Rajah 1 menunjukkan sebuah satelit P mengorbit bumi pada ketinggian tetap.
a
Tandakan (√) bagi jawapan yang betul dalam kotak yang disediakan.
Hukum fizik yang menjelaskan daya **F** ialah
- Hukum Kegravitian Semesta Newton
- Hukum Gerakan Newton Pertama
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
b
Namakan daya **F**.
1 marks
c
Jika satelit P mengorbit pada ketinggian yang sama mengelilingi planet yang berjisim lebih besar, apakah yang akan berlaku pada kuantiti fizik di 1(b)?
1 marks
d
Satelit P mengalami kerosakan teknikal dan jatuh mendekati Bumi. Nyatakan perubahan yang berlaku kepada pecutan graviti.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan siri reputan radioaktif nukleus Uranium-238 kepada Radium-226.
a
Apakah maksud reputan radioaktif?
1 marks
b
Mengapakah reputan U-238 berlaku?
1 marks
c
Berapakah bilangan zarah alfa dan zarah beta yang dipancarkan dalam proses ini?
Zarah alfa: ……
Zarah beta: ……
2 marks
d
Tulis satu persamaan reputan bagi U-238 kepada Ra-226.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan air memancut keluar pada jarak, d₁ dan d₂ disebabkan oleh tekanan.
a
Nyatakan faktor yang mempengaruhi jarak pancutan air dalam Rajah 3.
1 marks
b
Hitung tekanan air di R.
[Ketumpatan air, ρ = 1000 kg m^-3^]
3 marks
c
Ramalkan jarak pancutan apabila air digantikan dengan minyak zaitun.
1 marks
d
Berikan sebab bagi jawapan anda di 3(c).
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keadaan penumpang yang menaiki *roller-coaster* bergerak ke kiri dan ke kanan apabila gerabak mengubah arah.
a
Apakah konsep fizik yang terlibat dalam Rajah 4.1?
1 marks
b
Namakan hukum yang menerangkan konsep fizik di 4(a).
1 marks
c
Nyatakan satu langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menaiki *roller-coaster*. Berikan sebab bagi jawapan anda.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan gerabak *roller-coaster* dengan penumpang menuruni landasan dari X ke Y.
d(i)
Nyatakan perubahan tenaga gerabak *roller coaster* dari X ke Y.
1 marks
d(ii)
Hitung tenaga gerabak semasa di X jika jisim gerabak dan penumpang ialah 1500 kg.
2 marks
d(iii)
Hitung halaju gerabak tersebut apabila tiba di Y.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas eksperimen bagi menentukan hubungan antara isipadu dengan tekanan udara.
a
Namakan unit SI bagi tekanan.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
isipadu udara yang terperangkap.
1 marks
b(ii)
bacaan tolok tekanan.
1 marks
b(iii)
bacaan termometer.
1 marks
c(i)
Berdasarkan jawapan anda di 5(b), nyatakan hubungan antara isipadu dan tekanan udara yang terperangkap.
1 marks
c(ii)
Namakan hukum fizik yang terlibat.
1 marks
d(i)
Sekiranya omboh dalam Rajah 5.2 ditolak lebih dalam, apakah yang terjadi kepada bacaan tolok tekanan?
1 marks
d(ii)
Jelaskan jawapan anda di 5(d)(i) berdasarkan Teori Kinetik Gas.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan fotoelektron dipancarkan dari permukaan logam yang disinari oleh foton cahaya yang sama.
a
Apakah maksud foton cahaya?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
frekuensi ambang cahaya.
1 marks
b(ii)
bilangan fotoelektron yang dipancarkan.
1 marks
b(iii)
arus fotoelektrik yang mengalir dalam milliammeter.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
frekuensi ambang dan bilangan fotoelektron yang dipancarkan.
1 marks
c(ii)
bilangan fotoelektron yang dipancarkan dan arus fotoelektrik.
1 marks
d
Ramalkan tenaga kinetik fotoelektron apabila keamatan foton cahaya bertambah.
1 marks
e
Hitung fungsi kerja bagi logam dalam Rajah 6.1.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah penyaman udara berlabel 240 V, 1500 W.
a
Apakah maksud 240 V, 1500 W?
1 marks
b
Hitung arus elektrik yang mengalir melalui penyaman udara tersebut.
1 marks
Jadual 1 menunjukkan perbandingan di antara tiga jenis penyaman udara.
| Jenis | Sistem penyaman udara | Kuasa elektrik (kW) | Penyesuai rangkaian |
|---|---|---|---|
| P | Penyongsang | 0.735 | Wifi |
| Q | Bukan penyongsang | 2.205 | Tiada wifi |
| R | Penyongsang | 3.675 | Wifi |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri penyaman udara yang sesuai untuk digunakan dalam bilik yang besar dengan cekap.
c(i)
Sistem penyaman udara — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Kuasa elektrik — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Penyesuai rangkaian — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 7(c), pilih penyaman udara yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah ketuhar yang menggunakan gelombang elektromagnet dengan frekuensi 2.45 × 10^9^ Hz.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang elektromagnet?
1 marks
b
Hitung panjang gelombang dalam Rajah 8.1.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan satu alat komunikasi yang digunakan di satu kawasan perkhemahan berbukit yang tiada liputan telekomunikasi.
Anda dikehendaki untuk mengubahsuai alat tersebut supaya ahli perkhemahan dapat berkomunikasi dengan jelas berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Frekuensi gelombang — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Antena — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Ciri-ciri tambahan pada alat komunikasi — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan elektron yang terhasil dari proses pancaran termion ditarik ke anod di dalam tiub vakum.
a
Apakah maksud pancaran termion?
1 marks
Diberi cas satu elektron ialah 1.6 × 10^-19^ C dan jisim satu elektron ialah 9.11 × 10^-31^ kg.
Hitung,
b(i)
tenaga kinetik satu elektron apabila bekalan kuasa V.L.T yang digunakan ialah 5 kV.
3 marks
b(ii)
halaju maksimum elektron.
2 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah tiub palang Maltese.
Apakah yang terbentuk pada skrin berpendarfluor apabila suis S₁ dan S₂ ditutup? Terangkan jawapan anda.
4 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah osiloskop sinar katod (OSK) yang disambungkan kepada satu litar rektifikasi yang belum lengkap bagi mengecas sebuah telefon pintar 9 V. Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri empat litar P, Q, R dan S.
Kaji setiap ciri litar tersebut dan terangkan kesesuaian bagi setiap ciri. Tentukan litar yang paling sesuai untuk mengecas telefon pintar tersebut untuk menghasilkan voltan output yang mantap. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan imej yang terbentuk apabila sinar cahaya daripada objek merambat melalui sebuah kanta cembung. Panjang fokus kanta cembung itu ialah 12.0 cm.
a
Nyatakan satu ciri imej yang dibentuk oleh kanta dalam Rajah 10.1.
1 marks
Berdasarkan Rajah 10.1, hitung,
b(i)
pembesaran linear imej.
2 marks
b(ii)
tinggi objek jika tinggi imej ialah 3.0 cm.
2 marks
c
Terangkan bagaimana kanta dapat digunakan untuk memperbaiki masalah rabun jauh.
5 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan alat radas yang digunakan untuk membina mikroskop ringkas pada pelarasan normal di dalam makmal fizik sekolah.
| Set alat radas | Panjang fokus kanta objek, $f_o$ dan kanta mata, $f_e$ | Kedudukan objek | Kuasa kanta objek | Jarak antara kanta objek dan kanta mata |
|---|---|---|---|---|
| P | $f_o > f_e$ | $u < f_o$ | Tinggi | $= f_o + f_e$ |
| Q | $f_e > f_o$ | $f_o < u < 2f_o$ | Tinggi | $> f_o + f_e$ |
| R | $f_o > f_e$ | $u < f_o$ | Rendah | $= f_o + f_e$ |
| S | $f_e > f_o$ | $f_o < u < 2f_o$ | Rendah | $> f_o + f_e$ |
Jadual 3
Kaji aspek bagi keempat-empat set alat radas dan terangkan kesesuaian bagi setiap aspek. Tentukan set alat radas mikroskop ringkas yang paling sesuai untuk menghasilkan imej yang paling jelas.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan kedudukan akhir rod kuprum kesan daripada medan lastik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan medan lastik?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan bilangan sel kering yang digunakan, sudut pesongan penunjuk ammeter dan kedudukan akhir rod kuprum itu.
Hubungkaitkan bilangan sel kering yang digunakan dengan magnitud arus elektrik yang mengalir. Deduksikan hubungan antara magnitud arus elektrik yang mengalir dengan daya yang terhasil.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan struktur sebuah motor elektrik arus terus.
Terangkan prinsip kerja motor elektrik arus terus.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan motor arus terus yang digunakan untuk memutarkan tayar sebuah kereta mainan elektrik.
Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada motor elektrik kereta mainan tersebut untuk bergerak dengan lebih laju.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open