Rajah 1 menunjukkan satu proses di mana zarah bercas dibebaskan daripada permukaan filamen logam yang panas.
a
Namakan proses tersebut.
1 marks
b
Lengkapkan ayat berikut dengan menandakan ( ✓ ) jawapan yang betul.
Zarah bercas yang digambarkan adalah
- proton
- elektron
1 marks
c
Apakah yang akan berlaku kepada bilangan zarah bercas yang dibebaskan jika bekalan kuasa ditingkatkan?
1 marks
d
Satu pancaran zarah berhalaju tinggi terhasil apabila bekalan voltan lampau tinggi (V.L.T.) disambungkan merentasi filamen dalam Rajah 1.
Namakan pancaran yang terhasil.
1 marks
25 marks
Tempoh orbit, T dan jejari orbit, R bagi Bumi dan Marikh diberi dalam Jadual 2.
| Planet | Tempoh orbit, T (s) | Jejari orbit, R (m) | $\frac{T^2}{R^3}$ (s^2^ m^-3^) |
|---|---|---|---|
| Bumi | $3.16 \times 10^{7}$ | $1.50 \times 10^{11}$ | $2.98 \times 10^{-19}$ |
| Marikh | $5.93 \times 10^{7}$ | $2.28 \times 10^{11}$ | $2.98 \times 10^{-19}$ |
Jadual 2
a
Bandingkan nisbah $\frac{T^2}{R^3}$ untuk Bumi dan Marikh.
1 marks
b
Nyatakan hukum fizik berkaitan dengan planet yang menerangkan jawapan di 2(a).
1 marks
Musytari adalah planet kelima dalam sistem suria. Diberi bahawa jejari orbit bagi Musytari adalah 5.2 kali lebih besar daripada jejari orbit Bumi, hitungkan
c(i)
jejari orbitnya.
1 marks
c(ii)
tempoh orbitnya.
2 marks
36 marks
Nukleus americium-241 mengalami pereputan radioaktif untuk menjadi nukleus neptunium-237 dengan memancarkan satu zarah. Rajah 3 menunjukkan persamaan yang menerangkan reputan radioaktif itu.
Simbol ${}^{A}_{Z}\text{X}$ mewakili zarah yang dipancarkan.
$^{241}_{95}\text{Am} \rightarrow {}^{237}_{93}\text{Np} + {}^{A}_{Z}\text{X}$
Rajah 3
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
Berdasarkan Rajah 3,
b(i)
tentukan nilai A dan Z.
2 marks
b(ii)
apakah zarah yang dipancarkan?
1 marks
c
Isotop neptunium-239 mempunyai separuh hayat selama 2 hari. Jika 2.0 g neptunium dihasilkan pada hari Rabu, berapakah baki jisim neptunium pada hari Khamis minggu berikutnya?
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan seekor ikan digantung pada neraca spring dengan bacaan 0.2 N. Rajah 4.2 menunjukkan ikan itu kemudiannya direndam sepenuhnya ke dalam bekas berisi air tawar. Adalah diperhatikan bahawa air di dalam bekas tersesar dan bacaan neraca spring berkurang menjadi 0.1 N.
a
Apakah maksud berat?
1 marks
b(i)
Apakah perbezaan antara bacaan neraca spring dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2?
1 marks
b(ii)
Namakan daya yang diwakili oleh nilai dalam 4(b)(i).
1 marks
b(iii)
Apakah berat air yang disesarkan oleh ikan?
1 marks
b(iv)
Hubung kaitkan jawapan di 4(b)(ii) dengan berat air yang disesarkan.
1 marks
c
Hitung isi padu air yang disesarkan oleh ikan.
[Ketumpatan air = 1 000 kg m^-3^]
2 marks
d(i)
Apakah yang akan berlaku kepada bacaan neraca spring dalam Rajah 4.2 sekiranya ikan itu direndam sepenuhnya ke dalam air laut?
1 marks
d(ii)
Beri sebab bagi jawapan anda di 4(d)(i).
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan periuk tanah liat dan periuk kuprum yang mempunyai jisim yang sama. Kedua-dua periuk itu dipanaskan dengan jumlah haba yang sama selama 10 minit.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan muatan haba tentu?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2,
b(i)
bandingkan muatan haba tentu, c.
1 marks
b(ii)
bandingkan kenaikan suhu, Δθ.
1 marks
b(iii)
bandingkan tenaga haba yang dibekalkan.
1 marks
b(iv)
nyatakan hubungan antara muatan haba tentu, c dengan kenaikan suhu, Δθ.
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan suatu kuali yang digunakan untuk menggoreng telur.
c(i)
Nyatakan **satu** ciri kuali yang membolehkannya menggoreng telur dengan cepat.
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** bahan yang sesuai digunakan sebagai pemegang kuali.
1 marks
c(iii)
Berikan **dua** sebab bagi pilihan anda di 5(c)(ii).
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan graf tenaga kinetik maksimum, K fotoelektron melawan frekuensi cahaya, f, bagi dua jenis logam yang berbeza.
Pintasan-x adalah frekuensi ambang, manakala pintasan-y adalah negatif fungsi kerja, W bagi logam masing-masing.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi ambang?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6,
b(i)
bandingkan frekuensi ambang bagi logam P dan logam Q.
1 marks
b(ii)
bandingkan fungsi kerja bagi logam P dan logam Q.
1 marks
b(iii)
bandingkan kecerunan graf bagi logam P dan logam Q.
1 marks
b(iv)
hubung kaitkan frekuensi ambang dan fungsi kerja.
1 marks
c(i)
Berdasarkan maklumat di Rajah 6, nyatakan persamaan Fotoelektrik Einstein jika kecerunan graf adalah m dan fungsi kerja adalah W.
1 marks
c(ii)
Tentukan kecerunan graf untuk logam Q.
Nyatakan apa yang diwakili oleh kecerunan graf.
[Diberi 1 eV = 1.6 × 10^-19^ J]
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan kedudukan pemantul cekung dan mentol di dalam sebuah lampu suluh.
a
Apakah maksud titik fokus?
1 marks
b
Diberi bahawa jejari kelengkungan pemantul cekung di dalam lampu suluh pada Rajah 7 adalah 10 cm. Pada jarak apakah mentol perlu diletakkan pada paksi utama cermin untuk menghasilkan sinar pantulan yang selari?
1 marks
c
Mentol dalam Rajah 7 terletak 2 cm dari pemantul cekung. Sinar R dari mentol ditujukan ke titik S pada pemantul.
Lengkapkan lintasan cahaya sinar R pada Rajah 7. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: garis yang anda lukis di titik S dan arah sinar selepas ia dipantulkan di S.)*
2 marks
Jadual 7 menunjukkan kedudukan mentol bagi tiga lampu depan kereta X, Y dan Z.
d(i)
Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 7 dan pengetahuan anda mengenai titik fokus, nyatakan kedudukan mentol yang sesuai bagi lampu depan sebuah kereta untuk melihat objek dekat dan jauh pada waktu malam. Beri sebab untuk kesesuaian bagi setiap kedudukan mentol tersebut.
Mentol **P** — kedudukan dan sebab.
2 marks
d(ii)
Mentol **Q** — kedudukan dan sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan dalam 7(d), lampu depan kereta manakah yang paling sesuai untuk melihat objek dekat dan jauh pada waktu malam?
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat pantulan gelombang bunyi.
a(i)
Apakah jenis gelombang progresif bagi gelombang bunyi?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(iii)
Beri sebab bagi jawapan anda di 8(a)(ii).
X: …
Y: …
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan reka bentuk sebuah piring yang dibuat oleh seorang murid untuk mendidihkan air di dalam cerek menggunakan tenaga suria.
b(i)
Anda dikehendaki untuk mengubah suai reka bentuk piring di dalam Rajah 8.2 supaya air mendidih dalam masa yang lebih singkat.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian berdasarkan aspek-aspek berikut:
Jenis permukaan piring — ubah suai dan sebab.
2 marks
b(ii)
Orientasi piring — ubah suai dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sistem pelantak cerucuk yang digunakan dalam pembinaan bangunan.
a
Apakah maksud impuls?
1 marks
b
Huraikan bagaimana cerucuk itu dibenamkan ke dalam tanah.
4 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan seorang atlet lompat tinggi sedang beraksi.
Jadual 9 menunjukkan spesifikasi P, Q, R dan S yang digunakan oleh seorang atlet lompat tinggi untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan kecederaan.
| Spesifikasi bagi atlet | Jenis kasut | Halaju larian sebelum melompat | Teknik jatuhan | Tilam |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Dengan spike | Tinggi | Bengkokkan badan | Tebal |
| **Q** | Tiada spike | Rendah | Luruskan badan | Tebal |
| **R** | Tiada spike | Tinggi | Luruskan badan | Nipis |
| **S** | Dengan spike | Rendah | Bengkokkan badan | Nipis |
Jadual 9
Anda dikehendaki menentukan kesesuaian spesifikasi untuk atlet lompat tinggi bagi meningkatkan prestasi dan mengelakkan kecederaan.
Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi. Pilih spesifikasi yang paling sesuai bagi atlet dan beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Rajah 9.3 menunjukkan seekor kucing yang berjisim 5 kg, melompat dari suatu tembok. Kucing itu membengkokkan kakinya semasa mendarat.
d(i)
Mengapakah kucing itu membengkokkan kakinya semasa mendarat?
1 marks
d(ii)
Hitungkan impuls kucing itu ketika mencecah tanah jika halaju sejurus sebelum mendarat ialah 6 m s^-1^.
2 marks
d(iii)
Hitungkan daya impuls yang terhasil jika masa yang diambil untuk berhenti ialah 2.0 s.
2 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu litar elektrik bagi satu eksperimen untuk menentukan daya gerak elektrik (d.g.e.) dan rintangan dalam sel kering.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik (d.g.e.)?
1 marks
b
Dengan bantuan graf, terangkan bagaimana daya gerak elektrik (d.g.e.) dan rintangan dalam sebuah sel kering boleh ditentukan. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: kuantiti pada setiap paksi, bentuk garis graf, dan bagaimana d.g.e. dan rintangan dalam dibaca daripada graf.)*
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah bateri kereta yang mengandungi enam sel. Setiap sel mempunyai d.g.e. sebanyak 2 V.
Bateri kereta seharusnya dapat membekalkan arus yang sangat tinggi kepada motor "starter" selain mengaktifkan bahagian lain kereta seperti lampu, penghawa dingin dan sistem audio.
Jadual 10 menunjukkan spesifikasi bagi empat bateri kereta yang berlainan W, X, Y dan Z yang terdapat di pasaran.
| Bateri kereta | Rintangan dalam / Ω | Jenis bateri | Susunan sel-sel | Kadar pengoksidaan |
|---|---|---|---|---|
| **W** | Rendah | Bateri air | Selari | Tinggi |
| **X** | Rendah | Bateri kering | Sesiri | Rendah |
| **Y** | Tinggi | Bateri air | Sesiri | Tinggi |
| **Z** | Tinggi | Bateri kering | Selari | Rendah |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi bateri kereta supaya bateri itu dapat menjana voltan yang cukup tinggi, tidak memerlukan penyelenggaraan dan tahan lama.
Tentukan bateri yang paling sesuai untuk digunakan dan beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah litar elektrik dengan sebiji sel kering, d.g.e. 1.5 V. Apabila suis ditutup, bacaan voltmeter dan bacaan ammeter masing-masing adalah 1.2 V dan 0.3 A.
d
Hitung
(i) rintangan dalam untuk sel kering.
(ii) nilai R.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dawai kuprum bergerak disambungkan kepada ammeter, reostat, suis dan bekalan kuasa. Dawai kuprum itu diletakkan di antara dua magnet Magnadur.
a
Apakah maksud medan lastik?
1 marks
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2,
b(i)
bandingkan bacaan ammeter, sudut pesongan dawai kuprum bergerak dan kekuatan medan magnet.
3 marks
b(ii)
hubung kaitkan bacaan ammeter dengan sudut pesongan dawai kuprum bergerak untuk membuat deduksi tentang hubungan antara magnitud arus dengan daya ke atas konduktor pembawa arus.
2 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan dua jenis motor iaitu motor berberus dan motor tanpa berus.
Terangkan persamaan dan perbezaan antara motor berberus dan motor tanpa berus.
4 marks
Rajah 11.4 menunjukkan satu motor homopolar ringkas yang terdiri daripada magnet, bateri dan konduktor. Interaksi antara medan magnet daripada arus elektrik dalam konduktor dan medan magnet daripada magnet kekal menghasilkan daya, yang menyebabkan konduktor berputar mengelilingi bateri.
d
Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada motor homopolar dalam Rajah 11.4 supaya konduktor berpusing lebih laju.
Nyata dan beri penerangan tentang pengubahsuaian itu berdasarkan jenis bahan dan ciri-ciri magnet, jenis bahan dan ciri-ciri konduktor dan ciri-ciri bateri.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open