Rajah 1 menunjukkan hasil keputusan eksperimen bagi mengkaji Hukum Gerakan Newton Kedua.
a
Nyatakan Hukum Gerakan Newton Kedua.
1 marks
b
Apakah kuantiti fizik yang dimalarkan?
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara pecutan, a dengan jisim, m.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 1, tentukan nilai songsangan jisim, $\frac{1}{m}$ apabila pecutan, a = 10 m s^-2^.
$\frac{1}{m}$ = ……… g^-1^
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan persamaan satu tindak balas nuklear.
$^{235}_{92}\text{U} + {}^{1}_{0}\text{n} \rightarrow {}^{137}_{52}\text{Te} + {}^{97}_{40}\text{Zr} + 2\,{}^{1}_{0}\text{n} + E$
Di mana E = Tenaga
Rajah 2
a
Apakah jenis tindak balas nuklear di atas?
1 marks
c
Mengapa $^{235}_{92}\text{U}$ menghasilkan dua nukleus yang lebih ringan setelah dibedil oleh neutron? Jelaskan.
2 marks
d
Jika cacat jisim dalam tindak balas ini ialah 0.39585 u.j.a., hitungkan tenaga yang dibebaskan oleh tindak balas tersebut.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan planet Zuhrah yang mengorbit mengelilingi Matahari. Luas yang dicakupi oleh AOB dan COD adalah sama dalam selang masa yang sama.
[r~1~ = $1.08 \times 10^{11}$ m dan jisim Matahari, M = $1.989 \times 10^{30}$ kg]
a
Nyatakan hukum fizik yang terlibat.
1 marks
b(i)
Tentukan nilai laju linear planet Zuhrah di titik X.
2 marks
b(ii)
Nyatakan perubahan laju linear Zuhrah apabila bergerak dari titik C ke D.
1 marks
c
Jelaskan jawapan anda dalam 3(b)(ii).
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebiji bola magnet Neodymium dilepaskan di atas landasan logam kuprum. Bola magnet Neodymium itu bergerak menuruni landasan dan berhenti di titik X.
a
Nyatakan hukum fizik yang terlibat.
1 marks
b
Dengan menggunakan konsep aruhan elektromagnet, terangkan mengapa bola magnet itu berhenti di titik X.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu magnet bar digerakkan ke arah satu gegelung dawai yang disambungkan kepada sebuah galvanometer.
Berdasarkan Rajah 4.2,
c(i)
Nyatakan kekutuban pada A dan B.
2 marks
c(ii)
Dalam Rajah 4.2, tunjukkan dengan menggunakan anak panah (→) arah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor dan arah pesongan jarum galvanometer. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah arus aruhan dalam gegelung dan dalam wayar yang menyambung gegelung ke galvanometer, dan arah pesongan jarum galvanometer.)*
2 marks
c(iii)
Apakah jenis arus aruhan yang dihasilkan apabila magnet tersebut digerakkan masuk dan keluar berulang kali melalui gegelung dawai tersebut?
1 marks
c(iv)
Apakah yang berlaku kepada penunjuk galvanometer jika magnet bar tersebut pegun di dalam gegelung dawai tersebut?
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan rajah skematik bagi rektifikasi gelombang yang mengandungi diod dan perintang yang disambung kepada bekalan kuasa yang sama.
a
Nyatakan fungsi diod.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2. Bandingkan
b(i)
jenis arus input
1 marks
b(ii)
bilangan diod.
1 marks
b(iii)
jenis rektifikasi gelombang.
Rajah 5.1: …
Rajah 5.2: …
2 marks
c
Berdasarkan jawapan anda pada 5(b)(ii) dan 5(b)(iii), nyatakan hubungan di antara bilangan diod dan jenis rektifikasi gelombang.
1 marks
Diod dalam Rajah 5.1 disongsangkan dan sebuah kapasitor disambung selari dengan perintang dalam litar tersebut seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.3.
d(i)
Lukiskan surihan gelombang baharu yang terhasil pada Rajah 5.3 di dalam kotak yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: kedudukan surihan berbanding paksi mendatar (di atas atau di bawah) dan bentuk surihan itu.)*
2 marks
d(ii)
Beri satu sebab bagi jawapan anda dalam 5(d)(i).
1 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan satu litar elektrik mengandungi dua mentol X dan Y yang berbeza rintangan.
a
Namakan jenis sambungan litar dalam Rajah 6.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6,
b(i)
Hitung bacaan ammeter tersebut.
2 marks
b(ii)
Tentukan kadar pengaliran cas dalam mentol X dalam unit C s^-1^.
1 marks
Perhatikan mentol X dan mentol Y dan bandingkan
c(i)
rintangan mentol
1 marks
c(ii)
kecerahan mentol.
1 marks
c(iii)
kuasa yang terlesap pada setiap mentol.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda dalam 6(c),
d(i)
hubungkaitkan hubungan antara kecerahan mentol dan rintangan.
1 marks
d(ii)
deduksi hubungan antara rintangan mentol dan kuasa yang terlesap.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu bongkah kaca dengan indeks biasan 1.47 berada dalam takungan minyak.
Rajah 7.2 menunjukkan gambarajah sinar bagi alur cahaya yang merambat dari minyak ke bongkah kaca dari pandangan atas.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan indeks biasan?
1 marks
b
Lengkapkan alur sinar cahaya apabila memasuki blok kaca tersebut dan labelkan sudut biasan, r. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah sinar dalam kaca berbanding garis normal, dan di mana anda melabel sudut r.)*
1 marks
c
Hitung nilai sudut biasan, apabila indeks biasan blok kaca ialah 1.47.
2 marks
Rajah 7.3 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk membuat helah silap mata agar rod kaca kelihatan hilang apabila diletakkan di belakang bikar.
d(i)
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri yang berbeza bagi susunan radas yang digunakan untuk menghasilkan silap mata tersebut.
| Model | Jenis rod | Indeks biasan minyak |
|---|---|---|
| P | Keluli | 1.47 |
| Q | Kaca | 1.47 |
| R | Kaca | 1.45 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai untuk membuatkan rod kaca hilang dari pandangan.
Jenis rod — dan sebab.
2 marks
d(ii)
Indeks biasan minyak — dan sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan anda dalam 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih model yang paling sesuai untuk mencipta satu helah silap mata yang sempurna.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah cermin sisi berbentuk melengkung yang digunakan pada kenderaan berat.
a(i)
Nyatakan jenis cermin melengkung yang digunakan dalam Rajah 8.1.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan gambar rajah sinar di dalam Rajah 8.2 untuk menunjukkan pembentukan imej.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar yang anda lukis dari objek, arah sinar selepas dipantulkan, garisan di belakang cermin, dan di mana imej terbentuk serta rupanya.)*
2 marks
Rajah 8.3 menunjukkan cermin sisi bagi kenderaan berat yang kurang cekap untuk melihat kenderaan lain di titik buta.
b(i)
Nyatakan pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap cermin sisi lori treler tersebut supaya kenderaan lain di titik buta dapat dilihat dengan jelas berdasarkan aspek berikut:
Panjang fokus, f — dan sebab.
2 marks
b(ii)
Bilangan cermin — dan sebab.
2 marks
b(iii)
Bahan cermin — dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebahagian daripada komponen sistem penyejukan sebuah peti sejuk yang menggunakan agen penyejuk yang mempunyai haba pendam tentu yang tinggi. Anak panah menunjukkan aliran agen penyejuk dari pemampat ke gegelung kondenser dan kembali ke pemampat.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 9.1 dan konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana sistem penyejukan dalam peti sejuk berfungsi.
4 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah pengukus elektrik tanpa penutup.
Anda dikehendaki mengkaji ciri-ciri sebuah pengukus elektrik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.
| Pengukus elektrik | Isi padu takungan air | Muatan haba tentu penutup (J kg^-1^ °C^-1^) | Bilangan lapisan rak pengukus | Bahan elemen pemanas |
|---|---|---|---|---|
| J | Besar | 1250 | Tiga | Nikrom |
| K | Kecil | 460 | Satu | Nikrom |
| L | Besar | 900 | Dua | Kuprum |
| M | Kecil | 670 | Satu | Kuprum |
Jadual 9
Terangkan kesesuaian setiap ciri pengukus elektrik. Tentukan pengukus elektrik paling berkesan untuk digunakan bagi memasak makanan yang banyak dengan lebih cepat, cekap, dan selamat.
10 marks
Seekor ayam dimasak di dalam sebuah pengukus elektrik. Sebanyak 0.8 kg air pada suhu 30 °C bertukar menjadi wap.
[Muatan haba tentu air, c = $4.20 \times 10^{3}$ J kg^-1^ °C^-1^]
[Haba pendam tentu pengewapan air, l~v~ = $2.26 \times 10^{6}$ J kg^-1^]
e(i)
Hitung tenaga haba yang diserap untuk meningkatkan suhu air tersebut daripada 30 °C ke 100 °C.
3 marks
e(ii)
Hitung jumlah tenaga yang diserap untuk mengubah air tersebut menjadi wap.
2 marks
1020 marks
Satu papan landasan dicondongkan pada sudut 30.0° dari bonet sebuah kereta. Rajah 10.1 menunjukkan gambar rajah jasad bebas bagi sebuah peti berjisim 8 kg diletakkan di atas landasan yang mempunyai daya geseran, F~r~ 5.00 N. Peti itu menggelongsor menuruni landasan apabila ia dilepaskan.
a
Apakah daya R?
1 marks
Berdasarkan Rajah 10.1, hitung
b(i)
berat peti.
2 marks
b(ii)
komponen berat bongkah yang selari dengan permukaan condong, W~x~.
3 marks
c
Menggunakan konsep daya, huraikan bagaimana halaju peti berubah semasa menggelongsor menuruni landasan dalam Rajah 10.1.
4 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan seorang lelaki berkerusi roda di tepi sebuah bangunan bertangga.
Anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri bagi landasan seperti ditunjukkan dalam Jadual 10.
| Landasan | Sudut condong | Bahan landasan | Permukaan landasan | Kapasiti berat (N) |
|---|---|---|---|---|
| P | 15° | Papan kayu | Kasar | 10 000 |
| Q | 8° | Papan kayu | Licin | 20 000 |
| R | 15° | Konkrit | Licin | 10 000 |
| S | 8° | Konkrit | Kasar | 20 000 |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian setiap ciri landasan. Pilih landasan yang paling sesuai untuk digunakan oleh lelaki tersebut untuk memasuki bangunan tersebut dengan mudah dan selamat. Berikan sebab kepada pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dua jenis cecair yang berbeza ketumpatan terpancut keluar dari silinder Mariotte.
a
Nyatakan maksud ketumpatan.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan jarak pancutan cecair, tekanan cecair pada lubang di kedua-dua silinder Mariotte tersebut dan ketumpatan cecair.
3 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 11(b), nyatakan hubungan di antara ketumpatan cecair dan jarak pancutan cecair, seterusnya deduksikan hubungan antara ketumpatan cecair dan tekanan cecair.
2 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan bekas air yang telah kekurangan air dan mengalir perlahan melalui pili.
Terangkan bagaimana air minuman yang masih ada dapat mengalir keluar lebih laju dari pili.
4 marks
e
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah kawasan perumahan yang mengalami masalah tekanan air yang rendah disebabkan ketiadaan tangki air di kawasan tersebut. Jabatan bekalan air merancang membina sebuah tangki air bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang dihadapi oleh penduduk.
Anda sebagai seorang jurutera awam perlu menjalankan satu kajian dan membuat cadangan berkaitan aspek dan struktur tangki air yang sesuai dibina di kawasan perumahan tersebut supaya masalah bekalan air bertekanan rendah dapat diatasi dengan berkesan.
Nyatakan dan terangkan cadangan anda melibatkan aspek lokasi dan kedudukan tangki air, ketahanan struktur tangki dan saluran paip penghantaran, kedudukan saluran inlet dan saluran outlet pada tangki air, saiz tangki air dan komponen tambahan pada tangki air.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open