Rajah 1 menunjukkan sebuah pam hidraulik ringkas dengan luas permukaan omboh B lebih besar daripada omboh A.
Pam hidraulik ini berfungsi menggunakan prinsip Pascal.
a
Nyatakan prinsip Pascal.
1 marks
b
Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul.
- Tekanan pada omboh A > tekanan pada omboh B
- Tekanan pada omboh A = tekanan pada omboh B
*(Tulis pernyataan yang anda pilih.)*
1 marks
c(i)
Jika luas permukaan pada omboh B ditambah, apakah yang berlaku kepada beban?
1 marks
c(ii)
Beri sebab bagi jawapan dalam 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan dua buah sel kering setiap satu berlabel 1.5 V disambung dalam satu litar elektrik.
a
Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh bacaan voltmeter semasa suis S terbuka?
1 marks
b
Apabila suis S ditutup, apakah yang dapat diperhatikan pada bacaan voltmeter? Beri sebab.
2 marks
c
Jika bacaan ammeter adalah 0.28 A semasa suis S ditutup, hitung rintangan dalam sel, r.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan graf perubahan tenaga kinetik bagi fotoelektron yang dibebaskan daripada logam Molibdenum terhadap frekuensi.
Diberi frekuensi ambang, f~o~ bagi logam adalah $1.11 \times 10^{14}$ Hz dan fungsi kerja, W~o~ adalah $7.36 \times 10^{-20}$ J.
a
Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh **X**?
1 marks
b
Hitungkan tenaga kinetik elektron yang dibebaskan dari permukaan logam apabila cahaya biru berfrekuensi $6.67 \times 10^{14}$ Hz disinarkan ke atasnya.
3 marks
c
Apakah yang akan berlaku kepada tenaga kinetik jika keamatan cahaya yang disinarkan kepada permukaan logam bertambah? Terangkan mengapa.
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah satelit yang berjisim 2500 kg mengorbit Bumi dengan laju linear satelit itu ialah 8500 m s^-1^. Satelit itu berada pada ketinggian 54500 km dari permukaan Bumi.
Satelit itu dapat mengorbit Bumi kerana terdapat daya memusat yang dikenakan ke atasnya.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya memusat?
1 marks
Diberi,
Jejari bumi, R = $6.37 \times 10^{6}$ m
Menggunakan rumus-rumus berikut:
$F = \dfrac{mv^2}{r}$ dan $a = \dfrac{v^2}{r}$
Hitung,
b(i)
daya memusat satelit itu.
3 marks
b(ii)
pecutan memusat satelit itu.
2 marks
c
Terangkan bagaimana satelit itu boleh mengekalkan gerakan dalam orbit membulat.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan terhadap suatu gas terperangkap dalam kelalang dasar bulat.
a
Nyatakan kuantiti fizik yang diukur oleh tolok Bourdon.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2. Bandingkan,
b(i)
Bacaan tolok Bourdon.
1 marks
b(ii)
Bacaan termometer.
1 marks
b(iii)
Isipadu gas dalam kelalang dasar bulat.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda dalam 5(b),
c(i)
hubungkaitkan antara bacaan tolok Bourdon dengan bacaan termometer.
1 marks
c(ii)
nyatakan hukum fizik yang terlibat untuk menerangkan situasi di atas.
1 marks
Suatu gas telah dipanaskan sehingga suhunya mencapai 80 °C. Suhu awal gas ialah 0 °C dengan bacaan tolok Bourdon ialah $1.01325 \times 10^{5}$ Pa.
d(i)
Hitung bacaan tolok Bourdon ketika suhu gas adalah 80 °C.
2 marks
d(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada tenaga kinetik molekul gas apabila suhu gas ditingkatkan?
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan proses pancaran termion berlaku dalam sebuah tiub sinar katod. Dalam kedua-dua rajah, bekalan kuasa Voltan Lampau Tinggi (V.L.T.) yang digunakan untuk memecutkan elektron adalah berbeza.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pancaran termion?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
Bekalan kuasa.
1 marks
b(ii)
Bekalan kuasa V.L.T.
1 marks
b(iii)
Halaju elektron.
1 marks
c
Menggunakan jawapan dalam 6(b)(ii) dan 6(b)(iii), hubungkaitkan bekalan Voltan Lampau Tinggi (V.L.T.) dengan halaju elektron. Seterusnya nyatakan satu sifat elektron yang membolehkan ianya dipecutkan dalam tiub sinar katod tersebut.
2 marks
d
Semasa elektron bergerak dari katod ke anod, apakah perubahan tenaga yang berlaku?
1 marks
e
Beza keupayaan bagi bekalan kuasa V.L.T. dalam Rajah 6.2 ditingkatkan kepada 6000 V. Hitungkan tenaga kinetik elektron.
(Cas satu elektron = $1.6 \times 10^{-19}$ C)
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah kapal sedang menjalankan aktiviti untuk mengukur kedalaman laut.
a
Namakan fenomena gelombang yang terlibat.
1 marks
b
Gelombang yang dipancarkan oleh transduser bergerak dengan halaju 1500 m s^-1^. Masa gelombang dihantar dan dikesan semula ialah 130 ms. Hitungkan kedalaman laut.
3 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi gelombang P, Q dan R yang boleh digunakan untuk mengukur kedalaman laut.
| Gelombang | Jenis gelombang | Panjang gelombang |
|---|---|---|
| **P** | Gelombang mikro | Panjang |
| **Q** | Gelombang ultrasonik | Pendek |
| **R** | Gelombang ultrasonik | Panjang |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan kesesuaian ciri-ciri gelombang yang boleh digunakan untuk mengukur kedalaman laut. Beri sebab.
c(i)
Jenis gelombang — nyatakan jenis gelombang dan sebab.
2 marks
c(ii)
Panjang gelombang — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Gelombang manakah yang paling sesuai digunakan untuk mengukur kedalaman laut?
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan carta alir perubahan tenaga yang berlaku daripada tenaga nuklear kepada tenaga elektrik dalam sebuah reaktor nuklear.
a
Lengkapkan ayat berikut dengan menandakan (√) pada jawapan yang betul.
Tindak balas nuklear yang berlaku di dalam suatu reaktor nuklear dikenali sebagai
- Pembelahan nukleus
- Pelakuran nukleus
*(Tulis jawapan yang anda pilih.)*
1 marks
b
Dalam reaktor nuklear tersebut, tindak balas nuklear yang berlaku telah membebaskan $2.69 \times 10^{-12}$ J. Hitungkan cacat jisim.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah reaktor nuklear yang bakal dibina.
c(i)
Cadangkan bagaimana sebuah reaktor nuklear tersebut dapat dibina dengan lebih selamat berdasarkan aspek-aspek berikut:
**Bahan yang digunakan sebagai bahan api** — nyatakan bahan dan sebab.
2 marks
c(ii)
**Bahan yang digunakan sebagai moderator** — nyatakan bahan dan sebab.
2 marks
c(iii)
**Lokasi yang sesuai** — nyatakan lokasi dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang budak lelaki melompat daripada sebuah troli yang pegun untuk melepasi sebuah tembok. Troli itu tertolak ke belakang sejurus budak itu melompat.
a
Namakan jenis perlanggaran yang terlibat dalam Rajah 9.1.
1 marks
b
Terangkan tindakan budak lelaki yang membolehkannya mengelakkan risiko mengalami kecederaan semasa mendarat.
4 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan struktur sebuah roket air.
| Model roket air | Jisim roket | Bentuk roket | Isipadu air (ml) | Sudut pelancaran / ° |
|---|---|---|---|---|
| **R** | Kecil | Oval | 1/3 | 90 |
| **S** | Besar | Oval | 1/2 | 45 |
| **T** | Kecil | Aerodinamik | 1/3 | 45 |
| **U** | Besar | Aerodinamik | 1/2 | 90 |
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri bagi model roket air. Anda dikehendaki memilih model roket air yang boleh bergerak pada jarak ufuk paling jauh.
Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan model roket air yang paling sesuai. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 9.3 menunjukkan sebutir peluru ditembak keluar daripada sepucuk pistol dengan halaju 100 m s^-1^.
d(i)
Hitung momentum peluru selepas pistol ditembak. Nyatakan jawapan anda dalam unit SI.
3 marks
d(ii)
Hitung halaju sentakan pistol.
2 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan satu transformer ringkas.
Berdasarkan Rajah 10,
a(i)
Apakah fungsi transformer?
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana mentol boleh menyala.
4 marks
b
Transformer dalam Rajah 10 adalah kurang cekap. Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri bagi beberapa transformer.
| Transformer | Bahan dawai | Ketebalan dawai | Jenis teras | Reka bentuk teras |
|---|---|---|---|---|
| **W** | Kuprum | Tebal | Teras besi lembut | Berlamina |
| **X** | Kuprum | Nipis | Teras keluli lembut | Padat |
| **Y** | Nikrom | Tebal | Teras besi lembut | Berlamina |
| **Z** | Nikrom | Nipis | Teras keluli lembut | Padat |
Jadual 3
Kaji setiap ciri transformer tersebut dan terangkan kesesuaian setiap ciri. Tentukan transformer yang paling cekap. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Sebuah transformer unggul mempunyai bilangan lilitan untuk gegelung sekunder 800 lilitan dan gegelung primer 8000 lilitan. Arus ulang-alik 4.0 A mengalir melalui gegelung primer apabila disambung ke bekalan kuasa 240 V a.u.
Hitung
c(i)
kuasa input.
1 marks
c(ii)
beza keupayaan merentasi gegelung sekunder.
2 marks
c(iii)
arus maksimum yang mengalir dalam gegelung sekunder.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan sinar cahaya daripada udara bergerak memasuki bahan X dan bahan Y.
- Laju cahaya dalam bahan X = $1.9737 \times 10^{8}$ m s^-1^; indeks biasan bahan X = 1.52
- Laju cahaya dalam bahan Y = $1.2097 \times 10^{8}$ m s^-1^; indeks biasan bahan Y = 2.48
a
Apakah yang dimaksudkan dengan indeks biasan?
1 marks
b
Perhatikan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2.
Bandingkan sudut tuju, sudut biasan dan laju cahaya dalam bahan X dan bahan Y. Seterusnya nyatakan hubungan antara laju cahaya dalam bahan X dan bahan Y dengan sudut biasan untuk membuat hubungan antara indeks biasan dengan ketumpatan optik bahan.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan rajah sinar yang tidak lengkap.
Terangkan bagaimana sinar cahaya bergerak melalui bahan Y dan bahan X dan lengkapkan rajah sinar bagi kedua-dua bahan tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: laluan sinar dalam bahan Y dan dalam bahan X, dan arah pembengkokannya berbanding garis normal di setiap permukaan.)*
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah endoskopik yang digunakan untuk mengkaji tisu sel darah dalam perubatan.
Apabila isyarat dihantar melalui gentian optik, didapati imej yang terhasil adalah kurang jelas. Anda dikehendaki untuk merekacipta sebuah gentian optik yang boleh menghantar isyarat dengan lebih cekap dan boleh menghasilkan imej yang lebih jelas.
Nyata dan terangkan cadangan anda berdasarkan ciri-ciri bahan bagi teras dalam, ketulenan bahan, kelenturan bahan dan jenis jaket pelindung.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open