Selangor Trial 2026 Physics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Physics
Selangor Trial 2026 Physics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
14 marks
Rajah 1 menunjukkan fenomena pembiasan gelombang air laut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiasan gelombang air?
1 marks
b
Nyatakan **satu** faktor yang menyebabkan pembiasan gelombang air berlaku.
1 marks
c(i)
Nyatakan sama ada kawasan teluk atau tanjung lebih sesuai untuk dijalankan aktiviti sukan air kanak-kanak.
1 marks
c(ii)
Beri **satu** sebab bagi jawapan anda di 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan kesan fotoelektrik yang berlaku di permukaan logam Z.
Frekuensi ambang, f~o~ bagi logam Z ialah $5.16 \times 10^{14}$ Hz.
a
Apakah maksud frekuensi ambang?
1 marks
b
Frekuensi cahaya ungu yang digunakan ialah $7 \times 10^{8}$ MHz.
Hitung tenaga kinetik maksimum bagi satu fotoelektron yang terpancar keluar.
3 marks
c
Apakah perubahan yang berlaku kepada tenaga kinetik maksimum dalam 2(b) jika cahaya ungu digantikan dengan cahaya hijau?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan lengkung reputan bagi radioisotop Iodin-131.
Separuh hayat bagi radioisotop Iodin-131 boleh ditentukan daripada lengkung reputan.
a
Apakah separuh hayat?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 3, tentukan separuh hayat radioisotop Iodin-131. Tunjukkan pada lengkung reputan bagaimana anda menentukan separuh hayat itu.
Separuh hayat: …… *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garisan yang anda lukis pada graf (dari nilai mana ke mana) dan nilai separuh hayat yang anda baca.)*
2 marks
Radioisotop X mempunyai kadar reputan yang lebih rendah dengan keaktifan asal 2000 bilangan per minit.
c(i)
Dalam Rajah 3, lakarkan lengkung reputan bagi radioisotop X. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik permulaan lengkung X anda dan bentuk serta kedudukannya berbanding lengkung Iodin-131.)*
1 marks
c(ii)
Bandingkan separuh hayat radioisotop X dengan radioisotop Iodin-131.
1 marks
c(iii)
Reputan radioisotop X diwakili oleh persamaan di bawah:
$^{218}_{84}\text{X} \rightarrow\ ^{214}_{\ \ Q}\text{Y} + \alpha$
Tentukan nilai Q.
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan satu litar bertransistor yang bertindak sebagai suis automatik.
Perintang P berintangan tinggi dalam keadaan sejuk dan berintangan rendah dalam keadaan panas.
a
Apakah perintang P?
1 marks
Rintangan perintang P adalah 10 kΩ apabila berada dalam keadaan panas.
Hitung
b(i)
Beza keupayaan di antara K dengan L.
2 marks
b(ii)
Arus yang mengalir melalui perintang P.
3 marks
c
Terangkan mengapa kipas dihidupkan apabila perintang P berada dalam keadaan panas.
3 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan keratan rentas pancutan air yang keluar melalui lubang di sisi dan lubang di dasar sebuah perahu yang terapung di dalam permukaan air sungai.
Pancutan air keluar melalui lubang disebabkan oleh tekanan air.
a
Nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi tekanan air.
1 marks
Perhatikan Rajah 5. Bandingkan
b(i)
kedalaman lubang, h
1 marks
b(ii)
jarak pancutan air dari lubang
1 marks
b(iii)
tekanan air di lubang
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(b)(i), 5(b)(ii) dan 5(b)(iii), hubungkaitkan
c(i)
kedalaman lubang dan jarak pancutan air
1 marks
c(ii)
kedalaman lubang dan tekanan air.
1 marks
d
Hitung tekanan air di lubang B jika kedalaman lubang B adalah 0.15 m.
[ketumpatan air sungai, ρ = 1 000 kg m^-3^]
2 marks
e
Perahu dalam Rajah 5 terapung di permukaan air laut. Beban ditambah di dalam perahu supaya h~1~ dan h~2~ tidak berubah. Nyatakan perubahan yang berlaku kepada jarak pancutan air dari lubang.
1 marks
69 marks
Seorang lelaki menolak dua kotak yang serupa menggunakan troli di atas dua keping landasan kayu yang berbeza panjangnya. Kedua-dua kotak digerakkan dengan halaju seragam sepanjang berada di atas landasan kayu tersebut.
Daya F~R~ ialah daya yang menentang gerakan troli sepanjang menaiki landasan kayu tersebut.
a
Nyatakan daya F~R~.
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2. Bandingkan
b(i)
panjang landasan kayu
1 marks
b(ii)
sudut kecondongan landasan kayu, θ
1 marks
b(iii)
daya yang dikenakan oleh lelaki itu.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(b)(i), 6(b)(ii) dan 6(b)(iii), hubungkaitkan
c(i)
panjang landasan kayu dengan sudut kecondongan landasan kayu, θ
1 marks
c(ii)
panjang landasan kayu dengan daya yang dikenakan oleh lelaki itu.
1 marks
Diberi: jumlah berat kotak dan troli = 400 N, daya F~R~ = 50 N, θ~1~ = 30°
d(i)
hitung daya yang dikenakan oleh lelaki dalam Rajah 6.1.
2 marks
d(ii)
Apakah perubahan yang berlaku kepada daya dalam 6(d)(i) jika kotak dapat bergerak dengan pecutan seragam?
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah satelit GPS mengalami daya memusat F~c~ ketika mengorbit Bumi.
a
Apakah maksud daya memusat?
1 marks
b
Jisim dan laju linear satelit GPS dalam Rajah 7 masing-masing ialah 1200 kg dan $3.9 \times 10^{3}$ m s^-1^.
Hitung daya memusat F~c~ yang bertindak ke atas satelit GPS itu.
[Jejari Bumi, R = $6.37 \times 10^{6}$ m — daripada senarai rumus]
3 marks
Satelit GPS dalam Rajah 7 didapati tidak dapat menghantar isyarat lokasi yang diperlukan dengan lebih jelas. Jadual 7 menunjukkan tiga satelit GPS yang berbeza spesifikasi.
| Satelit GPS | Tempoh orbit | Saiz antena |
|---|---|---|
| Satelit I | 24 jam | Besar |
| Satelit II | 12 jam | Kecil |
| Satelit III | 12 jam | Besar |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri yang sesuai bagi satelit GPS yang boleh menghantar dan menerima maklumat dengan lebih jelas dengan cepat.
c(i)
Tempoh orbit — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Saiz antena — ciri dan sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan satelit GPS yang boleh menghantar dan menerima maklumat dengan lebih jelas dengan cepat.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan kanta Q yang digunakan dalam sebuah kamera perangkap had laju.
a
Nyatakan fenomena cahaya yang berlaku dalam kanta Q.
1 marks
b
Lengkapkan gambar rajah sinar dalam Rajah 8.2 untuk menunjukkan imej yang terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar tambahan yang anda lukis (dari mana, melalui titik mana) dan di mana serta bagaimana imej dilukis.)*
2 marks
Didapati kanta Q yang digunakan dalam Rajah 8.1 tidak dapat menghasilkan imej kenderaan yang lebih jelas ketika pengesanan kereta yang melebihi had laju dibuat. Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada kanta supaya imej kenderaan dapat dihasilkan dengan lebih jelas berdasarkan aspek-aspek berikut.
c(i)
Panjang fokus kanta — cadangan dan sebab
2 marks
c(ii)
Diameter kanta — cadangan dan sebab
2 marks
c(iii)
Bilangan kanta — cadangan dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan seorang pendaki gunung sedang minum kopi panas di atas puncak gunung yang bersuhu rendah.
a
Apakah maksud suhu?
1 marks
b
Pendaki gunung itu mendapati kopi panas di dalam cawan tersebut mencapai keseimbangan terma dengan udara persekitaran selepas beberapa ketika. Jelaskan.
4 marks
c(i)
Diberi: suhu awal air kopi = 82 °C, suhu akhir air kopi = 10 °C, jisim air kopi = 250 g, muatan haba tentu air kopi = 4180 J kg^-1^ °C^-1^.
Hitungkan jumlah haba yang dibebaskan oleh air kopi ke udara persekitaran.
3 marks
c(ii)
Jisim air mendidih dalam Rajah 9 didapati berkurang apabila dibiarkan mendidih selama beberapa minit. Hitung jisim air mendidih yang hilang sekiranya haba yang dibekalkan kepada air mendidih tersebut adalah 282 500 J.
[haba pendam tentu pengewapan air = $2.26 \times 10^{6}$ J kg^-1^]
2 marks
d
Khemah yang dibawa oleh pendaki gunung didapati tidak dapat melindungi pendaki daripada kesejukan di puncak gunung dengan berkesan. Jadual 9 menunjukkan empat khemah K, L, M dan N.
| Khemah | Muatan haba tentu | Ketumpatan | Lantai khemah | Rekabentuk khemah |
|---|---|---|---|---|
| K | Tinggi | Rendah | Mempunyai lapisan udara tebal 20 mm | Hammock (buaian) |
| L | Rendah | Rendah | Lapisan khemah tebal 10 mm | Khemah kubah |
| M | Tinggi | Tinggi | Lapisan khemah tebal 10 mm | Hammock (buaian) |
| N | Rendah | Tinggi | Mempunyai lapisan udara tebal 20 mm | Khemah kubah |
Jadual 9
Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 9, anda dikehendaki menentukan khemah mudah alih yang paling sesuai digunakan untuk melindungi diri daripada kesejukan di puncak gunung dan serangan haiwan berbisa di atas tanah. Terangkan kesesuaian untuk setiap spesifikasi dan tentukan khemah mudah alih yang paling sesuai. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah kincir angin dan sel suria digunakan untuk mengecas bateri pada sebuah lampu jalan.
Penjana arus terus di dalam kincir angin itu berfungsi berdasarkan konsep aruhan elektromagnet.
a
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
1 marks
Perhatikan Rajah 10.
b(i)
Bateri dicaskan apabila gegelung dawai dalam penjana arus terus diputarkan di dalam kawasan medan magnet. Jelaskan.
3 marks
b(ii)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku di gegelung.
1 marks
Kadar kuasa bagi lampu dalam Rajah 10 ialah 240 V 100 W.
c(i)
Hitung arus yang mengalir dalam lampu tersebut.
2 marks
c(ii)
Kira jumlah tenaga elektrik yang diperlukan untuk menyalakan lampu itu selama 12 jam.
3 marks
d
Tenaga yang disimpan dalam bateri dalam Rajah 10 didapati tidak cukup untuk menyalakan lampu sepanjang malam. Jadual 10 menunjukkan empat sistem pengecasan bateri R, S, T dan U.
| Sistem pengecasan bateri | Bilangan sel suria | Bilangan lilitan dawai gegelung dalam penjana | Ketebalan dawai gegelung dalam penjana | Kekuatan medan magnet |
|---|---|---|---|---|
| R | Rendah | Rendah | Nipis | Kuat |
| S | Tinggi | Rendah | Tebal | Lemah |
| T | Rendah | Tinggi | Nipis | Lemah |
| U | Tinggi | Tinggi | Tebal | Kuat |
Jadual 10
Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 10, anda dikehendaki menentukan sistem pengecasan bateri yang paling sesuai digunakan untuk menyalakan lampu sepanjang malam dengan berkesan. Terangkan kesesuaian untuk setiap spesifikasi dan tentukan sistem pengecasan bateri yang paling sesuai. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dua litar elektrik yang mengandungi tiga mentol serupa A, B dan C yang disambung dalam susunan yang berbeza kepada tiga sel kering 1.5 V.
a
Apakah kuantiti fizik yang diukur oleh ammeter?
1 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan jenis susunan mentol C dengan mentol A dan B, rintangan berkesan dan bacaan ammeter.
3 marks
b(ii)
Nyatakan hubungan antara jenis susunan mentol C dengan mentol A dan B dengan rintangan berkesan. Seterusnya hubungkaitkan rintangan berkesan dengan bacaan ammeter.
2 marks
c
Mentol A, B dan C dalam Rajah 11.2 disusun semula supaya susunan litar yang baharu dapat membuatkan ketiga-tiga mentol menyala dengan lebih terang berbanding nyalaan mentol dalam Rajah 11.2.
Lakar gambarajah litar yang baharu. Jelaskan mengapa susunan mentol yang baharu dapat menghasilkan nyalaan mentol yang lebih terang. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana mentol A, B dan C, sel kering dan ammeter disambungkan dalam litar baharu anda.)*
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan satu kabel sambungan.
Beberapa lampu 240 V dipasang di sekitar halaman rumah supaya majlis makan malam yang dijalankan di halaman rumah lebih terang. Walaubagaimanapun didapati kabel sambungan dalam Rajah 11.3 kurang sesuai digunakan untuk menghidupkan lampu-lampu tersebut dengan berkesan.
Anda dikehendaki mengubah suai kabel sambungan dalam Rajah 11.3 supaya ianya mudah alih dan sesuai untuk menghidupkan lampu-lampu 240 V dengan berkesan dan selamat. Nyatakan dan jelaskan cadangan anda berdasarkan ciri-ciri wayar dalam kabel, ciri-ciri kabel, sambungan litar lampu, bilangan soket dan ciri keselamatan tambahan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open