Rajah 1 menunjukkan persamaan tindak balas dalam satu proses reputan radioaktif yang menghasilkan zarah X.
${}^{226}_{88}\text{Ra} \rightarrow {}^{222}_{86}\text{Rn} + \text{X}$
Rajah 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
b(i)
Apakah jenis reputan bagi tindak balas tersebut?
1 marks
b(ii)
Apakah nukleus zarah X?
1 marks
c
Mengapakah suatu bahan radioaktif itu mereput?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah satelit berjisim 5 × 10^2^ kg yang mengorbit Bumi dengan jejari 8.3 × 10^6^ m. Laju linear satelit itu ialah 6.96 × 10^3^ m s^-1^. Daya yang terlibat terhadap gerakan satelit mengorbit Bumi ialah daya memusat.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya memusat?
1 marks
b
Terangkan bagaimana satelit itu boleh kekal gerakan dalam orbit membulat.
2 marks
c
Hitungkan daya memusat satelit tersebut.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan satu litar bertransistor yang bertindak sebagai suis automatik.
Perintang X mempunyai rintangan tinggi dalam keadaan gelap dan rintangan rendah dalam keadaan cerah.
a
Namakan perintang X.
1 marks
Diberi rintangan perintang X adalah 40 kΩ apabila berada dalam gelap dan beza keupayaan merentasi ST ialah 1.2 V.
b(i)
Berapakah beza keupayaan merentasi TU?
1 marks
b(ii)
Hitungkan arus yang mengalir melalui perintang X.
2 marks
c
Terangkan mengapa diod pemancar cahaya (DPC) menyala apabila perintang X berada dalam keadaan gelap.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan lengkung pancaran jasad hitam.
a
Tandakan dengan ( √ ) bagi jawapan yang betul di dalam petak yang disediakan.
Jasad hitam adalah ……… yang unggul bagi sinaran elektromagnet.
- penyerap
- pemancar
- penyerap dan pemancar
1 marks
Berdasarkan Rajah 4.1,
b(i)
Bandingkan jumlah tenaga yang terpancar di sebelah kiri puncak lengkung dengan sebelah kanan.
1 marks
b(ii)
Berikan sebab untuk jawapan anda di (b)(i).
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan graf tenaga kinetik fotoelektron dengan frekuensi cahaya bagi tiga logam yang berlainan jenis di mana W ialah fungsi kerja dan f~o~ ialah frekuensi ambang.
Berdasarkan graf dalam Rajah 4.2, apakah inferens yang boleh dibuat mengenai W dan f~o~?
1 marks
Fungsi kerja suatu logam ialah 5.81 × 10^-19^ J. Pancaran ultraungu yang mempunyai frekuensi gelombang 1 × 10^15^ Hz ditujukan kepada permukaan logam itu.
Hitung
d(i)
Frekuensi ambang logam itu.
2 marks
d(ii)
Tenaga kinetik maksimum bagi fotoelektron yang dibebaskan daripada permukaan logam itu.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan corak interferens yang dihasilkan oleh cahaya berwarna kuning, biru dan merah dalam satu eksperimen dwi-celah Young.
Rajah 5.2 menunjukkan spektrum cahaya biru, kuning dan merah dalam spektrum gelombang elektromagnet.
a
Gelombang elektromagnet terdiri daripada ayunan medan elektrik dan medan magnet.
Apakah arah ayunan medan elektrik dan medan magnet?
Tanda ( √ ) bagi jawapan yang betul di dalam kotak yang disediakan.
- Berserenjang antara satu sama lain.
- Selari antara satu sama lain.
1 marks
b
Menggunakan Rajah 5.1, bandingkan jarak antara dua pinggir berturutan warna-warna tersebut.
2 marks
Menggunakan Rajah 5.2, bandingkan
c(i)
amplitud gelombang warna-warna cahaya tersebut.
1 marks
c(ii)
panjang gelombang warna-warna cahaya tersebut.
1 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di (b) dan di (c), nyatakan hubungan antara panjang gelombang dengan jarak antara dua pinggir berturutan warna-warna tersebut.
1 marks
e(i)
Merujuk kepada Rajah 5.2, nyatakan hubungan antara panjang gelombang dengan frekuensi gelombang warna-warna yang merambat dengan laju cahaya.
1 marks
e(ii)
Dalam satu eksperimen dwi-celah Young apabila cahaya hijau yang mempunyai panjang gelombang 5.0 × 10^-7^ m digunakan, jarak antara pinggir-pinggir berturutan adalah 4.0 × 10^-4^ m. Eksperimen ini diulangi dengan cahaya X, didapati jarak antara pinggir-pinggir adalah 4.8 × 10^-4^ m.
Hitungkan panjang gelombang cahaya X.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan satu magnet bar dijatuhkan ke dalam dua gegelung yang berbeza dari ketinggian yang sama.
a
Namakan kuantiti fizik yang diukur oleh galvanometer.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
kekuatan medan magnet bagi magnet bar.
1 marks
b(ii)
bilangan lilitan gegelung.
1 marks
b(iii)
saiz pesongan penunjuk galvanometer.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(b), nyatakan
c(i)
hubungan antara bilangan lilitan gegelung dengan saiz pesongan penunjuk galvanometer.
1 marks
c(ii)
hubungan antara bilangan lilitan gegelung dengan kadar perubahan fluks magnet.
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan sebuah transformer ringkas yang disambung kepada motor elektrik 12 V, 24 W arus ulang-alik.
d(i)
Hitung arus yang mengalir dalam gegelung sekunder itu.
2 marks
d(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada arus dalam gegelung sekunder sekiranya voltan sekunder dikurangkan kepada 6 V?
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan seorang lelaki berada di hadapan sebuah cermin pencukur yang dilekatkan pada dinding bilik air di sebuah hotel untuk kegunaan pelanggan.
a(i)
Namakan fenomena cahaya yang terlibat dalam pembentukan imej cermin itu.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan satu ciri lain imej yang terbentuk oleh cermin tersebut.
1 marks
Terangkan bagaimana anda perlu lakukan
b(i)
pada kedudukan objek, u untuk menghasilkan imej seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.
1 marks
b(ii)
supaya imej yang terbentuk lebih kecil daripada objek.
1 marks
Untuk memastikan cermin itu boleh digunakan oleh pengguna dengan mudah, tiga jenis cermin, K, L dan M disediakan. Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri ketiga-tiga cermin tersebut.
| Cermin | Jenis cermin | Pemegang cermin |
|---|---|---|
| K | Satah | Tetap |
| L | Cekung | Boleh laras |
| M | Cembung | Tak boleh laras |
Jadual 7
Merujuk kepada Jadual 7, terangkan ciri-ciri cermin di dalam bilik air itu yang boleh digunakan lebih mudah berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Jenis cermin — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Pemegang cermin — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda dalam (c), tentukan cermin yang paling sesuai supaya mudah digunakan dalam bilik air hotel.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan seorang lelaki menggunakan spring elastik semasa melakukan senaman regangan lengan.
Apabila daya, F = kx dikenakan, spring meregang dan kembali ke kedudukan asalnya apabila daya dialihkan, di mana k ialah pemalar spring dan x ialah pemanjangan spring.
a
Namakan hukum fizik yang berkaitan dengan rumus daya di atas.
1 marks
b
Daya maksimum yang boleh dikenakan kepada spring elastik itu ialah 300 N menyebabkan pemanjangan spring maksimum 10 cm.
Hitung pemalar k spring tersebut.
2 marks
Cadangkan pengubahsuaian kepada spring elastik itu apabila satu lagi spring yang serupa dibekalkan supaya dapat digunakan untuk daya yang lebih besar dan beri sebab kepada jawapan anda.
c(i)
Ketebalan dawai spring — ubah suai dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter gegelung spring — ubah suai dan sebab.
2 marks
c(iii)
Susunan spring — ubah suai dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan segelas air disejukkan dengan menggunakan beberapa ketulan ais. Proses ini melibatkan haba pendam tentu pelakuran ais.
a
Apakah maksud haba pendam tentu pelakuran?
1 marks
b
Menggunakan konsep haba pendam tentu, terangkan bagaimana ketulan ais dapat menyejukkan minuman dengan lebih berkesan.
4 marks
Air di dalam gelas pada Rajah 9.1 berjisim 0.2 kg mempunyai suhu awal 50 °C. Sebahagian daripada ketulan ais telah melebur.
[Muatan haba tentu air = 4200 J kg^-1^ °C^-1^. Haba pendam tentu pelakuran ais = 3.34 × 10^5^ J kg^-1^]
Hitungkan
c(i)
Haba yang diserap oleh kiub ais.
2 marks
c(ii)
Jisim ais yang telah mencair.
2 marks
c(iii)
Nyatakan satu andaian yang dibuat dalam situasi di atas.
1 marks
d
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri empat panel penyejuk P, Q, R dan S yang mengandungi ejen penyejuk yang mengalir melalui paip kondenser untuk digunakan dalam peti sejuk.
| Panel penyejuk | Ejen penyejuk: Haba pendam tentu pengewapan | Ejen penyejuk: Takat didih | Paip kondenser: Bentuk | Paip kondenser: Muatan haba tentu |
|---|---|---|---|---|
| P | Rendah | 100 °C | Berlingkar | Tinggi |
| Q | Tinggi | −43 °C | Lurus | Tinggi |
| R | Tinggi | −50 °C | Berlingkar | Rendah |
| S | Rendah | 78 °C | Lurus | Rendah |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri panel penyejuk untuk menyejukkan peti sejuk dengan cepat. Tentukan panel penyejuk yang paling sesuai dan berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah barometer Fortin untuk digunakan bagi mengukur tekanan atmosfera.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan atmosfera?
1 marks
b
Merujuk kepada Rajah 10, terangkan bagaimana barometer Fortin itu dapat digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera dengan tepat.
4 marks
c
Jadual 10 menunjukkan beberapa ciri komponen yang digunakan di dalam barometer dalam Rajah 10.
| Barometer | Bahan penunjuk | Bahan beg | Bahan tiub pelindung | Instrumen tambahan |
|---|---|---|---|---|
| W | Gading | Kertas | Kaca | Hidrometer |
| X | Gading | Kulit | Loyang | Termometer |
| Y | Besi | Kulit | Kaca | Termometer |
| Z | Besi | Kertas | Loyang | Hidrometer |
Jadual 10
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri barometer itu untuk digunakan di dalam barometer Fortin dalam Rajah 10.
Jelaskan kesesuaian setiap ciri barometer itu.
Tentukan barometer yang paling berkesan untuk digunakan bagi mengukur tekanan atmosfera.
Beri alasan untuk pilihan anda.
10 marks
Tekanan atmosfera di permukaan laut 76 cm Hg, manakala tekanan atmosfera di puncak sebuah gunung ialah 30 cm Hg. Ketumpatan merkuri ialah 1.36 × 10^4^ kg m^-3^ dan ketumpatan purata udara ialah 1.3 kg m^-3^.
d(i)
Hitung tekanan atmosfera di permukaan laut dalam unit milibar.
3 marks
d(ii)
Tentukan ketinggian gunung itu.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dua litar elektrik yang mengandungi dua mentol serupa K dan L yang disambung dalam susunan yang berbeza kepada sel kering 1.5 V. Magnitud arus yang mengalir ditunjukkan oleh bacaan pada ammeter.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan arus?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan jenis susunan mentol-mentol itu, kecerahan mentol-mentol itu menyala dan magnitud arus yang mengalir bagi kedua-dua litar elektrik itu.
Hubung kaitkan jenis susunan mentol-mentol itu dengan magnitud arus yang mengalir melalui litar untuk membuat deduksi tentang hubungan antara susunan mentol dengan rintangan berkesan yang terhasil.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah mentol lain yang serupa disambung secara selari dengan mentol K pada Rajah 11.1.
Terangkan apa yang berlaku kepada bacaan ammeter dan bacaan voltmeter yang merentasi mentol itu apabila suis ditutup.
[Bacaan voltmeter merentasi mentol K pada Rajah 11.1 = 0.75 V]
4 marks
d
Pencahayaan di dalam sebuah kelas kurang baik menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan baik.
Anda diminta mengubahsuai kelas dan sistem pencahayaan kelas tersebut supaya lebih cerah, lebih selamat dan dapat menjimatkan elektrik.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian berdasarkan aspek berikut:
- Jenis sambungan litar lampu.
- Warna dinding kelas.
- Jenis lampu dan warna cahaya lampu.
- Alatan tambahan untuk keselamatan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open