Rajah 1 menunjukkan seorang cef pastri menghias krim putar ke atas sebiji kek cawan dengan mengenakan tekanan.
a
Apakah unit S.I bagi tekanan?
1 marks
b
Lengkapkan ayat berikut dengan menggariskan pernyataan yang betul dalam kurungan.
Tekanan pada titik X adalah (**lebih kecil daripada** / **sama dengan** / **lebih besar daripada**) tekanan pada titik Y.
*(Tulis pernyataan yang anda pilih.)*
1 marks
c
Berdasarkan pernyataan 1(b), nyatakan prinsip fizik yang terlibat.
1 marks
d
Nyatakan satu aplikasi bagi prinsip yang dinyatakan dalam 1(c).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu objek diletakkan 30.0 cm di hadapan sebuah kanta cembung dan membentuk imej nyata.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan imej nyata?
1 marks
Berdasarkan Rajah 2:
b(i)
Tentukan jarak imej, v.
1 marks
b(ii)
Hitung panjang fokus, f kanta cembung.
2 marks
c
Jika kanta dalam Rajah 2 digantikan dengan kanta berdiameter lebih besar, nyatakan perubahan yang berlaku kepada imej tersebut.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah tiub pemesongan.
Apabila suis S~1~ ditutup, elektron – elektron terpancar dari katod.
a
Namakan proses yang terlibat.
1 marks
Apabila suis S~1~ dan S~2~ ditutup manakala suis S~3~ dibuka, elektron – elektron bergerak ke anod.
b(i)
Hitungkan halaju maksimum elektron.
[Jisim elektron, m = 9.11 × 10^-31^ kg]
[Cas satu elektron, e = 1.6 × 10^-19^ C]
2 marks
b(ii)
Rajah 3.2 menunjukkan sinar katod dilalukan di antara plat pemesongan. Lengkapkan lintasan sinar katod tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk dan arah lintasan sinar katod semasa melalui ruang di antara plat pemesongan dan selepasnya.)*
1 marks
c
Apakah yang berlaku kepada lintasan sinar katod apabila nilai V.L.T. dibesarkan? Berikan satu sebab.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua satelit M dan N mengorbit bumi. Tempoh mengorbit, T bagi satelit-satelit boleh ditentukan dengan Hukum Kepler Ketiga.
a
Nyatakan Hukum Kepler Ketiga.
1 marks
Ketinggian satelit M, h~M~ dan ketinggian satelit N, h~N~ dari permukaan bumi adalah 3.6 × 10^7^ m dan 2.0 × 10^7^ m masing-masing. Tempoh mengorbit, T bagi satelit M adalah 24 jam.
[Jejari bumi, R = 6.37 × 10^6^ m]
Tentukan:
b(i)
Jejari orbit bagi satelit M = …
Jejari orbit bagi satelit N = …
2 marks
b(ii)
Tempoh mengorbit, T bagi satelit N.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan pergerakan Planet K mengorbit matahari.
c(i)
Bandingkan jarak yang dilalui dari A ke B dan dari C ke D.
1 marks
c(ii)
Pada Rajah 4.2, labelkan di dalam kotak dengan menggunakan simbol X untuk kelajuan planet maksimum dan Y untuk kelajuan planet minimum. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: simbol yang anda tulis dalam kotak kiri (bersebelahan A dan B) dan dalam kotak kanan (bersebelahan C dan D).)*
1 marks
c(iii)
Terangkan jawapan anda dalam 4(c)(ii).
2 marks
59 marks
Rajah 5.1(a) dan Rajah 5.2(a) menunjukkan susunan dua bateri dalam litar bagi menentukan daya gerak elektrik (d.g.e).
Rajah 5.1(b) dan 5.2(b) menunjukkan graf beza keupayaan, V melawan arus, I bagi susunan bateri tersebut.
a
Apakah maksud 1.5 V yang dilabel pada bateri?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
susunan bateri.
1 marks
b(ii)
jumlah daya gerak elektrik (d.g.e) bateri.
1 marks
b(iii)
kecerunan graf.
1 marks
Nyatakan hubungan antara susunan bateri dan
c(i)
jumlah daya gerak elektrik (d.g.e) bateri.
1 marks
c(ii)
kecerunan graf.
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan satu litar elektrik.
d(i)
Jika arus yang mengalir dalam litar ialah 0.5 A dan beza keupayaan merentasi perintang, R ialah 5.8 V, hitung rintangan dalam, r bateri.
2 marks
d(ii)
Jika litar di atas digunakan dalam jangka masa yang lama, apakah yang akan berlaku kepada nilai rintangan dalam, r bateri?
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan corak gelombang air dalam tangki riak dengan frekuensi penggetar yang berbeza.
a
Gariskan jawapan yang betul untuk definisi gelombang melintang.
Gelombang melintang ialah gelombang yang mana zarah-zarah medium bergetar pada arah yang (**berserenjang** / **selari**) dengan arah perambatan gelombang.
*(Tulis pilihan anda.)*
1 marks
Bandingkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 dari segi
b(i)
sudut tuju gelombang.
1 marks
b(ii)
panjang gelombang.
1 marks
b(iii)
frekuensi gelombang.
1 marks
c
Hubungkaitkan panjang gelombang dengan frekuensi gelombang.
1 marks
d
Nyatakan fenomena gelombang yang terlibat.
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan sebuah kapal menggunakan gelombang ultrasonik bagi menentukan kedalaman dasar laut.
e(i)
Beri satu sebab mengapa gelombang ultrasonik digunakan?
1 marks
e(ii)
Kirakan panjang gelombang ultrasonik jika frekuensi 6.0 × 10^5^ Hz digunakan.
[Kelajuan bunyi dalam air laut = 1500 m s^-1^]
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan spektrum garis hidrogen.
Garis-garis berwarna yang terhasil mempunyai panjang gelombang, frekuensi dan kuantum tenaga yang tertentu.
a
Apakah maksud kuantum tenaga?
1 marks
b(i)
Satu garis warna daripada spektrum garis atom hidrogen mempunyai panjang gelombang 486 nm. Tentukan tenaga foton bagi garis warna tersebut.
[Pemalar Planck, h = 6.63 × 10^-34^ J s]
[Halaju cahaya dalam vakum, c = 3.00 × 10^8^ m s^-1^]
2 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di 7(b)(i), jika bilangan foton yang terpancar ialah 3.37 × 10^18^ s^-1^, hitung kuasa output garis warna tersebut.
1 marks
Jadual 7 menunjukkan panel solar A, B dan C. Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 7, nyatakan ciri-ciri panel solar yang sesuai untuk menyerap banyak cahaya dan menukarkan kepada tenaga elektrik yang tinggi.
| Panel solar | Fungsi kerja bahan yang digunakan | Luas permukaan |
|---|---|---|
| A | Kecil | Besar |
| B | Besar | Kecil |
| C | Besar | Besar |
Jadual 7
c(i)
Fungsi kerja bahan yang digunakan
Sebab
2 marks
c(ii)
Luas permukaan
Sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), pilih model panel solar yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan seorang atlet dengan jisim 60 kg dalam acara lompat tinggi.
a
Tandakan (✓) untuk jawapan yang betul dalam petak yang disediakan.
Daya impuls adalah
- ☐ kadar perubahan momentum
- ☐ perubahan momentum
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
b
Halaju atlet sejurus sebelum menyentuh tilam ialah 5 m s^-1^ dan masa impak ialah 0.8 s.
Kirakan daya impuls yang bertindak ke atas atlet.
2 marks
Cadangkan modifikasi yang boleh dibuat supaya atlet tidak mengalami sebarang kecederaan berdasarkan aspek-aspek tersebut:
c(i)
Ketebalan tilam
Sebab:
2 marks
c(ii)
Bahan untuk tilam
Sebab:
2 marks
c(iii)
Luas permukaan tilam
Sebab:
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu sampel batu igneous yang mengandungi Uranium-238 yang terperangkap semasa pembentukannya. Uranium-238 adalah unsur radioaktif yang mempunyai separuh hayat yang panjang. Kaedah tentumur Uranium-Plumbum digunakan untuk menentukan umur batu tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan separuh hayat?
1 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan lengkungan reputan Uranium-238 kepada Plumbum-206 yang stabil.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan proses pereputan Uranium.
4 marks
Separuh hayat Uranium-238 yang terperangkap dalam batu igneus ialah 4.5 × 10^9^ tahun.
c(i)
Berapa lamakah yang diperlukan untuk Uranium-238 mereput menjadi 25% dari jumlah asal?
2 marks
c(ii)
Pada permulaan pembentukan batu igneous tersebut, tiada unsur Thorium-234 yang terperangkap dikesan. Jika Uranium-238 mereput menjadi Thorium-234 dan peratus Thorium-234 yang dikesan adalah 0.73%, andaikan umur batu tersebut.
3 marks
d
Beberapa batuan ditemui di kawasan gunung berapi mengandungi Kalium-40 yang mereput dan membentuk Argon-40. Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri empat jenis batuan P, Q, R dan S.
| Batuan | Kuantiti Kalium | Kuantiti Argon | Nisbah Argon kepada Kalium | Aktiviti radioaktif |
|---|---|---|---|---|
| P | Tinggi | Rendah | Rendah | Tinggi |
| Q | Rendah | Tinggi | Tinggi | Rendah |
| R | Rendah | Tinggi | Rendah | Rendah |
| S | Tinggi | Rendah | Tinggi | Tinggi |
Jadual 1
Berdasarkan maklumat yang diberi, anda dikehendaki menentukan batuan yang paling purba. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu rod Kuprum disambungkan kepada galvanometer berpusat sifar. Rod Kuprum digerakkan ke atas di antara dua magnet Magnadur dengan kutub bertentangan.
a(i)
Namakan konsep fizik yang terlibat dalam Rajah 10.1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi pesongan jarum penunjuk galvanometer.
1 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan lampu suluh aruhan LED. Mentol LED menyala bila lampu suluh digoncang secara mendatar.
Terangkan bagaimana mentol LED menyala dengan lebih lama.
3 marks
Rajah 10.3 menunjukkan litar suatu transformer yang digunakan untuk mengecas sebuah kipas mudah alih.
c(i)
Berapakah nisbah bilangan lilitan primer, N~p~ kepada bilangan lilitan sekunder, N~s~?
2 marks
c(ii)
Hitung arus sekunder.
2 marks
c(iii)
Jika transformer ini adalah unggul, berapakah nilai kuasa input?
1 marks
d
Rajah 10.4 menunjukkan dapur aruhan yang mengambil masa yang lama untuk memanaskan makanan.
Jadual 2 menunjukkan empat jenis dapur aruhan K, L, M dan N.
| Dapur | Permukaan atas dapur | Gegelung | Kadar pengoksidaan gegelung | Bekalan kuasa |
|---|---|---|---|---|
| K | Seramik | Gegelung Nikrom | Rendah | simbol ~ |
| L | Keluli | Gegelung Kuprum | Tinggi | simbol bateri |
| M | Seramik | Gegelung Kuprum | Rendah | simbol ~ |
| N | Keluli | Gegelung Nikrom | Tinggi | simbol bateri |
Jadual 2
Anda dikehendaki menentukan dapur aruhan yang paling sesuai untuk memanaskan makanan dengan cepat daripada aspek yang berikut:
- Bahan permukaan atas dapur
- Bahan gegelung
- Kadar pengoksidaan gegelung
- Bekalan kuasa
Terangkan kesesuaian aspek-aspek itu dan tentukan dapur aruhan yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b) menunjukkan susunan radas satu eksperimen untuk menentukan hubungan antara isipadu udara yang terperangkap dengan tekanan yang dikenakan ke atasnya.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan?
1 marks
b
Perhatikan Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b), bandingkan isipadu udara yang terperangkap, bacaan tolok tekanan dan bacaan termometer.
Hubungkaitkan isipadu udara terperangkap dan tekanan yang dikenakan.
Seterusnya namakan hukum fizik yang terlibat.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan seorang budak lelaki sedang memanaskan badannya.
Menggunakan pengetahuan anda tentang pemindahan haba, terangkan situasi di atas.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan seorang penunggang motosikal menghantar makanan.
Beg penghantaran makanan dalam Rajah 11.3 tidak kedap panas. Anda dikehendaki mengubahsuai beg penghantaran makanan tersebut dari segi bahan lapisan dalam dan luar beg, jisim beg dan aspek-aspek lain yang boleh mengekalkan kepanasan makanan yang dihantar.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open