Pahang Trial 2022 Physics Kertas 2 · Modul Kecemerlangan Akademik
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Physics
Pahang Trial 2022 Physics Kertas 2 · Modul Kecemerlangan Akademik
Pahang Trial Modul Kecemerlangan Akademik · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
14 marks
Rajah 1 menunjukkan kumpulan gelombang dalam spektrum elektromagnet mengikut susunan frekuensi dan panjang gelombangnya. Tenaga gelombang semakin berkurang dari kanan ke kiri di dalam vakum dan ia merambat pada laju yang sama.
| Gelombang radio | Gelombang mikro | A | Cahaya nampak | Sinar ultraungu | Sinar X | Sinar gama |
|---|---|---|---|---|---|---|
Rajah 1
a
Gelombang elektromagnet adalah gelombang di mana arah getaran zarah …………… terhadap arah perambatan gelombang.
Pilih jawapan yang betul untuk melengkapkan ayat di atas: **selari** atau **berserenjang**.
1 marks
b
Namakan **satu** kegunaan gelombang elektromagnet pada kedudukan A pada spektrum dalam Rajah 1.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
c(i)
nyatakan perubahan panjang gelombang tersebut dari kanan ke kiri.
1 marks
c(ii)
nyatakan hubungan antara panjang gelombang dengan kesan pembelauan gelombang.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan logam P pada suhu 100 °C diletakkan di dalam bikar mengandungi air pada suhu 28 °C. Selepas beberapa minit keadaan keseimbangan terma dicapai. Jisim logam P dan air masing-masing adalah 0.4 kg dan 0.2 kg.
Rajah 2.2 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi air dalam bikar itu.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan terma?
1 marks
b
Berdasarkan graf dalam Rajah 2.2, berapakah suhu apabila keadaan keseimbangan terma dicapai?
1 marks
c
Apakah tujuan membalut bikar dengan lapisan kapas?
1 marks
d
Hitung muatan haba tentu logam P.
[Muatan haba tentu air = 4200 J kg^-1^ °C^-1^
Anggapan: Tiada haba yang hilang ke persekitaran]
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah reaktor nuklear yang menjana tenaga elektrik melalui tindak balas nuklear.
a(i)
Namakan jenis tindak balas nuklear yang berlaku di dalam reaktor nuklear.
1 marks
a(ii)
Nyatakan sebab grafit digunakan sebagai moderator di dalam reaktor nuklear.
1 marks
b
Tindak balas nuklear yang berlaku dalam reaktor nuklear pada Rajah 3 diwakili oleh persamaan berikut:
$^{235}_{92}\text{U} + {}^{1}_{0}\text{n} \rightarrow {}^{141}_{56}\text{Ba} + {}^{92}_{B}\text{Kr} + A\,{}^{1}_{0}\text{n} + \text{Tenaga}$
Nyatakan nilai A dan B.
2 marks
c
Semasa tindak balas nuklear, jumlah tenaga yang dilepaskan ialah $1.650 \times 10^{-3}$ J. Hitung cacat jisim dalam tindak balas nuklear itu.
[c = $3.00 \times 10^{8}$ m s^-1^ — daripada senarai rumus]
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebuah litar dengan komponen elektronik X.
a(i)
Namakan komponen elektronik X.
1 marks
a(ii)
Terangkan apa akan terjadi kepada mentol apabila suis dihidupkan.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu litar yang tidak lengkap yang menggunakan empat komponen elektronik yang serupa untuk menukarkan arus ulang-alik (a.u.) kepada arus terus (a.t.).
b(i)
Namakan proses yang terlibat berdasarkan Rajah 4.2.
1 marks
b(ii)
Pada Rajah 4.2, lukis komponen elektronik yang betul di dalam bulatan yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: komponen yang anda lukis dalam setiap bulatan (atas-kiri, atas-kanan, bawah-kiri, bawah-kanan) dan arah setiap komponen itu, iaitu ke titik simpang mana ia menghala.)*
2 marks
b(iii)
Berdasarkan proses di 4(b)(i), lakarkan bentuk surih yang diperhatikan pada skrin OSK apabila dasar masa dihidupkan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surih pada skrin OSK dan kedudukannya berbanding garis tengah skrin.)*
1 marks
b(iv)
Satu kapasitor disambung secara selari dengan perintang R. Lakarkan bentuk surih yang diperoleh. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surih yang diperoleh dan bagaimana ia berbeza daripada surih dalam 4(b)(iii).)*
1 marks
b(v)
Nyatakan fungsi kapasitor tersebut.
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan dua satelit, Satelit A dan Satelit B, yang mengelilingi bumi.
a
Jisim adalah kuantiti ……………
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1,
b(i)
Bandingkan jisim satelit A dan satelit B.
1 marks
b(ii)
Bandingkan jejari orbit bagi satelit A dan satelit B.
1 marks
b(iii)
Bandingkan tempoh orbit bagi satelit A dan satelit B.
1 marks
b(iv)
Nyatakan hubungan antara jejari orbit dan tempoh orbit.
1 marks
c
Nyatakan hukum yang terlibat dalam 5(b)(iv).
1 marks
d
Apakah yang terjadi kepada tempoh orbit jika jisim satelit ditambah?
1 marks
e
Rajah 5.2 menunjukkan bulan dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sedang mengorbit bumi. Bulan mengambil masa 27.32 hari untuk mengorbit bumi. ISS pula mengambil masa 92.7 minit untuk mengorbit bumi. Jarak bulan ialah $3.8 \times 10^{8}$ m dari pusat bumi.
Tentukan jejari orbit ISS.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan graf tenaga kinetik maksimum, K~maks~ lawan frekuensi bagi logam X di mana f~o~ adalah frekuensi ambang. Logam X disinarkan dengan cahaya A dan B.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi ambang, f~o~?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6,
b(i)
Bandingkan frekuensi cahaya A dan B.
1 marks
b(ii)
Bandingkan tenaga kinetik maksimum fotoelektron yang terpancar apabila disinari dengan cahaya A dan B.
1 marks
b(iii)
Hubungkaitkan frekuensi dan tenaga kinetik maksimum bagi fotoelektron yang terpancar.
1 marks
Fungsi kerja, W bagi logam X ialah 1.66 eV.
[1 eV = $1.6 \times 10^{-19}$ J; h = $6.63 \times 10^{-34}$ J s — daripada senarai rumus]
c(i)
Hitung frekuensi ambang, f~o~.
2 marks
c(ii)
Hitung tenaga cahaya B apabila ia disinari ke atas logam X.
2 marks
d
Apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik maksimum jika keamatan cahaya bertambah?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu magnet bar yang diletakkan di atas satu troli. Troli itu bergerak dengan satu halaju malar di atas landasan licin ke dalam satu solenoid yang bersambung kepada galvanometer.
a
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
1 marks
Dalam Rajah 7.1,
b(i)
label kekutuban hujung solenoid dalam kotak yang disediakan.
1 marks
b(ii)
lukis arah arus aruhan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah arus aruhan pada wayar litar galvanometer (wayar kiri, melalui G, wayar kanan).)*
1 marks
c
Namakan hukum fizik yang terlibat dalam 7(b)(i).
1 marks
Stesen jana kuasa menjana voltan dan menghantar tenaga elektrik kepada pengguna menggunakan kabel-kabel penghantaran dan transformer. Suatu penjana di stesen jana kuasa menghasilkan tenaga elektrik menggunakan prinsip aruhan elektromagnet.
Rajah 7.2 menunjukkan struktur asas penjana-penjana P, Q dan R.
d(i)
Berdasarkan Rajah 7.2, nyatakan ciri-ciri penjana yang sesuai untuk menghasilkan arus aruhan yang akan disalurkan ke set transformer dengan cekap.
Bentuk magnet kekal — ciri dan sebab.
2 marks
d(ii)
Komponen yang dihubung pada hujung gegelung — ciri dan sebab.
2 marks
e
Berdasarkan jawapan di 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih penjana yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah pengering rambut berlabel 240 V, 1.5 kW.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan label 240 V, 1.5 kW?
1 marks
b
Hitung rintangan di dalam pengering rambut.
2 marks
Nyatakan ciri-ciri dawai yang sesuai untuk dijadikan elemen pemanas bagi pengering rambut dalam Rajah 8 supaya pengering rambut boleh berfungsi dengan cekap berdasarkan aspek-aspek berikut. Beri satu sebab untuk setiap ciri tersebut.
c(i)
Jenis dawai bagi elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter dawai bagi elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Takat lebur dawai bagi elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu pelantak cerucuk yang digunakan untuk menanam cerucuk keluli ke dalam tanah. Daya yang terlibat adalah daya impuls.
a(i)
Apakah maksud daya impuls?
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana cerucuk keluli ditanam ke dalam tanah.
4 marks
Satu bongkah logam berjisim 50 kg dijatuhkan ke atas cerucuk untuk membina sebuah bangunan tinggi. Halaju bongkah logam sejurus sebelum menghentam cerucuk ialah 20 m s^-1^.
Hitung
b(i)
momentum bongkah logam sejurus sebelum menghentam cerucuk.
2 marks
b(ii)
daya impuls yang bertindak ke atas cerucuk jika masa hentaman ialah 500 ms.
3 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan seorang pemain bola tampar sedang melakukan hantaran servis bola kepada lawannya.
Anda dikehendaki menyiasat teknik-teknik yang dibuat oleh pemain itu dan ciri-ciri bola seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Teknik dan ciri-ciri bola | Teknik hantaran servis | Ketinggian lompatan | Tekanan udara dalam bola | Kekenyalan bahan |
|---|---|---|---|---|
| **P** | Ikut lajak | Rendah | Rendah | Tinggi |
| **Q** | Tidak ikut lajak | Tinggi | Tinggi | Tinggi |
| **R** | Ikut lajak | Tinggi | Tinggi | Tinggi |
| **S** | Tidak ikut lajak | Rendah | Rendah | Rendah |
Jadual 1
Terangkan kesesuaian teknik dan ciri-ciri bola yang sesuai. Tentukan teknik dan ciri-ciri bola yang paling sesuai untuk menghasilkan gerakan bola tampar yang berhalaju tinggi. Berikan sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu belon gas, yang diikat dengan satu beban. Jisim belon dan beban masing-masing ialah 5 kg dan 20 kg. Belon dan beban itu terapung pada ketinggian tertentu. Rintangan udara diabaikan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan ketumpatan?
1 marks
b
Terangkan mengapa belon dan beban itu terapung.
4 marks
Rujuk Rajah 10.1. [g = 9.81 m s^-2^]
c(i)
Hitung daya apung yang bertindak ke atas belon dan beban.
2 marks
c(ii)
Jika tali pengikat itu putus, belon itu akan naik ke atas. Hitung pecutan belon itu.
3 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah kapal selam bertenaga nuklear.
Sebuah kapal selam bertenaga nuklear baharu akan dibina. Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri lima model kapal selam V, W, X, Y dan Z dengan spesifikasi yang berbeza.
| Kapal selam | Separuh hayat bahan api | Bentuk kapal selam | Saiz tangki balast | Kadar pengaratan |
|---|---|---|---|---|
| V | Panjang | Hidrodinamik | Besar | Rendah |
| W | Pendek | Hidrofoil | Besar | Tinggi |
| X | Pendek | Hidrodinamik | Kecil | Rendah |
| Y | Panjang | Hidrofoil | Kecil | Tinggi |
| Z | Panjang | Hidrofoil | Besar | Rendah |
Jadual 2
Tentukan model kapal selam bertenaga nuklear yang paling sesuai yang boleh berfungsi untuk jangka masa lama di dalam laut dan cekap. Justifikasikan jawapan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dua objek yang serupa diletakkan pada kedudukan yang berbeza di hadapan dua kanta cembung dengan panjang fokus yang sama.
a
Apakah maksud panjang fokus?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan jarak objek, ketinggian imej yang terbentuk dan ketebalan kanta. Hubungkaitkan jarak objek dengan ketinggian imej yang terbentuk. Namakan fenomena cahaya yang berlaku.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan seorang tukang emas menggunakan satu alat yang mengandungi satu kanta untuk melihat batu permata.
Terangkan bagaimana imej batu permata yang dibesarkan terbentuk.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah kanta cembung yang akan digunakan sebagai kanta mata yang dipadankan dengan satu lagi kanta yang bertindak sebagai kanta objek untuk membina sebuah teleskop astronomi.
Terangkan cadangan bagi kanta objek yang akan digunakan dan pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk membina sebuah teleskop astronomi berkuasa tinggi.
Jawapan anda mestilah merangkumi jenis kanta yang digunakan sebagai kanta objek, panjang fokus kanta objek berbanding kanta mata, magnitud pembesaran linear, jarak antara kanta mata dengan kanta objek dan diameter kanta objek yang digunakan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open