satu cermin di lokasi Y untuk membantu memantau keselamatan kedainya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
c(i)
Nyatakan ciri-ciri bagi aspek-aspek berikut bagi pemasangan cermin tersebut agar dapat membantu meningkatkan keselamatan kedai itu.
Jenis cermin — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Kedudukan cermin — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Diameter cermin — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 menunjukkan sebuah bongkah kayu yang mempunyai berat, W = 80 N diletakkan di atas dua satah condong yang serupa tetapi dengan sudut kecondongan yang berbeza.
Daya geseran, F~R~ yang bertindak ke atas bongkah kayu pada kedua-dua satah condong ialah 40 N. Komponen daya, W~x~ pada satah condong, wujud daripada proses leraian daya.
a
Apakah maksud leraian daya?
1 marks
Berdasarkan Rajah 9.1, hitungkan:
b(i)
Komponen berat yang selari dengan satah condong, W~x~.
2 marks
b(ii)
Daya paduan yang bertindak ke atas bongkah kayu.
1 marks
b(iii)
Pecutan bongkah kayu.
[jisim blok kayu, m = 8.16 kg]
2 marks
c
Dengan menggunakan konsep daya, terangkan mengapa bongkah kayu menggelongsor menuruni satah condong apabila sudut kecondongannya ialah 45° dan kekal pegun apabila sudut kecondongannya ialah 30°.
4 marks
d
Jadual 2 menunjukkan empat bingkai gambar yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
Kaji ciri-ciri keempat-empat bingkai gambar tersebut.
Terangkan kesesuaian setiap ciri bagi bingkai gambar tersebut.
Tentukan bingkai paling sesuai untuk digunakan supaya bingkai boleh bertahan lama semasa digantung pada dinding.
Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah kapal memancarkan gelombang ultrasonik untuk menentukan kedalaman laut. Setelah beberapa ketika kapal itu mengesan gelombang itu semula.
a
Nyatakan jenis gelombang bagi gelombang ultrasonik.
1 marks
b
Terangkan bagaimana gelombang ultrasonik digunakan bagi menentukan kedalaman suatu lautan.
4 marks
Gelombang ultrasonik merambat dengan kelajuan 1500 m s^-1^ dalam air laut. Alat pengesan pada kapal menerima gema gelombang ultrasonik 0.12 s selepas ianya dipancarkan.
c(i)
Hitung kedalaman laut.
3 marks
c(ii)
Diberi frekuensi gelombang ultrasonik yang dipancarkan adalah 25 000 Hz. Hitung panjang gelombang bagi gelombang ultrasonik.
2 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan satu sistem radar di lapangan terbang. Isyarat dipancarkan dari sistem radar untuk menentukan kedudukan sebuah kapal terbang.
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri bagi empat sistem radar P, Q, R dan S.
| Jenis sistem radar | Diameter piring parabola | Jenis gelombang yang dipancar | Jarak penerima isyarat dari piring parabola | Ketinggian piring parabola |
|---|---|---|---|---|
| **P** | 10 m | Gelombang radio | Sama dengan panjang fokus | Rendah |
| **Q** | 3 m | Gelombang mikro | Kurang daripada panjang fokus | Tinggi |
| **R** | 9 m | Gelombang mikro | Sama dengan panjang fokus | Tinggi |
| **S** | 5 m | Gelombang radio | Lebih daripada panjang fokus | Rendah |
Jadual 3
Kaji dan terangkan spesifikasi keempat-empat sistem radar dalam Jadual 3 dan pilih sistem radar yang paling sesuai.
Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b) menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tekanan dalam cecair. Apabila penutup lubang dibuka, air mengalir keluar melalui lubang pada sebelah sisi kedua-dua bekas.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan dalam cecair?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b), bandingkan kedalaman air dari permukaan ke lubang, jarak pancutan air dan tekanan pada lubang.
Nyatakan hubungan antara kedalaman dan jarak pancutan air.
Seterusnya hubungkaitkan antara kedalaman air dan tekanan.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan suatu sistem sifon. Terangkan bagaimana air dari akuarium dapat dipindahkan ke dalam bekas dengan menggunakan sistem sifon itu.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah empangan jana kuasa elektrik. Janakuasa ini kurang cekap dan tidak dapat membekalkan cukup bekalan kuasa untuk penduduk setempat.
Anda sebagai jurutera diminta membuat pengubahsuaian ke atas empangan jana kuasa elektrik tersebut supaya dapat membekalkan tenaga yang mencukupi dan selamat.
Cadangan anda mestilah merangkumi jenis bahan dinding tembok dan ciri-ciri rekabentuk tembok penahan, kedudukan empis air serta alat tambahan yang perlu disediakan untuk lebih selamat daripada limpahan air dan elakkan berlaku banjir.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open