Rajah 1 menunjukkan sebuah alat permainan tradisional. Ia dapat berpusing selama 20 minit selepas dilepaskan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan inersia?
1 marks
b
Sekiranya jisim gasing yang lebih besar digunakan, apakah perubahan yang berlaku kepada masa pusingan gasing tersebut sebelum ia berhenti?
1 marks
c(i)
Apakah Hukum Newton yang dapat dikaitkan dengan inersia?
1 marks
c(ii)
Terangkan maksud Hukum Newton di atas.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan seorang budak lelaki berjisim 25 kg meluncur menuruni papan gelongsor yang dicondongkan pada sudut 30° dari paksi mengufuk. Daya geseran antara budak lelaki itu dan papan gelongsor ialah 79.85 N.
a
Tandakan komponen mengufuk dan komponen menegak bagi berat pada Rajah 2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari titik mana anda melukis berat W, arah setiap komponen berat yang anda tanda dan labelnya.)*
1 marks
b
Hitungkan pecutan budak lelaki itu.
2 marks
c(i)
Apakah yang akan berlaku kepada budak itu jika papan gelongsor itu dicondongkan pada sudut 19°?
1 marks
c(ii)
Beri satu sebab bagi jawapan anda di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan seorang budak lelaki sedang bermain kereta permainan dengan menggunakan alat kawalan jauh dan Rajah 3.2 menunjukkan alat pengering separa kereta yang digunakan di dalam Bilik Cat Kereta. Kedua-duanya adalah aplikasi spektrum gelombang elektromagnet dalam kehidupan.
a
Namakan gelombang elektromagnet yang digunakan dalam aplikasi peralatan tersebut.
1 marks
b
Nyatakan satu sumber bagi gelombang yang dinyatakan pada 3(a).
1 marks
c
Halaju gelombang pada 3(a) adalah sama dengan halaju cahaya di vakum iaitu $3 \times 10^{8}\ \text{m s}^{-1}$. Apakah yang berlaku kepada halaju gelombang tersebut apabila merambat dalam medium kaca?
1 marks
Rajah 3.3 menunjukkan pengimejan tulang dada yang dipaparkan pada radiograf untuk mengesan struktur dan organ-organ dalam bahagian dada seseorang pesakit.
d(i)
Mengapakah gelombang elektromagnet pada 3(a) tidak sesuai digunakan untuk aplikasi yang ditunjukkan pada Rajah 3.3?
2 marks
d(ii)
Nyatakan aplikasi lain yang menggunakan komponen gelombang elektromagnet yang sama seperti pada Rajah 3.3.
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah manometer yang disambungkan dengan sebuah bekas berisi gas.
a
Apakah fungsi manometer?
1 marks
b
Tandakan tekanan gas, P~gas~ dan tekanan atmosfera, P~atm~ pada Rajah 4. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di bahagian mana manometer anda menanda P~gas~ dan P~atm~, dan arah anak panah setiap tekanan.)*
2 marks
Berdasarkan Rajah 4, hitung tekanan gas dalam unit:
[Tekanan atmosfera = 76 cm Hg]
[Ketumpatan merkuri = $1.36 \times 10^{4}\ \text{kg m}^{-3}$]
c(i)
cmHg
2 marks
c(ii)
Pa
2 marks
d
Apakah fungsi injap dalam Rajah 4?
1 marks
e
Pada Rajah 4, apakah yang berlaku pada nilai h jika merkuri digantikan dengan air?
1 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah planet mengelilingi Matahari. Masa yang diambil oleh planet untuk bergerak dari A ke B adalah sama dari C ke D.
a
Nyatakan bentuk orbit.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5,
b(i)
Bandingkan luas yang dicakupi oleh planet di FAB dan FCD.
1 marks
b(ii)
Bandingkan panjang lengkok orbit AB dan CD.
1 marks
b(iii)
Bandingkan laju planet di AB dan CD.
1 marks
b(iv)
Nyatakan hubungan antara masa yang diambil untuk bergerak dari A ke B dan C ke D dengan luas yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
1 marks
c
Nyatakan hukum yang terlibat bagi menerangkan jawapan anda di 5(b)(iv).
1 marks
d
Jelaskan hukum di 5(c).
1 marks
e
Planet X itu berjisim $1.90 \times 10^{27}$ kg dan berjejari $6.99 \times 10^{7}$ m. Kirakan halaju lepas planet X itu.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan tindak balas nuklear P. Rajah 6.2 menunjukkan tindak balas nuklear Q.
| | Nuklear P | Nuklear Q |
|---|---|---|
| Tindak balas | ${}^{3}_{1}H + {}^{2}_{1}H \rightarrow {}^{4}_{2}He + {}^{1}_{0}n$ + tenaga | ${}^{235}_{92}U + {}^{1}_{0}n \rightarrow {}^{141}_{56}Ba + {}^{92}_{36}Kr + 3\,{}^{1}_{0}n$ + tenaga |
| Cacat jisim | 0.018 uja | 0.186 uja |
| Tenaga | 16.81 MeV | 173.68 MeV |
Rajah 6.1 (Nuklear P) / Rajah 6.2 (Nuklear Q)
a
Lengkapkan ayat berikut dengan menggariskan jawapan yang betul.
Tindak balas nuklear yang berlaku pada matahari adalah **pelakuran / pembelahan** nukleus.
*(Tulis jawapan yang betul.)*
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2. Bandingkan,
b(i)
tenaga nuklear yang dibebaskan.
1 marks
b(ii)
cacat jisim.
1 marks
b(iii)
Jenis tindak balas
1 marks
Menggunakan jawapan anda dalam 6(b), hubungkaitkan,
c(i)
cacat jisim dengan tenaga yang dibebaskan.
1 marks
c(ii)
tenaga yang dibebaskan dengan jenis tindak balas.
1 marks
Rajah 6.3 di bawah menunjukkan tindak balas suatu bahan radioaktif.
d(i)
Berdasarkan Rajah 6.3,
Tuliskan persamaan bagi tindak balas yang terlibat.
2 marks
d(ii)
Tindak balas itu berlaku secara berterusan. Namakan tindak balas itu.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan dua plat logam P dan Q disambungkan kepada bekalan voltan lampau tinggi, 2000 V. Apabila suis dihidupkan, satu medan elektrik terhasil di antara dua plat tersebut dan nyalaan lilin tersebar.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan medan elektrik?
1 marks
b
Tandakan (✓) pada jawapan yang betul.
Cas plat P ialah …
| | |
|---|---|
| Positif | |
| Negatif | |
*(Tulis jawapan yang betul.)*
1 marks
c
Jika jarak di antara dua plat ialah 30 cm, hitung kekuatan medan elektrik yang dihasilkan di antara dua plat tersebut.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan satu bola polisterina bersalut logam digantung di antara dua plat logam. Apabila suis dihidupkan, bola polisterina berayun di antara dua plat logam tersebut.
d(i)
Berdasarkan Jadual 7.1, tentukan kaedah yang paling sesuai untuk meningkatkan bilangan ayunan bola polisterina tersebut.
| Kaedah | Jarak di antara dua plat | Jenis Tali X |
|---|---|---|
| **R** | Jauh | Kuprum |
| **S** | Jauh | Plastik |
| **T** | Dekat | Kuprum |
| **U** | Dekat | Nilon |
Jadual 7.1
Jarak antara dua plat — beserta sebab.
2 marks
d(ii)
Jenis tali X — beserta sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan anda di 7(d), nyatakan kaedah yang paling sesuai untuk meningkatkan bilangan ayunan bola polisterina.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu set radas yang digunakan untuk menentu haba pendam tentu air. Pemanas yang digunakan berlabel 800 W, 240 V.
a
Tandakan (✓) pada kotak yang betul.
Radas ini untuk menentukan
| | |
|---|---|
| Haba pendam tentu pelakuran | |
| Haba pendam tentu pengewapan | |
*(Tulis jawapan yang betul.)*
1 marks
b
Nyatakan definisi bagi jawapan anda di 8(a).
1 marks
c
Ketika air mendidih, bacaan neraca mampatan berkurang sebanyak 0.05 kg dalam masa 120 saat. Kira haba pendam tentu yang terlibat.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah penstim pakaian untuk menghilangkan kedutan baju dengan cekap.
d(i)
Jadual 8 menunjukkan ciri-ciri bagi penstim pakaian X, Y dan Z.
| Penstim pakaian | Kuasa penstim | Kadar penghasilan stim |
|---|---|---|
| X | 1000 W | 1.0 gram per saat |
| Y | 1500 W | 0.5 gram per saat |
| Z | 2000 W | 1.0 gram per saat |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8, nyatakan ciri-ciri penstim pakaian yang boleh memberi keupayaan optimum.
Kuasa penstim — beserta sebab.
2 marks
d(ii)
Kadar penghasilan stim — beserta sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan di 8(d)(i) dan 8(d)(ii), tentukan manakah penstim pakaian yang terbaik.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah model teleskop yang dibina oleh seorang murid. Dia menggunakan dua kanta cembung yang berbeza diameter dan panjang fokus. Panjang fokus yang digunakan untuk kanta objek dan kanta mata masing-masing ialah 20 cm dan 5 cm.
a
Apakah fenomena cahaya yang terlibat?
1 marks
b
Semasa Salihuddin dalam perjalanan dengan sebuah bas pada suatu hari yang panas, dia melihat sebuah lopak air di atas jalan raya di hadapannya. Namun apabila dia mendekati lokasi itu dia mendapati lopak air itu tidak wujud. Terangkan bagaimana situasi ini berlaku.
4 marks
Berdasarkan Rajah 9.1, hitungkan,
c(i)
Panjang L
2 marks
c(ii)
Kuasa pembesaran teleskop itu
2 marks
c(iii)
Mengapa diameter kanta objek adalah lebih besar daripada kanta mata?
1 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan susunan teleskop ringkas menggunakan dua jenis kanta iaitu kanta mata dan kanta objek.
Jadual 9 menunjukkan empat susunan kanta yang boleh digunakan untuk membina teleskop astronomi ringkas tersebut.
| Susunan kanta | Panjang fokus kanta objek, f~o~ | Ketebalan kanta mata | Jarak antara kanta objek dan kanta mata | Diameter kanta objek, D/cm |
|---|---|---|---|---|
| **K** | 40 | Tebal | L = f~o~ + f~e~ | 4 |
| **L** | 40 | Nipis | L > f~o~ + f~e~ | 2 |
| **M** | 10 | Tebal | L > f~o~ + f~e~ | 4 |
| **N** | 10 | Nipis | L = f~o~ + f~e~ | 2 |
Jadual 9
Anda ditugaskan untuk menyiasat susunan kanta dan ciri-ciri kanta di dalam Jadual 9 yang akan digunakan untuk membina sebuah teleskop astronomi ringkas yang boleh menghasilkan imej yang paling terang pada pelarasan normal.
Terangkan kesesuaian susunan dan ciri-ciri kanta tersebut dan tentukan susunan yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu sistem hidraulik bagi aplikasi lengan robot yang menjadi salah satu teknologi terkemuka dalam bidang industri automotif. Aplikasi ini sangat bermanfaat dalam memudahkan pekerjaan manusia dan menjimatkan masa dan tenaga.
a
Namakan prinsip Fizik yang berkaitan dengan aplikasi lengan robot pada Rajah 10.1.
1 marks
b
Mengapakah kewujudan gelembung udara dalam sistem hidraulik didapati mengurangkan kecekapan pengendalian lengan robot dan apakah yang dimaksudkan dengan faktor penggandaan yang terdapat dalam aplikasi sistem hidraulik tersebut. Terangkan jawapan anda secara ringkas.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan satu sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta memberhentikan kenderaan dengan selamat. Aplikasi ini berasaskan sistem hidraulik dalam menjalankan prinsip kerjanya.
c(i)
Luas keratan rentas omboh dalam silinder induk dan di silinder roda masing-masing adalah 2 cm² dan 6 cm². Daya 50 N dikenakan ke atas omboh dalam silinder induk dan menyebabkan omboh induk ditolak sejauh 20 cm.
Tekanan yang dipindahkan ke seluruh bendalir brek. Nyatakan jawapan dalam unit asas tekanan.
2 marks
c(ii)
Jarak omboh yang bergerak pada silinder roda.
2 marks
c(iii)
Faktor penggandaan bagi sistem hidraulik brek
1 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah peralatan mekanikal iaitu Mesin Penekan Logam yang menggunakan sistem hidraulik sebagai fungsi kerjanya. Rajah 10.4 menunjukkan komponen dalaman mesin tersebut. Mesin ini turut digunakan dalam industri pemprosesan getah, kayu dan plastik.
Jadual 10 menunjukkan empat model Mesin Pemampat Logam P, Q, R dan S dengan spesifikasi yang berbeza.
| Model | Saiz omboh input | Faktor penggandaan | Bahan paip penghantaran bendalir | Takat didih bendalir brek |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Kecil | 6:1 | Keluli tahan karat | Tinggi |
| **Q** | Kecil | 2:1 | Besi | Tinggi |
| **R** | Besar | 6:1 | Keluli tahan karat | Rendah |
| **S** | Besar | 2:1 | Besi | Rendah |
Jadual 10
Kaji spesifikasi mesin dan tentukan mesin manakah yang paling sesuai digunakan sebagai struktur asas sebuah mesin pemampat logam supaya dapat berfungsi secara efektif. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11(a) dan Rajah 11(b) menunjukkan magnet sedang ditolak dengan kelajuan yang sama ke dalam gegelung dawai yang disambungkan kepada galvanometer.
a
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
1 marks
b
Menggunakan Rajah 11(a) dan Rajah 11(b), bandingkan bilangan magnet, ketumpatan fluks magnet dan sudut pesongan jarum penunjuk galvanometer.
3 marks
Nyatakan hubungan antara,
c(i)
Bilangan magnet dengan ketumpatan fluks magnet.
1 marks
c(ii)
Ketumpatan fluks magnet dengan magnitud aliran arus aruhan.
1 marks
d
Rajah 11(c) menunjukkan struktur asas bagi sebuah transformer. Terangkan prinsip kerja sebuah transformer.
4 marks
e
Rajah 11(d) menunjukkan struktur sebuah penjana elektrik arus ulang-alik yang digunakan oleh peniaga pasar malam.
Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan kepada penjana arus ulang-alik dalam Rajah 11(d) untuk meningkatkan arus output. Nyatakan dan jelaskan pengubahsuaian berdasarkan kekuatan magnet, laju putaran, bilangan lilitan gegelung, diameter dawai gegelung dan bentuk magnet.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open