Rajah 1 menunjukkan sebuah planet mengelilingi matahari. Masa yang diambil untuk planet bergerak dari A ke B adalah sama seperti dari C ke D.
a
Nyatakan Hukum Kepler Kedua.
1 marks
b
Lengkapkan ayat berikut dengan menandakan (√) jawapan yang betul.
Bentuk orbit bagi planet ialah
- Bulatan
- Elips
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
c
Apakah yang berlaku kepada halaju planet apabila menjauhi Matahari. Nyatakan sebab anda.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan lengkung pereputan bagi bahan radioaktif X. Aktiviti bahan radioaktif X diukur oleh tiub Geiger-Muller yang disambung kepada meter kadar. Separuh hayat bahan radioaktif X boleh ditentukan dari lengkung pereputan itu.
a
Apakah maksud separuh hayat?
1 marks
Berdasarkan lengkungan pereputan dalam Rajah 2,
b(i)
tentukan separuh hayat bagi bahan radioaktif X.
1 marks
b(ii)
berapa peratuskah yang belum mereput selepas 15 minit?
2 marks
c
Beri satu sebab mengapa bacaan meter kadar itu tidak kembali ke sifar selepas bahan radioaktif X dialihkan.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan tenaga kinetik maksimum, E~K~ bagi fotoelektron berubah dengan frekuensi, f sinaran elektromagnet.
a
Pada Rajah 3, tandakan (X) pada nilai frekuensi ambang, f~o~. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda menandakan X pada graf dan nilai frekuensi pada titik itu)*
1 marks
b
Terangkan bagaimana tenaga elektrik dihasilkan oleh sel solar.
2 marks
c
Hitung fungsi kerja, W.
3 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah lampu isyarat dengan jisim 20 kg digantung menggunakan dua kabel antara dua dinding.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan daya?
1 marks
Berdasarkan Rajah 4,
b
lukiskan segi tiga daya yang bertindak pada lampu isyarat itu. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketiga-tiga daya dan label setiap daya, arah anak panah setiap daya, cara daya-daya itu bersambung membentuk segi tiga, dan sudut-sudut yang anda tandakan)*
2 marks
Sekiranya lampu isyarat berada dalam keseimbangan, hitung
c(i)
berat lampu isyarat.
2 marks
c(ii)
tegangan pada setiap tali.
3 marks
d
Sekiranya sudut mengufuk antara kabel dan lampu isyarat bertambah, apakah yang berlaku kepada tegangan kabel itu?
1 marks
59 marks
Rajah 5(a) dan Rajah 5(b) menunjukkan dua bekas yang serupa yang diisi dengan dua cecair berketumpatan 1000 kg m^-3^ dan 900 kg m^-3^ pada isipadu yang sama. Perhatikan jarak mengufuk pancutan cecair yang keluar dari setiap bekas itu.
a
Gariskan jawapan yang betul.
Bentuk bekas (mempengaruhi / tidak mempengaruhi) tekanan cecair.
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
Berdasarkan Rajah 5(a) dan Rajah 5(b), bandingkan
b(i)
ketumpatan cecair.
1 marks
b(ii)
jarak mengufuk pancutan cecair.
1 marks
b(iii)
kedalaman cecair.
1 marks
b(iv)
hubungkait ketumpatan cecair dengan jarak mengufuk pancutan cecair.
1 marks
b(v)
hubungkait ketumpatan cecair dengan tekanan cecair.
1 marks
c
Hitung tekanan cecair dalam Rajah 5(a) pada kedalaman 0.2 m.
2 marks
d
Nyatakan rekabentuk binaan pada empangan yang membolehkan ia dapat menahan tekanan air yang tinggi.
1 marks
69 marks
Rajah 6(a) dan Rajah 6(b) menunjukkan dua litar yang mengandungi sel-sel kering yang sama dalam susunan selari dengan bilangan sel kering yang berbeza.
Bacaan voltmeter bagi kedua-dua litar apabila suis dimatikan ialah 1.5 V.
Setiap sel kering yang digunakan mempunyai rintangan dalam yang sama.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik?
1 marks
b
Apakah yang akan berlaku kepada bacaan voltmeter dalam kedua-dua litar apabila suis dihidupkan?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6(a) dan Rajah 6(b), bandingkan
c(i)
daya gerak elektrik dalam kedua-dua litar.
1 marks
c(ii)
rintangan dalam berkesan bagi kedua-dua litar.
1 marks
c(iii)
kecerahan mentol dalam kedua-dua litar.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(c), nyatakan hubungan antara rintangan dalam berkesan dengan
d(i)
kecerahan mentol.
1 marks
d(ii)
arus yang mengalir dalam litar.
1 marks
e
Rintangan dalam bagi setiap sel kering ialah 0.5 Ω. Hitung rintangan dalam berkesan bagi setiap litar.
2 marks
79 marks
Rajah 7(a) menunjukkan tekanan pada tayar kereta Encik Fazli pada awal pagi sebelum bertolak ke Ipoh. Suhu awal tayar sebelum dia bertolak ialah 20 °C.
Rajah 7(b) menunjukkan tekanan tayar beliau setelah tiba di Ipoh.
Berdasarkan Rajah 7(a) dan Rajah 7(b),
a(i)
nyatakan hukum gas yang terlibat.
1 marks
a(ii)
berdasarkan teori kinetik gas, mengapakah tekanan udara dalam tayar bertambah apabila suhu bertambah?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7(b), hitung suhu tayar kereta setelah tiba di Ipoh.
2 marks
Sebagai pegawai promosi anda dikehendaki mencadangkan periuk tekanan yang selamat dan dapat memasak dengan cepat berdasarkan Jadual 7.
c(i)
Saiz injap pelepas — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Gelung pengetat — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Tentukan periuk tekanan yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan gelombang air bergerak ke arah pantai.
a
Apakah maksud pembelauan?
1 marks
b
Terangkan apa yang berlaku kepada amplitud gelombang selepas melalui tembok penahan.
2 marks
Sebuah pelabuhan baru hendak dibina di kawasan teluk.
Berdasarkan pengetahuan anda tentang fenomena gelombang, cadangkan reka bentuk tembok penahan yang sesuai untuk melindungi pelabuhan baru itu. Cadangan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Ketinggian tembok penahan — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Permukaan tembok penahan — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Lebar celah tembok penahan — ciri dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu imej kereta pada sebuah cermin keselamatan di selekoh jalan raya.
a
Nyatakan satu ciri imej kereta tersebut.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan bagaimana cermin keselamatan itu berfungsi.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan satu objek, O diletakkan di hadapan cermin cembung. Jarak antara pusat kelengkungan, C dan kutub cermin, P adalah 8 cm.
c(i)
Berapakah panjang fokus, f cermin tersebut?
1 marks
c(ii)
Tanda dan labelkan kedudukan titik fokus, F. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda menandakan F pada paksi utama)*
1 marks
c(iii)
Pada Rajah 9.2, lukis gambar rajah sinar untuk menentukan imej yang terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis — dari mana ia bermula, ke mana ia pergi selepas dipantulkan, garis putus-putus di belakang cermin — serta kedudukan dan rupa imej)*
3 marks
d
Cermin keselamatan sering diletakkan di selekoh tajam jalan raya bagi membantu pengguna-pengguna jalan raya. Anda dikehendaki mengkaji ciri-ciri cermin dalam Jadual 9 bagi kegunaan tersebut.
| Cermin | Jenis | Kedudukan | Saiz | Kelengkungan |
|---|---|---|---|---|
| J | Cembung | 2.0 m | Besar | Tinggi |
| K | Cembung | 1.0 m | Kecil | Rendah |
| L | Cekung | 0.5 m | Kecil | Rendah |
| M | Cekung | 2.5 m | Besar | Tinggi |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri dan seterusnya tentukan cermin yang paling sesuai. Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan gambar rajah litar untuk menguji konduktiviti suatu diod. Apabila suis dihidupkan mentol itu menyala.
a
Nyatakan jenis sambungan diod yang menyebabkan mentol itu menyala.
1 marks
b
Terangkan bagaimana mentol dalam Rajah 10.1 boleh menyala.
4 marks
c
Anda ditugaskan untuk mengkaji reka bentuk dan ciri-ciri tiub bagi penghasilan sinar katod dalam Jadual 10.
Terangkan kesesuaian setiap ciri tiub itu dan tentukan tiub sinar katod yang paling sesuai untuk menghasilkan alur elektron yang berhalaju tinggi.
Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
d
Dalam satu tiub sinar katod, elektron dihasilkan apabila filamen dipanaskan. Beza keupayaan di antara filamen dan anod ialah 5 kV. Apabila elektron mengalir dalam tiub sinar katod, arus yang mengalir dalam masa 5 saat ialah 0.01 A.
[cas satu elektron = $1.6 \times 10^{-19}$ C dan jisim elektron = $9.0 \times 10^{-31}$ kg]
Hitung
(i) jumlah cas pada elektron itu.
(ii) tenaga kinetik yang dicapai oleh elektron itu.
(iii) halaju elektron yang sampai ke skrin berpendarfluor.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sebuah model transformer ringkas yang dibina oleh seorang pelajar di makmal sekolah.
a
Berdasarkan Rajah 11.1, nyatakan jenis transformer.
1 marks
b
Merujuk pada Rajah 11.1, terangkan prinsip operasi sebuah transformer.
4 marks
c
Rajah 11.2 dan Rajah 11.3 menunjukkan dua buah transformer.
Dengan menggunakan Rajah 11.2 dan Rajah 11.3, bandingkan bilangan lilitan gegelung primer, bilangan lilitan gegelung sekunder, voltan output dan nisbah bilangan gegelung sekunder kepada bilangan gegelung primer.
Hubungkaitkan nisbah bilangan gegelung sekunder kepada bilangan gegelung primer dengan voltan output.
5 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan Sistem Rangkaian Grid Nasional yang digunakan untuk menghantar bekalan elektrik ke kawasan perumahan.
Dengan menggunakan pengetahuan anda dalam bidang elektrik, tentukan kaedah yang sesuai untuk penghantaran kuasa supaya bekalan elektrik mencukupi dan selamat. Perbincangan anda perlu merangkumi aspek-aspek seperti jenis transformer P, bahan untuk kabel, voltan penghantaran dan kadar regangan kabel.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open