Rajah 1 menunjukkan sinar cahaya pada frekuensi tertentu menyinari permukaan logam. Elektron terpancar daripada permukaan logam tersebut.
a
Tanda (√) bagi jawapan yang betul pada petak yang disediakan.
Fenomena ini dikenali sebagai
- pancaran termion
- kesan fotoelektrik
*(Tulis pilihan yang anda tandakan.)*
1 marks
b
Namakan frekuensi minimum yang dapat mengeluarkan elektron daripada permukaan logam apabila disinari cahaya.
1 marks
c(i)
Apakah yang akan berlaku kepada tenaga kinetik elektron apabila keamatan cahaya bertambah?
1 marks
c(ii)
Jelaskan jawapan anda dalam (c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan seorang pelajar memerhati sebatang pensel yang berada di dalam sebuah cawan. Pensel kelihatan bengkok disebabkan oleh fenomena pembiasan cahaya.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiasan cahaya?
1 marks
b
Terangkan bagaimana fenomena dalam Rajah 2.1 boleh berlaku.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 2.2, lengkapkan gambarajah sinar cahaya untuk menunjukkan kedudukan imej yang diperhatikan oleh ikan itu.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap garisan sinar yang anda lukis — dari titik mana ke titik mana, sama ada garisan itu padu atau putus-putus, dan arah anak panah)*
2 marks
36 marks
Iodin-131 adalah satu radioisotop bagi iodin.
Suatu sampel radioisotop yang mengandungi 200 g iodin-131 mengalami proses reputan. Separuh hayat Iodin-131 adalah 8 hari.
a
Apakah maksud separuh hayat?
1 marks
b
Beri satu sebab mengapa Iodin-131 mengalami proses reputan.
1 marks
c(i)
Hitung jisim Iodin-131 selepas 32 hari.
2 marks
c(ii)
Pada Rajah 3, lakar graf untuk menunjukkan proses reputan Iodin-131. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk graf, titik permulaannya, dan nilai jisim yang dilalui graf pada masa-masa yang anda tandakan pada paksi masa)*
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan set penjana audio berserta dua buah pembesar suara yang disusun bersama-sama dengan set mikrofon dan osilloskop sinar katod (O.S.K). Dua pembesar suara mengeluarkan sumber yang koheren. Mikrofon digerakkan sepanjang garis PQRS untuk mengesan perubahan amplitud bunyi.
a
Apakah maksud sumber gelombang koheren?
1 marks
b
Setelah eksperimen dijalankan, bunyi beramplitud tinggi dikesan pada titik P dan R, manakala bunyi beramplitud rendah pada titik Q dan S. Jelaskan mengapa.
3 marks
Penjana audio dilaraskan dengan frekuensi 1000 Hz dan laju gelombang bunyi di udara adalah 330 m s^-1^. Jika jarak antara dua pembesar suara adalah 75 cm, hitungkan
c(i)
panjang gelombang bunyi yang dikeluarkan, λ
2 marks
c(ii)
Jarak antara titik P dan titik S.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan dua litar bertransistor yang serupa yang berada dalam dua keadaan.
a
Apakah jenis transistor yang digunakan?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
voltan tapak, V~B~
1 marks
b(ii)
nyalaan mentol
1 marks
b(iii)
arus tapak, I~B~
1 marks
Berdasarkan jawapan dalam 5(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
voltan tapak dengan arus tapak.
1 marks
c(ii)
arus tapak dengan arus pengumpul.
1 marks
d
Rajah 5.3 suatu litar transistor yang mengandungi perintang peka cahaya (PPC).
Apabila PPC mengesan cahaya, beza keupayaan PPC ialah 1.2 V. Hitung rintangan PPC.
3 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan paras air sebuah cerek elektrik yang sedang mendidih.
a
Namakan jenis haba yang diserap semasa proses pendidihan.
1 marks
b
Berikan sebab mengapa tiada perubahan suhu semasa proses pendidihan air.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
c(i)
masa pendidihan air.
1 marks
c(ii)
tenaga haba yang diserap oleh air.
1 marks
c(iii)
kuantiti air yang berubah menjadi wap.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(c), nyatakan hubungan antara
d(i)
masa pendidihan dengan tenaga haba yang diserap oleh air.
1 marks
d(ii)
tenaga haba yang diserap oleh air dengan kuantiti air yang berubah menjadi wap.
1 marks
e
Jika tenaga haba yang diserap oleh air dalam Rajah 6.1 adalah $2.40 \times 10^{5}$ J. Hitungkan jisim air yang telah bertukar menjadi wap air.
[Haba pendam tentu pengewapan air, $l_v = 2.26 \times 10^{6}$ J kg^-1^]
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan prinsip kerja dapur aruhan.
a
Apakah konsep yang membolehkan dapur aruhan berfungsi?
1 marks
b
Terangkan bagaimana dapur aruhan dalam Rajah 7 boleh digunakan untuk memasak?
3 marks
Jadual 7 menunjukkan tiga jenis dapur aruhan dengan spesifikasi yang berlainan.
| Dapur aruhan | Jenis arus yang dibekalkan | Bilangan gegelung |
|---|---|---|
| P | Arus ulang-alik | 5 |
| Q | Arus terus | 10 |
| R | Arus ulang-alik | 15 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan dapur aruhan.
c(i)
Jenis arus yang dibekalkan — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Bilangan gegelung — ciri dan sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), pilih dapur aruhan yang paling cekap.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan seorang atlet sedang memutarkan tukul besi dalam acara sukan lontar tukul besi.
Daya memusat yang bertindak ke atas tukul besi ketika diputarkan adalah daya tegangan tali keluli tersebut.
a
Apakah daya memusat?
1 marks
b
Tukul besi berjisim 4 kg itu diputarkan dalam satu bulatan ufuk berjejari 1.6 m dengan laju linear 25 m s^-1^. Hitung daya memusat yang bertindak ke atas tukul besi itu.
2 marks
Lontar tukul besi merupakan satu acara melibatkan kekuatan. Pelontar tukul besi dikehendaki melontar satu bola logam yang dipasang dengan dawai keluli kepada pemegang cengkaman sejauh yang mungkin.
Berdasarkan aspek berikut, cadangkan spesifikasi yang sesuai bagi lontaran tukul besi untuk menghasilkan jarak lontaran mendarat yang tinggi selepas pusingan dibuat.
d(i)
Panjang tali keluli — ciri dan sebab
2 marks
d(ii)
Laju linear tukul besi ketika diputar — ciri dan sebab
2 marks
d(iii)
Sudut lontaran — ciri dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan menara tangki air di rumah Ahmad dan tangki air di rumah Ali. Pili air kedua-dua rumah itu terletak pada jarak sama iaitu 1 m daripada permukaan tanah.
a
Nyatakan konsep fizik yang meyebabkan air keluar selepas pili dibuka.
1 marks
b
Terangkan mengapa pili air dirumah Ahmad mengeluarkan air lebih laju berbanding pili air dirumah Ali.
4 marks
c
Ali juga ingin membina sebuah menara tangki air tetapi dia mempunyai kawasan sekitar rumah yang terhad. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan tangki air itu di atas bumbung rumahnya.
| Tangki air | Ketebalan dinding | Saiz | Ketumpatan | Jarak di antara tangki air dengan pili |
|---|---|---|---|---|
| J | Tebal | Besar | Rendah | 2 m |
| K | Nipis | Kecil | Tinggi | 2 m |
| L | Tebal | Besar | Rendah | 4 m |
| M | Nipis | Kecil | Tinggi | 4 m |
Jadual 9
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri tangki air seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.
Terangkan kesesuaian setiap ciri tangki air untuk dipasang di atas bumbung. Tentukan tangki air yang paling sesuai supaya air mengalir lebih laju dan tangki air tahan lama serta mudah dipasang. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
d(i)
Hitung perbezaan tekanan air pada pili di rumah Ahmad dengan pili di rumah Ali. [Ketumpatan air = 1 000 kg m^-3^]
3 marks
d(ii)
Terangkan apakah akan berlaku kepada tekanan air di rumah Ahmad jika dia menggantikan tangki airnya dengan tangki baru yang berdiameter lebih besar tetapi ketinggiannya sama.
2 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seorang pemain bola lisut meneruskan lontarannya selepas bola itu bergerak ke hadapan. Tindakan pemain tersebut dinamakan aksi 'ikut lajak'.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan impuls?
1 marks
b
Terangkan bagaimana aksi 'ikut lajak' dapat menambahkan jarak gerakan bola lisut itu.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan suatu ujian perlanggaran kereta. Kereta berjisim 1500 kg melanggar dinding dengan kelajuan 15 m s^-1^. Kereta itu melantun semula dengan kelajuan 2.6 m s^-1^. Jika masa impak ialah 150 ms. Hitungkan:
c(i)
impuls yang terhasil dalam perlanggaran.
2 marks
c(ii)
daya impuls yang dikenakan ke atas kereta.
3 marks
d
Jadual 10 menunjukkan jenis kayu hoki dengan ciri-ciri yang berbeza. Anda dikehendaki menentukan ciri-ciri kayu hoki yang paling sesuai untuk digunakan oleh pasukan hoki pada permainan tahap tinggi.
| Kayu hoki | Ketumpatan bahan | Bahan kayu hoki | Ukuran kayu hoki | Kelenturan |
|---|---|---|---|---|
| P | Tinggi | Gentian karbon | Panjang | Tinggi |
| Q | Tinggi | Gentian karbon | Pendek | Rendah |
| R | Rendah | Gentian karbon | Panjang | Tinggi |
| S | Rendah | Gentian kaca | Pendek | Rendah |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian ciri-ciri kayu hoki dalam Jadual 10 untuk digunakan oleh pasukan hoki dalam permainan tahap tinggi.
Pilih kayu hoki yang paling sesuai dan berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Seorang pemanah menjalani latihan memanah menggunakan alatan yang sama dengan menggunakan daya awal, F seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1 dan Rajah 11.2.
Apabila anak panah dilepaskan, ia akan bergerak dengan suatu kelajuan disebabkan kekenyalan busur.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kekenyalan?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan
(i) Daya awal, F
(ii) Jarak regangan, x
(iii) Pemalar spring busur
3 marks
c
Nyatakan hubungan antara daya awal dengan jarak regangan dan seterusnya nyatakan satu hukum yang menerangkan hubungan tersebut.
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, kaedah yang manakah akan menghasilkan jarak panahan yang lebih jauh? Terangkan jawapan anda.
4 marks
e
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah buaian yang digunakan untuk menidurkan bayi.
Anda dikehendaki memberi cadangan untuk memperbaiki rekabentuk buaian tersebut supaya ianya dapat meletakkan bayi yang lebih besar.
Terangkan cadangan anda berdasarkan ciri-ciri spring dan ciri-ciri rangka buaian supaya lebih selamat dan mudah digunakan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open