Rajah 1 menunjukkan pembebasan elektron dari permukaan logam apabila disinari cahaya pada frekuensi tertentu. Albert Einstein telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1921 kerana telah berjaya menerangkan ciri-ciri proses tersebut.
a
Nyatakan proses yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
1 marks
b
Apakah faktor yang mempengaruhi halaju elektron yang keluar dari logam tersebut?
1 marks
Apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik maksimum elektron jika:
c(i)
keamatan cahaya berkurang
1 marks
c(ii)
frekuensi cahaya bertambah
1 marks
25 marks
Titan adalah bulan yang mengorbit planet Zuhal. Jisim, M dan jejari, R bagi Titan masing-masing adalah $1.35 \times 10^{23}$ kg dan 2575 km.
Sebuah roket berjisim $1 \times 10^{5}$ kg dilancarkan secara menegak dari permukaan Titan dengan halajunya adalah sama dengan halaju lepas Titan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan halaju lepas?
1 marks
b
Hitung halaju lepas Titan tersebut.
3 marks
c
Nyatakan perubahan kepada halaju lepas dalam 2(b) jika jisim roket tersebut adalah dua kali ganda jisim asalnya?
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan struktur asas sebuah reaktor nuklear. Tindak balas nuklear yang berlaku di dalam reaktor nuklear adalah pembelahan nukleus.
a
Apakah pembelahan nukleus?
1 marks
b
Bagaimanakah moderator digunakan untuk mengawal kadar pembelahan nukleus dalam reaktor nuklear?
1 marks
c
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam reaktor nuklear.
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan pembelahan nukleus Uranium-235 yang berlaku di dalam reaktor nuklear tersebut.
Diberi,
- jisim $^{235}_{92}\text{U}$ = 235.0439 u.j.a.
- jisim $^{144}_{54}\text{Xe}$ = 143.9385 u.j.a.
- jisim $^{90}_{38}\text{Sr}$ = 89.9077 u.j.a.
- jisim $^{1}_{0}\text{n}$ = 1.0087 u.j.a.
Hitung tenaga nuklear yang dihasilkan dalam Joule.
Tenaga nuklear = ………… J
3 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan kanta S digunakan untuk membetulkan rabun jauh.
a
Nyatakan jenis kanta S.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4.1, berikan **tiga** ciri imej yang terbentuk pada retina.
2 marks
Kanta S dalam Rajah 4.1 juga digunakan sebagai kanta pada lubang intai di pintu, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
Rajah 4.3 menunjukkan gambar rajah sinar yang tidak lengkap bagi objek yang dilihat menerusi kanta S. F adalah titik fokus bagi kanta S.
c(i)
Lengkapkan gambar rajah sinar dalam Rajah 4.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis dari objek dan arah setiap sinar selepas melalui kanta S (termasuk garisan putus-putus yang anda sambung), serta kedudukan, arah dan saiz imej yang anda lukis.)*
3 marks
c(ii)
Jarak objek dari kanta S adalah 90.0 cm manakala panjang fokus kanta S adalah 15.0 cm.
Hitung jarak imej.
2 marks
c(iii)
Apakah yang berlaku kepada ketinggian imej dalam Rajah 4.3 jika objek dijauhkan dari kanta S?
1 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan pembiasan gelombang air apabila gelombang itu merambat daripada kawasan cetek ke kawasan dalam.
a
Apakah pembiasan gelombang?
1 marks
Perhatikan gelombang air di kawasan cetek dan kawasan dalam pada Rajah 5. Bandingkan,
b(i)
kedalaman air
1 marks
b(ii)
panjang gelombang bagi gelombang air
1 marks
b(iii)
laju gelombang bagi gelombang air.
1 marks
Berdasarkan jawapan dalam 5(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
kedalaman air dengan panjang gelombang bagi gelombang air
1 marks
c(ii)
panjang gelombang dengan laju gelombang.
1 marks
d
Pada Rajah 5, lukiskan satu garis normal pada X. Seterusnya, lukis arah perambatan gelombang dalam kawasan dalam selepas melalui X. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis normal yang anda lukis di X (arahnya berbanding garis sempadan) dan arah perambatan gelombang yang anda lukis selepas X (berbanding garis normal dan muka gelombang di kawasan dalam).)*
1 marks
e
Diberi laju gelombang bagi gelombang air di kawasan cetek dan kawasan dalam masing-masing adalah 10 cm s^-1^ dan 14 cm s^-1^. Panjang gelombang air di kawasan cetek adalah 5.0 cm.
Hitung panjang gelombang bagi gelombang air tersebut di kawasan dalam.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua litar transistor digunakan sebagai suis automatik untuk menghidupkan sebuah kipas mini apabila persekitaran panas.
a
Apakah fungsi rintangan di litar tapak, R~B~ di dalam litar tersebut?
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2.
b(i)
Bandingkan kedudukan termistor.
1 marks
b(ii)
Nyatakan litar yang mempunyai voltan tapak, V~B~ yang lebih tinggi.
1 marks
b(iii)
Manakah litar yang menyebabkan arus tapak, I~B~ mengalir apabila persekitaran panas?
1 marks
Hubungkaitkan,
c(i)
kedudukan termistor dengan voltan tapak, V~B~
1 marks
c(ii)
voltan tapak, V~B~ dengan pengaliran arus tapak, I~B~.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 6.1, beza keupayaan merentasi perintang 10 kΩ mestilah sekurang-kurangnya 4 V untuk menghidupkan kipas mini.
Hitung rintangan termistor apabila kipas mini dihidupkan.
2 marks
e
Kipas mini dalam Rajah 6.1 digantikan dengan kipas 240 V, 40 W.
Apakah yang akan berlaku kepada kipas tersebut?
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah kerusi hidraulik yang digunakan oleh doktor gigi untuk merawat pesakit.
a
Namakan prinsip fizik yang terlibat dalam Rajah 7.
1 marks
b
Luas keratan rentas omboh input yang bersambung pada pedal dan luas keratan rentas omboh output yang bersambung kepada kerusi masing-masing adalah 75 cm^2^ dan 1500 cm^2^. Berat kerusi adalah 2000 N manakala daya yang dikenakan ke atas omboh input adalah 150 N.
Hitung berat maksimum pesakit yang boleh diangkat oleh kerusi hidraulik tersebut.
3 marks
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri bagi tiga kerusi hidraulik yang berbeza.
| Kerusi hidraulik | Nilai faktor penggandaan | Jenis bendalir hidraulik |
|---|---|---|
| J | $\dfrac{1600}{70}$ | Air |
| K | $\dfrac{1600}{70}$ | Minyak |
| L | $\dfrac{70}{1600}$ | Minyak |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi kerusi hidraulik yang boleh mengangkat pesakit yang lebih berat.
c(i)
Nilai faktor penggandaan *(nyatakan ciri dan sebab)*
2 marks
c(ii)
Jenis bendalir hidraulik *(nyatakan ciri dan sebab)*
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan kerusi hidraulik yang paling sesuai digunakan untuk mengangkat pesakit yang lebih berat.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan seorang pekerja sedang menolak kereta sorong dengan daya, F. Daya geseran yang bertindak ke atas gerakan kereta sorong adalah F~R~.
Daya paduan yang menyebabkan kereta sorong bergerak ke depan ialah F~X~ − F~R~.
a
Apakah maksud daya paduan?
1 marks
b
Diberi daya F adalah 100 N.
Hitung komponen daya mengufuk F~X~.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan struktur kereta sorong.
c(i)
Anda dikehendaki mencadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada kereta sorong tersebut supaya kereta sorong mudah digerakkan ke depan dengan cepat.
Nyatakan dan terangkan pengubahsuaian anda berdasarkan aspek-aspek berikut:
sudut θ *(nyatakan ciri dan sebab)*
2 marks
c(ii)
panjang pemegang *(nyatakan ciri dan sebab)*
2 marks
c(iii)
ketumpatan kereta sorong *(nyatakan ciri dan sebab)*
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan bebola kapas dibasahi dengan cecair isopropil alkohol disapu pada bahu seorang pesakit. Pesakit berasa sejuk di kawasan kulit yang diliputi oleh cecair isopropil alkohol. Beberapa saat kemudian, cecair isopropil alkohol menyejat di mana haba yang terlibat adalah haba pendam tentu pengewapan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu pengewapan?
1 marks
b
Apabila bebola kapas dibasahi air sejuk disapu di kawasan kulit yang sama, didapati beberapa saat kemudian air tidak menyejat seperti cecair isopropil alkohol. Kesan penyejukan oleh air sejuk lebih kecil daripada cecair isopropil alkohol.
Jelaskan.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan struktur asas sebuah autoklaf di sebuah makmal yang digunakan untuk membunuh kuman dan virus pada radas makmal.
c(i)
Bakul berisi radas makmal dimasukkan ke dalam autoklaf untuk disterilkan. Penutup kedap udara ditutup ketika pensterilan dijalankan supaya stim yang bertekanan tinggi kekal berada di dalam autoklaf.
Kuasa elemen pemanas dalam Rajah 9.2 adalah 500 W.
Hitung haba yang dibekalkan oleh elemen pemanas tersebut selama 15 minit.
3 marks
c(ii)
Haba dalam 9(c)(i) digunakan untuk mengubah air bersuhu 25°C menjadi stim pada suhu 100°C.
Diberi:
- muatan haba tentu air = 4200 J kg^-1^ °C^-1^
- haba pendam tentu pengewapan air = $2.26 \times 10^{6}$ J kg^-1^
Hitung jisim air yang terlibat dalam proses itu.
2 marks
c(iii)
Jadual 9 menunjukkan empat jenis autoklaf J, K, L dan M dengan spesifikasi yang berbeza.
| Autoklaf | Bilangan kunci | Injap keselamatan | Kuasa elemen pemanas | Dinding |
|---|---|---|---|---|
| J | 6 | Tiada | Rendah | Tebal |
| K | 4 | Ada | Rendah | Nipis |
| L | 4 | Tiada | Tinggi | Nipis |
| M | 6 | Ada | Tinggi | Tebal |
Jadual 9
Anda dikehendaki mengkaji autoklaf dalam Jadual 9.
Terangkan kesesuaian aspek-aspek supaya pensterilan radas makmal dapat dijalankan dengan cepat dan selamat.
Tentukan autoklaf yang paling sesuai. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu sel kering yang mempunyai daya gerak elektrik sebanyak 3.7 V.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik?
1 marks
Sel kering dalam Rajah 10.1 digunakan dalam suatu eksperimen. Susunan radas bagi eksperimen tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.
Apabila suis ditutup, bacaan voltmeter adalah 3.0 V manakala bacaan ammeter adalah 0.5 A.
b(i)
Bacaan voltmeter ketika suis ditutup tidak menunjukkan nilai yang sama dengan daya gerak elektrik yang dilabelkan pada sel kering tersebut.
Jelaskan.
4 marks
b(ii)
Hitung rintangan dalam, r bagi sel kering tersebut.
2 marks
b(iii)
Hitung rintangan, R bagi mentol tersebut.
2 marks
b(iv)
Sebuah mentol yang serupa disambung secara selari dengan mentol dalam Rajah 10.2.
Nyatakan perubahan yang berlaku kepada bacaan ammeter.
1 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan bateri dan motor elektrik yang ada di dalam sebuah kenderaan elektrik.
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri empat set bateri untuk kenderaan elektrik tersebut.
| Bateri | Jenis bateri | Daya gerak elektrik | Jisim bateri | Susunan bateri |
|---|---|---|---|---|
| R | Sel kering | 400 V | 900 kg | Selari |
| S | Sel basah | 400 V | 500 kg | Selari |
| T | Sel kering | 800 V | 500 kg | Bersiri |
| U | Sel basah | 800 V | 900 kg | Bersiri |
Jadual 10
Kaji setiap ciri bateri dan terangkan kesesuaian setiap ciri.
Tentukan bateri yang paling sesuai untuk menggerakkan kenderaan elektrik dengan laju dan cekap.
Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan daya ke atas konduktor pembawa arus dalam suatu medan magnet. Rod AB bergerak pada jarak, d, apabila arus, I, mengalir dalam rod tersebut.
a
Nyatakan peraturan untuk menentukan arah gerakan rod AB.
1 marks
b
Menggunakan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan arus, I, yang mengalir dalam rod AB, jarak rod berarus AB bergerak, d dan daya ke atas rod berarus AB dalam medan magnet.
Hubung kait arus, I, dengan jarak rod berarus bergerak, d.
Seterusnya, nyatakan satu kesimpulan tentang hubungan antara jarak rod berarus bergerak, d, dengan daya ke atas rod berarus dalam medan magnet.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah motor elektrik ringkas dengan menggunakan beberapa biji bateri, magnet dan dawai kuprum.
Dengan menggunakan konsep daya ke atas konduktor pembawa arus dalam suatu medan magnet, jelaskan bagaimana gegelung kuprum tersebut boleh berputar.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah motor homopolar ringkas.
Anda dikehendaki mengubah suai motor homopolar ringkas tersebut supaya ianya dapat berputar lebih laju dan lama.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian anda kepada jenis sel kering, bilangan sel kering dan magnet yang digunakan, sambungan sel kering, dan ciri-ciri dawai.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open