Satu tindak balas nuklear diwakili oleh persamaan berikut:
${}^{2}_{1}H + {}^{3}_{1}H \rightarrow {}^{\square}_{2}He + {}^{1}_{0}n$ + Tenaga
a
Apakah jenis tindak balas yang ditunjukkan oleh persamaan di atas?
1 marks
b
Lengkapkan persamaan di atas. *(Tulis nombor yang hilang dalam kotak.)*
1 marks
c
Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul menerangkan tindak balas di atas.
- Nukleus berat dipecahkan kepada dua nukleus ringan dan memancarkan neutron dan tenaga
- Dua nukleus yang kecil bercantum membentuk satu nukleus yang berat dengan membebaskan tenaga yang banyak
*(Tulis pernyataan yang betul.)*
1 marks
d
Nyatakan **satu** keadaan yang membolehkan tindak balas ini berlaku.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah kereta berjisim 420 kg menuruni jalan cenuram dengan kecondongan 30°. Daya geseran yang bertindak di antara kereta dengan jalan raya ialah 2060.1 N.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya geseran?
1 marks
b(i)
Pada Rajah 2, lakarkan komponen berat kereta yang selari dengan satah condong, W~x~ dan komponen berat kereta yang serenjang dengan satah condong, W~y~. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari titik mana anda melukis W~x~ dan W~y~ serta arah setiap komponen berbanding satah condong.)*
1 marks
b(ii)
Hitungkan daya paduan yang selari dengan landasan condong itu.
2 marks
c
Berdasarkan jawapan anda dalam (b)(ii), nyatakan jenis gerakan kereta itu.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah termometer yang belum ditentu ukur digunakan untuk mengukur suhu air panas di dalam sebuah bikar.
a
Apakah maksud keseimbangan terma?
1 marks
b
Diberi panjang turus merkuri termometer itu pada 0 °C, $l_0$ = 2 cm dan panjang turus merkuri termometer itu pada 100 °C, $l_{100}$ = 18 cm. Panjang turus merkuri dalam air panas itu, $l_x$ kemudian diukur menggunakan pembaris seperti dalam Rajah 3.2.
Berdasarkan Rajah 3.2, hitung suhu air panas tersebut.
3 marks
c
Air tersebut dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik. Berdasarkan konsep fizik yang sesuai terangkan situasi tersebut.
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah periuk nasi elektrik dengan label kadar kuasa.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan 240 V, 700 W pada label periuk nasi elektrik itu?
1 marks
b(i)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam periuk nasi elektrik tersebut.
1 marks
b(ii)
Berikan **satu** cara untuk meningkatkan tenaga haba yang dihasilkan oleh elemen pemanas.
1 marks
c(i)
Periuk nasi elektrik dalam Rajah 4 digunakan setiap hari selama 1 jam. Hitung tenaga yang digunakan dalam tempoh 30 hari dalam unit kW j.
3 marks
c(ii)
Diberi kos penggunaan tenaga ialah RM 0.218 seunit. Hitung kos penggunaan periuk nasi elektrik digunakan selama 30 hari.
2 marks
d
Berikan **satu** cadangan untuk menjimatkan penggunaan tenaga semasa menggunakan alat dalam Rajah 4 di atas.
1 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan dua satelit P dan Q mengelilingi Bumi.
a
Apakah maksud jisim?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5,
b(i)
Bandingkan jisim satelit P dan Q.
1 marks
b(ii)
Bandingkan jejari orbit bagi satelit P dan Q.
1 marks
b(iii)
Bandingkan tempoh orbit bagi satelit P dan Q.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara jejari orbit dan tempoh orbit.
1 marks
d(i)
Apakah yang akan terjadi kepada tempoh orbit jika jisim satelit P ditambah?
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di 5(d)(i).
1 marks
e
Jika satelit Q berada pada jarak 17 000 000 m dari pusat Bumi, tentukan tempoh orbit bagi satelit tersebut.
Diberi, $T^2 = \dfrac{4\pi^2 r^3}{GM}$
[Jisim Bumi, M = $5.97 \times 10^{24}$ kg]
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan sel foto yang serupa disinari oleh cahaya dengan panjang gelombang, λ dan frekuensi, f yang berbeza.
a
Apabila cahaya pada frekuensi tertentu disinarkan ke permukaan katod, elektron terpancar keluar dari katod itu. Namakan fenomena tersebut.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan:
b(i)
panjang gelombang cahaya hijau dan cahaya biru.
1 marks
b(ii)
arus fotoelektrik yang mengalir dalam miliammeter.
1 marks
c
Hitung frekuensi cahaya biru.
2 marks
d
Bandingkan frekuensi cahaya hijau dan cahaya biru.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(b) dan 6(c), nyatakan hubungan antara:
e(i)
panjang gelombang dan frekuensi cahaya.
1 marks
e(ii)
frekuensi cahaya dan arus fotoelektrik.
1 marks
f
Apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik elektron jika keamatan cahaya yang disinarkan ke permukaan logam bertambah?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan Had Laju Kebangsaan bagi kenderaan berat.
a
Apakah maksud laju?
1 marks
b
Sebuah lori tangki memecut daripada keadaan pegun sehingga mencapai halaju 80 km j^-1^ dalam 15 s. Hitung sesaran lori tangki itu.
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan spesifikasi bagi empat lori tangki, R, S, T, dan U yang digunakan untuk menghantar bahan api yang mudah terbakar.
c(i)
Berpandukan Rajah 7.2, nyatakan ciri-ciri lori tangki yang paling sesuai untuk menghantar bahan api itu dengan selamat.
Bilangan tangki — beserta sebab.
2 marks
c(ii)
Jarak antara tangki dan kepala lori tangki — beserta sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan 7(c), nyatakan lori tangki yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu diod semikonduktor.
a
Namakan kawasan yang berlabel J.
1 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan satu litar menggunakan satu diod untuk menyalakan mentol yang disambungkan pada osiloskop sinar katod (OSK). Rajah 8.3 menunjukkan corak gelombang yang dipaparkan pada skrin OSK itu.
Terangkan mengapa corak gelombang yang dipaparkan pada skrin OSK adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.
2 marks
Fatimah ingin mengecas telefon pintarnya yang menggunakan pengecas arus terus. Rajah 8.4 menunjukkan litar elektronik bagi unit pengadaptasi arus ulang-alik, a.u.
c(i)
Cadangkan bagaimana unit pengadaptasi arus ulang-alik boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dengan lebih efektif berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
Bilangan diod yang digunakan — beserta sebab.
2 marks
c(ii)
Jenis transformer dalam litar — beserta sebab.
2 marks
c(iii)
Komponen tambahan — beserta sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah motosikal dengan dua cermin sisi.
a
Nyatakan jenis cermin sfera yang digunakan.
1 marks
b(i)
Menggunakan kaedah yang sesuai, terangkan bagaimana imej terbentuk pada cermin sfera tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis, arah setiap sinar selepas dipantulkan, dan di mana serta bagaimana imej terbentuk.)*
3 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** ciri imej tersebut.
1 marks
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah kanta cembung diletakkan pada jarak 60 cm di depan satu cermin satah. Sebatang lilin diletakkan pada jarak 20 cm dari cermin satah. Panjang fokus kanta cembung ialah 25 cm.
c(i)
Berdasarkan Rajah 9.2, hitung
jarak imej lilin yang terbentuk oleh kanta cembung.
3 marks
c(ii)
jarak di antara imej yang terbentuk oleh cermin satah dan imej yang terbentuk oleh kanta cembung.
2 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah mesin ATM. Untuk meningkatkan keselamatan, sebuah cermin sfera perlu dipasang pada mesin tersebut. Anda dikehendaki mengkaji ciri-ciri cermin sfera seperti dalam Jadual 9.
| Cermin sfera | W | X | Y | Z |
|---|---|---|---|---|
| Jenis cermin | Cermin cembung | Cermin cekung | Cermin cembung | Cermin cekung |
| Kedudukan cermin | Di bahagian atas mesin | Di bahagian sisi mesin | Di bahagian atas mesin | Di bahagian sisi mesin |
| Diameter cermin | 5 cm | 2 cm | 2 cm | 5 cm |
| Bilangan cermin | 3 | 1 | 1 | 3 |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri cermin sfera yang sesuai digunakan. Tentukan cermin sfera yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna. Berikan sebab pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah model transformer injak turun.
a
Apakah fungsi transformer injak turun?
1 marks
b
Terangkan prinsip kerja transformer.
4 marks
Transformer dalam Rajah 10.1 disambungkan dengan bekalan kuasa 240 V untuk menghidupkan mentol 36 W, 18 V pada litar sekunder dengan kecerahan normal. Bilangan lilitan gegelung sekunder ialah 30 lilitan. Andaikan bahawa transformer tersebut adalah transformer unggul.
Hitung
c(i)
bilangan lilitan gegelung primer, N~P~.
2 marks
c(ii)
arus dalam litar primer, I~P~.
3 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah pengecas telefon yang mengandungi sebuah transformer untuk menurunkan 240 V voltan input kepada 6 V voltan output. Pengecas telefon tersebut mudah panas dan tidak dapat mengecas telefon dengan cepat.
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri empat model transformer P, Q, R dan S.
| Transformer | Nisbah N~P~ kepada N~S~ | Jenis teras | Rekabentuk teras | Susunan lilitan gegelung |
|---|---|---|---|---|
| **P** | 1:20 | Besi | Berlamina | (rajah) |
| **Q** | 40:1 | Besi lembut | Berlamina | (rajah) |
| **R** | 1:40 | Besi lembut | Tidak berlamina | (rajah) |
| **S** | 20:1 | Besi | Tidak berlamina | (rajah) |
Jadual 10
Kaji kesesuaian setiap ciri transformer tersebut. Seterusnya, tentukan model transformer yang tidak mudah panas dan dapat mengecas telefon dengan lebih cepat. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan corak muka gelombang air dalam tangki riak dengan frekuensi yang berbeza.
a
Nyatakan maksud muka gelombang.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan sudut tuju gelombang, panjang gelombang, dan frekuensi gelombang. Hubungkaitkan panjang gelombang dengan frekuensi gelombang. Deduksikan hubungan antara sudut tuju gelombang dengan panjang gelombang.
5 marks
c
Pemantul gema pada kapal dapat digunakan untuk menentukan kedalaman laut menggunakan gelombang bunyi seperti dalam Rajah 11.3.
Berdasarkan pengetahuan anda tentang fenomena gelombang dan konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana SONAR digunakan untuk menentukan kedalaman laut.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah ketuhar solar yang digunakan untuk memasak nasi. Didapati nasi tidak masak sepenuhnya walaupun dibiarkan dalam jangka masa yang lama.
Dengan menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana anda membina sebuah ketuhar solar yang cekap. Penerangan anda hendaklah merangkumi jenis bahan, warna dan ciri-ciri lain.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open