Rajah 1 menunjukkan dua objek masing-masing berjisim m~1~ dan m~2~ dipisahkan dengan jarak, r. Daya graviti, F yang bertindak pada objek tersebut dijelaskan oleh satu hukum.
a
Nyatakan hukum yang terlibat.
1 marks
b
Pilih jawapan yang betul di dalam kurungan (tulis kedua-dua pilihan anda).
‘Berdasarkan hukum di (a), daya graviti yang bertindak pada objek adalah (berkadar terus / berkadar songsang) dengan hasil darab jisim m~1~ dan m~2~ serta (berkadar terus / berkadar songsang) dengan r².’
2 marks
c
Apakah yang berlaku pada daya graviti, F jika jarak, r bertambah?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan kesan fotoelektrik ke atas satu plat logam.
a
Apakah foton?
1 marks
Berikut merupakan persamaan bagi pemalar Planck,
E = hf
Jelaskan simbol-simbol yang digunakan dalam persamaan di atas. Diberi E = tenaga gelombang,
b(i)
h = ?
1 marks
b(ii)
f = ?
1 marks
c
Berikan **dua** aplikasi melibatkan kesan fotoelektrik.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan dua buah kereta yang mengalami kemalangan.
a
Apakah maksud momentum?
1 marks
Hitungkan:
b(i)
Momentum sebelum perlanggaran bagi kereta tersebut jika jisim bagi kedua-dua kereta tersebut ialah 1500 kg dan 2000 kg dan bergerak dengan halaju masing-masing 60 m s^-1^ dan 35 m s^-1^.
2 marks
b(ii)
Momentum selepas perlanggaran.
1 marks
c
Apakah prinsip yang diaplikasikan dalam perlanggaran di atas?
1 marks
d
Ramalkan momentum bagi perlanggaran jika halaju kereta bertambah.
1 marks
410 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu sel kering.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik?
1 marks
b
Apakah nilai daya gerak elektrik bagi sel kering dalam Rajah 4.1?
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu litar. d.g.e. sel ialah 1.5 V dan rintangan dalamannya ialah 2 Ω.
Apakah bacaan voltmeter dan ammeter jika,
c(i)
Suis S~1~ dan S~2~ dibuka.
2 marks
c(ii)
Suis S~1~ ditutup dan S~2~ dibuka.
4 marks
c(iii)
Suis S~1~ dan S~2~ ditutup.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara tekanan dengan isi padu gas di dalam satu bekas kedap udara.
a
Nyatakan fungsi Tolok Bourdon.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan:
b(i)
Isi padu gas dalam bekas kedap udara.
1 marks
b(ii)
Bacaan bagi tolok Bourdon.
1 marks
b(iii)
Suhu gas dalam bekas kedap udara itu.
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 5(b)(i) dan 5(b)(ii), nyatakan satu hubungan di antara isi padu gas dengan bacaan tolok Bourdon.
1 marks
d
Namakan **satu** hukum fizik yang terlibat.
1 marks
e
Apakah pemboleh ubah lain yang dimalarkan pada hukum di 5(d)?
1 marks
f
Berikan **dua** aplikasi daripada hukum yang dinyatakan pada 5(d).
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan graf aktiviti – masa bagi radioisotop Kalium-42. Radioisotop ini memancarkan zarah beta yang digunakan sebagai penyurih untuk mengukur kandungan garam dalam badan manusia.
a
Nyatakan satu ciri-ciri zarah beta.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.1, tentukan separuh-hayat Kalium-42. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan separuh-hayat Kalium-42.
Separuh-hayat bagi Kalium-42: …… jam *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf — dari nilai aktiviti mana anda bermula dan ke mana garis itu dilukis.)*
2 marks
c
Hitung masa yang diambil bagi radioisotop Kalium-42 untuk berkurang menjadi $\frac{1}{8}$ daripada aktiviti asalnya.
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan pereputan radioaktif bagi Radium-226, menghasilkan satu nukleus Radon, Rn dan satu nukleus Helium, He.
d(i)
Mengapakah bahan radioaktif seperti Radium-226 mereput?
1 marks
d(ii)
Persamaan pereputan bagi Radium-226 ditunjukkan di bawah.
$^{226}_{88}\text{Ra} \rightarrow {}^{x}_{y}\text{Rn} + {}^{4}_{2}\text{He}$
Nyatakan nilai bagi x dan y.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sinar cahaya yang merambat masuk ke sebuah bongkah kaca semibulatan yang mempunyai indeks biasan 1.5.
a(i)
Hitung sudut genting bongkah kaca itu.
2 marks
a(ii)
Pada Rajah 7.1, lengkapkan lintasan sinar cahaya itu dari titik O. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: apa yang berlaku kepada sinar di O, arah dan sudut sinar selepas O, dan bagaimana sinar keluar dari bongkah.)*
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan sebuah binokular berprisma. Rajah 7.3 menunjukkan susunan dua prisma 45° / 45° dengan indeks biasan 1.5 dalam binokular itu.
Pada Rajah 7.3, lukiskan lintasan sinar cahaya yang memasuki dua prisma itu melalui kanta objektif. Tunjukkan arah sinar cahaya itu. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: laluan sinar dari kanta objek melalui kedua-dua prisma hingga ke kanta mata — di mana sinar berubah arah, arah gerakannya selepas setiap perubahan, serta anak panah dan garis normal yang anda lukis.)*
2 marks
Sebuah kanta objektif digunakan dalam binokular supaya objek dapat dilihat dengan lebih jelas dan lebih besar. Nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi kanta yang digunakan sebagai kanta objek. Berikan **satu** sebab bagi kesesuaian setiap ciri itu.
c(i)
Panjang fokus kanta itu — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter kanta itu — ciri dan sebab.
2 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan tiga transformer unggul. Diod di dalam litar digunakan untuk tujuan rektifikasi.
Petunjuk: N~p~ = Bilangan lilitan gegelung primer; N~s~ = Bilangan lilitan gegelung sekunder
a
Apakah yang dimaksudkan dengan rektifikasi?
1 marks
b
Apakah fungsi transformer dalam litar di atas?
1 marks
Berdasarkan Rajah 8, nyatakan ciri litar yang sesuai untuk membina satu alat pengecas bateri 12 V yang paling efisien. Beri satu sebab bagi kesesuaian setiap ciri tersebut.
c(i)
Nisbah bilangan lilitan gegelung primer kepada gegelung sekunder — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Jenis rektifikasi — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis litar yang paling sesuai.
1 marks
Sebuah transformer, ammeter dan 2 buah mentol dipasang pada satu litar seperti Rajah 8.1. Bacaan ammeter ialah 0.5 A dan kedua-dua mentol itu menyala dengan kecerahan normal.
d(i)
Hitung kecekapan transformer itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu eksperimen dwicelah Young menggunakan cahaya merah sebagai sumber cahaya.
a(i)
Apakah maksud cahaya monokromatik?
1 marks
a(ii)
Dalam eksperimen ini, skrin diletakkan pada jarak 3.0 m dari dwicelah. Jarak pemisahan di antara dwicelah ialah 0.8 mm sementara jumlah jarak pemisahan bagi enam pinggir gelap yang berturutan ialah 12.5 mm.
Hitung panjang gelombang bagi cahaya merah itu.
3 marks
b
Cahaya merah digantikan dengan cahaya biru. Apakah yang berlaku pada jarak di antara dua pinggir gelap yang berturutan? Beri satu sebab bagi jawapan anda.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan dua pembesar suara disambungkan kepada sebuah penjana frekuensi audio. Pembesar suara itu diletakkan pada jarak pemisahan 1.0 m dan jarak 5.0 m dari satu garisan PQ. Bunyi kuat dan bunyi lemah dihasilkan masing-masing di titik L dan S di sepanjang PQ.
Jarak antara dua bunyi kuat berturutan ialah 1.6 m. Laju bunyi di udara ialah 340 m s^-1^.
c(i)
Hitung panjang gelombang bagi gelombang bunyi itu.
2 marks
c(ii)
Hitung frekuensi bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara itu.
2 marks
d
Jadual 9 menunjukkan empat spesifikasi berlainan bagi sistem bunyi dalam sebuah dewan kuliah. Kaji spesifikasi keempat-empat sistem bunyi.
| Sistem bunyi | Kedudukan pembesar suara | Jarak antara dua pembesar suara | Kedudukan mikrofon | Bahan digunakan untuk menutup dinding |
|---|---|---|---|---|
| W | Rendah | Lebih kecil | Di hadapan pembesar suara | Papan lembut |
| X | Tinggi | Lebih kecil | Di belakang pembesar suara | Papan keras |
| Y | Rendah | Lebih besar | Di hadapan pembesar suara | Papan keras |
| Z | Tinggi | Lebih besar | Di belakang pembesar suara | Papan lembut |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian bagi setiap sistem bunyi dan spesifikasinya. Tentukan sistem bunyi yang paling sesuai digunakan dalam dewan kuliah tersebut. Wajarkan pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 di bawah menunjukkan graf daya, F melawan pemanjangan spring, x.
a
Namakan dan nyatakan hukum yang terlibat bagi rajah di atas.
2 marks
b
Apakah maksud tenaga keupayaan kenyal?
1 marks
c
Bagaimanakah menentukan tenaga keupayaan kenyal dan menerbitkan formula tenaga tersebut berdasarkan rajah yang diberikan?
2 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan satu buaian bayi.
Anda ditugaskan untuk menyiasat ciri-ciri spring yang sesuai digunakan bagi buaian bayi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.
| Spring | Pemalar spring (N cm^-1^) | Diameter dawai spring (cm) | Diameter gegelung spring (cm) | Susunan spring |
|---|---|---|---|---|
| P | 45 | 5.2 | 0.3 | Siri |
| Q | 105 | 2.2 | 0.6 | Selari |
| R | 55 | 4.2 | 0.8 | Siri |
| S | 155 | 5.5 | 0.3 | Selari |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian setiap ciri spring dalam Jadual 10 untuk digunakan dalam buaian bayi. Tentukan spring yang paling sesuai digunakan. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan satu spring yang mempunyai panjang asal 20 cm. Spring itu kemudian termampat setelah diletakkan beban yang berbeza di atasnya. Apabila beban M diletakkan di atasnya, panjang spring adalah 15 cm. Jika beban berjisim 12 kg diletakkan di atasnya, panjang spring adalah 10 cm.
(Diberi g = 9.81 m s^-2^)
e(i)
Berapakah nilai pemalar spring?
2 marks
e(ii)
Berapakah nilai beban M?
1 marks
e(iii)
Berapakah tenaga keupayaan kenyal pada beban M?
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 (a) dan 11.1 (b) menunjukkan air memancut keluar dari lubang di sisi bawah dua tin yang diisi air.
a
Apakah maksud tekanan?
1 marks
b
Merujuk Rajah 11.1(a) dan 11.1(b), bandingkan kedalaman air dan jarak pancutan air. Nyatakan hubungan antara kedalaman air dengan jarak pancutan air dan deduksikan hubungan antara tekanan dan halaju air.
4 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan kubus kayu terapung di permukaan minyak zaitun dan air.
Terangkan mengapa kubus kayu kurang terapung di permukaan minyak.
5 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sistem brek hidraulik bagi sebuah kenderaan.
Menggunakan konsep fizik dan pengetahuan tentang sifat-sifat bahan, cadangkan bagaimana sistem brek ini boleh diperbaiki dalam aspek-aspek yang berikut:
(i) Saiz omboh
(ii) Bahan yang digunakan sebagai silinder dan omboh
(iii) Jenis bendalir hidraulik dan ciri-ciri lain
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open