Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji konsep momentum. Aktiviti ini menggunakan sebuah botol air plastik yang akan dilancar sebagai roket air.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan momentum?
1 marks
b
Nyatakan unit S.I bagi momentum.
1 marks
Udara dipam masuk ke dalam roket air untuk meningkatkan tekanan di dalamnya.
c(i)
Apakah yang akan berlaku kepada roket air dalam Rajah 1 apabila picu ditarik?
1 marks
c(ii)
Nyatakan prinsip fizik yang terlibat dalam 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan eksperimen yang digunakan untuk menunjukkan kesan fotoelektrik.
a
Apakah maksud kesan fotoelektrik?
1 marks
Pancaran cahaya dengan frekuensi 7 × 10^14^ Hz ditujukan ke atas permukaan logam yang mempunyai fungsi kerja 2.32 × 10^-19^ J.
(Pemalar Planck, h = 6.63 × 10^-34^ Js).
b(i)
Hitung tenaga cahaya itu.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda dalam 2(b)(i), adakah elektron dapat dipancarkan dari permukaan logam itu? Terangkan.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah dron yang bergerak ke atas dengan halaju seragam.
a
Namakan daya H dalam Rajah 3.
1 marks
b(i)
Nyatakan persamaan matematik yang menghubungkan berat dan daya H.
1 marks
b(ii)
Nyatakan konsep fizik yang terlibat dalam 3(b)(i).
1 marks
c
Dron dalam Rajah 3 kemudiannya memecut ke atas dengan pecutan 0.2 m s^-2^.
Diberi jisim dron ialah 0.4 kg, hitung daya H.
3 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah penggoreng elektrik berlabel 240 V, 1100 W.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan 240 V, 1100 W?
1 marks
b(i)
Gegelung nikrom digunakan sebagai elemen pemanas di dalam Rajah 4. Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam penggoreng elektrik tersebut.
1 marks
b(ii)
Berikan satu cara untuk meningkatkan tenaga haba yang dihasilkan oleh elemen pemanas.
1 marks
c(i)
Penggoreng elektrik dalam Rajah 4 digunakan setiap hari selama 2 jam.
Hitung tenaga yang digunakan dalam tempoh 30 hari dalam unit kWj.
3 marks
c(ii)
Diberi kos penggunaan tenaga ialah RM0.218 seunit.
Hitung kos penggunaan penggoreng elektrik digunakan selama 30 hari.
2 marks
d
Berikan satu cadangan untuk menjimatkan penggunaan tenaga semasa menggunakan alat dalam Rajah 4 di atas.
1 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah kapal angkasa berada pada kedudukan yang berbeza.
Pada awalnya kapal angkasa berada di permukaan Bumi, di J iaitu pada jarak R dari pusat Bumi. Kapal angkasa itu dilancarkan ke angkasa dan seketika berada di kedudukan K dan L.
Maklumat di bawah adalah berkaitan Rajah 5.
| | |
|---|---|
| Jisim Bumi | = 5.97 × 10^24^ kg |
| Jejari Bumi, R | = 6.37 × 10^6^ m |
| Pemalar kegravitian, G | = 6.67 × 10^-11^ N m^2^ kg^-2^ |
| Pecutan graviti di J | = g |
| Pecutan graviti di K | = 2.45 m s^-2^ |
| Pecutan graviti di L | = 1.09 m s^-2^ |
a
Namakan daya yang wujud diantara Bumi dan kapal angkasa dalam Rajah 5.
1 marks
b
Menggunakan maklumat yang diberi dan Rajah 5, hitung pecutan graviti, g bagi kapal angkasa yang berada di kedudukan J.
2 marks
Berdasarkan Rajah 5, bandingkan
c(i)
jarak r~1~ dan r~2~.
1 marks
c(ii)
pecutan graviti kapal angkasa di kedudukan K dan L.
1 marks
c(iii)
berat kapal angkasa di kedudukan K dan L.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda dalam 5(c)(i), 5(c)(ii) dan 5(c)(iii)
d(i)
hubungkait antara jarak, r dengan pecutan graviti.
1 marks
d(ii)
deduksi hubungan antara pecutan graviti dengan berat.
1 marks
e
Sebuah kapal angkasa lain yang mempunyai jisim dua kali ganda lebih tinggi dari kapal angkasa sebelumnya sedang berada di kedudukan K. Ramalkan pecutan graviti kapal angkasa itu di K.
1 marks
69 marks
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh pelajar untuk menentukan hubungan antara tekanan dan isipadu gas.
a
Takrifkan tekanan gas.
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b), bandingkan,
b(i)
isipadu gas.
1 marks
b(ii)
tekanan gas.
1 marks
b(iii)
suhu.
1 marks
c(i)
Nyatakan hubungan antara isipadu gas dengan tekanan.
1 marks
c(ii)
Nyatakan hukum fizik yang terlibat dalam 6(c)(i).
1 marks
d
Berdasarkan Teori Kinetik Gas, terangkan mengapakah tekanan gas dalam Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) berbeza.
1 marks
e
Rajah 6.2 menunjukkan sebuah belon kaji cuaca diisi dengan gas helium sehingga isipadu 30 liter dan tekanan 1 atm dipermukaan tanah. Belon itu kemudiannya dilepaskan. Semasa belon itu naik ke atas langit, isipadunya bertambah.
Hitung tekanan gas helium apabila isipadu belon itu bertambah sehingga 120 liter.
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjuk kerusi pergigian yang menggunakan sistem hidraulik yang terdiri dari pedal, omboh kecil, omboh besar dan cecair di dalamnya. Prinsip Pascal diaplikasikan untuk melaras ketinggian kerusi.
a
Takrifkan prinsip Pascal.
1 marks
Luas keratan rentas omboh kecil yang bersambung pada pedal dan luas keratan rentas omboh besar yang bersambung kepada kerusi adalah seperti berikut:
- Luas keratan rentas omboh kecil = 88 cm^2^
- Luas keratan rentas omboh besar = 1 221 cm^2^
b(i)
Apakah nilai faktor penggandaan bagi sistem hidraulik dalam Rajah 7?
1 marks
b(ii)
Kerusi dan pesakit menggenakan daya sebesar 2269 N ke atas omboh besar. Hitung daya yang perlu dikenakan ke atas omboh kecil untuk mengangkat kerusi dan pesakit tersebut.
2 marks
Anda diminta mengkaji ciri-ciri tiga kerusi pergigian P, Q dan R seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Kerusi pergigian | Jenis cecair | Nilai faktor penggandaan |
|---|---|---|
| **P** | Air | $\frac{45}{2}$ |
| **Q** | Minyak | $\frac{25}{1}$ |
| **R** | Air | $\frac{2}{45}$ |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri bagi sebuah kerusi pergigian yang dapat menampung pesakit yang mempunyai jisim yang lebih besar dan yang boleh tahan lebih lama.
Beri sebab untuk kesesuaian ciri-ciri berikut:
c(i)
Jenis cecair — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Nilai faktor penggandaan — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan kerusi pergigian yang boleh menampung pesakit yang mempunyai jisim lebih besar dan yang boleh tahan lebih lama.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah transformer yang disambungkan kepada perintang, R. Surihan voltan output dipaparkan menggunakan Osiloskop Sinar Katod (OSK).
a
Berdasarkan Rajah 8.1, apakah fungsi transformer?
1 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah transformer ringkas yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik (a.u) dan sebuah mentol berfilamen.
b(i)
Didapati transformer tersebut menjadi panas dan mempunyai kecekapan yang rendah. Cadangkan pengubahsuaian bagi transformer tersebut bagi mengurangkan penghasilan haba dan menjadikannya lebih cekap berdasarkan aspek-aspek berikut.
Jenis teras besi lembut — ciri dan sebab.
2 marks
b(ii)
Jenis dawai gegelung — ciri dan sebab.
2 marks
b(iii)
Diameter dawai gegelung — ciri dan sebab.
2 marks
d
Sebuah transformer, ammeter dan dua buah mentol dipasang pada satu litar seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.3. Bacaan ammeter ialah 0.60 A dan kedua-dua mentol itu menyala dengan kecerahan normal.
Hitung kecekapan transformer itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang perempuan sedang bersolek di hadapan sebuah cermin melengkung dengan imejnya terbentuk dalam cermin.
a(i)
Nyatakan fenomena cahaya yang terlibat dalam pembentukan imej Rajah 9.1.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan bagaimana imej perempuan yang dibesarkan terbentuk pada cermin melengkung.
4 marks
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah cermin cembung yang mempunyai jejari kelengkungan 4.0 cm. Satu objek diletakkan di hadapan cermin tersebut.
b(i)
Kira panjang fokus, f cermin tersebut.
2 marks
b(ii)
Dengan menggunakan nilai f dalam 9(b)(i), salin dan lengkapkan gambarajah sinar dalam Rajah 9.2 bagi menunjukkan pembentukan imej oleh cermin tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis — dari mana ia bermula, di mana ia mengenai cermin dan arah pantulannya (termasuk garis putus-putus di belakang cermin) — serta kedudukan, orientasi dan saiz imej yang terbentuk.)*
3 marks
c
Cermin melengkung selalu digunakan sebagai cermin keselamatan dalam kedai untuk mengawas pencuri barang. Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri cermin melengkung seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.
| Cermin melengkung | S | T | U | V |
|---|---|---|---|---|
| Jenis cermin melengkung | Cembung | Cekung | Cembung | Cekung |
| Saiz cermin melengkung | Kecil | Besar | Besar | Kecil |
| Kedudukan cermin melengkung | Rendah | Tinggi | Tinggi | Rendah |
| Ciri bahan salutan untuk memantul cahaya dalam cermin melengkung | Pemantul lemah | Pemantul kuat | Pemantul kuat | Pemantul lemah |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri cermin melengkung yang boleh digunakan sebagai cermin keselamatan yang berkesan. Tentukan cermin melengkung yang paling sesuai untuk digunakan sebagai cermin keselamatan. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah litar ringkas sebuah penggera kebakaran. Apabila berlaku kebakaran buzzer akan berbunyi.
a
Apakah fungsi transistor dalam Rajah 10.1?
1 marks
b
Terangkan bagaimana buzzer akan berbunyi apabila berlaku kebakaran.
4 marks
Berdasarkan Rajah 10.1, jika beza keupayaan antara YZ ialah 0.5 V buzzer akan berbunyi.
Hitung;
c(i)
beza keupayaan merentasi XY.
1 marks
c(ii)
arus yang melalui XZ.
2 marks
c(iii)
rintangan termistor
2 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah rumah di pinggir hutan. Tuan rumah ingin memasang semua lampu limpah di sekeliling rumahnya. Lampu limpah tersebut perlu menyala apabila malam dan terpadam secara sendiri apabila siang.
Rajah 10.3 menunjukkan empat litar elektronik W, X, Y dan Z dengan spesifikasi yang berbeza.
Anda dikehendaki menentukan litar elektronik yang paling sesuai untuk menyalakan ketiga-tiga lampu limpah 100 W, 240 V dengan kecerahan normal apabila keadaan persekitaran gelap daripada aspek berikut:
- Kedudukan perintang peka cahaya (PPC).
- Penyambungan terminal bateri.
- Susunan litar lampu limpah.
- Penggunaan suis geganti dalam litar.
Terangkan kesesuaian aspek-aspek itu dan tentukan litar elektronik yang paling sesuai. Berikan sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan surihan pada skrin sebuah Osiloskop Sinar Katod (OSK) apabila disambung kepada output sebuah penjana audio yang berbeza frekuensi.
a
Apakah maksud frekuensi?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan amplitud gelombang, bilangan gelombang lengkap, dan tempoh ayunan gelombang. Seterusnya, hubungkait bilangan gelombang lengkap dengan tempoh gelombang untuk membuat satu deduksi berkaitan dengan hubungan antara bilangan gelombang lengkap dengan frekuensi gelombang.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan satu pembesar suara yang menghasilkan gelombang bunyi di udara.
Terangkan bagaimana gelombang bunyi dipindahkan dari pembesar suara ke gegendang telinga.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan satu penghala tanpa wayar.
Anda dikehendaki merekacipta sebuah penghala tanpa wayar dan kaedah pemasangan yang dapat memindahkan data dengan lebih laju dan boleh dicapai oleh peranti tanpa wayar dari jarak yang jauh.
Cadangan anda mestilah merangkumi lokasi penghala tanpa wayar dipasang, jenis gelombang elektromagnet yang digunakan, frekuensi gelombang, ketumpatan bahan yang digunakan dan bilangan antenna yang digunakan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open