Rajah 1 menunjukkan graf K~maks~ melawan f bagi logam Q.
Diberi bahawa f~o~ adalah frekuensi ambang bagi logam Q iaitu $6.64 \times 10^{14}$ Hz.
a
Nyatakan maksud frekuensi ambang.
1 marks
b
Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh magnitud pintasan-y dalam Rajah 1.
1 marks
Satu alur cahaya dengan frekuensi, f = $6.65 \times 10^{14}$ Hz dipancarkan ke atas permukaan logam Q.
c(i)
Apakah fenomena yang berlaku di permukaan logam Q?
1 marks
c(ii)
Jelaskan jawapan anda di 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek.
a
Nyatakan fenomena gelombang yang berlaku.
1 marks
Pada Rajah 2,
b(i)
lukiskan garis normal dan lengkapkan arah perambatan gelombang dari kawasan dalam ke kawasan cetek. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis normal yang anda lukis (di mana dan bagaimana), anak panah arah perambatan gelombang tuju sehingga sempadan, dan arah perambatan di kawasan cetek berbanding garis normal.)*
1 marks
b(ii)
lukis muka gelombang bagi gelombang air tersebut apabila merambat dalam kawasan cetek. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah perambatan di kawasan cetek berbanding garis normal, bilangan muka gelombang, orientasinya berbanding arah perambatan, dan jaraknya berbanding di kawasan dalam.)*
2 marks
c
Apakah yang berlaku kepada frekuensi gelombang dalam kawasan cetek?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan graf aktiviti melawan masa bagi reputan radioaktif Bismut-210.
a
Nyatakan maksud reputan radioaktif?
1 marks
b
Apakah yang berlaku kepada tenaga Bismuth-210 selepas reputan?
1 marks
c(i)
Berdasarkan Rajah 3, tentukan nilai separuh hayat Bismut-210. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan nilai separuh hayat itu.
Separuh hayat = … hari *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf (di mana bermula dan berakhir) dan bacaan yang anda ambil.)*
2 marks
c(ii)
Dalam satu sampel, Bismut-210 mereput menjadi Polonium-210. Hitung masa yang diambil jika nisbah bilangan nukleus Bismut-210 kepada Polonium-210 adalah 1 : 3.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan litar rektifikasi.
a
Nyatakan maksud rektifikasi.
1 marks
b
Dalam Rajah 4.1, lukiskan surihan yang terbentuk di skrin O.S.K. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surihan pada skrin, bahagian di atas dan di bawah garis tengah.)*
2 marks
c
Terangkan bagaimana surihan dalam 4(b) boleh terbentuk.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu litar rektifikasi gelombang penuh.
Pada Rajah 4.2,
d(i)
lengkapkan litar dengan melukis diod-diod di dalam kotak F, G dan H. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah setiap diod (F, G, H) — dari bucu mana ke bucu mana jambatan itu anak panah diod menghala.)*
2 marks
d(ii)
kapasitor digunakan sebagai perata arus output. Dalam Rajah 4.2, lukiskan sambungan kapasitor yang betul.
Simbol kapasitor: ─┤├─ *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana kapasitor disambung dan bagaimana ia disambung berbanding perintang.)*
1 marks
e
Terangkan bagaimana kapasitor dalam 4(d) boleh digunakan untuk meratakan arus output.
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan seorang budak perempuan sedang bermain dua kuda berspring yang mempunyai spring-spring disusun selari. Semua spring yang digunakan adalah serupa.
a
Nyatakan maksud kekenyalan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
bilangan spring yang disusun selari
1 marks
b(ii)
mampatan spring
1 marks
b(iii)
pemalar spring bagi sistem spring
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 5(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
bilangan spring yang disusun selari dengan mampatan spring
1 marks
c(ii)
mampatan spring dengan pemalar spring bagi sistem spring
1 marks
d
Sistem spring dalam Rajah 5.1 mengalami mampatan sebanyak 6.0 cm apabila budak perempuan dengan berat 250 N duduk di atasnya. Diberi berat kuda ialah 160 N.
Tentukan pemalar spring bagi sistem spring.
2 marks
e
Spring dalam Rajah 5.1 digantikan dengan spring yang lebih tebal. Apakah yang berlaku kepada mampatan spring?
1 marks
69 marks
Seorang atlet memutarkan satu tukul besi dalam suatu bulatan ufuk sebelum ia dilepaskan. Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua tukul besi dengan panjang dawai berbeza diputarkan dengan laju linear yang sama.
a
Nyatakan maksud daya memusat?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan:
b(i)
jisim tukul besi
1 marks
b(ii)
jejari bulatan bagi gerakan membulat tukul besi
1 marks
b(iii)
daya memusat tukul besi
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 6(b), nyatakan hubungan antara jejari bulatan dengan daya memusat tukul besi.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, nyatakan daya yang setara dengan daya memusat tukul besi tersebut.
1 marks
e
Apakah kesan kepada daya memusat dalam Rajah 6.2 jika atlet menambahkan laju linear tukul besi tersebut?
1 marks
f
Diberi: jisim tukul besi = 7.0 kg, laju linear tukul besi = 25 m s$^{-1}$, panjang dawai yang bersambung dengan tukul besi = 1.2 m.
Hitung daya memusat yang bertindak ke atas tukul besi itu.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah kanta pembesar digunakan oleh orang yang mengalami rabun dekat untuk membaca buku.
a
Nyatakan jenis kanta yang digunakan sebagai kanta pembesar.
1 marks
b
Dalam Rajah 7.2, lakarkan gambarajah sinar untuk menunjukkan bagaimana imej yang diperhatikan menerusi kanta pembesar tersebut terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis (dari mana, melalui titik mana, ke mana selepas kanta), garis yang anda sambung ke belakang, serta kedudukan dan saiz imej yang anda lukis.)*
3 marks
Apabila kesukaran melihat objek dekat semakin bertambah, kita memerlukan beberapa perubahan pada kanta untuk melihat dengan jelas.
| Kanta | Diameter kanta | Panjang fokus |
|---|---|---|
| P | Besar | Pendek |
| Q | Kecil | Pendek |
| R | Besar | Panjang |
Jadual 7
Jadual 7 menunjukkan tiga kanta P, Q dan R dengan spesifikasi yang berbeza. Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri kanta yang sesuai untuk membantu orang yang mengalami rabun dekat kritikal boleh melihat dengan lebih jelas.
c(i)
Diameter kanta — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Panjang fokus — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan kanta yang paling sesuai digunakan sebagai kanta pembesar oleh orang yang mengalami rabun dekat kritikal.
1 marks
89 marks
Ketuhar gelombang mikro ialah peralatan elektrik yang selamat digunakan di rumah atau pejabat walaupun beberapa komponen dalaman ketuhar gelombang mikro beroperasi pada voltan tinggi.
Transformer yang digunakan dalam ketuhar gelombang mikro meningkatkan voltan 240 V kepada 3000 V bagi mengaktifkan magnetron.
a
Nyatakan jenis transformer yang digunakan dalam ketuhar gelombang mikro tersebut.
1 marks
b
Transformer dalam Rajah 8 mempunyai 120 lilitan pada gegelung primer dan menghasilkan voltan output sebanyak 3000 V. Hitung bilangan lilitan gegelung sekunder.
2 marks
Magnetron yang lebih tinggi kuasanya diperlukan untuk ketuhar gelombang mikro yang lebih besar dapat berfungsi dengan baik.
Rajah 8.2 menunjukkan struktur sebuah transformer digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dibuat pada transformer supaya magnetron dapat diaktifkan dengan lebih cekap. Nyatakan dan terangkan pengubahsuaian anda berdasarkan aspek-aspek berikut.
c(i)
Jenis bahan bagi teras — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Struktur teras — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis bahan bagi dawai gegelung — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang pesakit asma menggunakan nebulizer.
Rajah 9.2 menunjukkan struktur asas nebulizer yang digunakan oleh pesakit tersebut.
Nebulizer berfungsi berdasarkan prinsip Bernoulli, di mana cecair ubat ditukarkan menjadi wap halus supaya mudah diserap masuk ke dalam paru-paru.
a
Nyatakan prinsip Bernoulli.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 9.2, huraikan bagaimana cecair ubat dapat ditukarkan menjadi wap halus.
4 marks
Berdasarkan Rajah 9.2, nyatakan kawasan yang mempunyai
c(i)
udara berhalaju tinggi
1 marks
c(ii)
tekanan tinggi
1 marks
Tekanan udara di permukaan cecair ubat ialah 101,325 Pa manakala tekanan udara apabila udara dialirkan di kawasan venturi ialah 100,000 Pa.
d(i)
Hitung perbezaan tekanan udara tersebut.
1 marks
d(ii)
Diberi luas permukaan cecair ubat ialah $2.5 \times 10^{-6}$ m². Hitung daya yang menolak cecair ubat keluar melalui tiub penyalur ubat.
2 marks
e
Nebulizer dalam Rajah 9.1 didapati tidak mampu membekalkan wap halus cecair ubat dalam tempoh rawatan yang lebih lama dengan berkesan.
| Nebulizer | Diameter saluran udara | Jenis penutup mulut | Kuasa mesin pemampat udara | Isipadu maksimum cecair ubat |
|---|---|---|---|---|
| P | Sempit di hujung | Mempunyai pengedap | 30 W | 5 ml |
| Q | Seragam | Tanpa pengedap | 30 W | 15 ml |
| R | Sempit di hujung | Mempunyai pengedap | 90 W | 15 ml |
| S | Seragam | Tanpa pengedap | 90 W | 5 ml |
Jadual 9
Jadual 9 menunjukkan empat jenis nebulizer P, Q, R dan S. Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 9, anda dikehendaki menentukan nebulizer yang paling sesuai digunakan untuk membekalkan wap halus cecair ubat dalam tempoh rawatan yang lebih lama dengan berkesan. Terangkan kesesuaian untuk setiap spesifikasi dan tentukan nebulizer yang paling sesuai. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan segelas air minuman mengandungi ais. Air minuman menjadi sejuk apabila ais tersebut melebur.
a
Nyatakan jenis haba yang terlibat apabila ais melebur.
1 marks
b
Berdasarkan teori kinetik jirim, jelaskan bagaimana ais yang melebur itu dapat menyejukkan air minuman.
4 marks
Diberi: Jisim air minuman = 0.25 kg; Suhu awal air minuman = 35 °C; Suhu akhir air minuman = 7 °C; Muatan haba tentu air minuman = 4180 J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$; Haba pendam tentu pelakuran ais = $3.34 \times 10^{5}$ J kg$^{-1}$.
Hitung
c(i)
haba yang diserap dari air minuman apabila ianya disejukkan oleh ais.
3 marks
c(ii)
jisim ais yang melebur ketika air minuman disejukkan
2 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan struktur asas sebuah peti beku yang kecil.
Didapati peti beku dalam Rajah 10.3 tidak mampu membekukan 400 kg ayam yang diperlukan sebagai bahan masakan untuk sebuah majlis.
| Peti beku | Saiz peti beku | Bilangan lilitan gegelung kondenser | Haba pendam tentu pengewapan agen penyejuk (J kg$^{-1}$) | Muatan haba tentu gegelung penyejat (J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$) |
|---|---|---|---|---|
| J | Besar | Tinggi | 215900 | 385 |
| K | Kecil | Tinggi | 112400 | 820 |
| L | Besar | Rendah | 112400 | 385 |
| M | Kecil | Rendah | 215900 | 820 |
Jadual 10
Jadual 10 menunjukkan spesifikasi peti beku J, K, L dan M. Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 10, anda dikehendaki menentukan peti beku yang paling sesuai digunakan untuk membekukan 400 kg ayam dengan berkesan. Terangkan kesesuaian untuk setiap spesifikasi dan tentukan peti beku yang paling sesuai. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan kecerahan mentol dalam litar yang mempunyai panjang dawai konstantan yang berbeza.
Dawai konstantan adalah bahan yang mempunyai kerintangan yang tinggi.
a
Apakah maksud kerintangan?
1 marks
b
Menggunakan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan beza keupayaan merentasi dawai konstantan, arus yang mengalir dan rintangan berkesan dalam litar. Nyatakan hubungan antara beza keupayaan merentasi dawai konstantan dengan rintangan berkesan. Seterusnya, hubung kaitkan arus dengan rintangan berkesan.
5 marks
c
Dawai konstantan dalam Rajah 11.2 digantikan dengan dawai konstantan yang lebih tebal. Jelaskan apakah perubahan yang berlaku kepada kecerahan mentol dan bacaan voltmeter.
4 marks
Rajah 11.3 menunjukkan struktur asas sebuah pemanas air yang digunakan di dalam sebuah bilik mandi.
d
Didapati pancuran air yang dikeluarkan oleh kepala pancuran adalah perlahan dan kurang panas. Anda dikehendaki mencadangkan pengubahsuaian yang boleh dibuat kepada pemanas air tersebut supaya kepala pancuran selamat dipegang dan dapat mengeluarkan pancuran air panas yang laju dalam tempoh yang lama. Nyata dan terangkan pengubahsuaian anda berdasarkan ciri-ciri dawai yang digunakan sebagai elemen pemanas, saiz takungan air, ciri-ciri kepala pancuran, dan komponen tambahan yang sesuai.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open