Rajah 1 menunjukkan sebuah planet yang mengorbit mengelilingi Matahari dalam bentuk elips. Planet itu mengambil masa yang sama untuk bergerak dari S ke R dan Q ke P seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kepler Kedua.
a
Nyatakan Hukum Kepler Kedua.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
b(i)
Tandakan (√) bagi jawapan yang **betul**. *(Tulis pilihan anda.)*
Matahari terletak pada
- pusat elips
- fokus elips
1 marks
b(ii)
Antara titik J, K, L dan M, manakah mempunyai laju linear planet paling tinggi?
1 marks
b(iii)
Apakah perubahan yang berlaku pada laju linear planet apabila jarak di antara planet dengan matahari bertambah?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah mentol filamen berlabel 240 V, 80 W.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan spesifikasi 240 V, 80 W?
1 marks
Filamen itu menyala dan bercahaya dengan kecerahan normal apabila mentol itu disambungkan kepada bekalan kuasa a.u. 240 V.
b(i)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku.
1 marks
b(ii)
Hitung arus yang mengalir melalui mentol.
2 marks
c
Nyatakan satu ciri utama dawai filamen dalam mentol itu supaya ia tahan lama.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan satu sistem hidraulik yang berfungsi berdasarkan prinsip Pascal untuk mengangkat suatu beban. Satu daya, F dikenakan ke atas omboh kecil.
a
Nyatakan prinsip Pascal.
1 marks
Berdasarkan Rajah 3,
b(i)
Nyatakan jenis cecair yang digunakan sistem hidraulik tersebut.
1 marks
b(ii)
Berikan **satu** sebab bagi jawapan di 3(b)(i).
1 marks
Satu daya 50 N bertindak ke atas omboh kecil. Luas keratan rentas omboh kecil dan omboh besar masing-masing adalah 0.04 m^2^ dan 0.8 m^2^.
Hitungkan
c(i)
Faktor penggandaan.
2 marks
c(ii)
Daya yang dikenakan oleh cecair ke atas omboh besar itu.
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan graf aktiviti melawan masa bagi bahan radioaktif yang mengalami reputan radioaktif.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
b
Pada graf dalam Rajah 4.1, tentukan separuh hayat bagi unsur itu.
Separuh hayat = …………… tahun *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf untuk menentukan separuh hayat — dari nilai aktiviti berapa, ke titik mana pada lengkung, dan turun ke masa berapa.)*
2 marks
c
Dalam pembelahan nukleus, nukleus Uranium-235 dibedil oleh satu neutron. Nukleus berat terbelah kepada dua nukleus ringan iaitu Kripton dan Barium serta tiga neutron baru seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
- Jisim nukleus Uranium-235 = 235.04 u.j.a.
- Jisim nukleus Kripton-92 = 91.91 u.j.a.
- Jisim nukleus Barium-141 = 140.91 u.j.a.
- Jisim neutron = 1.01 u.j.a.
- Laju cahaya, c = 3 × 10^8^ m s^-1^
- 1 u.j.a. = 1.66 × 10^-27^ kg
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelahan nukleus?
1 marks
Tindak balas dalam Rajah 4.2 boleh menyebabkan berlakunya kecacatan jisim. Hitungkan
d(i)
kehilangan jisim dalam kilogram
3 marks
d(ii)
tenaga yang terbebas dalam joule
2 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan pergerakan sebuah bola boling berlanggar dengan pin boling dalam suatu pertandingan.
Jadual 1 menunjukkan momentum bola boling dan pin boling sebelum dan selepas perlanggaran.
| Momentum (kg m s^-1^) | Bola boling | Pin boling |
|---|---|---|
| Sebelum perlanggaran | 1.8 | 0.0 |
| Selepas perlanggaran | 0.2 | 1.6 |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5 dan Jadual 1, tentukan jumlah momentum bagi bola boling dan pin boling.
b(i)
Sebelum perlanggaran
1 marks
b(ii)
Selepas perlanggaran
1 marks
c
Bandingkan jawapan di 5(b)(i) dengan 5(b)(ii).
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(b) dan 5(c),
d(i)
Nyatakan satu kesimpulan tentang jumlah momentum.
1 marks
d(ii)
Namakan prinsip fizik yang terlibat di 5(d)(i).
1 marks
d(iii)
Nyatakan satu syarat yang diperlukan untuk mengaplikasikan prinsip fizik yang dinyatakan di 5(d)(ii).
1 marks
Bola boling itu digantikan dengan bola boling lain yang lebih besar jisimnya.
e(i)
Ramalkan momentum pin boling selepas perlanggaran.
1 marks
e(ii)
Beri satu sebab untuk jawapan anda di 5(e)(i).
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan litar elektrik yang mengandungi sel foto dan disinari oleh cahaya. Reostat dilaraskan sehingga bacaan mikroammeter menjadi maksimum.
Rajah 6.2 menunjukkan sel foto yang sama dan disinari dengan cahaya yang sama tetapi mempunyai keamatan yang berbeza.
a
Namakan kuantiti fizik yang ditunjukkan oleh bacaan maksimum mikroammeter.
1 marks
b
Terangkan mengapa katod diselaputi logam cesium.
1 marks
Dengan menggunakan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
c(i)
keamatan cahaya.
1 marks
c(ii)
bacaan mikroammeter.
1 marks
c(iii)
frekuensi cahaya yang digunakan.
1 marks
Merujuk kepada jawapan di 6(c), hubungkaitkan
d(i)
keamatan cahaya dengan bacaan mikroammeter.
1 marks
d(ii)
keamatan cahaya dan kuantiti fizik yang dinyatakan di 6(a).
1 marks
e
Hitungkan nilai fungsi kerja bagi logam cesium, W diberi
[Pemalar Planck, h = 6.63 × 10^-34^ J s]
[Frekuensi ambang, f~0~ = 5.16 × 10^14^ Hz]
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sistem radar di lapangan terbang. Isyarat dihantar dari stesen radar untuk menentukan kedudukan sebuah kapal terbang.
Radar tersebut menghantar isyarat dengan frekuensi 250 MHz dan bergerak pada laju 3.0 × 10^8^ m s^-1^ ke arah sebuah kapal terbang. Menara kawalan bertindak sebagai pusat pengumpulan data.
a
Apakah konsep fizik yang digunakan untuk menentukan kedudukan kapal terbang?
1 marks
b
Dalam satu situasi penghantaran isyarat, masa isyarat yang diterima dikesan selepas penghantaran ialah 5 × 10^-4^ s. Hitung jarak kapal terbang dari lapangan terbang.
3 marks
Jadual 2 menunjukkan spesifikasi tiga sistem radar, **W**, **X** dan **Y**, yang boleh digunakan untuk menentukan kedudukan kapal terbang.
| Sistem radar | W | X | Y |
|---|---|---|---|
| Jenis gelombang yang dipancar | Gelombang mikro | Gelombang radio | Inframerah |
| Diameter piring parabola | Besar | Kecil | Kecil |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan ciri-ciri sistem radar yang sesuai digunakan oleh lapangan terbang antarabangsa yang menerbangkan kapal terbang merentasi benua.
Berikan sebab bagi kesesuaian ciri-ciri tersebut.
c(i)
Jenis gelombang yang dipancarkan — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter piring parabola — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan sistem radar yang paling sesuai digunakan oleh lapangan terbang antarabangsa yang menerbangkan kapal terbang merentasi benua.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah cermin digantung pada dinding rumah dengan tali dan paku. Jisim cermin, *m*, ialah 2 kg dan T ialah tegangan tali. Cermin itu berada dalam keseimbangan daya.
a
Apakah maksud keseimbangan daya?
1 marks
b(i)
Pada Rajah 8, lukiskan arah berat cermin. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari mana anak panah berat anda bermula dan ke arah mana ia menunjuk.)*
1 marks
b(ii)
Hitungkan berat cermin.
1 marks
Selepas cermin digantung pada dinding, tali terputus. Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, anda diminta melakukan pengubahsuaian berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Jenis tali — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Sudut antara tali dengan cermin — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis bahan bingkai cermin — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah sistem penyejukkan enjin iaitu sistem radiator kereta. Sistem radiator kereta adalah satu aplikasi muatan haba tentu.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan muatan haba tentu?
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana haba dikeluarkan dari enjin yang panas menggunakan sistem radiator kereta.
4 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan keratan rentas sebuah tabung nasi yang akan digunakan untuk menyimpan nasi panas.
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri bahan bagi tabung nasi yang berbeza.
| Tabung nasi | J | K | L | M |
|---|---|---|---|---|
| Bahan antara dinding dalam dan dinding luar | Kepingan polistrin | Kepingan kuprum | Kepingan polistrin | Kepingan kuprum |
| Takat lebur | 68 °C | 240 °C | 240 °C | 68 °C |
| Muatan haba tentu | 800 J kg^-1^ °C^-1^ | 1900 J kg^-1^ °C^-1^ | 1900 J kg^-1^ °C^-1^ | 900 J kg^-1^ °C^-1^ |
| Ketumpatan | 800 kg m^-3^ | 670 kg m^-3^ | 670 kg m^-3^ | 800 kg m^-3^ |
Jadual 3
Kaji spesifikasi keempat-empat tabung nasi tersebut.
Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi untuk kesemua tabung nasi dan tentukan tabung nasi yang paling sesuai digunakan untuk menyimpan nasi panas dalam masa yang panjang dan boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah.
10 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan secawan teh panas berjisim 0.1 kg dan mempunyai suhu awal 80 °C yang disejukkan dengan menambah beberapa ketulan kiub ais pada suhu 0 °C. Suhu akhir teh panas bercampur ais yang telah melebur adalah 25 °C.
[Muatan haba tentu air teh panas = 4100 J kg^-1^ °C^-1^]
(i) Hitungkan haba yang dibebaskan teh panas apabila ia sejuk sehingga suhu 25 °C.
(ii) Berdasarkan jawapan di 9(c)(i), hitungkan jisim ais yang telah lebur di dalam teh panas, andaikan tiada haba terbebas ke persekitaran.
[Haba pendam tentu pelakuran ais, l = 334000 J kg^-1^]
5 marks
1020 marks
Diod semikonduktor dalam Rajah 10.1 merupakan sebuah peranti elektronik yang diperbuat daripada gabungan semikonduktor jenis-p dan jenis-n melalui proses pendopan. Diod berfungsi sebagai rektifier.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan rektifikasi?
1 marks
b
Dengan bantuan gambarajah, jelaskan mekanisma pengaliran arus dalam diod. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana semikonduktor jenis-p dan jenis-n disambungkan kepada terminal bateri dalam setiap keadaan, dan apa yang berlaku pada simpang p-n.)*
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan litar **P**, **Q**, **R** dan **S**, dengan setiap satunya mengandungi sebuah transformer unggul. Rektifikasi dilakukan oleh diod-diod di dalam litar.
Anda ditugaskan untuk mereka cipta sebuah pengecas telefon bimbit 5 V. Terangkan bagaimana anda dapat membina pengecas tersebut dengan menggunakan salah satu litar yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2. Tentukan litar mana paling sesuai digunakan sebagai pengecas. Wajarkan pilihan anda. Terangkan kesesuaian setiap ciri-ciri berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Jenis transformer yang digunakan
(ii) Jenis rektifikasi
(iii) Nisbah bilangan lilitan gegelung primer kepada gegelung sekunder
(iv) Komponen tambahan menghasilkan magnitud arus yang tetap
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan litar transistor. M dan N adalah perintang tetap. Mentol X akan menyala apabila beza keupayaan merentasi N adalah sekurang-kurangnya 1 V.
d(i)
Hitungkan beza keupayaan yang merentasi perintang N apabila nilai rintangan perintang M adalah 12 000 Ω dan N adalah 500 Ω.
Adakah mentol X akan menyala?
3 marks
d(ii)
Perintang T digunakan untuk menggantikan perintang M. Hitungkan rintangan maksimum perintang T yang membolehkan mentol X menyala.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan cahaya sinar selari bergerak ke arah kanta J dan kanta K. Kedua-dua kanta menghasilkan imej yang nyata. Simbol F merupakan titik fokus bagi setiap kanta.
a
Nyatakan fenomena cahaya yang terlibat dalam pembentukan imej itu.
1 marks
b
Menggunakan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan ketebalan kanta J dan kanta K, panjang fokus kanta dan saiz imej yang terbentuk.
Hubungkaitkan ketebalan kanta dengan panjang fokus dan panjang fokus dengan saiz imej terbentuk.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan kanta J dalam Rajah 11.1 boleh digunakan sebagai satu kanta pembesar.
Lukis satu rajah sinar untuk menunjukkan bagaimana imej kanta pembesar itu terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: kedudukan objek berbanding kanta dan titik fokus F, laluan setiap sinar yang anda lukis, serta di mana dan bagaimana imej terbentuk.)*
4 marks
d
Cadang dan terangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan ke atas kanta pembesar dalam Rajah 11.3 untuk menjadi sebuah teleskop bagi melihat objek yang jauh. Penerangan anda adalah berdasarkan ciri-ciri dan kedudukan kanta yang digunakan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open