Rajah 1 menunjukkan graf halaju, v melawan masa, t bagi sebuah kereta yang sedang bergerak.
a
Nyatakan definisi halaju.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
b(i)
nyatakan kuantiti asas yang ditunjukkan oleh graf.
1 marks
b(ii)
namakan kuantiti fizik yang ditunjukkan oleh kecerunan graf.
1 marks
c
Kuantiti fizik pada jawapan b(ii) merupakan kuantiti vektor. Berikan **satu** contoh lain kuantiti vektor.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan menggunakan sistem spring dengan objek tergantung untuk mengkaji satu fenomena. Didapati bahawa apabila objek dilepaskan, amplitud ayunan semakin berkurang.
a
Namakan fenomena yang berlaku pada Rajah 2?
1 marks
b
Apakah yang berlaku kepada tenaga di dalam sistem spring?
1 marks
c
Lakarkan graf sesaran-masa untuk menunjukkan fenomena di atas. (Paksi menegak: Sesaran; paksi mengufuk: Masa.) *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk graf sesaran melawan masa yang anda lakar, apa yang berlaku kepada amplitud dari satu ayunan ke ayunan seterusnya, dan apa yang berlaku kepada tempoh (jarak antara puncak).)*
1 marks
d
Apakah yang perlu dilakukan pada sistem dalam Rajah 2 untuk memastikan spring sentiasa berayun? Berikan sebab anda.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah lampu suluh yang digunakan oleh sekumpulan murid dalam satu perkhemahan semasa menjalankan aktiviti pada waktu malam.
a(i)
Nyatakan jenis cermin yang digunakan sebagai pemantul lampu suluh.
1 marks
a(ii)
Apakah kelebihan cermin ini seperti yang dinyatakan di 3(a)(i)?
1 marks
Pada Rajah 3.2, C ialah pusat kelengkungan dan F ialah titik fokus suatu cermin.
b(i)
Pada Rajah 3.2, lengkapkan rajah sinar apabila mentol diletakkan di titik fokus cermin. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda meletakkan mentol (objek), sinar-sinar yang anda lukis dari mentol ke cermin, dan arah setiap sinar selepas dipantulkan.)*
3 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk.
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah teras besi lembut berbentuk U dililitkan dengan dawai kuprum bertebat PQ dan RS. Satu voltan arus ulang-alik (a.u) 240 V disambungkan pada hujung dawai PQ dan sebiji mentol 12 V, 60 W disambungkan pada hujung RS.
a
Nyatakan jenis transformer yang digunakan.
1 marks
b(i)
Terangkan mengapa voltan a.u digunakan dalam Rajah 4.
1 marks
b(ii)
Huraikan bagaimana voltan output, RS dihasilkan oleh transformer.
2 marks
c(i)
Jika mentol menyala pada kecerahan normal, tentukan nisbah bilangan lilitan gegelung PQ kepada bilangan gegelung RS berdasarkan nilai voltan.
1 marks
c(ii)
Hitung arus output yang mengalir.
2 marks
c(iii)
Hitung arus input jika kecekapan transformer itu adalah 80%.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan dua litar elektronik yang terdiri daripada sel kering, diod dan mentol yang serupa.
a
Apakah fungsi diod?
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
sambungan sel kering kepada diod dalam kedua-dua litar.
1 marks
b(ii)
keadaan mentol.
1 marks
b(iii)
lapisan susutan diod.
1 marks
Hubungkaitkan sambungan sel kering kepada diod dalam kedua-dua litar dengan
c(i)
keadaan mentol.
1 marks
c(ii)
lapisan susutan diod.
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan satu litar elektronik yang mengandungi empat diod.
d(i)
Lakarkan surihan yang terhasil pada skrin output OSK pada Rajah 5.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surihan pada skrin output, bilangan puncak, ketinggian puncak (dalam senggatan) dan lebar setiap puncak/tempoh (dalam senggatan).)*
2 marks
d(ii)
Kapasitor disambungkan kepada litar untuk meratakan arus output. Lukiskan sambungan kapasitor yang betul pada Rajah 5.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda menyambungkan kapasitor dalam litar dan cara ia disambungkan (bersiri atau selari) berbanding perintang.)*
1 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan Bumi sedang mengorbit matahari. Luas yang dicakupi oleh ASB sama dengan luas DSC.
a
Nyatakan bentuk orbit.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6, bandingkan
b(i)
panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
1 marks
b(ii)
masa yang diambil oleh Bumi untuk bergerak dari A ke B dan C ke D.
1 marks
b(iii)
laju linear Bumi dari A ke B dan C ke D.
1 marks
Nyatakan hubungan antara masa yang diambil
c(i)
dengan panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
1 marks
c(ii)
dengan luas yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
1 marks
d
Nyatakan hukum yang terlibat untuk menerangkan 6(c)(ii).
1 marks
e
Planet P mengambil masa 10 tahun untuk membuat satu orbit lengkap dan jaraknya dari Matahari ialah $7.78 \times 10^{8}$ m. Jika planet Q mengambil masa 24 tahun untuk membuat satu orbit lengkap mengelilingi Matahari, berapakah jarak di antara planet Q dengan Matahari?
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu graf tenaga kinetik maksimum fotoelektron, K~maks~ yang dikeluarkan melawan frekuensi, f foton.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan kuantiti fizik yang diwakili oleh pintasan-x.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** persamaan yang mengaitkan tenaga kinetik maksimum, K~maks~, tenaga foton, E dengan kuantiti fizik dalam (a)(i).
1 marks
b
Pancaran cahaya dengan frekuensinya $5.25 \times 10^{14}$ Hz ditujukan ke atas permukaan logam yang mempunyai fungsi kerja $2.32 \times 10^{-19}$ J.
Hitungkan tenaga kinetik elektron yang dipancarkan.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan sebuah litar sel foto.
c(i)
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri logam yang digunakan sebagai katod dalam sel foto.
| Logam | Fungsi kerja, W (eV) | Panjang gelombang ambang, λ~0~ (nm) |
|---|---|---|
| Kalsium (Ca) | 2.90 | 428 |
| Cesium (Cs) | 2.14 | 579 |
| Zink (Zn) | 4.30 | 288 |
Jadual 7
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi logam yang akan digunakan sebagai katod bagi menghasilkan kesan fotoelektrik yang maksimum. Beri sebab untuk kesesuaian ciri-ciri tersebut.
Fungsi kerja — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Panjang gelombang ambang — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 7(c), pilih logam yang paling sesuai digunakan sebagai katod dalam sel foto.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan seorang pemanah menarik tali busur dengan daya, F menghasilkan regangan sebanyak x cm.
Apabila anak panah dilepaskan, ia akan bergerak dengan suatu kelajuan disebabkan kekenyalan busur.
a
Apakah hukum fizik yang terlibat dengan kekenyalan?
1 marks
b
Daya yang dikenakan oleh pemanah itu ialah 200 N dan pemalar spring busur ialah 6 N cm^-1^.
Hitung pemanjangan spring, x busur itu.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan komponen yang paling penting dalam sistem penggantungan sebuah kenderaan.
c(i)
Nyatakan pengubahsuaian pada spring untuk meningkatkan lagi sistem penggantungan pada kenderaan bagi membolehkan kenderaan bergerak dengan stabil di atas permukaan jalan yang tidak rata berdasarkan aspek-aspek berikut:
Panjang spring — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Diameter dawai spring — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Jenis bahan untuk spring — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebiji belon berisi udara diletakkan di dalam silinder.
a
Apakah maksud tekanan?
1 marks
b
Apakah yang berlaku pada belon pada Rajah 9.1 apabila omboh ditolak ke dalam dan kemudian ditarik ke luar? Terangkan.
4 marks
Berdasarkan Rajah 9.1, isipadu udara terperangkap adalah 1800 cm^3^ dan tekanan 410 kPa. Apabila omboh ditekan, tekanan menjadi 590 kPa.
c(i)
Hitungkan isipadu udara terperangkap dalam silinder tersebut dalam unit SI.
3 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan soalan (c)(i), hitung nilai x pada Rajah 9.1 jika luas permukaan omboh adalah 0.2 m^2^.
2 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah pam basikal.
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri pam basikal.
| Pam basikal | Saiz silinder | Omboh | Bahan yang digunakan untuk silinder | Tapak |
|---|---|---|---|---|
| P | Besar | Getah | Besi tuang | Besar |
| Q | Besar | Plastik | Besi tuang | Kecil |
| R | Kecil | Plastik | Plastik | Besar |
| S | Kecil | Getah | Plastik | Kecil |
Jadual 9
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 9, anda dikehendaki menentukan spesifikasi yang paling sesuai untuk memilih pam basikal yang cekap dan tahan lasak. Terangkan kesesuaian bagi setiap spesifikasi dan beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu sel kering yang mempunyai voltan 9.0 V. Rajah 10.2 menunjukkan graf beza keupayaan, V melawan arus, I bagi sel kering tersebut.
a
Apakah maksud daya gerak elektrik?
1 marks
b
Berdasarkan graf pada Rajah 10.2, terangkan bagaimana daya gerak elektrik (d.g.e) dan rintangan dalam sel kering tersebut dapat ditentukan.
4 marks
Rajah 10.3 menunjukkan satu litar elektrik.
c(i)
Berdasarkan Rajah 10.3,
jika arus yang mengalir dalam litar ialah 0.5 A dan beza keupayaan merentasi perintang, R ialah 5.8 V, hitung rintangan dalam, r sel kering.
2 marks
c(ii)
jika satu sel kering yang serupa telah disambungkan secara sesiri (dengan perintang R yang sama), tentukan arus yang mengalir dalam litar tersebut.
3 marks
d
Rajah 10.4 menunjukkan sebuah mikrofon.
Anda merupakan seorang pegawai teknikal yang ditugaskan untuk membuat persediaan sempena kejohanan sukan peringkat negeri. Dengan merujuk Jadual 10, anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri mikrofon yang akan digunakan semasa majlis perasmian kejohanan tersebut.
| Mikrofon | Jenis mikrofon | Jisim mikrofon | Voltan sel kering | Sumber kuasa yang digunakan |
|---|---|---|---|---|
| J | Tanpa wayar | Kecil | 9 V | Arus terus |
| K | Berwayar | Besar | 3 V | Arus ulang alik |
| L | Berwayar | Kecil | 3 V | Arus terus |
| M | Tanpa wayar | Besar | 9 V | Arus ulang alik |
Jadual 10
Terangkan kesesuaian setiap ciri pada mikrofon. Tentukan mikrofon yang paling sesuai untuk digunakan sepanjang tempoh kejohanan serta memudahkan pergerakan pengacara majlis.
Berikan sebab-sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan dua buah kereta lumba.
Rajah 11.1(a) menghasilkan halaju udara yang tinggi pada bahagian bawah spoiler manakala Rajah 11.1(b) menghasilkan halaju udara yang rendah pada bahagian bawah spoiler.
a(i)
Apakah prinsip fizik yang terlibat pada spoiler kereta?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1(a) dan Rajah 11.1(b), bandingkan halaju udara di bahagian bawah spoiler, tekanan di bahagian bawah spoiler dan kestabilan kereta ketika berlumba. Seterusnya, hubungkait halaju udara dengan kestabilan kereta lumba dan deduksikan hubungan antara halaju udara di bawah spoiler dengan tekanannya.
5 marks
Rajah 11.2 menunjukkan keratan rentas sayap kapal terbang.
b(i)
Terangkan bagaimana bentuk aerofoil menghasilkan daya angkat.
2 marks
b(ii)
Cadangkan **dua** cara untuk meningkatkan daya angkat pada sayap kapal terbang.
2 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah kereta lumba F1.
Dengan menggunakan konsep fizik dan pemahaman anda, cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada kereta F1 ini supaya kereta tersebut dapat bergerak dengan lebih laju dan selamat. Cadangan anda mestilah merangkumi jisim dan bentuk kereta, saiz tayar, bentuk dan saiz spoiler.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open