Rajah 1.1 menunjukkan sebuah bandul yang sedang berayun apabila bandul disesarkan sebanyak 0.2 m dari kedudukan keseimbangan. Tempoh ayunan bandul, T = 0.5 s. Fenomena pelembapan berlaku kepada ayunan bandul itu.
Berdasarkan Rajah 1.1,
a
Apakah kuantiti fizik yang berkurang apabila pelembapan berlaku?
Tandakan (√) pada jawapan yang betul:
- Amplitud ayunan
- Frekuensi ayunan
1 marks
b
Pada Rajah 1.2, isikan magnitud sesaran bagi graf sesaran-masa ayunan bandul tersebut di dalam kotak yang disediakan.
1 marks
c
Bagaimanakah bandul itu dapat berayun tanpa mengalami pelembapan? Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu litar rektifikasi terdiri daripada empat diod W, X, Y dan Z yang disambungkan kepada bekalan kuasa arus ulang-alik dan osiloskop sinar katod (O.S.K.).
a
Namakan jenis rektifikasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
1 marks
b
Lengkapkan Rajah 2.2 untuk menunjukkan arah pengaliran arus melalui diod W, X, Y dan Z semasa separuh kitar positif dan separuh kitar negatif.
Rajah 2.2: **W** → [ ] → [ ] → [ ]
Tulis susunan diod bagi tiga kotak kosong itu.
2 marks
c
Berdasarkan bentuk gelombang input, lakarkan bentuk gelombang output di paparan skrin O.S.K pada Rajah 2.3(a) dan Rajah 2.3(b).
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk gelombang output dan amplitudnya (berbanding input) bagi Rajah 2.3(a) dan bagi Rajah 2.3(b))*
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan tiga jarak dari pusat Bumi, iaitu R, 2R dan 3R.
a
Antara jarak R, 2R dan 3R, yang manakah mempunyai nilai pecutan graviti, g = 9.81 m s$^{-2}$?
1 marks
b(i)
Nilai pecutan graviti, g akan berubah apabila jarak objek dari pusat Bumi berubah. Berdasarkan Rajah 3, lakarkan graf bagi variasi nilai pecutan graviti, g untuk jarak, r yang berbeza.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: nilai g pada R dan bentuk graf anda dari R ke 3R)*
1 marks
b(ii)
Apakah perubahan kepada nilai pecutan graviti apabila jarak objek dari pusat Bumi, r bertambah?
1 marks
c
Satu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengorbit mengelilingi Bumi pada ketinggian 418 000 m. Apakah nilai pecutan graviti di kedudukan satelit itu?
2 marks
d
Pada tahun 2015, satu kajian telah dibuat oleh NASA. Hasil kajian menunjukkan ketinggian seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama setahun telah bertambah dua inci berbanding kembar seirasnya yang berada di Bumi. Hal ini kerana angkasawan itu terdedah kepada keadaan graviti rendah apabila berada di angkasa lepas.
Nyatakan **satu** lagi kesan graviti yang rendah terhadap angkasawan.
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan seorang lelaki melompat dari sebuah bangunan ke atas beg angin keselamatan.
a
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan hukum fizik yang terlibat.
1 marks
b(i)
Nyatakan maksud daya impuls.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan di 4(b)(i), apakah yang akan berlaku kepada daya impuls apabila lelaki itu tenggelam lebih dalam ke dalam beg angin keselamatan? Terangkan jawapan anda.
2 marks
Pemain sofbol memukul dan mengenakan daya 70 N ke atas bola berjisim 0.3 kg yang sedang bergerak dengan halaju 60 km j$^{-1}$. Masa sentuhan bola dengan batang pemukul ialah 0.2 saat.
c(i)
Hitung impuls yang dialami oleh bola itu.
2 marks
c(ii)
Selepas bola dipukul, bola melantun ke arah yang bertentangan. Hitung halaju lantunan bola dalam Sistem Unit Antarabangsa (S.I.).
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan bingkai gambar digantung pada sebuah dinding dengan menggunakan tali yang serupa. Setiap tali dapat menampung daya maksimum sebanyak 16 N.
a
Nyatakan maksud keseimbangan daya.
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2,
b(i)
bandingkan sudut di antara tali dengan bingkai gambar, θ.
1 marks
b(ii)
bandingkan berat bingkai gambar, W.
1 marks
b(iii)
bandingkan tegangan tali, T.
1 marks
c(i)
Hubung kaitkan sudut di antara tali dengan bingkai gambar, θ dengan tegangan tali, T.
1 marks
c(ii)
Hubung kaitkan berat bingkai gambar, W dengan tegangan tali, T.
1 marks
Bingkai gambar dalam Rajah 5.1 digantikan dengan bingkai gambar yang baharu. Dalam beberapa saat selepas digantung, didapati tali bingkai gambar telah putus.
d(i)
Jika berat bingkai gambar baharu ialah 25 N, hitung tegangan tali yang baharu.
2 marks
d(ii)
Berdasarkan jawapan dalam 5(d)(i), nyatakan mengapa tali bingkai gambar itu putus.
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan graf tenaga kinetik maksimum, K~maks~ melawan frekuensi, *f* bagi logam A dan logam B dalam satu kesan fotoelektrik.
Logam A mempunyai K~maks~ sebanyak 2.07 eV.
Logam B mempunyai K~maks~ sebanyak 1.24 eV.
a
Bagaimanakah untuk menentukan frekuensi ambang daripada graf di Rajah 6.1?
1 marks
Berdasarkan graf pada Rajah 6.1,
b(i)
bandingkan frekuensi ambang logam A dan logam B.
1 marks
b(ii)
bandingkan tenaga kinetik maksimum logam A dan logam B.
1 marks
b(iii)
bandingkan kecerunan graf logam A dan logam B.
1 marks
b(iv)
hubung kaitkan frekuensi ambang logam dengan tenaga kinetik maksimum.
1 marks
c(i)
Fungsi kerja dan frekuensi ambang bagi suatu logam boleh dihubungkaitkan melalui formula $W = hf_0$.
Nyatakan hubungan antara frekuensi ambang dengan fungsi kerja.
1 marks
c(ii)
Frekuensi ambang bagi suatu logam ialah $5.2 \times 10^{14}$ Hz. Kirakan fungsi kerja bagi logam itu dalam unit Joule.
2 marks
d
Apakah yang akan berlaku kepada tenaga kinetik fotoelektron jika keamatan cahaya yang disinarkan ke permukaan logam bertambah?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah objek diletakkan di hadapan sebuah kanta cembung yang mempunyai panjang fokus 10 cm.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus?
1 marks
b
Nyatakan **satu** ciri imej yang terhasil.
1 marks
c
Diberi kedudukan imej yang terbentuk adalah -15 cm.
Hitungkan pembesaran linear kanta tersebut.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan sebuah bilik mesin ATM dengan ruang yang sempit. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) diperlukan untuk memastikan keselamatan dan pemantauan yang berkesan di kawasan tersebut.
d(i)
Anda dikehendaki mencadangkan ciri-ciri yang sesuai bagi kanta Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dapat berfungsi dengan berkesan dalam ruang sempit dan untuk pemantauan pada jarak dekat.
| Jenis kanta | J | K | L |
|---|---|---|---|
| Ketebalan kanta | Tebal | Tebal | Nipis |
| Panjang fokus (cm) | 5 | 20 | 60 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi kanta Kamera Litar Tertutup (CCTV) tersebut. Berikan **satu** sebab bagi kesesuaian setiap ciri tersebut.
Ketebalan kanta — ciri dan sebab
2 marks
d(ii)
Panjang fokus — ciri dan sebab
2 marks
e
Berdasarkan jawapan anda di 7(d), pilih kanta yang sesuai bagi pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) tersebut.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sistem brek hidraulik yang terdapat dalam sebuah kereta.
a
Namakan prinsip fizik yang terlibat dalam brek hidraulik.
1 marks
b
Terangkan bagaimana brek hidraulik itu berfungsi.
2 marks
Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan supaya brek hidraulik itu boleh membrek dengan lebih efisien. Berikan sebab untuk jawapan anda.
c(i)
Cecair hidraulik — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
c(ii)
Luas keratan rentas omboh induk — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
c(iii)
Bahan paip penghantaran — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang murid berpeluh selepas berlari dalam acara 100 m.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba?
1 marks
b
Berpandukan kepada konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana peluh membantu murid itu menyejukkan badannya di Rajah 9.1.
4 marks
Suatu bahan dalam keadaan pepejal berjisim 0.05 kg dipanaskan menggunakan pemanas rendam 240 V, 100 W. Rajah 9.2 menunjukkan lengkung pemanasan bagi pepejal tersebut.
c(i)
Hitung:
Haba pendam tentu pelakuran bahan itu.
3 marks
c(ii)
Muatan haba tentu bahan itu dalam keadaan cecair.
2 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebahagian daripada komponen sistem penyejukan sebuah peti sejuk.
Jadual 2 menunjukkan spesifikasi bagi sistem penyejukan empat peti sejuk J, K, L dan M yang digunakan untuk menyejukkan makanan.
| Sistem penyejukan peti sejuk | Haba pendam tentu pengewapan agen penyejuk | Takat didih agen penyejuk | Muatan haba tentu gegelung penyejat (J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$) | Reka bentuk gegelung kondenser |
|---|---|---|---|---|
| J | Tinggi | 39 °C | 480 | Sedikit gegelung (kira-kira 5 lilitan) |
| K | Rendah | -15 °C | 389 | Banyak gegelung (kira-kira 10 lilitan) |
| L | Rendah | 50 °C | 903 | Sedikit gegelung (kira-kira 5 lilitan) |
| M | Tinggi | 10 °C | 420 | Banyak gegelung (kira-kira 10 lilitan) |
Jadual 2
Anda dikehendaki untuk mengkaji spesifikasi bagi empat sistem penyejukan peti sejuk dan tentukan sistem penyejukan yang paling sesuai digunakan untuk menyejukkan makanan. Berikan sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah model transformer ringkas yang digunakan dalam peralatan elektrik.
a
Nyatakan fungsi transformer tersebut.
1 marks
b
Transformer tidak dapat berfungsi apabila disambungkan dengan bekalan kuasa arus terus. Terangkan.
4 marks
Transformer di Rajah 10.1 tersebut dapat berfungsi apabila gegelung primer disambungkan pada bekalan kuasa arus ulang-alik 240 V. Sebuah mentol 12 V, 60 W disambungkan pada gegelung sekunder.
c(i)
Jika mentol menyala pada kecerahan normal, tentukan nisbah bilangan lilitan gegelung primer kepada gegelung sekunder.
1 marks
c(ii)
Hitung arus pada gegelung sekunder.
2 marks
c(iii)
Jika transformer tersebut adalah transformer unggul, hitung arus pada gegelung primer.
2 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dari stesen kuasa hingga ke kawasan perindustrian.
Jadual 3 menunjukkan spesifikasi empat jenis sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik P, Q, R dan S.
| Sistem | Magnitud voltan merentas kabel penghantaran | Rintangan kabel penghantaran | Jenis transformer A pada stesen kuasa | Jenis transformer B pada stesen pencawang |
|---|---|---|---|---|
| P | Rendah | Tinggi | Injak turun | Injak turun |
| Q | Tinggi | Tinggi | Injak turun | Injak naik |
| R | Tinggi | Rendah | Injak naik | Injak turun |
| S | Rendah | Rendah | Injak naik | Injak naik |
Jadual 3
Kaji setiap spesifikasi sistem P, Q, R dan S dan terangkan kesesuaian setiap ciri.
Tentukan sistem yang paling sesuai untuk digunakan dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.
Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan lingkaran superkonduktor dalam mesin MRI.
a
Apakah maksud superkonduktor?
1 marks
b
Jelaskan mengapa bahan superkonduktor digunakan dalam mesin MRI.
4 marks
c
Rajah 11.2(a) dan Rajah 11.2(b) menunjukkan dua susunan bateri dalam dua jenis litar yang berbeza. Perintang yang sama digunakan dalam kedua-dua litar.
Perhatikan Rajah 11.2(a) dan Rajah 11.2(b). Bandingkan bilangan bateri, jenis susunan bateri dan bacaan ammeter. Nyatakan hubungan antara jenis susunan bateri dengan bacaan ammeter. Seterusnya, deduksikan hubungan antara jenis susunan bateri dengan nilai rintangan dalam berkesan bagi bateri.
5 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah kereta elektrik (E.V.). Kereta ini menggunakan bateri untuk membekalkan tenaga elektrik kepada motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.
Anda dikehendaki mengubah suai sistem dalam kereta elektrik tersebut supaya dapat meningkatkan kelajuan dan kecekapannya.
Nyatakan dan terangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap jenis bateri, susunan bateri, ciri-ciri motor elektrik dan ciri-ciri kereta.
Berikan justifikasi anda bagi setiap pengubahsuaian yang dicadangkan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open