Rajah 1.1 menunjukkan sehelai kertas putih diletakkan di bawah sebuah tangki riak yang mempunyai dulang lut sinar berdasar condong. Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji pembiasan gelombang air.
Rajah 1.2 menunjukkan pandangan sisi dulang lut sinar pada tangki riak tersebut.
a
Apakah maksud pembiasan?
1 marks
Apabila pencelup satah dibiarkan bergetar secara berterusan, didapati corak muka gelombang terbentuk di atas kertas putih.
b(i)
Berdasarkan Rajah 1.2, lukiskan corak muka gelombang yang terbentuk. (Ruang jawapan: sebuah kotak dengan Kawasan Y di sebelah kiri dan Kawasan X di sebelah kanan.) *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk muka gelombang, arah perambatannya, dan jarak antara muka gelombang yang berturutan dari Kawasan Y ke Kawasan X)*
2 marks
b(ii)
Nyatakan perubahan yang berlaku kepada laju gelombang air apabila merambat dari Y ke X.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu litar transistor.
a
Namakan komponen Z.
1 marks
b
Apakah yang berlaku kepada voltan tapak, V~B~ apabila suhu persekitaran meningkat?
1 marks
c
Siren akan berbunyi apabila voltan tapak, V~B~ adalah 4.5 V.
Berdasarkan Rajah 2, hitung rintangan Z apabila siren berbunyi.
3 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan kedudukan Bumi dan sebuah roket.
Daya graviti yang bertindak antara Bumi dan roket diterangkan oleh Hukum Kegravitian Semesta Newton.
a
Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
1 marks
b
Diberi:
- Pemalar kegravitian, G = $6.67 \times 10^{-11}$ N m^2^ kg^-2^
- Jejari Bumi = $6.37 \times 10^{6}$ m
- Jisim Bumi = $5.97 \times 10^{24}$ kg
- Jisim roket = $5.0 \times 10^{4}$ kg
Berdasarkan Rajah 3, hitung daya graviti antara Bumi dan roket pada ketinggian tersebut.
Daya graviti: …………… N
3 marks
Apakah perubahan yang berlaku kepada daya graviti dalam 3(b) jika:
c(i)
ketinggian roket berkurang
1 marks
c(ii)
jisim roket berkurang
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada siri reputan radioaktif bagi nukleus uranium-238 hingga radium-226.
a
Apakah maksud reputan radioaktif?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4, tentukan bilangan zarah alfa dan zarah beta yang dikeluarkan sepanjang siri reputan itu.
2 marks
Reputan alfa yang berlaku apabila uranium-238 mereput menjadi thorium-234 adalah seperti berikut:
$^{238}_{92}\text{U} \rightarrow\ ^{234}_{90}\text{Th} + \alpha + 6.848 \times 10^{-13}\ \text{J}$
- Jumlah jisim di sebelah kiri ($^{238}_{92}$U) = x
- Jumlah jisim di sebelah kanan ($^{234}_{90}$Th + α) = 234.07389 u.j.a.
- Tenaga yang dibebaskan = $6.848 \times 10^{-13}$ J
Diberi: 1 u.j.a. = $1.66 \times 10^{-27}$ kg
c(i)
Hitung cacat jisim yang terlibat.
2 marks
c(ii)
Tentukan jisim x dalam unit kg.
2 marks
c(iii)
Jika cacat jisim dalam 4(c)(i) bertambah, apakah yang berlaku pada tenaga dan bilangan zarah alfa yang terhasil dalam tindak balas tersebut?
2 marks
59 marks
Seorang murid telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara beza keupayaan, V dan arus, I bagi konduktor yang berbeza. Graf V melawan I yang diplotkan daripada data eksperimen adalah ditunjukkan dalam Rajah 5.
a
Apakah maksud beza keupayaan?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, hitung rintangan bagi nikrom.
2 marks
Berdasarkan Rajah 5,
c(i)
bandingkan kecerunan graf V melawan I dan rintangan bagi nikrom, kuprum dan perak.
2 marks
c(ii)
tentukan konduktor yang mempunyai kerintangan yang paling rendah.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(c), nyatakan hubungan antara:
d(i)
kecerunan graf V melawan I dan rintangan.
1 marks
d(ii)
kerintangan dan rintangan.
1 marks
e
Berdasarkan jawapan di 5(d), konduktor manakah yang paling sesuai dijadikan sebagai elemen pemanas dalam periuk nasi?
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan sinaran ultraungu ditujukan ke permukaan katod dalam sebuah sel foto dengan keamatan sinaran yang berbeza. Keamatan sinaran ultraungu diukur menggunakan fotometer.
Fungsi kerja bagi logam katod dalam sel foto tersebut ialah $2.32 \times 10^{-19}$ J.
a
Apakah maksud fungsi kerja?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan:
b(i)
keamatan sinaran
1 marks
b(ii)
bilangan fotoelektron yang dipancarkan
1 marks
b(iii)
arus fotoelektrik yang mengalir dalam litar
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(b), nyatakan hubungan antara:
c(i)
keamatan sinaran dan bilangan fotoelektron yang dipancarkan
1 marks
c(ii)
bilangan fotoelektron yang dipancarkan dan arus fotoelektrik
1 marks
d
Hitung frekuensi ambang, f~0~ bagi logam katod dalam sel foto tersebut.
[Pemalar Planck, h = $6.63 \times 10^{-34}$ J s]
2 marks
e
Sinaran ultraungu dalam Rajah 6.2 digantikan dengan sinaran cahaya yang mempunyai frekuensi yang lebih rendah pada keamatan cahaya yang sama.
Nyatakan perubahan yang berlaku kepada bacaan galvanometer.
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sayap sebuah kapal terbang yang berbentuk aerofoil.
Penghasilan daya angkat oleh sayap berbentuk aerofoil adalah berdasarkan prinsip Bernoulli.
a
Nyatakan prinsip Bernoulli.
1 marks
b
Luas permukaan bahagian bawah sayap kapal terbang dalam Rajah 7 ialah 30 m^2^ manakala jisim kapal terbang tersebut ialah 6 500 kg.
Hitung perbezaan tekanan di antara permukaan atas dengan bawah sayap kapal terbang itu jika kapal terbang itu terbang pada ketinggian tetap.
3 marks
Spoiler kereta yang diletakkan di bahagian belakang kereta lumba adalah berbentuk aerofoil. Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri tiga kereta lumba R, S dan T.
c(i)
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri kereta lumba yang paling laju dan selamat. Beri **satu** sebab untuk kesesuaian setiap ciri-ciri.
Bentuk spoiler — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Jisim kereta — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan kereta lumba yang paling laju dan selamat.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur asas kamera telefon pintar. Sensor dalam Rajah 8.1 digunakan untuk menukarkan imej yang dibentuk oleh kanta ke dalam bentuk digital.
Jarak minimum di antara sensor dan kanta, d adalah panjang fokus.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus?
1 marks
b
Rajah 8.2 adalah gambar rajah sinar bagi menunjukkan kedudukan sebuah objek yang diletakkan berdekatan kanta tersebut.
Kekunci: O = Objek, F = Titik fokus
Lengkapkan gambar rajah sinar dalam Rajah 8.2 untuk menunjukkan kedudukan imej yang terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar tambahan yang anda lukis — dari mana ia bermula dan laluannya sebelum dan selepas kanta — serta kedudukan, orientasi dan saiz imej yang anda lukis)*
2 marks
Imej yang dihasilkan oleh kanta dalam Rajah 8.1 didapati kurang jelas untuk melihat objek yang jauh. Anda dikehendaki mengubah suai kamera telefon pintar tersebut supaya objek yang jauh dapat dilihat dengan lebih jelas berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Panjang fokus kanta — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter kanta — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Bilangan kanta — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan tilam yang tenggelam di bahagian tengah apabila seorang lelaki duduk di atasnya.
a
Namakan jenis tenaga yang terkandung dalam spring semasa spring dimampatkan.
1 marks
b
Apabila lelaki dalam Rajah 9 bangun dari tilam, didapati tilam itu kembali ke bentuk asalnya.
Jelaskan.
4 marks
Panjang spring Q dalam Rajah 9 adalah 16.0 cm di mana pemalar spring bagi spring Q adalah 2 600 N m^-1^.
c(i)
Hitung panjang spring Q jika beban 200 N digunakan untuk memampatkannya.
3 marks
c(ii)
Tentukan mampatan spring jika dua spring Q yang disusun sesiri dikenakan beban 200 N.
2 marks
d
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri spring dalam tilam J, K, L dan M yang direka bentuk oleh sebuah syarikat perabot. Anda dikehendaki untuk menyiasat ciri-ciri spring tilam yang ditunjukkan dalam Jadual 9.
| Tilam | Jenis spring | Diameter dawai spring | Diameter gegelung | Bahan spring |
|---|---|---|---|---|
| **J** | Innerspring | Kecil | Kecil | Keluli |
| **K** | Spring poket | Kecil | Besar | Kuprum |
| **L** | Spring poket | Besar | Kecil | Keluli |
| **M** | Innerspring | Besar | Besar | Kuprum |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri spring tilam.
Tentukan spring tilam yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan tilam yang mampu menampung beban yang lebih berat dan hanya termampat pada bahagian yang ditekan sahaja.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah pengecas tanpa wayar digunakan untuk mengecas telefon pintar. Pengecas tanpa wayar berfungsi berdasarkan konsep aruhan elektromagnet.
a
Nyatakan maksud aruhan elektromagnet.
1 marks
b
Apabila pengecas tanpa wayar disambungkan kepada bekalan kuasa arus ulang-alik (a.u.), arus aruhan yang terhasil dalam gegelung penerima dapat digunakan untuk mengecas bateri telefon pintar.
Jelaskan.
4 marks
Tenaga yang diperlukan untuk mengecas sebuah telefon pintar 5 V ialah 20 kJ. Kuasa yang dibekalkan oleh pengecas kepada telefon pintar tersebut ialah 7.5 W.
c(i)
Hitung arus yang mengalir dalam telefon pintar tersebut.
2 marks
c(ii)
Tentukan masa yang diperlukan untuk mengecas penuh telefon pintar tersebut.
3 marks
d
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi empat jenis pengecas tanpa wayar yang berbeza.
| Pengecas tanpa wayar | Jenis dawai gegelung pemancar | Bilangan lilitan dawai gegelung pemancar | Ketebalan dawai gegelung pemancar | Kuasa output |
|---|---|---|---|---|
| **R** | Konstantan | Tinggi | Nipis | 15 W |
| **S** | Kuprum | Tinggi | Tebal | 15 W |
| **T** | Konstantan | Rendah | Tebal | 10 W |
| **U** | Kuprum | Rendah | Nipis | 10 W |
Jadual 10
Kaji spesifikasi keempat-empat pengecas tanpa wayar tersebut.
Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan pengecas tanpa wayar yang paling sesuai digunakan untuk mengecas telefon pintar dengan cepat.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan lengkung pemanasan bagi 5 kg air apabila dipanaskan oleh pemanas elektrik 500 W.
a
Namakan haba yang diserap oleh air ketika ST.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1, bandingkan masa pemanasan, haba yang dibekalkan dan perubahan keadaan jirim bagi QR dan ST.
Hubung kaitkan masa pemanasan dengan haba yang dibekalkan dan haba yang dibekalkan dengan perubahan keadaan jirim.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan kesan melecur pada tangan daripada percikan air yang mendidih. Rajah 11.3 menunjukkan kesan melecur pada tangan apabila terkena stim daripada air mendidih.
Terangkan mengapa kesan melecur terkena stim lebih serius daripada air yang mendidih?
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah pensteril stim di sebuah klinik pergigian. Pensteril stim ini menggunakan stim yang bersuhu tinggi untuk membunuh kuman dan virus pada peralatan pergigian yang dimasukkan ke dalam ruang pensterilan. Pintu kedap udara ditutup ketika pensterilan dijalankan supaya stim yang bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi kekal berada di dalam ruang pensterilan.
Anda dikehendaki mencadangkan beberapa pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada pensteril stim dalam Rajah 11.4 supaya boleh mensteril peralatan pergigian yang banyak dalam masa yang singkat.
Nyatakan cadangan anda berdasarkan ciri-ciri dinding ruang pensterilan dan dulang, saiz ruang pensterilan, saiz takungan air dan kuasa pemanas air.
Beri sebab bagi jawapan anda.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open