Rajah 1 menunjukkan graf halaju, v melawan masa, t bagi sebuah motosikal yang sedang bergerak.
a
Gariskan definisi halaju yang betul.
Halaju ialah kadar perubahan ( jarak , sesaran )
1 marks
Berdasarkan graf dalam Rajah 1,
b(i)
Tandakan (√) pada kuantiti asas yang ditunjukkan oleh graf.
- Halaju
- Masa
1 marks
b(ii)
Namakan kuantiti fizik yang ditunjukkan oleh kecerunan graf?
1 marks
b(iii)
Kuantiti fizik pada jawapan **b(ii)** merupakan kuantiti vektor. Berikan satu contoh lain bagi kuantiti vektor.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang digunakan untuk menunjukkan kesan fotoelektrik.
a
Apakah maksud kesan fotoelektrik?
1 marks
b
Nyatakan sebab mengapa jarum ammeter menunjukkan pesongan selepas suatu cahaya dipancarkan ke permukaan logam.
2 marks
c
Jika fungsi kerja bagi permukaan logam peka cahaya ialah $3.91 \times 10^{-19}$ J, hitungkan frekuensi ambang bagi permukaan logam peka cahaya itu.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas bagi menentukan hubungan antara jarak objek, *u*, jarak imej, *v*, dan panjang fokus, *f*, bagi suatu kanta cembung.
Keputusan ditunjukkan pada Rajah 3.2.
Berdasarkan Rajah 3.1,
a(i)
Tandakan (√) pada jawapan yang betul.
- Kanta cembung adalah kanta penumpu
- Kanta cembung adalah kanta pencapah
1 marks
a(ii)
Jarak antara mentol dan kanta adalah 30 cm. Manakala jarak fokus bagi kanta cembung itu ialah 20 cm.
Kirakan jarak imej.
2 marks
Berdasarkan Rajah 3.2,
b(i)
Apakah nilai q?
1 marks
b(ii)
Jelaskan jawapan anda di 3(b)(i).
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu tiub sinar katod ringkas. Katod memancarkan elektron apabila suis P ditutup.
a
Namakan proses yang membolehkan pemancaran elektron pada katod.
1 marks
b
Apabila elektron mengalir dalam tiub sinar katod, arus yang mengalir dalam masa 5 saat ialah 0.01 A.
Hitung jumlah cas pada elektron.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan lintasan satu sinar katod yang tidak lengkap dalam medan elektrik.
c(i)
Dalam Rajah 4.2, lengkapkan lintasan sinar katod tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah lintasan sinar katod di antara dua plat itu dan di mana lintasan itu berakhir.)*
1 marks
c(ii)
Beri satu sebab bagi jawapan dalam 4(c)(i).
1 marks
Beza keupayaan yang merentasi katod dan anod ialah 550 V. Cas bagi satu elektron, *e* = $1.6 \times 10^{-19}$ C. Jika jisim satu elektron ialah $9.11 \times 10^{-31}$ kg.
d(i)
Hitungkan tenaga keupayaan elektrik bagi satu elektron.
2 marks
d(ii)
Menggunakan formula
$\frac{1}{2}mv^2 = eV$
Hitung halaju maksimum elektron ketika sampai di anod.
2 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan Bumi sedang mengorbit matahari. Luas yang dicakupi oleh SAB adalah sama dengan luas SCD.
a
Nyatakan kedudukan matahari dalam orbit Bumi.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5,
b(i)
Bandingkan panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
1 marks
b(ii)
Bandingkan laju linear A ke B dan C ke D.
1 marks
b(iii)
Bandingkan masa untuk Bumi bergerak dari kawasan A ke B dan C ke D.
1 marks
b(iv)
Nyatakan hubungan antara masa yang diambil dengan luas yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
1 marks
c
Nyatakan hukum yang terlibat untuk menerangkan 5(b)(iv).
1 marks
d
Bumi mengambil masa selama 365 hari untuk mengorbit matahari. Jisim matahari adalah $1.99 \times 10^{30}$ kg. Cari jarak purata dari pusat matahari ke orbit.
[G = $6.67 \times 10^{-11}$ N m^2^ kg^-2^]
3 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua bingkai gambar yang berada dalam keseimbangan daya.
a
Nyatakan maksud keseimbangan daya.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
sudut, θ
1 marks
b(ii)
tegangan tali, T
1 marks
b(iii)
berat bingkai gambar.
1 marks
c
Berdasarkan jawapan di 6(b), nyatakan hubungan antara sudut, θ dan tegangan tali, T.
1 marks
d
Berdasarkan pemerhatian di 6(b) dan 6(c), buat satu kesimpulan tentang kaedah menggantung sebuah bingkai gambar yang sesuai untuk mengelakkan tali cepat putus.
1 marks
e
Jika bingkai gambar dalam Rajah 6.1 diganti dengan bingkai gambar yang bersaiz sama dan berjisim 0.5 kg. Hitungkan tegangan tali, T.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan suatu gegelung PQ, diperbuat daripada dawai kuprum disambungkan kepada suatu galvanometer peka untuk mengkaji kesan aruhan elektromagnet.
a
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
1 marks
b
Sebuah magnet kekal kecil yang disambungkan pada hujung suatu spring elastik berayun masuk keluar hujung P gegelung itu seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Jelaskan mengapa jarum galvanometer menunjukkan pesongan.
1 marks
c
Jika bilangan magnet kekal kecil ditambah dan berayun dengan halaju sama seperti Rajah 7.1. Apakah berlaku kepada penunjuk galvanometer dan berikan sebab anda.
2 marks
Anda diminta melakukan pengubahsuaian terhadap gegelung PQ. Jadual 7 menunjukkan jenis gegelung yang berbeza ciri-cirinya.
| Jenis gegelung | Diameter dawai / mm | Bilangan lilitan |
|---|---|---|
| K | 0.10 | 100 |
| L | 0.30 | 100 |
| M | 0.10 | 50 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri gegelung PQ yang sesuai untuk hasilkan pesongan jarum galvanometer lebih tinggi. Berikan sebab untuk kesesuaian ciri-ciri tersebut.
d(i)
Diameter dawai — ciri dan sebab.
2 marks
d(ii)
Bilangan lilitan — ciri dan sebab.
2 marks
d(iii)
Berdasarkan jawapan anda di 7(d)(i) dan 7(d)(ii), tentukan jenis gegelung yang paling sesuai digunakan.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan satu sistem radiator kereta.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan muatan haba tentu?
1 marks
b
Terangkan mengapa air digunakan sebagai agen penyejukan dalam suatu radiator kereta?
2 marks
Sebuah enjin kereta didapati terlalu panas setelah melalui suatu perjalanan yang jauh. Radiator kereta tersebut didapati kurang efisyen untuk mengurangkan suhu enjin.
Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan pada radiator kereta untuk memastikan enjin kereta dapat dikurangkan suhunya dengan cepat berdasarkan aspek-aspek berikut. Berikan sebab bagi jawapan anda.
c(i)
Bilangan bilah sirip — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Saiz kipas — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Takat didih cecair — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 dan 9.2 menunjukkan dua set tangki riak yang digunakan untuk mengkaji pembelauan gelombang.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelauan gelombang?
1 marks
b(i)
Lukis semula dan lengkapkan Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 untuk menunjukkan perbezaan antara dua corak belauan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk muka gelombang selepas melalui celah dalam Rajah 9.1 dan dalam Rajah 9.2, dan jarak antara muka gelombang sebelum dan selepas celah.)*
2 marks
b(ii)
Rajah yang manakah menunjukkan pembelauan gelombang yang lebih berkesan? Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah perkampungan nelayan yang menjadi kawasan utama untuk kapal-kapal nelayan berlabuh setiap hari.
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri rekabentuk benteng dan lokasi jeti yang berbeza.
| Reka bentuk | Lokasi jeti | Rekabentuk benteng | Ketinggian benteng | Saiz antara dua celah benteng |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Teluk | Sama saiz atas dengan bawah | Rendah | Kecil |
| **Q** | Tanjung | Lebar dibahagian dasar | Rendah | Besar |
| **R** | Tanjung | Sama saiz atas dengan bawah | Tinggi | Besar |
| **S** | Teluk | Lebar dibahagian dasar | Tinggi | Kecil |
Jadual 9
Anda ditugaskan untuk memilih rekabentuk benteng yang sesuai agar kawasan tersebut dapat dijadikan satu jeti utama untuk mengumpulkan semua hasil-hasil laut.
Terangkan kesesuaian setiap ciri yang dinyatakan. Jelaskan pilihan anda menggunakan konsep Fizik yang berkaitan dengan gelombang.
10 marks
Seekor ikan lumba-lumba memancarkan gelombang ultrasonik dengan kelajuan 1500 m s^-1^ kepada sekumpulan ikan. Jika frekuensi gelombang ultrasonik itu ialah 120 kHz, hitungkan;
d(i)
panjang gelombang ultrasonik itu di dalam air.
2 marks
d(ii)
jarak antara ikan lumba-lumba itu dan sekumpulan ikan apabila gema itu kembali selepas 50 ms.
3 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah jek hidraulik.
Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
Namakan prinsip fizik yang terlibat.
1 marks
a(ii)
Terangkan prinsip kerja bagaimana jek hidraulik berfungsi.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan jek hidraulik yang sama dikenakan daya, F~1~ = 50 N pada omboh input.
b(i)
Hitung tekanan pada omboh input.
2 marks
b(ii)
Tentukan tekanan yang bertindak pada omboh output.
1 marks
b(iii)
Hitung daya, F~2~.
2 marks
c
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi empat jek hidraulik P, Q, R dan S.
| Jek hidraulik | Cecair hidraulik | Takat didih cecair hidraulik | Luas omboh input | Luas omboh output |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Minyak | Tinggi | Kecil | Besar |
| **Q** | Air | Tinggi | Besar | Kecil |
| **R** | Minyak | Rendah | Besar | Kecil |
| **S** | Air | Rendah | Kecil | Besar |
Jadual 10
Anda dikehendaki untuk menentukan jek hidraulik yang paling sesuai untuk mengangkat kereta yang berjisim besar. Kaji ciri-ciri keempat-empat jek hidraulik. Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan jek hidraulik yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan sebuah model lampu Compact Fluorescent Lamp (CFL) dan sebuah model lampu Light Emitting Diode (LED) dan spesifikasi kedua-dua lampu.
| | Compact Fluorescent Lamp (CFL) — Rajah 11.1 | Light Emitting Diode (LED) — Rajah 11.2 |
|---|---|---|
| Kuasa | 14 W | 12 W |
| Kecerahan | 800 Lumens | 800 Lumens |
| Kecekapan | 50% | 90% |
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa elektrik?
1 marks
Perhatikan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2,
b(i)
Bandingkan kecerahan mentol, kuasa mentol dan kecekapan mentol.
3 marks
b(ii)
Nyatakan hubungkait antara kuasa dan kecekapan mentol untuk mendeduksikan hubungan antara kecekapan dan jumlah penggunaan tenaga bagi mentol.
2 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah pengecas telefon bimbit berlabel 240V, 20W dipasangkan pada soket bervoltan 120V.
Apakah akan berlaku kepada pengecas dan masa pengecasan telefon bimbit tersebut? Terangkan jawapan anda.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan satu seterika elektrik berlabel 240 V, 1000 W.
Cadang dan terangkan bagaimana untuk menambah baik seterika elektrik itu supaya ia dapat berfungsi dengan berkesan dan cekap berdasarkan ciri-ciri bahan yang digunakan untuk unsur pemanas dan pemegang seterika, komponen elektronik untuk mengawal haba dan keselamatan seterika elektrik tersebut.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open