Rajah 1.1 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik.
a
Tandakan (✓) pada pernyataan yang **betul**.
Jenis tindak balas yang berlaku dalam reaktor nuklear ialah
- ☐ tindak balas pembelahan nukleus
- ☐ tindak balas pelakuran nukleus
*(Tulis pernyataan yang anda tandakan.)*
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 1.1 di atas, nyatakan dua elemen yang mengawal kadar tindak balas dalam reaktor nuklear.
2 marks
c
Rajah 1.2 menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku dalam sebuah stesen janakuasa nuklear.
Nyatakan tenaga bagi X.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu objek S berjisim m berada pada satu titik yang berjarak R dari pusat Bumi dan r dari pusat Bulan.
Jisim Bumi ialah M~E~ dan jisim Bulan ialah M~M~. Pemalar kegravitian ialah G.
Dengan menggunakan simbol yang diberi, tuliskan satu ungkapan bagi
a(i)
daya tarikan graviti antara objek S dengan Bumi.
1 marks
a(ii)
daya tarikan graviti antara objek S dengan Bulan.
1 marks
b
Jika daya paduan graviti yang dikenakan pada titik objek S ialah sifar. Hitungkan jarak, r bagi objek S dari pusat Bulan. (Diberi R = 3.5 × 10^8^ m dan M~E~ = 81 M~M~)
3 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan dua litar, P dan Q, dengan komponen-komponen yang serupa.
a
Beri **satu** contoh bahan semikonduktor.
1 marks
b
Beri dua sebab yang menyebabkan perbezaan antara bacaan ammeter dalam litar P dan litar Q.
2 marks
c
Berdasarkan jawapan dalam 3(b), apakah fungsi diod dalam litar-litar tersebut?
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan isyarat output yang dipaparkan pada skrin osiloskop sinar katod (OSK) apabila sebuah litar disambungkan kepada bekalan kuasa a.u.
Jelaskan mengapa isyarat output dihasilkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu litar elektrik bagi satu eksperimen untuk menentukan daya gerak elektrik dan rintangan dalam bagi sel-sel kering. Rajah 4.2 menunjukkan graf beza keupayaan melawan arus yang diperolehi daripada eksperimen tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik?
1 marks
b
Tanda (✓) jawapan yang **betul** dalam kotak yang disediakan.
Di manakah kedudukan voltmeter yang sesuai?
- ☐ X
- ☐ Y
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
Berdasarkan Rajah 4.2, tentukan
c(i)
daya gerak elektrik bagi sel-sel kering. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan daya gerak elektrik bagi sel-sel kering. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: apa yang anda lukis pada graf untuk menentukan d.g.e.)*
2 marks
c(ii)
rintangan dalam bagi sel-sel kering.
2 marks
d
Rajah 4.3(a) menunjukkan litar dengan susunan sel kering secara bersiri dan Rajah 4.3(b) menunjukkan litar dengan susunan sel kering secara selari.
Nyatakan mentol dalam litar manakah yang menyala dengan lebih cerah. Terangkan jawapan anda.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan satu gas berjisim tetap dipanaskan di dalam satu omboh.
a
Tandakan (✓) untuk jawapan yang **betul** dalam petak yang disediakan.
Haba ialah
- ☐ darjah kepanasan
- ☐ satu bentuk tenaga
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2. Bandingkan
b(i)
haba yang diberikan.
1 marks
b(ii)
suhu gas.
1 marks
b(iii)
isipadu gas.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(b), nyatakan hubungan antara suhu dengan
c(i)
haba.
1 marks
c(ii)
isipadu gas.
1 marks
d
Namakan hukum yang terlibat apabila tekanan dimalarkan.
1 marks
e
Udara dengan suhu 27 °C dan berisipadu 0.24 m^3^ berada di dalam sebuah silinder pada tekanan malar. Berapakah isipadu udara itu pada suhu 80 °C?
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan sebuah mesin rumput digerakkan dengan dua kaedah yang berbeza. Daya yang bertindak ke atas pemegang, F boleh dileraikan kepada dua komponen menegak, F~Y~ dan mengufuk, F~X~.
a
Takrifkan leraian daya.
1 marks
b
Lukis rajah segitiga untuk menunjukkan leraian daya bagi Rajah 6.1 dan Rajah 6.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagi setiap rajah, arah daya F, F~X~ dan F~Y~ (anak panah) dan cara ketiga-tiganya membentuk segi tiga.)*
2 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
c(i)
kaedah menggerakkan mesin rumput.
1 marks
c(ii)
arah komponen daya menegak, F~Y~.
1 marks
c(iii)
daya bersih yang bertindak ke atas permukaan tanah.
1 marks
d
Hubungkaitkan antara arah komponen daya menegak, F~Y~ dan daya bersih yang bertindak ke atas permukaan tanah.
1 marks
e
Kaedah yang manakah paling sesuai digunakan untuk memotong rumput dengan lebih berkesan. Beri sebab bagi jawapan anda.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur sebuah roket yang berjisim 78000 kg yang bergerak dengan momentum yang tinggi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?
1 marks
b(i)
Jika roket tersebut bergerak dengan halaju 4600 m s^-1^, hitung momentum roket tersebut.
2 marks
b(ii)
Apakah yang berlaku kepada halaju roket tersebut jika jisimnya bertambah?
1 marks
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri berbeza bagi beberapa model roket yang akan digunakan oleh pihak NASA untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
| Model roket | Bilangan roket penggalak | Ketumpatan roket |
|---|---|---|
| P | 1 | Tinggi |
| Q | 2 | Rendah |
| R | 1 | Rendah |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai untuk membolehkan roket menghasilkan pecutan yang tinggi dan dapat sampai di Stesen Angkasa Antarabangsa mengikut masa yang ditetapkan. Berikan sebab untuk kesesuaian ciri-ciri tersebut.
c(i)
Bilangan roket penggalak
Sebab
2 marks
c(ii)
Ketumpatan roket
Sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), pilih model roket yang paling sesuai untuk menghasilkan pecutan yang tinggi dan dapat sampai di Stesen Angkasa Antarabangsa mengikut masa yang ditetapkan.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu sistem komunikasi yang melibatkan penghantaran terus isyarat gelombang elektromagnet dari stesen pemancar ke stesen penerima.
a
Apakah maksud gelombang elektromagnet?
1 marks
b
Satu gelombang mikro mempunyai panjang gelombang 3.0 × 10^-2^ m. Laju gelombang tersebut di dalam vakum ialah 3.0 × 10^8^ m s^-1^. Hitungkan frekuensi gelombang ini.
2 marks
Satu stesen pemancar seperti dalam Rajah 8.1 ingin dibina di sebuah pulau di negeri Sabah. Berikan cadangan berdasarkan aspek-aspek berikut supaya stesen pemancar tersebut dapat memancarkan isyarat dengan berkesan ke Semenanjung Malaysia.
c(i)
Jenis gelombang
Sebab
2 marks
c(ii)
Frekuensi
Sebab
2 marks
c(iii)
Ketinggian pemancar dan penerima
Sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah cermin bintik buta yang dipasang pada cermin sisi kenderaan bagi pemandu untuk melihat sudut buta bagi mengurangkan kadar kemalangan.
a
Apakah fenomena yang terlibat untuk pembentukan imej pada cermin?
1 marks
b(i)
Salin Rajah 9.2 dan lengkapkan rajah sinar bagi cermin bintik buta yang digunakan. Tunjukkan di mana imej terbentuk.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah setiap sinar selepas dipantulkan, garisan yang anda lanjutkan di belakang cermin, dan kedudukan, orientasi serta saiz imej yang terbentuk.)*
3 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** ciri bagi imej tersebut.
1 marks
c
Syarikat anda diberikan satu projek untuk memasang cermin keselamatan jalan raya di sepanjang jalan sebuah taman perumahan yang sibuk.
Jadual 9 menunjukkan spesifikasi empat cermin keselamatan jalan K, L, M dan N.
| Cermin keselamatan jalan | Jenis cermin melengkung | Diameter cermin melengkung | Kedudukan cermin | Bahan salutan pemantul |
|---|---|---|---|---|
| K | Cembung | Kecil | Rendah | Pemantul lemah |
| L | Cekung | Besar | Tinggi | Pemantul kuat |
| M | Cembung | Besar | Tinggi | Pemantul kuat |
| N | Cekung | Kecil | Rendah | Pemantul lemah |
Jadual 9
Kaji spesifikasi dan justifikasi setiap aspek. Pilih cermin keselamatan jalan yang paling sesuai.
Anda perlu menyakinkan pelanggan dengan memberi mereka alasan mengapa mereka harus memilih cermin keselamatan jalan yang dicadangkan.
10 marks
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah cermin keselamatan dalam sebuah kedai runcit.
d(i)
Jelaskan bagaimana imej boleh terbentuk oleh cermin tersebut.
3 marks
d(ii)
Sekiranya jenis cermin keselamatan itu digantikan dengan satu cermin cekung, apakah perubahan yang akan berlaku?
2 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu magnet bar yang diletakkan di atas satu troli. Troli itu bergerak dengan satu halaju malar di atas landasan licin ke dalam satu solenoid yang bersambung kepada galvanometer.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan aruhan elektromagnet?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 10.1, apakah yang berlaku ke atas penunjuk galvanometer apabila troli bergerak ke dalam solenoid? Terangkan jawapan anda.
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan satu penjana arus ulang alik yang digunakan untuk membekalkan arus ulang alik.
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi suatu penjana arus ulang alik.
| Penjana | Kekuatan magnet | Bentuk magnet | Bilangan lilitan gegelung | Diameter dawai pada gegelung |
|---|---|---|---|---|
| Q | Lemah | Rata | Sedikit | Kecil |
| R | Lemah | Cekung | Sedikit | Besar |
| S | Kuat | Rata | Sedikit | Kecil |
| T | Kuat | Cekung | Banyak | Besar |
| U | Kuat | Rata | Banyak | Besar |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian setiap ciri-ciri dalam Jadual 10 bagi menghasilkan penjana yang berupaya memberikan arus aruhan yang paling tinggi, dan seterusnya tentukan penjana mana yang paling sesuai untuk digunakan. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah transformer dengan sebuah mentol di terminal outputnya. Mentol itu menyala dengan kecerahan normal.
d(i)
Hitungkan nilai arus output, I~s~.
1 marks
d(ii)
Tentukan nilai lilitan gegelung primer, N~p~.
2 marks
d(iii)
Hitung kecekapan transformer itu.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan satu aktiviti yang mengkaji sistem hidraulik ringkas di makmal Fizik.
a
Apakah sistem hidraulik?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1, bandingkan luas permukaan omboh picagari A dengan omboh picagari B, daya yang bertindak ke atas omboh picagari A dengan omboh picagari B, tekanan di permukaan air di dalam picagari A dengan picagari B.
Hubungkaitkan luas permukaan dengan daya yang bertindak pada omboh tersebut.
Namakan prinsip fizik yang digunakan dalam sistem hidraulik ini.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan sebuah kerusi untuk kegunaan rawatan gigi.
Terangkan bagaimana kerusi ini dapat dinaikkan.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sistem brek hidraulik dalam sebuah kereta.
Menggunakan pengetahuan anda mengenai sistem hidraulik, cadangkan dan terangkan pengubahsuaian yang perlu dibuat pada sistem tersebut agar sistem brek ini boleh berfungsi dengan lebih efektif.
Nyata dan terangkan cadangan anda berdasarkan sifat bendalir brek, saiz omboh dan jenis bahan yang digunakan untuk paip penghantaran.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open