Rajah 1 menunjukkan graf tenaga kinetik maksimum fotoelektron, K~maks~ melawan frekuensi cahaya, f bagi suatu logam.
a
Apakah maksud fungsi kerja?
1 marks
b(i)
Nyatakan nilai frekuensi ambang logam berdasarkan graf di Rajah 1.
1 marks
b(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada fotoelektron apabila frekuensi cahaya melebihi frekuensi ambang?
1 marks
c
Nyatakan perubahan pada nilai frekuensi ambang bagi logam yang mempunyai fungsi kerja yang lebih kecil.
1 marks
25 marks
Dua pembesar suara yang serupa diletakkan sejarak 0.5 m antara satu sama lain. Pembesar suara itu menghasilkan gelombang bunyi yang koheren. Seorang pelajar berjalan perlahan pada jarak 2.5 m selari di hadapan pembesar suara itu. Pelajar itu mendengar bunyi kuat dan bunyi perlahan berselang seli. Rajah 2 menunjukkan kedudukan bunyi kuat dan bunyi perlahan itu.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang koheren?
1 marks
b
Jarak di antara tiga kedudukan bunyi kuat ialah 8.0 m, seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Hitung panjang gelombang bagi gelombang bunyi itu.
3 marks
c
Bunyi kuat itu kedengaran disebabkan oleh interferens membina gelombang bunyi. Nyatakan bagaimana interferens membina berlaku.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu litar untuk menguji kekonduksian satu komponen elektronik, Q.
a
Namakan komponen Q.
1 marks
Apabila suis dihidupkan, mentol didapati tidak menyala.
b(i)
Mengapa mentol itu tidak menyala?
1 marks
b(ii)
Bagaimana sambungan litar dalam Rajah 3.1 perlu diubahsuai supaya mentol itu boleh menyala?
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan satu litar rektifikasi gelombang penuh yang mengandungi empat komponen Q yang disambungkan kepada bekalan arus ulang alik dan osiloskop sinar katod (O.S.K). Apabila suis O.S.K dihidupkan, surihan pada skrin O.S.K adalah seperti dalam Rajah 3.2.
c(i)
Lengkapkan litar pada Rajah 3.2 dengan melukis komponen Q dalam kotak W, X, Y dan Z. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah setiap diod W, X, Y dan Z — dari bucu mana ke bucu mana pada jambatan diod anak panah (segi tiga) diod itu menghala.)*
2 marks
c(ii)
Satu kapasitor kemudian disambungkan secara selari dengan R. Lakarkan surihan yang akan ditunjukkan pada skrin O.S.K dalam Rajah 3.3.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surihan dan kedudukannya berbanding garis mendatar pada skrin.)*
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua jasad S dan T yang berbeza jisim pada jarak R antara satu sama lain. Daya graviti, F boleh dijelaskan dengan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
a
Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
1 marks
Berdasarkan Rajah 4.1,
b(i)
Hitung berat S dan T.
S: ………
T: ………
2 marks
b(ii)
Hitung daya, F antara S dan T.
2 marks
b(iii)
Adakah kedua-dua jasad tertarik antara satu sama lain?
1 marks
b(iv)
Beri sebab bagi jawapan di 4(b)(iii).
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan sebuah bebola logam berjisim 75 g diikat pada hujung satu tali yang panjangnya 0.8 m dipusingkan dalam bulatan mengufuk dengan kelajuan 1.8 m s^-1^.
Hitung tegangan tali.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu burung dijatuhkan serentak dari satu ketinggian yang sama dalam satu silinder yang mengandungi udara.
Rajah 5.2 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu burung dijatuhkan serentak dari satu ketinggian yang sama dalam satu silinder tetapi tanpa udara (vakum) untuk jatuh bebas.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis gerakan jatuh bebas duit syiling dan bulu burung.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan;
b(i)
Masa jatuh antara duit syiling dan bulu burung dalam udara.
1 marks
b(ii)
Masa jatuh antara duit syiling dan bulu burung dalam vakum.
1 marks
b(iii)
Luas permukaan antara duit syiling dan bulu burung.
1 marks
b(iv)
Rintangan udara yang bertindak ke atas duit syiling dan bulu burung dalam udara.
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 5(b)(iii) dan 5(b)(iv), nyatakan hubungan di antara luas permukaan objek dengan rintangan udara.
1 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan seorang penerjun sedang jatuh sebelum payung terjun terbuka.
Terangkan mengapakah penerjun itu mendepakan tangan dan kaki ketika jatuh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan dua tindak balas nuklear berlainan, P dan Q, yang menghasilkan jumlah tenaga yang besar.
Jadual 1 menunjukkan jumlah jisim bagi nuklid-nuklid yang terlibat sebelum dan selepas tindak balas P dan Q.
| Tindak balas nuklear | Jumlah jisim sebelum tindak balas (u) | Jumlah jisim selepas tindak balas (u) | Tenaga dihasilkan (MeV) |
|---|---|---|---|
| P | 5.0301 | 5.0113 | 17.5 |
| Q | 236.05259 | 235.86653 | 164.48 |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga nuklear?
1 marks
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 6 dan Jadual 1,
b(i)
Bandingkan tenaga yang dihasilkan oleh kedua-dua tindak balas nuklear.
1 marks
b(ii)
Bandingkan kehilangan jisim nuklid selepas tindak balas bagi kedua-dua tindak balas nuklear itu.
1 marks
b(iii)
Hubungkait tenaga yang dihasilkan dalam tindak balas nuklear dengan kehilangan jisim nuklid.
1 marks
c
Namakan konsep fizik yang terlibat di 6(b)(iii).
1 marks
Tulis persamaan nuklear bagi:
d(i)
tindak balas nuklear P
1 marks
d(ii)
tindak balas nuklear Q
1 marks
e
Tindak balas nuklear manakah boleh menyebabkan tindak balas berantai? Beri sebab bagi jawapan anda.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah kereta berjisim 1200 kg bergerak di atas jalan raya dengan halaju seragam.
a
Apakah maksud daya paduan?
1 marks
b
Tuliskan satu persamaan yang menghubungkan tujahan enjin, T dan seretan, F~R~ bagi menunjukkan daya paduan bagi situasi di Rajah 7.1.
1 marks
c
Kirakan pecutan kereta itu apabila tujahan enjin, T meningkat kepada 8000 N.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan robot pacuan empat roda yang sedang menyiapkan tugasan dalam suatu pertandingan robotik. Robot itu perlu naik ke atas Blok Misi dan berhenti sepenuhnya di atas Blok Misi. Kuasa motor servo robot itu dijana daripada bateri 9 V.
Jadual 2 menunjukkan cara-cara yang berbeza bagi robot itu naik ke atas Blok Misi.
d(i)
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan ciri-ciri yang sesuai agar robot itu dapat naik ke atas Blok Misi dengan lebih cepat.
Sudut tanjakan — dan sebab.
2 marks
d(ii)
Peratus kuasa motor servo — dan sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan dalam 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih cara yang paling sesuai untuk robot itu naik ke atas Blok Misi dengan lebih cepat.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah model teleskop yang dibina oleh seorang murid. Dia menggunakan dua kanta cembung yang berbeza diameter dan panjang fokus. Panjang fokus kanta yang digunakan untuk kanta objek dan kanta mata adalah 40 cm dan 10 cm masing-masing.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa kanta?
1 marks
b
Hitung kuasa kanta bagi:
(i) Kanta objek
(ii) Kanta mata
3 marks
c
Beri satu sebab mengapa kuasa kanta mata lebih besar daripada kanta objek?
1 marks
Teleskop yang dibina oleh murid itu tidak dapat menghasilkan imej yang jelas. Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan untuk menghasilkan imej yang jelas dan bersaiz besar berdasarkan aspek-aspek berikut:
d(i)
Nisbah panjang fokus kanta objek kepada kanta mata — dan sebab.
2 marks
d(ii)
Jarak di antara kanta objek dengan kanta mata — dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan ketulan ais sedang dipanaskan oleh pemanas rendam 60 W selama 2 minit. Ketulan ais yang melebur dikumpul dalam sebuah bikar. Haba pendam tentu pelakuran adalah $3.34 \times 10^{5}$ J kg^-1^.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu pelakuran?
1 marks
b
Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, terangkan proses yang berlaku semasa ketulan ais dipanaskan hingga melebur.
4 marks
Hitung:
c(i)
Tenaga yang diserap oleh ketulan ais.
3 marks
c(ii)
Jisim ketulan ais yang sudah melebur.
2 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan reka bentuk sebuah termometer.
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri empat buah termometer J, K, L dan M. Anda dikehendaki memilih termometer yang paling sesuai untuk mengukur suhu bahan yang digunakan di makmal Fizik sekolah. Beri sebab untuk pilihan anda.
| Termometer | Julat (°C) | Diameter tiub kapilari | Kejituan (°C) | Bahan cecair yang digunakan |
|---|---|---|---|---|
| J | 0-100 | Kecil | 0.1 | Merkuri |
| K | 30-45 | Kecil | 0.1 | Merkuri |
| L | 30-45 | Besar | 1 | Alkohol |
| M | 0-100 | Besar | 1 | Alkohol |
Jadual 3
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan cerek elektrik berspesifikasi 240 V, 1500 W dan disambung bersama wayar penyambung.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan spesifikasi 240 V, 1500 W?
1 marks
b(i)
Hitung jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan dalam masa 70 minit dalam unit kWj.
3 marks
b(ii)
Berapakah kos penggunaan tenaga elektrik jika cerek elektrik itu digunakan 70 minit sehari selama 3 minggu?
[Tarif tenaga elektrik ialah 21.8 sen seunit]
2 marks
c
Terangkan konsep yang digunakan pada wayar penyambung untuk memastikan cerek elektrik tersebut berfungsi dengan lebih cekap.
4 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan elemen pemanas bagi sebuah pengering rambut.
Jadual 4 menunjukkan empat jenis elemen pemanas O, P, Q dan R dengan spesifikasi yang berbeza.
| Jenis elemen pemanas | O | P | Q | R |
|---|---|---|---|---|
| Kadar pengoksidaan | Rendah | Rendah | Tinggi | Tinggi |
| Bilangan lilitan unsur pemanas | 10 | 40 | 40 | 10 |
| Takat lebur (°C) | 8500 | 8000 | 7000 | 6000 |
| Ketumpatan (kg m^-3^) | 4000 | 2500 | 2500 | 6500 |
Jadual 4
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri elemen pemanas yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Jelaskan kesesuaian setiap ciri dan pilih elemen pemanas yang paling sesuai untuk mengeringkan rambut dalam masa yang singkat. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan struktur sebuah transformer ringkas.
a
Apakah maksud transformer unggul?
1 marks
b
Mengapakah transformer tidak berfungsi dengan bekalan kuasa arus terus?
4 marks
c
Rajah 11.2(a) dan Rajah 11.2(b) menunjukkan dua buah transformer ringkas.
Perhatikan Rajah 11.2(a) dan 11.2(b). Bandingkan bilangan gegelung primer, bilangan gegelung sekunder dan voltan output. Seterusnya, nyatakan hubungan antara bilangan gegelung sekunder dengan voltan output. Namakan jenis transformer bagi Rajah 11.2(b).
5 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah komputer riba yang memerlukan arus terus sedang dicas. Bagaimanapun, pengecas yang digunakan telah rosak. Transformer dalam pengecas digunakan untuk menurunkan voltan ulang-alik dari 240 V kepada 20 V.
Menggunakan pengetahuan tentang transformer dan rektifier, cadangkan dan terangkan bagaimana untuk membina sebuah penyesuai voltan yang dapat digunakan untuk mengecas bateri komputer riba.
Jawapan anda mestilah meliputi jenis transformer, nisbah bilangan lilitan gegelung primer kepada gegelung sekunder, jenis teras, bahan dawai dan komponen elektronik yang perlu disambung kepada output gegelung sekunder.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open